Anda di halaman 1dari 32

1. Jelaskan kepentingan memanfaatkan sumber kekayaan negara.

(6m)

• Alam sekitar kerana ia dapat menjadi satu sumber kekayaan negara


kita.
• Ia dapat menjana pendapatan kita peroleh daripada pelancong datang.
• Hasil petroleum kita dibangunkan dan hasil baiknya dapat dinikmati
oleh rakyat demi kemakmuran negara.
• Kegiatan pertanian sumber kekayaan negara kerana kesuburan tanah
yang kita miliki untuk tanaman komesial seperti kelapa sawit.
• Telah memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.
• Dan sumber cukai untuk memajukan negara.
2. Huraikan kepentingan bekerjasama dalam menjamin kemakmuran
negara.(6m)

• Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping


penduduknya berbilang kaum yang saling bekerjasama.
• Kebaikan kerjasama kaum ialah dapat mengukuhkan perpaduan,
masyarakat dapat hidup dalam keadaan selamat .
• Impaknya negara akan terus makmur dengan perkembangan
ekonominya yang dapat menarik pelaburan.
• Selain itu, membolehkan pihak kerajaan merancang dan
melaksanakan pembangunkan dengan lancar untuk meningkatkan
taraf hidup rakyat.
• Impaknya juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain.
3. Bincangkan kepentingan berwaspada terhadap unsur luar yang boleh
menggugat kedaulatan negara.(6m)

• sebagai satu perjuangan mempertahankan maruah dan


mempertinggikan martabat serta kedaulatan negara.
• untuk bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh bagi membangun dan
memajukan negaranya.
• Patriotisme juga merujuk ikatan spiritual antara individu dan negara yang
sentiasa berwaspada terhadap unsur luar demi keselamatan negara.
• pembangunan dan kemajuan tidak akan dapat dicapai dika negara
digugat oleh unsur luar.
• Melalui patriotisme setiap rakyat di sesebuah negara akan memperoleh
maruah, jati diri dan jaminan masa depan untuk generasinya.
4. Huraikan kebijaksanaan berfikiran strategik untuk berjaya dalam
kehidupan.(6m)

• Kemampuan untuk mengenal pasti situasi kritikal, secara analitik dan kreatif
menilai maklumat yang relevan, dan menentukan akibat memilih tindakan
tertentu bagi mencapai matlamat.
• Pemikiran strategik membantu individu fokus, memprioritaskan, dan lebih proaktif
dalam menangani isu dan situasi tertentu untuk Berjaya dalam hidup.
• Apabila kita berfikir secara strategik, kita melihat corak dan menjangka akibatnya.
• Kita boleh mengutamakan yang lebih baik apabila kita berfikir secara strategik.
• Strategi menjadikan kita fokus pada masa depan, bukan masa kini atau masa lalu.
• Impaknya kita akan berjaya dalam kehidupan dan menyumbang kepada kemajuan
negara.
5. Menjelaskan kepentingan sifat berwaspada dalam membuat
keputusan.(6m)

• Sentiasa berfikir secara berwaspada dalam menangani satu-satu


pemasalahan yang timbul agar ianya tidak menjadi semakin marak.
• Apabila ada satu perasaan ketidak puas hati akan timbul di setiap dari
kita maka kita mesti berwaspada dalam membuat keputusan agar yidak
berlaku pergaduhan.
• Sememangnya mengetahui bahawa sesuatu keputusan yang baik yang
diputuskan oleh sifat berwaspada.
• Perkara yang difikirkan dengan melihat tentang kebaikan dan
keburukan akan memberi kebaikan kepada kita dan negara.
• Impaknya negara akan terus selamat, maju dan Makmur/
6. Menghuraikan kepentingan pentadbiran yang sistematik dalam
memajukan negara.(6m)

• Sistem Demokrasi Berparlimen merupakan pentadbiran yang sistematik


mengukuhkan lagi kedudukan negara kita sebagai sebuah negara yang
berdaulat.
• Pentadbiran yang sistematik dapat memantapkan sistem pemerintahan
dan pentadbiran negara dengan mewujudkan kepemimpinan yang
berintegriti dan amanah untuk memajukan negara.
• Juga dapat membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah,
beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain.
• Impaknya kemajuan negara akan terus berkembang dan rakyat akan
menikmati kemakmuran.
7. Jelaskan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.(6m)

• Rakyat Malaysia boleh hidup bersatu padu dan aman damai tanpa
sebarang pertelingkahan dan permusuhan antara kepentingannya
mempertahankan kedaulatan.
• Dengan kedaulatan kerajaan dapat merapatkan jurang ekonomi antara
kaum dan memupuk perpaduan kaum.
• Dengan kdaulatan kita boleh menentukan hala tuju negara dengan
sanggup bertolak ansur, bersabar dan mengawal diri demi mengelakkan
pertelingkahan serta perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
• Impaknya rakyat hidup dalam keadaan yang selamak dan negara terus
maju.
Bahaskan iktibar yang diperolehi daripada peristiwa campur tangan dan
penjajahan.(6m)

• Setiap rakyat Malaysia perlulah sedar akan kepentingan perpaduan


kaum kerana aspek perpaduan ini memberikan kesan yang sangat
besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
• Tolak ansur antara kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan
politik agar negara kita tidak dijajah lagi.
• Kerjasama dalam setiap lapisan rakyat amat perlu bagi menjamin
keutuhan struktur pentadbiran negara agar kuasa asing tiada alasan
untuk campur tangan.
• Pemimpin yang berkaliber dan berwibawa telah berjuang untuk
mencapai kebebasan daripada penjajah demi negara yang tercinta.
9. Terangkan sikap kesediaan menerima perubahan yang membawa
kebaikan.(6m)

• Inilah keinginan yang perlu ada dalam diri setiap individu untuk berubah
kepada satu keadaan yang lebih baik.
• Rakyat sedia menerima perubahan dengan mengamalkan budaya ilmu yang
tinggi agar dapat sama2 memajukan negara.
• Melalui sikap kesediaan menerima perubahan , kita telah mengorak langkah
serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita setanding
dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusuk
dunia.
• Sikap kesediaan menerima perubahan merupakan perkara yang sangat
penting untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah
negara.
10. Jelaskan kepentingan sikap berwaspada terhadap anasir luar.(6m)

• Campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman Malaysia bakal merosakkan
perpaduan dan keamanan negara.
• campur tangan luar seperti Amerika Syarikat berkaitan 1Malaysia Development Bhd
(1MDB) bukan sahaja merugikan negara malah langsung tidak membawa kebaikan
sebaliknya memusnahkan keharmonian yang telah dipupuk selama ini.
• Pihak yang dapat keuntungan politik adalah "tali barut' kerana mempunyai niat jahat
untuk memutuskan perpaduan dan silaturahim dalam kalangan masyarakat negara
ini.
• Sejarah mengajar bahawa campur tangan asing dalam urusan dalaman negara hanya
akan membawa kerugian.
• mereka yang bersetongkol dengan kuasa asing sebagai 'tidak bermaruah' dan 'tidak
patriotik' terhadap negara.
11. Nilaikan keberkesanan pentadbiran yang sistematik untuk kemajuan
negara.(8m)

• Antara langkah mengekalkan kedaulatan negara dari dijajah oleh anasir luar
dari aspek fizikal dan mental.
• Negara memerlukan pemimpin yang cekap berintegriti dan berwibawa serta
pentadbiran yang sistematik untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna.
• Rakyatnya akan sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman
politiknya tidak huru-hara untuk memajukan negara.
• Hal ini menjadikan ekonomi negara baik dan dapat menarik minat pelabur
asing.
• Impaknya negara akan terus membangun dan maju demi kemakmuran hidup
rakyat
12. Jelaskan kepentingan berilmu dalam membangunkan negara.(6m)

• Pendidikan satu pelaburan yang besar untuk menjamin pembagunan dan


kemajuan negara yang berterusan.
• Hal ini bagi membangunkan modal insan ‘minda kelas pertama’ pada masa
akan datang.
• Selain itu, dapat membantu manusia membangunkan kehidupannya dengan
lebih baik dengan memperoleh pekerjaan yang baik untuk menyara keluarga.
• Negara kita dapat melahirkan pekerja mahir di dalam bidang yang benar-
benar dikehendaki oleh negara untuk program-program pembangunan.
• Impaknya negara akan terus membangun dan maju setanding dengan
negara2 lain di dunia.
13. Jelaskan kepentingan bersikap jujur dalam melaksanakan
tanggungjawab.(6m)

• Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab untuk melahirkan negara


yang Makmur.
• Mengamalkan nilai-nilai kejujuran, keikhlasan dan keluhuran dalam semua
urusan agar masyarakat kita akan dihormati.
• Mempunyai akauntabiliti yang tinggi serta bertanggungjawab di dalam
menjalankan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk
faedah diri serta lain-lain pihak yang berkepentingan agar negara terus aman.
• Bersedia menerima tanggungjawab pada bila-bila masa tanpa mengharapkan
sebarang imbuhan agar negara terus maju.
• Impaknya negara kita adan disegani seantero dunia.
14. Huraikan kepentingan kestabilan politik dalam mewujudkan
keamanan negara.(6m)

• Kestabilan politik bagi sesebuah negara amat penting kerana ia memberikan


kesan besar kepada ekonomi untuk terus berkembang dan memberikan
kesejahteraan kepada rakyat.
• Kestabilan politik adalah amat penting dalam merencanakan perancangan
ekonomi negara.
• Kestabilan politik merupakan prasyarat penting bagi sesebuah negara untuk
terus membangun serta berdaya saing.
• Sesebuah negara akan menjadi aman dan harmoni
• Membolehkan kerajaan yang memerintah memberi fokus terhadap perancangan
yang dibuat serta melaksanakan pelbagai dasar
• Untuk membangunkan negara demi kepentingan rakyat.
15. Menilai kepentingan pentadbiran secara sistematik untuk kemajuan
negara.(6m)

• Pentadbiran secara sistematik penting kerana negara luar akan


berurusan dengan pemimpin Malaysia untuk memantapkan
hububungan ekonomi demi memajukan negara.
• Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan
hubungan kerjasama serta perdagangan demi manafaat bersama.
• Pentadbiran secara sistematik telah memberikan keyakinan kepada
pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia.
• Impaknya, negara menjadi aman dan damai dapat menjamin
kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya.
16. Merumuskan kepentingan kewibawaan pemimpin dalam
memperjuangkan maruah bangsa.(6m)

• Pemimpin berwibawa akan menjadikan rakyatnya hidup sejahtera


serta mengembangkan kemampuan yang ada untuk kemakmuran
semua.
• Pemimpin berwibawa bijak menangani masalah yang sering tercetus
antaranya perpaduan, persepsi serta isu-isu hak asasi manusia,
pendidikan, kesihatan dan kepelbagaian identiti dalam satu
masyarakat, serta yang utamanya menangani isu rasuah yang
berbahaya kepada masyarakat.
• Impaknya negara akan terus maju dan dapat menjaga kemakmuran
dan keselamatan rakyatnya yang penting dapat menjaga bangsa.
18. Menerangkan sikap kesediaan menerima perubahan yang membawa
kebaikan.(6m)

• Niat untuk berubah daripada satu keadaan atau sikap yang mundur,
ketinggalan, kegagalan, kepada satu keadaan dan sikap yang lebih baik serta
cemerlang ialah satu keinginan yang murni yang membawa kebaikan.
• Seorang remaja sudah pasti ingin menjadi seorang dewasa yang berjaya,
begitu juga seorang pelajar sudah tentu ingin menjadi seorang pelajar yang
cemerlang hingga ke menara gading jika mereka bersedia menerima
perubahan yang membawa kepada kebaikan dengan berusaha.
• Kesannya ia membolehkan individu, organisasi dan negara meningkatkan
dan menambah baik produktiviti dan nilai yang memberi manfaat bersama.
19. Menjelaskan kepentingan sikap berwaspada terhadap anasir luar.
(6m)

• Sikap tidak berwaspada terhadap anasir luar dan tidak keprihatinan


masyarakat menyebabkan ada yang terperdaya tanpa sedar dan akhirnya
menyertai atau menyokong golongan pengganas yang ingin merosakkan
negara.
• Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah atau fahaman
songsang yang cuba dibawa oleh anasir luar yang berkepentingan
menggugat keharmonian dan keamanan negara.
• Masyarakat perlu bertanggungjawab menjaga kedaulatan dan keamanan
negara dengan memastikan anak-anak mendapat pendidikan, ilmu
pengetahuan dan bimbingan yang secukupnya untuk menanam sikap
berwaspada terhadap anasir luar dalam jiwa merka.
20. Menjelaskan kepentingan kewibawaan pemimpin dalam
pembangunan negara.(6m)

• Pemimpin berwibawa akan menjadikan rakyatnya hidup sejahtera serta


mengembangkan kemampuan yang ada untuk pembagunan negara demi
kemakmuran semua.
• Pemimpin berwibawa bijak menangani masalah yang sering tercetus
antaranya perpaduan, persepsi serta isu-isu hak asasi manusia,
pendidikan, kesihatan dan kepelbagaian identiti dalam satu masyarakat,
serta yang utamanya menangani isu rasuah yang berbahaya kepada
masyarakat yang boleh membantutkan pembagunan negara.
• Impaknya negara akan terus membangun dan dapat menjaga
kemakmuran dan keselamatan rakyatnya yang penting dapat menjaga
bangsa.
21. Jelaskan keberkesanan pentadbiran yang sistematik untuk kemajuan
negara.(6m)

• Pentadbiran secara sistematik penting kerana negara luar akan berurusan


dengan pemimpin Malaysia untuk memantapkan hubungan ekonomi demi
memajukan negara.
• Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan
hubungan kerjasama serta perdagangan demi manafaat Bersama dengan
adanya pentadbiran sitematik.
• Pentadbiran secara sistematik telah memberikan keyakinan kepada
pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia kerana mempunyai
kestabilan politik.
• Impaknya, negara menjadi aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan
dan keselamatan rakyatnya.
22. Menjelaskan kepentingan sikap gigih dalam memajukan diri.(6m)

• Kegigihan didefinisikan sebagai tindakan sukarela yang dilakukan


untuk mencapai suatu tujuanmeskipun terdapat kekangan, kesulitan
dan rintangan untuk memajukan diri.
• Nilai kerajinan merupakan aspek nilai ketekunan, kerajinan dan daya
usaha bagi seseorang individu itu melaksanakan tindakannya kepada
suatu perkara yang diberikan kepadanya demi kemajuan diri.
• Nilai kegigihan ini juga menghendaki seseorang itusentiasa berusaha
secara berterusan dan bersungguhsungguh untuk memenuhi
matlamat, sasaran, dan cita-cita demi mencapai kejayaan
23. Menerangkan kepentingan perpaduan dalam masyarakat berbilang
kaum.(6m)

• Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan


peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
• Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa,
agama dan budaya kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya
menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia.
• Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi
mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat
perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat
Malaysia.
• Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali dan memahami
kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi kesefahaman antara kaum
dan agama untuk keamanan negara.
24. Huraikan kepentingan sikap bermuafakat dalam memajukan negara.
(6m)

• Semangat bersatu padu dan permuafakatan yang ditanam tokoh-


tokoh negarawan seharusnya mengalir di setiap denyut nadi rakyat
Malaysia demi memajukan negara.
• Semua rakyat Malaysia perlu saling bermuafakat, hormat-
menghormati demi mendapat kemajuan dan kemakmuran di negara
tercinta ini.
• Kita hendaklah bersama-sama bersatu padu, tanpa mengira bangsa
dan agama membina satu negara yang gemilang.
• Impaknya negara akan terus berkembang menuju kemajuan dan
kemakmuran untuk rakyat jelata.
25. Jelaskan kepentingan memanfaatkan kekayaan negara.(6m)

• Dengan cara menjual hasil bumi ke negara luar untuk menjana


pendapatan negara demi kemakmuran rakyat jelata.
• Dengan ini ekonomi sesebuah negara akan meningkat seterusnya
rakyat akan mendapat bantuan kerana kerajaan yang kaya mudah
menjalankan tugas membantu rakyat
• Kerajaan yang kaya juga boleh memperbaiki sistem keselamatan demi
keamanan dan kesejahteraan negara.
• Selain itu kerajaan boleh membangunkan prasarana dan Pendidikan
untuk membangunkan rakyat dari segi rohani dan jasmani.
• Impaknya rakyat akan hidup dalam keadaan selamat dan selesa.
26. Menjelaskan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.(6m)

• Kedaulatan amat penting apabila membincangkan tentang


pembangunan negara.
• Kedaulatan berkaitan hak sesebuah negara-bangsa untuk membentuk
dasar-dasar kerajaan dalam lingkungan wilayah pemerintahannya
semata-mata untuk memastikan kesejahteraan rakyat.
• Kedaulatan negara perlu dizahirkan dengan menyuburkan semangat
cinta yang tinggi terhadap negara agar negara tidak diancam
kedaulatannya.
• Impaknya negara dapat menentukan hala tuju negaranya tampa
campur tangan luar.
27. Menghuraikan kepentingan sifat bijaksana dalam mengatur strategi
dalam perjuangan.(6m)

• Semua pemimpin perlu mempunyai kebijaksanaan dan keberanian


luar biasa dalam menangani cabaran dan menguruskan pelbagai
tuntutan masyarakat pada masa kini.
• Pemimpin juga perlu bijak, amanah serta bertanggungjawab dengan
tidak sekali-kali mengkhianati janji dan polisi mereka kerana tindakan
itu akan memberi kesan dan menyebabkan mudarat kepada rakyat.
• Pemimpin yang bijak serta ikhlas bagi meneruskan kemajuan negara
amat penting untuk mengelak negara daripada ketinggalan.
• Impaknya negara akan terus maju, berdaulat demi keharmonian dan
kemakmuran rakyatnya.
28. Menghubungkaitkan kepentingan bermuafakat dengan kejayaan
dalam perjuangan.(6m)

• Muafakat atau perpaduan amat penting dalam apa jua perjuangan.


• Hal ini kerana dengan muafakat kerjasama dalam mencapai perjuangan dapat dibina.
• Contohnya pemimpin dengan rakyat berpakat untuk menjaga kedaulatan negara.
• Impaknya keselamatan negara akan tercapai dan rakyat akan didup aman harmoni.
• Selain itu, pepatah ada menyatakan “muafakat membawa berkat”. Penyataan
tersebut adalah benar.
• Hal ini adalah muafakat adalah asas kejayaan sebuah perjuangan.
• Contohnya perjuanga kita yang ingin menjadi negara maju, pemimpin dan rakyat
tanpa mengira kaum dan agama mestilah bersatu padu untuk memajukan negara.
• Impaknya negara akan terus maju dan disegani diseluruh dunia.
29. Menilai kepentingan menghargai perjuangan tokoh-tokoh tempatan
sebagai wira.(6m)

• Menghargai perjuangan tokoh-tokoh tempatan sebagai wira penting untuk kelangsungan


semangat patriotisma dalam diri rakyat Malaysia.
• Hal ini kerana dengan menghargai perjuangan tokoh2 lampau kita dapat merasai
keperitan dan pengorbanan tokoh2 lampau dalam mencapai kemerdekaa.
• Contohnya perjuangan Tok Janggut yang sanggup berkoban nyawa demi menentang
British.
• Impaknya negara akhirnya mencapai kemerdekaan dan kita dapat menentukan hala tuju
negara kita sendiri.
• Selain itu, anasir luar tidak boleh meresap kedalam fikiran rakyat.
• Hal ini kerana rakyat tahu kepayahan tokoh2 tempatan berjuang untuk membebaskan
negara.
• Justeru nitu dapat menanam sifat jati diri dalam jiwa rakyat Malysia.
30. Terangkan kepentingan sikap bijaksana dalam mempertahankan
kedaulatan tanah air.(6m)

• sikap bijaksana dalam mempertahankan kedaulatan tanah air penting demi


kelangsungan hidup rakyat.
• Hal ini kerana sikap bijaksana dapat menyelesaikan isu yang timbul dalam negara.
• Contohnya apabila timbul isu tidak puas antara kaum, pepimpin menggunakan
kebijaksaan dengan kaedah rundingan bagi menyelesaikan masaaalah.
• Impaknya penyeselaiyan masaalan tercapai demi memelihara kedaulatan tanah air.
• Selain itu, masalah pencerobohan kedaulatan negara oleh negara luar juga perlu
ditangani dengan bijaksana.
• Contohnya, isu pencerobohan ruang negara oleh negara China, kita menggunakan
kaedah rundingan diplomatik untuk menyelasaikannya.
• Impakmya kedaulatan dan keselamatan negara terjamin.
31. Huraikan kepentingan sikap taat setia kepada pemerintah.(6m)

• Sikap taat setia kepada pemerintah penting untuk memastikan keselamatan dan
kemakmuran negara akan terus terjamin.
• Hal ini kerana jika rakyat tiada sikap taat setia kepada pemerintah kita akan gagal
menangani setiap isu yang timbul.
• Contohnya, isu Covid-19 yang sedang melanda negara, rakyat taat kepada pemerintah
dengan mengikut arahan dan SOP yang telah dibuat oleh pemerintah.
• Impaknya nyawa rakyat dapat diselamatkan dan negara dalam keadaan aman. Selain
itu, sikap taat kepada pemerintah dapat mempertahankankan kedaulatan negara.
• Hal ini demikian sikap taat setia akan melahirkan rakyat yang sanggup berkorban
untuk negara.
• Impaknya negara akan selamat dari anasir luar dan keselamatan rakyat terjamin.
32. Bahaskan kepentingan sikap bermuafakat untuk kemajuan negara.
(6m)

• Muafakat atau perpaduan amat penting untuk memajukan negara.


• Hal ini kerana dengan muafakat kerjasama dalam mencapai untuk memajukan negara.
• Contohnya pemimpin dengan rakyat berpakat memajukan negara.
• Impaknya kemakmuran negara akan tercapai dan rakyat akan hidup aman harmoni.
• Selain itu, pepatah ada menyatakan “muafakat membawa berkat”. Penyataan
tersebut adalah benar.
• Hal ini adalah muafakat adalah asas kejayaan kemajuan sesebuah negara.
• Contohnya perjuanga kita yang ingin menjadi negara maju, pemimpin dan rakyat
tanpa mengira kaum dan agama mestilah bersatu padu untuk memajukan negara.
• Impaknya negara akan terus maju dan disegani diseluruh dunia.
33. Jelaskan kepentingan menghargai sumbangan pemimpin terdahulu.
(6m)

• Menghargai sumbangan pemimpin terdahulu sebagai wira penting untuk kelangsungan


semangat patriotisma dalam diri rakyat Malaysia.
• Hal ini kerana dengan menghargai sumbangan pemimpin terdahulu kita dapat merasai
keperitan dan pengorbanan tokoh2 lampau dalam mencapai kemerdekaa.
• Contohnya perjuangan Tok Janggut yang sanggup berkoban nyawa demi menentang
British.
• Impaknya negara akhirnya mencapai kemerdekaan dan kita dapat menentukan hala tuju
negara kita sendiri.
• Selain itu, anasir luar tidak boleh meresap kedalam fikiran rakyat.
• Hal ini kerana rakyat tahu kepayahan pemimpin terdahulu berjuang untuk
membebaskan negara.
• Justeru itu dapat menanam sifat jati diri dalam jiwa rakyat Malysia.

Anda mungkin juga menyukai