Anda di halaman 1dari 2

Bacaan Doa untuk Majlis Iftar Perdana

‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬


ِ ِ ٍ ِ َّ ‫ َوالصَّاَل ةُ َو‬. ‫ب الْ َعلَ ِمني‬ ِ ‫ اَحْل م ُد‬.
‫ و َفتَ َح‬،‫الع َمل‬ َ ‫الساَل ُم َعلَى َسيِّدنَا حممد خرْيٍ َم ْن مَحَ َل ل َواءَ الع ْل ِم َو‬ ِّ ‫هلل َر‬ َْ
ِ ِ‫وأصحابه الَّ ِذين عمروا د ْنياهم ب‬ ِ ِ
‫ك‬َ ُ‫ اَللَّ ُه َّم ِإنَّا نَ ْسَأل‬.‫اَأْلع َمال‬
ْ ‫صال ِح‬ َ ْ ُ َ ُ َُ َ َ ‫ وعلى آله‬.‫اَأْلمل‬ َ ‫الر َجاء َو‬ َ ‫اب‬
َ ‫َْأب َو‬
ٍ ‫ و ِمن َق ْل‬،‫ك ِم ْن ِع ْل ٍم اَل َيْن َف ْع‬ ِ
‫ب ال خَي ْ َش ْع‬ َ َ ِ‫ اَللَّ ُه َّم ِإنَّا َنعُوذُ ب‬.ً‫ َو َع َمالً َم ْقبُوال‬،ً‫ َو ِر ْزقاً َو ِاسعا‬،ً‫ِع ْلماً نافعا‬
.‫الرامِحِ ني‬ ٍ
َ ِ‫ بَِرمْح َت‬.‫َو ِم ْن َعنْي ٍ ال تَ ْد َم ْع َو ِم ْن ُد َعاء ال يُ ْستَ َجاب لَه‬
َّ ‫ك يَا َْأر َح َم‬

‫اللهم يا َداِئ ُم اِإْل ْح َسان‬

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya pada-Mu sahaja kami panjatkan
kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu. Kami zahirkan rasa kesyukuran
kepada-Mu atas segala bentuk nikmat yang dikurniakan kepada kami.
Sesungguhnya kami berhimpun untuk menjayakan

PROGRAM IFTAR PERDANA BERSAMA DENGAN YB FADHLINA SIDEK ( MENTERI


PENDIDIKAN MALAYSIA)

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud


Sesungguhnya kami hamba-hamba-Mu ini bermohon kerahmatan dan keberkatan
daripada-Mu di bulan penuh barokah ini. Masukkan kami ke dalam golongan
hamba-Mu yang diredai. Permudahkanlah segala usaha yang kami kerjakan.
Ya Munzilar Rahmah wa Ya Munzilal Barakah
Ya Allah, hiasi diri kami dengan hiasan ajaran al-Quran, muliakan kami dengan
berkat kemuliaan al-Quran, serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran,
pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke syurga
dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana di dunia dan
azab di akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran. Cucuri rahmat kepada
sekalian umat Nabi Muhammad SAW
Ya Rahman, Ya Rahim.
Ya Allah, jadikan al-Quran kepada kami semasa hidup di dunia sebagai rakan, di
kubur sebagai kawan bermanja, pada hari Kiamat sebagai pembantu, semasa di
titian menjadi penyuluh, semasa menuju syurga sebagai pendamping, semasa ke
neraka sebagai penghadang dan pendinding, dan semasa menuju kebaikan
jadikan al-Quran itu kepada kami sebagai panduan dan ikutan. Dengan limpah
kurnia, kemurahan dan kemualiaanMu
Ya Allah Ya Karim.
Ya Allah Ya Ghaniyyu Ya Hamid.
Pada bulan yang penuh dengan rahmat ini, Engkau bukakanlah segala pintu
kebaikan dan kebajikan buat kami sekalian. Rezeki yang berlimpahan, kesihatan
dan keselamatan. Kurniakan kami syurga-Mu,dan jauhkanlah kami daripada
kemurkaan dan neraka-Mu.

‫الد ْنيَا َح َسنَةً َوىِف اآْل ِخَر ِة َح َسنةً َوقِنا‬


ُّ ‫ َربَّنَا َأتِنَا يِف‬.‫صري‬
ِ ‫ك الْم‬ ِ
َ ‫ك َت َو َّك ْلنَا َوِإلَْي‬
َ َ ‫ك َأَنْبنَا َوالَْي‬ َ ‫َربَّنا َعلَْي‬

‫ني‬ ِ ِّ ‫ واحْل م ُد لِلَّ ِه ر‬،‫وصلَّى اهلل علَى سيِّ ِدنَا حممد وعلَى آلِِه وصحبِ ِه وبا ِر ْك وسلِّم‬. ‫عذاب النَّار‬
َ ‫ب الْ َعلَم‬ َ َْ َ ْ َ َ َ َ ْ َ َ ََ َ َُ َ َ َ َ

Anda mungkin juga menyukai