Anda di halaman 1dari 5

NO : 1 - Eksperimen 1.

1 : Penyiasatan Saintifik (m/s 14)

Inferens : Tempoh ayunan bandul bergantung kepada panjang talinya


Hipotesis : Semakin panjang benang bandul, semakin panjang tempoh ayunannya
Tujuan : Mengkaji hubungan panjang bandul, l dengan tempoh ayunan, T

Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasi : Panjang bandul, l
Pemboleh ubah bergerak balas : Tempoh ayunan bandul, T
Pemboleh ubah dimalarkan : Jisim ladung

Radas
Kaki retort, jangka sudut, ladung bandul,
jam randik, pembaris meter, pengapit G

Bahan
Benang 100cm, 2 keping papan lapis kecil

Prosedur
1. Radas disusun seperti Rajah 1.12
2. Panjang bandul,l dilaraskan pada 20.0 cm
3. Ladung disesarkan ke sisi dan dilepaskan supaya berayun dengan sudut yang kurang dari 10 0
4. Masa, t1 untuk 20 ayunan lengkap diukur dan direkod
5. Langkah 4 diulang dan masa t2 direkod.
(t1 + t2)
6. Masa purata dihitung, t purata = ------------
2
t purata
7. Tempoh ayunan lengkap, T = ----------- dan T2 dihitung.
20
8. Langkah 2-7 diulang dengan panjang bandul, l= 30.0cm, 40.0cm, 50.0cm, 60.0cm dan 70.0cm.
9. Data direkod dalam Jadual 1.6

Pengumpulan data
Panjang bandul, Masa untuk 20 ayunan Tempoh ayunan T2 (s2)
l (cm) t1 (s) t2 (s) tpurata (s) T = tpurata/20 (s)
20.0 14.2 14.2 14.20 0.71 0.50
30.0 20.3 20.2 20.25 1.01 1.02
40.0 24.0 24.0 24.00 1.20 1.44
50.0 27.9 28.0 27.95 1.40 1.95
60.0 32.1 32.2 32.15 1.61 2.58
70.0 33.4 33.5 33.45 1.67 2.79

1
Analisis data

1.
Graf tempoh, T melawan panjang, l

T (s)

2.0

X
X
1.5
X

1.0 X

0.5

0 l (cm)
10.0 20.0 30.0 40.0 50.0 60.0 70.0

2. Bentuk graf : Graf lengkung dengan kecerunan positif


Hubungan pembolehubah : Tempoh ayunan, T bertambah dengan panjang bandul, l

2
Graf tempoh kuasa dua, T2 melawan panjang, l

T2 (s2)

3.0
X
(70, 2.65)
X

2.0 X

1.0 X

(0, 0)

0 l (cm)
10.0 20.0 30.0 40.0 50.0 60.0 70.0

2. Bentuk graf : Graf garis lurus dengan kecerunan positif


Hubungan pembolehubah : Tempoh kuasa dua, T2 berkadar terus dengan panjang bandul, l

3
3. y2 – y1 (2.65 – 0) s2
Kecerunan graf, m = ------------- = ------------- = 0.0379 s2cm-1
x2 – x1 (70 – 0) cm

Tukar ke unit SI :

0.0379 s2 0.0379 s2
m = 0.0379 s2cm-1 = ------------ = --------------- = 3.79 s2 m-1 (unit SI)
1 cm 1 x 10-2 m

4.

Kesimpulan :
Hipotesis ini diterima.
Semakin bertambah panjang bandul, semakin bertambah tempoh ayunan.

4
Perbincangan

1. Mengapakah masa untuk 20 ayunan lengkap perlu diambil dalam eksperimen ini?
Masa untuk 20 ayunan lengkap lebih mudah diambil berbanding dengan masa untuk 1 ayunan
lengkap. Tempoh untuk 1 ayunan didapati dengan membahagikan masa (selama 20 ayunan)
dengan 20.

2. Mengapakah pengukuran masa 20 ayunan perlu diulang?


Pengukuran masa 20 ayunan perlu diulang untuk mendapatkan nilai purata (menambah
ketepatan bacaan).

3. Nyatakan satu langkah berjaga-jaga untuk meningkatkan kejituan eksperimen ini.


Mengambil bacaan sebanyak dua kali dan dapatkan nilai purata untuk menambah kejituan
bacaan. ATAU
Pastikan kedudukan mata berserenjang dengan skala jam randik yang dibaca untuk
mengelakkan ralat paralaks.

4. Bandingkan nilai g daripada eksperimen ini dengan nilai piawai g, iaitu 9.81 ms-2. Berikan
justifikasi kepada perbezaan nilai yang diperolehi.
Nilai g piawai : 9.81 ms-2
Nilai g daripada eksperimen : 10.41 ms-2
Terdapat perbezaan nilai g dari eksperimen kerana terdapat ralat semasa melakukan
eksperimen, tindakbalas manusia yang berbeza semasa mengambil bacaan, pengukuran yang
tidak tepat, tahap kejituan alat pengukur dan lain-lain faktor luaran seperti gangguan angin.

Anda mungkin juga menyukai