Anda di halaman 1dari 2

NAMA :____________________________________

TARIKH : ________________________

SOALAN FAEDAH KOMPAUN


1. Cari nilai masa hadapan bagi pelaburan berikut :
(a) RM 20 000 pada 5% dikompaun setiap tahun selama 5 tahun
(b) RM 30 000 pada 6% dikompaun setiap setengah tahun selama 5 tahun 6 bulan.
3
(c) RM 11 500 pada 8% dikompaun setiap tiga bulan selama 2 tahun
4
1
(d) RM 120 000 pada 5% dikompaun setiap bulan selama 3 tahun.
4
(e) RM 120 000 pada 9% dikompaun setiap hari selama 270 hari.
(f) RM 40 000 pada 12% dikompaun setiap 4 bulan selama 6 tahun.
(g) RM 19 999 pada 4.5% dikompaun setiap 2 bulan selama 2 tahun.

2. Andaikan RM 1000 dilaburkan pada kadar faedah tahunan sebanyak 5%. Kirakan
jumlah yang terkumpul selepas 20 tahun jika faedah itu :
(a) Faedah mudah
(b) Dikompaun setiap bulan

3. Sejumlah wang, X didepositkan ke dalam akaun simpanan pada kadar 10% yang
dikompaunkan setiap hari pada 25 Julai 2009. Pada 13 ogos 2009, RM 600 telah
dikeluarkan dan baki pada 31 Disember 2009 adalah RM 8 900. Kirakan nilai X
dengan menggunakan faedah tepat dan faedah biasa.

4. RM 25 000 dilaburkan selama 4 tahun 9 bulan. Sekiranya pelaburan ditawarkan 12%


kompaun setiap setengah tahun untuk 2 tahun pertama dan 10% kompaun suku
tahunan untuk tahun yang seterusnya, cari nilai masa depan pelaburan ini.

5. RM65 000 dilaburkan selama 6 tahun 9 bulan. Sekiranya pelaburan ditawarkan 12%
dikompaun setiap setengah tahun untuk 2 tahun pertama, 6% dikompaunkan setiap
bulan untuk 18 bulan akan datang dan 7% dikompaun setiap hari untuk tempoh
seterusnya, cari nilai masa depan pelaburan ini

6. Pada akhir setiap tahun selama tiga tahun, RM1000 dilaburkan dalam akaun yang
menawarkan 8% kompaun setiap tahun. Cari jumlah akaun pada akhir tiga tahun.

7. Pada 16 April 2006, RM2000 dilaburkan pada 5% kompaun setiap setengah tahun.
Cari jumlah yang terkumpul pada 16 Oktober 2009 jika kadarnya berubah kepada
8% yang dikompaunkan setiap suku tahun bermula 16 April 2007,

8. Dayah mendeposit RM1536 pada 15 Mei 2005 ke dalam akaun yang membayar 10%
kompaun setiap suku tahun
9. Cari faedah yang diperoleh jika RM7500 dilaburkan selama 6 tahun pada 6.4%
dikompaun suku tahunan.

10. Cari faedah diperoleh untuk pelaburan jika amaun terkumpul pada akhir 6 tahun
adalah RM2412.66 dan kadar faedah yang diberikan adalah 8% kompaun setiap
suku tahun.

11. Eriwando menyimpan RM25000 pada 8% kompaun sebulan. Dua tahun kemudian,
beliau mengeluarkan RM14000 dari simpanan itu. Cari jumlah yang tinggal dalam
akaun beliau.

12. RM X didepositkan dalam akaun simpanan pada kadar 4.0% faedah yang
dikompaun secara mingguan. Empat bulan kemudian, RM4200 dikeluarkan dari
akaun dan bakinya adalah RM4212.39. Cari nilai X.

Jawapan :

1. (a) RM 25 525.63

(b) RM 41 527.02

(c) RM 14 289.81

(d) RM 144 592.65

(e) RM 128 378.55

(f) RM 81 032.66

(g) RM 21 875.04

2. (a) RM 2 000

(b) RM 2 712.64 , RM 712.64

3. RM 9 112.37

4. RM 41 781.51

5. RM 98 534.95

6. RM 3 246.40

7. RM 2 561.41

8. RM 919.53

9. RM 3 477.67

10. RM 912.66

11. RM 15 322.20

12. RM 7 363.93

Sumber : Accountancy Mathematics for UiTM (Third Edition)

Anda mungkin juga menyukai