Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS BERBUKA PUASA (IFTAR JAMA’IE)

‫والسالم على‬ ُ‫ والصالة‬, ‫ احلمدهلل رب العلمني‬,‫الرمحن الرحي ِم‬ ِ ِ


ُ ّ ‫ب ْسم اهلل‬
ِ
.‫الرجاء واأل ََمل‬ ‫أبواب‬
)َ ‫ َو َفتَ َح‬،‫والع َمل‬ ِ
‫م‬ ‫ل‬ِ‫سيدنا حممد خ ِ من مَح ل لِواء الع‬
َ َ َ َ َ ْ َ ‫َ رْي‬
‫ اللهم إنا نسألك‬.‫َع َمال‬ ِ
ْ ‫دنياهم بصاحل األ‬
ُ ‫وعلى آله وأصحابه الذين َع َمُروا‬
،‫ اللهم إنا نعوذبك ِمن عل ٍم ال ينفع‬.ً‫وع َمالً َمقبُوال‬
َ ،ً‫ا‬‫ع‬ ِ ً‫ و ِرزقا‬،ً‫علماً نافعا‬
‫واس‬

‫ برمحتك‬.‫ ومن دعاء اليستجاب له‬،‫ ومن عني ال تدمع‬،‫ومن قلب ال خيشع‬

,‫اللهم يا دائم اإلحسان‬.‫أرحم الرامحني‬


َ ‫يا‬
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya pada-Mu sahaja kami panjatkan
kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu. Kami zahirkan rasa kesyukuran
kepada-Mu atas segala bentuk nikmat yang dikurniakan kepada kami. Sesungguhnya
kami berhimpun untuk menjayakan
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT HAJAT PT3 DAN SPM 2019
yang penuh dengan keberkatan ini.

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud

Sesungguhnya kami hamba-hamba-Mu ini bermohon kerahmatan dan keberkatan


daripada-Mu di bulan penuh barokah ini. Masukkan kami ke dalam golongan hamba-Mu
yang diredai. Permudahkanlah segala usaha yang kami kerjakan.
Ya Munzilar Rahmah wa Ya Munzilal Barakah

Ya Allah, hiasi diri kami dengan hiasan ajaran al-Quran, muliakan kami dengan berkat
kemuliaan al-Quran, serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, pakaikan kami
dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke syurga dengan syafaat al-Quran,
selamatkan kami daripada segala bencana di dunia dan  azab di akhirat dengan berkat
kehormatan al-Quran. Cucuri rahmat kepada sekalian umat Nabi Muhammad SAW Ya
Raḥmān, Ya Raḥīm.

Ya Allah, jadikan al-Quran kepada kami semasa hidup di dunia sebagai rakan, di kubur
sebagai kawan bermanja, pada hari Kiamat sebagai pembantu, semasa di titian
menjadi penyuluh, semasa menuju syurga sebagai pendamping, semasa ke neraka
sebagai penghadang dan pendinding, dan semasa menuju kebaikan jadikan al-Quran
itu kepada kami sebagai panduan dan ikutan. Dengan limpah kurnia, kemurahan dan
kemualiaanMu Ya Allah Ya Karīm.

Ya Allah Ya Ghaniyyu Ya Hamid

Pada bulan yang penuh dengan rahmat ini, Engkau bukakanlah segala pintu kebaikan
dan kebajikan buat kami sekalian. Rezeki yang berlimpahan, kesihatan dan
keselamatan. Kurniakan kami syurga-Mu,dan jauhkanlah kami daripada kemurkaan dan
neraka-Mu.

ُّ ‫ ربنا أتِنا) ىِف‬.‫املصرب‬


‫الد ْنيَا) َحسنةً َوىف‬ ِ ‫ك‬ َ ‫ك تَوكلنا وإليك أنبنا َوإلَْي‬
َ ‫َربَّنا) َعلَْي‬

‫ وصلى اهلل على سيدنا حممد وعلى آله‬،‫ذاب النَّار‬ ‫ع‬ ‫نا‬ِ‫اآلخر ِة حسنةً وق‬
َ َ َ َ َ
,‫ واحلمد هلل رب العلمني‬،‫وصحبه وبارك وسلم‬

Anda mungkin juga menyukai