Anda di halaman 1dari 3

10 Petua Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelawat blog khairi semoga anda berada
dalam keadaan gembira...walaupun sudah lama tidak menulis tapi untuk ruangan kali ini dengan
masa yang agak terhad, khairi ingin kongsikan sedikit petua untuk dijadikan sebagai panduan
kepada pelajar-pelajar termasuk juga khairi yang akan menduduki final exam untuk semesta ini
pada 21 april 2010 hingga 5 mei 2010...Mohon ampun dan maaf diatas setiap salah dan silap
khairi sekiranya tertulis apa-apa yang menyinggung perasaan anda semua...Halalkanlah segala
ilmu yang telah diberikan dan ilmu yang telah dikongsikan bersama...semoga setiap apa yang
kita lakukan diberkati oleh Allah S.W.T. Petua ini dipetik dari website SK DESA
PUTRA...Semoga ia dapat membantu anda dalam persiapan sebelum peperiksaan...insyaAllah.

· Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat

Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab
berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan
mencatat maklumat penting yang berkaitan.

· Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)

Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk
membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.

· Banyakkan pembelajaran secara output learning

Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu
mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada
rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.

· Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi

Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui
latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi
bahagian subjek yang lemah.

· Nota ringkas

Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh
membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.

· Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya


Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam
sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik
boleh menghasilkan otak yang cerdas.

· Pemakanan berkhasiat dan seimbang

Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein (seperti kopi) kerana anda
mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.

· Kawal emosi

Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan
menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan
rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

· Banyakkan berdoa dan bersolat

Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t.
Sebagai seorang Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon
bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan
daripada ibu bapa dan guru.

· Jangan panik

Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan
kita lupa 50% apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri, anda boleh
menjawabnya.

Berikut adalah beberapa tips ringkas yang boleh digunakan oleh para ibu bapa untuk membantu
anak-anak pada saat sebelum peperiksaan dan sepanjang menghadapi peperiksaan:

1. Ingatkan semula tentang cita-cita mereka

2. Membantu anak menetapkan sasaran keputusan yang hendak dicapai, jangan memberi tekanan
dengan menetapkan sasaran di luar kemampuan mereka

3. Pastikan tarikh sebenar dan jadual peperiksaan dengan tepat


4. Menyediakan minuman (air bersih) dan makanan berkhasiat

5. Meluangkan masa secukupnya untuk memberi sokongan moral kepada mereka, temani mereka
belajar jika perlu.

6. Sentiasa memberi dorongan dan keyakinan diri menghadapi peperiksaan sehingga hari terakhir
peperiksaan yang diduduki

7. Pastikan mereka mendapat rehat dan tidur yang cukup

8. Elakkan aktiviti lasak; bagi mengurangkan risiko kemalangan dan pembaziran tenaga

9. Sediakan keperluan peperiksaan secukupnya seperti pen, pensil, pemadam dan sebagainya.

10. Menjanjikan insentif (hadiah) yang munasabah sekiranya sasaran dicapai

11. Menghadiri program Solat Hajat dan Restu Ilmu atau seumpamanya yang dianjurkan oleh
pihak sekolah

12. Sentiasa mendoakan untuk kejayaan mereka dengan sungguh-sungguh

13. Bertawakkal kepada Allah setelah berusaha dan berdoa

Anda mungkin juga menyukai