Anda di halaman 1dari 12

TIPS MENDAPAT A+ DALAM SUBJEK

TASAWWUR ISLAM
1. Buat nota sendiri

 Nota mestilah berdasarkan buku teks


sepenuhnya
 Nota ringkas, senang difahami, senang
dibawa kemana sahaja
 Guna warna yang menarik supaya mudah
ingat
 Jika boleh, buat nota melalui peta minda
2. Beli buku Koleksi Soalan SPM
yang sebenar
 Habiskan buat satu buku
 Kalau ada kemusykilan tentang jawapan yang
diberikan oleh buku tersebut, boleh rujuk
kepada ustazah
 Lepas habiskan latihan dalam buku tersebut,
jangan lupa untuk menelaah semula buku
tersebut sebelum peperiksaan
3. Kumpulkan soalan-soalan dari
negeri-negeri lain
 Terutamanya dari Kelantan, Terengganu,
Kedah
 Soalan dari SBP dan MRSM
 Siapkan soalan tersebut
 Kalau boleh, buat sendiri tanpa merujuk buku
teks kerana kita akan dapat lebih mengingati
apa yang kita jawab.
4. Buat ‘Study Group’

 Adakan sesi soal jawab bersama rakan-rakan


terutamanya tentang maksud istilah-istilah
yang sukar difahami
5. Jangan ulangkaji disaat-saat
akhir
 Harus bijak mengatur masa dalam
pembahagian subjek
 Jangan anggap Tasawwur Islam subjek yang
mudah lalu mengabaikannya
6. Beri jawapan yang tepat

 Pilih soalan yang paling mudah bagi diri kita


untuk jawab
 Jika keliru / tak ingat kata kunci soalan yang
memerlukan kita untuk membuat huraian,
maka ambillah jalan selamat dengan
membuat huraian untuk soalan tersebut
 Huraian tak perlu panjang :
- Kita hendaklah menghormati ibubapa
SUPAYA diberkati Allah SWT
7. Semasa Peperiksaan

 Berdoa, berusaha, bertawakal


 Gunakan pen
 Gunakan pen yang berlainan warna untuk
kata kunci soalan dan jawapan
 Tulis dengan kemas
 Satu soalan satu kertas
8. Jangan keluar awal masa
SPM
 Walaupun anda sudah menjawab kesemua
soalan dan berpuas hati dengan jawapan
anda, jangan keluar dewan sehingga belum
tamat masa menjawab
 Semak berkali-kali, jangan gopoh gapah
 Siapa tahu dengan berkat kesabaran kita,
Allah memberikan petunjuk untuk soalan
yang kita tidak pasti akan jawapannya.
9. Selepas Peperiksaan

 Berdoa
 Jangan over-confident
 Tawakal
Petikan Ayat

 “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal


ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula)
kamu menyukai sesuatu padahal ia amat
buruk bagimu ; Allah mengetahui, sedang
kamu tidak mengetahui..”

(Al Baqarah : 216)


Sekian,
Terima Kasih
Disediakan oleh
Nurul Iman bt Ariffin
Pelajar yang mendapat A+ dalam mata pelajaran
Tasawwur Islam tahun 2010

Anda mungkin juga menyukai