Anda di halaman 1dari 2

DOA HARI KEMERDEKAAN

ِ‫الر ِح ِيم‬
َّ ِ‫ن‬ ِِ ‫الرحْ َم‬
َّ ِ‫للا‬
ِِ ِ‫س ِِم‬
ْ ‫ِب‬
ِ
‫ب العَالَ ِمينَ َح ْمدًا ي َوافِي نِعَ َمه َوي َكافِىء َم ِزي َده يَا َربَّـنَا لَ َك ال َح ْمد‬ ِ ‫ال َح ْمد ِللِ َر‬
‫ضا فَلَ َك ال َح ْمد‬َ ‫الر‬ ِ ‫طانِ َك فَـلَ َك ال َح ْمد قَ ْب َل‬ َ ‫ع ِظ ِيم س ْل‬ َ ‫َك َما َي ْن َب ِغي ِل َجالَ ِل َو ْج ِه َك َو‬
ِ ‫س ْر َمدًا ِإلَى َي ْو ِم ال ِد‬
‫ين‬ َ ‫يت َوفَنَـ ْينَا َدائِ ًما‬َ ‫ض‬ ِ ‫ضا َولَ َك ال َح ْمد ِإ َذا َر‬
َ ‫الر‬ ِ ‫َب ْع َد‬

Ya Allah Ya Rahman,

Kami bersyukur kepadaMu dia atas segala nikmat yang engkau berikan kepada
kami. Kami sedar Ya Allah ,tanpa bantuan dan hidayahMu segala nikmat
yang kami kecapi selama ini tidak akan wujud. Maha suci Allah dengan
kehendakMu jua Negara yang kami cintai ini kekal merdeka hingga saat ini.

Ya Allah Ya Rahim,

Hiasilah tanah air kami dengan kedamaian, keamanan, kesejahteraan dan


kekayaan terutama sekolah yang kami cintai ini untuk selamanya. Jadikanlah
sekolah kami ini sebagai sekolah contoh dan cemerlang dalam segala bidang serta
terhindar daripada perkara-perkara yang dimurkai olehMu.Kami memohon
kepadaMu dengan nur ZatMu yang seluruh penjuru ArasyMu dan dengan
kudratMu yang telah Engkau takdirkan kepada semua makhlukMu dan dengan
rahmatMu yang Maha luas. Berikanlah petunjuk kepada pemimpin-pemimpin
kami agar mereka terhindar daripada perkara- perkara yang dimurkai olehMu.

Ya Allah Ya Robb,

Kami merupakan anak didik dan generasi yang akan mewarisi kemerdekaan ini,
kurniakanlah kepada kami dengan keimanan yang mantap, akhlak yang mulia,
akal yang cerdik, samada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang
kokurikulum. Jauhilah kami daripada gejala negatif. Sematkanlah dalam
hati kami perasaan benci perkara-perkara maksiat dan kemungkaran. Kami
memanjatkan rasa kesyukuran kami ke hadratMu atas segala nikmat yang Engkau
limpahkan kepadakami. Ya Allah tanpa bantuanMu, kurniaan dan hidayahMu
tiada apa yang ada pada kami. Maha suci Engkau YaAllah, Jadikanlah kami
hambaMu yang bertaqwa.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Sempena perhimpunan Majlis Perasmian Bulan Kebangssan Kali Ke-62 ini,


kami dengan rasa rendah diri menadah tangan kepadaMu, kami pohonkan agar
dengan kekuasaanMu dan perlindunganMu yang tiada tandingannya.Kekalkanlah
kemerdekaan ini kepada kami Ya Allah. Jauhilah Negara kami yang kami cintai
ini daripada segala bentuk penjajahan samada penjajahan yang kami sedar
mahupun tidak sedar Ya Allah,Jadikanlah pelajar-pelajar dan warga SMK Pasir
Gudang 3 ini generasi yang akan mewarisi dan mempertahankan kemerdekaan
ini. Kurniakan kami iman yang teguh, akhlak yang mulia dan akal yang sejahtera.
Jadikanlah kami berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan dan mencegah
kemungkaran.

‫اإل ْسالَ ِم‬ ْ َ‫احف‬


ِ ِ‫ظنَا ب‬ ْ ‫ َو‬، َ‫اإل ْسالَ ِم قَا ِع ِديْن‬
ِ ِ‫ظنَا ب‬ ْ َ‫احف‬
ْ ‫ َو‬، َ‫اإل ْسالَ ِم قَائِ ِميْن‬ ْ َ‫احف‬
ِ ِ‫ظنَا ب‬ ْ ‫للَّه َّم‬
. َ‫ت ِبنَا أَ ْع َدا ًء َولَ َحا ِس ِديْن‬ْ ‫ َولَ ت ْش ِم‬، َ‫َرا ِق ِديْن‬

َّ ‫َربَّنَا لَ تَ ْج َع ْلنَا فِتْنَةً ِل ْلقَ ْو ِم‬


. َ‫ َون َِجنَا بِ َر ْح َمتِ َك ِمنَ القَ ْو ِم ال َكافِ ِرين‬، َ‫الظا ِل ِمين‬

ِ َّ‫اب الن‬
.‫ار‬ َ ‫سنَةً َو ِقنَا‬
َ ‫ع َذ‬ َ ‫سنَةً َو ِفى األ َ ِخ َر ِة َح‬
َ ‫َربَّنَآ َءا ِتنَا ِفى ال ُّد ْن َيا َح‬

ِ‫ص ْحبِ ِه أَ ْج َم ِعينَ َوال َح ْمد ِ َّلِل‬


َ ‫علَى اَ ِل ِه َو‬ َ ‫صلَّى للا َوسلَّ َم َعلَى‬
َ ‫سيـِ ِدنَا م َح َّمد َو‬ َ ‫َو‬
. َ‫ب العَالَ ِمين‬ِ ‫َر‬

Anda mungkin juga menyukai