Anda di halaman 1dari 5

bak kate imam syafie...

"IMAM SYAFIE BERKATA: AKU MAMPU BERHUJAH DENGAN 10 ORANG YANG


BERILMU, TETAPI AKU AKAN KALAH DAN TEWAS KEPADA SEORANG YANG JAHIL KERANA MEREKA TIDAK
MENGETAHUI AKAN LANDASAN-LANDASAN ILMU"

BM-Premium A IP
BM-Premium B IP
BM-Premium C IP

Tulisan jawi: Hidup segan mati tak mahu


Mohamad Shafiq Rohaizad,

“Hidup segan mati tak mahu” itulah pepatah Melayu yang sesuai untuk menggambarkan nasib
tulisan jawi ketika ini. Seperti kita maklum tulisan jawi telah bertapak di alam Melayu lebih
kurang sekitar 700 ratus tahun dahulu berdasarkan kepada penemuan batu bersurat tahun 1303 di
Terengganu.

Malah, terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa tulisan jawi telah digunakan seawal
kedatangan Islam di alam Melayu lagi. Tidak dinafikan tulisan jawi telah mencapai zaman
kegemilangan pada abad ke 18, hinggakan penjajah Inggeris yang menjajah di Tanah Melayu
ketika itu perlu belajar menulis dan membaca di dalam tulisan jawi. Hal ini dapat dibuktikan
melalui koleksi warkah Francis Light yang tersimpan di Muzium Perpustakaan British yang
bertarikh antara tahun 1786 hinggakan 1794, perjanjian Sir Stamford Raffles dengan pihak
Sultan Johor, Perjanjian Pengkor 1874, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957.

Ditambahkan lagi, melalui tulisan jawi, hasil kesusasteraan  Melayu turut berkembang dengan
pesatnya, apabila banyak hikayat lama dikarang dan disebar luaskan melalui tulisan jawi, seperti
Hikayat Hang Tuah, Hikayat Banjar, Hikayat Raja - Raja Pasai, Hikayat Iskandar Zulkarnia. Biar
pun hikayat - hikayat ini tidak diketahui siapa pengarangnya. Namun, hasil sastera ini terus
berkembang melalui tulisan jawi.

Tidak dapat dinafikan bahawa tulisan jawi telah menjadi wadah kepada masyarakat Melayu
dalam mengembangkan ilmu pengetahuan mencakupi bidang kesenian, kesusasteraan mahu pun
aspek kebahasaan. Hal ini terbukti apabila akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu dan
Utusan Zaman menggunakan tulisan jawi ketika awal penerbitannya. Malah tidak ketinggalan
juga majalah Mastika yang turut menggunakan tulisan jawi dalam penerbitannya dan mendapat
tempat istimewa dalam kalangan masyarakat Melayu ketika itu.

 
Malah, tulisan jawi tidak dapat dinafikan merupakan aspek penting dalam mengekalkan identiti
budaya Melayu. Hal ini,  dikuatkan lagi apabila tulisan jawi dikaitkan dengan  kedatangan  Islam
dan budaya Al-Quran ke Tanah Melayu. Ditambahkan lagi, menurut catatan pengembara Eropah
seperti Magellan, Tom Pires dan Van Ronkel, menggambarkan bahasa Melayu dan tulisan jawi
diiktiraf sebagai bahasa penghubung utama pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara.

Tetapi pada hari ini kegemilangan tulisan jawi umpama melalui zon gerhana yang cukup
menyedihkan. Adakah masyarakat kita tidak cukup berbangga dengan zaman kegemilangan
tulisan jawi ketika dahulu yang sentiasa digunakan sebagai jabatan keilmuan.

Kemerosotan peranan tulisan jawi di dalam dunia keilmuan dapat dikesan semenjak ketibaan
kuasa - kuasa Barat yang mula menjajah Tanah Melayu pada abad ke 18 dan 19. Pada ketika ini
tulisan rumi telah diperkenalkan oleh penjajah barat terutama di dalam sistem pendidikan yang
berorientasikan pendidikan dunia barat. Pada ketika itu jugalah peranan tulisan jawi sedikit demi
sedikit mula terhakis dari perhatian masyarakat Melayu sendiri. Menurut Samat Buang dalam
artikelnya Mengembalikan Maruah Tulisan Jawi menyatakan “bahawa kita tidak harus
mengekalkan mentaliti penjajah seperti R.J Wilkinson yang dengan sengaja membunuh tulisan
jawi dengan memperkenalkan tulisan rumi. Dengan adanya tulisan rumi sedikit - demi sedikit,
British menarik masyarakat Melayu daripada akar umbinya”. Dari pada pandangan  Samat
Buang tersebut, dapat kita tafsirkan bahawa tahap kebimbangan para ahli akademik berkenaan
survival tulisan jawi telah berada di tahap yang membimbangkan.

Hal ini ditambahkan lagi, pelbagai peristiwa yang sangat mengguris hati-hati pencinta tulisan
jawi yang mana 29 Januari 2006  akhbar Utusan Melayu yang merupakan satu-satunya akhbar
yang menggunakan tulisan jawi dihentikan penerbitannya kerana kurangnya sambutan daripada
masyarakat terutama daripada masyarakat Melayu sendiri.

Malah, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan dengan
nada kehairanan menyatakan bahawa tiada  seorang pun yang mendengus, apatah lagi
mempolemikkan penutupan akhbar itu baik di media elektronik mahu pun media cetak. Malah,
Dato’ Johan Jaaffar dengan nada sinis di dalam Persidangan dan Pameran Tulisan Jawi di
Muzium Negara menganggap orang Melayu renyah dengan identiti warisan bangsanya sendiri.
Pandangan beliau ini berpaksikan kepada populasi etnik Melayu yang merangkumi 13 juta orang
Melayu,  dan akhbar tulisan jawi tidak boleh hidup dan dipedulikan sedangkan akhbar berbangsa
lain dapat hidup subur walaupun komunitinya, lebih kecil berbanding masyarakat Melayu. Satu
persoalan yang perlu ditudingkan pada diri sendiri, di manakah silapnya?

 
Justeru, langkah memartabatkan semula tulisan jawi wajar dilaksanakan supaya seni warisan ini
tidak hanyut ditelan zaman. Banyak pendapat mahu pun cadangan - cadangan yang dikemukakan
oleh para sarjan mahu pun orang perseorangan berkenaan langkah perlindungan tulisan jawi.
Antaranya ialah melalui sistem pendidikan negara. Melalui sistem pendidikan ini kemahiran
menulis dan membaca tulisan jawi mesti dijadikan teras dalam mata pelajaran pendidikan agama
Islam di sekolah-sekolah seluruh negara. Di tambahkan lagi, pengenalan tulisan jawi perlu juga
dimasukkan di dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu  di peringkat sekolah.

Hal ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menangkis dan memperbetulkan persepsi
masyarakat terhadap tulisan jawi yang dianggap sebagai sinonim dengan agama Islam. Malah, di
peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam mahu pun Swasta (IPTA / IPTS) , langkah
memasukkan kemahiran dan sejarah perkembangan tulisan jawi  di dalam subjek Tamadun Islam
dan Kenegaraan Malaysia adalah wajar sebagai mekanisme untuk memartabatkan tulisan  jawi di
peringkat Institusi Pengajian Tinggi di negara ini. Selain itu, kesedaran penggunaan tulisan jawi
pada papan tanda dan petunjuk jalan masih kecil bilangannya dan tidak keterlaluan jika
dikatakan  boleh di bilang dengan jari.

Oleh yang demikian, penggunaan tulisan jawi ini perlu dipergiatkan usahanya terutama peranan
yang dimainkan oleh pihak kerajaan tempatan dalam merealisasikan impian negara bagi
menghidupkan semula kegemilangan tulisan jawi yang pernah mencapai puncak
kemasyhurannya suatu ketika dahulu. Impian ini tidak terlaksana jika hanya dilakukan hanya
sebelah pihak sahaja, malah semua pihak perlu berganding bahu tidak apa jua lapisan masyarakat
agar tulisan jawi ini bak kata pepatah Melayu “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.
Kisah wanita tua dengan seekor kucing ditanah suci Makkah

By 
Lea Baiduri

Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf
dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara
Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-
cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan
menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut
kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di
rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya.
Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya,
yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu
nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata
sudah terkabul sudah.
Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit
manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya
dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor
kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu
menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan
minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-
kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti
orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya
selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya
bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip
kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai
ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini,
lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

WallahuA'lam

Anda mungkin juga menyukai