Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH

LATIHAN BAB 7

1. Jelaskan tradisi persuratan Kesultanan Melayu Melaka yang diwarisi oleh


Kesultanan Perak, Pahang, Terengganu dan Selangor. (6 markah)
Persuratan yang masyhur termasuklah karya sejarah, agama, perubatan
dan sastera rakyat. Antara karya sejarahnya ialah Hikayat Pahang yang
dikarang oleh haji Muhammad Nor dan mengisahkan tentang sejarah
kesultanan Pahang pada abad ke-19. Selain itu, karya sejarah Misa
Melayu yang dikarang oleh Raja Chulan dan mengisahkan tentang
sejarah Kesultanan Perak pada abad ke-19 dan abad ke-20. Seterusnya,
karya perubatan yang dinamakan sebagai Kitab Tib yang disalin oleh Haji
Mahmud al-Jawi di Terengganu pada tahun 1819. Akhir sekali, karya
sastera rakyat yang dinamakan sebagai Hikayat Sang Kancil iaitu cerita
teladan dan jenaka yang berasaskan manuskrip Hikayat Pelandok Jenaka
yang dibukukan oleh Daeng Abdul Hamid yang berasal dari Perak. Karya
ini juga mengandungi 20 buah cerita.

2. Terangkan kepentingan warisan karya persuratan Melayu kepada


masyarakat di negara kita pada masa kini. (6 markah)
Kepelbagaian jenis karya yang ditulis menunjukkan berkembangnya
pengetahuan masyarakat dan kesedaran untuk memelihara warisan
Kesultanan Melayu. Perkembangan karya persuratan ini juga turut
memperkukuh kedudukan bahasa Melayu dan penggunaan tulisan jawi.
Seterusnya, perkembangan karya persuratan ini juga dapat
mencerminkan budi pekerti sesuatu masyarakat. Contohnya,
menghormati antara satu sama lain pada hari kebesaran menunjukkan
kemesraan sesuatu kaum. Inilah yang dipanggil sebagai identiti di Negara
kita yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini juga perlu dikekalkan.

3. Bagaimanakah warisan persuratan Melayu dapat dipelihara dan


dilindungi demi pengetahuan generasi yang akan datang? (4 markah)
Warisan persuratan Melayu dapat dipelihara dengan menjadikan mata
pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran yang wajib bagi setiap pelajar.
Hal ini membolehkan pelajar untuk belajar serta lebih memahami apa
yang telah berlaku pada negara kita. Selain itu, kaedah ini juga mampu
menyedarkan masyarakat Malaysia terutamanya dari kalangan pelajar
tentang kepentingan sejarah untuk terus diingati oleh semua lapisan
masyarakat. Banyak pengajaran juga yang boleh kita dapati melalui mata
pelajaran sejarah.

Anda mungkin juga menyukai