Anda di halaman 1dari 2

EKSPERIMEN BANDUL RINGKAS

Inferens Panjang bandul ringkas mempengaruhi tempoh ayunan bandul ringkas


Hipotesis Semakin bertambah panjang bandul ringkas semakin bertambah tempoh ayunan
bandul ringkas
Tujuan Untuk mengkaji hubungan antara panjang bandul ringkas dan tempoh ayunan bandul
ringkas
Pembolehubah Dimanipulasikan :Panjang bandul ringkas
Bergerakbalas :Tempoh ayunan bandul ringkas
Dimalarkan :Jisim bandul
Bahan dan Radas Bandul, benang 70cm, kaki retort dan pengapit, jam randik, pembaris meter,
Susunan Radas

Prosedur 1) Semua radas disusun seperti dalam rajah di atas


2) Panjang benang dilaraskan supaya panjang , l = 10cm
3) Bandul diayun untuk memulakan ayunan melalui sudut yang kecil ( tidak lebih
daripada 10◦ )
4) Masa yang diambil untuk 20 ayunan lengkap, t diambil menggunakan jam randik
5) Tempoh bandul ringkas, T ( iaitu masa yang diambil untuk satu ayunan lengkap)
dikira dengan menggunakan:

Tempoh, T = Masa untuk 20 ayunan lengkap


20

6) Langkah 3 hingga 5 diulang untuk l = 20.0 cm, 30.0 cm, 40.0 cm, 50.0 cm, dan
60.0 cm
7) Graf T2 melawan l diplotkan

Pengumpulan Panjang Masa yang diambil untuk 20 ayunan


Data l (cm) lengkap Tempoh (Tempoh)2
t1 t2 tpurata T (s) T2 (s2)
10.0
20.0
30.0
40.0
50.0
60.0

Langkah berjaga- 1) Sudut ayunan bandul mestilah sama untuk setiap ayunan yang dilakukan
jaga 2) Mata mestilah serenjang dengan skala pembaris untuk mengelakkan ralat
paralaks
3) Kenalpasti ralat jam sifar jam randik.Ubah ralat sifar tersebut supaya kembali
kepada titik ukuran yang asal.
4) Kipas mestilah ditutup supaya tidak berlaku ralat semasa eksperimen dijalankan.
Daripada graf yang telah diplot, y meningkat secara linear dengan x. Hipotesis diterima.
Kesimpulan
Tempoh ayunan bandul ringkas bertambah apabila panjang bandul ringkas bertambah.

Anda mungkin juga menyukai