Anda di halaman 1dari 16

MODUL PDP SPM PASCA PKP

NEGERI PERAK 2020

FIZIK Tingkatan 4
5.3: Pantulan Gelombang

1
5.3 Pantulan Gelombang

Standard Pembelajaran:
Murid boleh:
• menghuraikan pantulan gelombang dari aspek:
(i) sudut tuju, i
(ii) sudut pantulan, r
(iii) panjang gelombang, λ
(iv) frekuensi, f
(v) laju, v
(vi) arah perambatan gelombang
• melukis gambar rajah untuk menunjukkan pantulan gelombang air satah bagi pemantul
satah.
• mewajarkan aplikasi pantulan gelombang dalam kehidupan harian.
• menyelesaikan masalah melibatkan pantulan gelombang.

2
5.3 Pantulan Gelombang

Muka Gelombang

Muka gelombang ialah garis yang


menyambungkan semua titik yang
bergetar pada fasa yang sama dan berada
pada jarak yang sama dari sumber
gelombang.

MUKA GELOMBANG

Muka gelombang satah Muka gelombang bulat

Arah perambatan gelombang adalah


serenjang dengan muka gelombang.
Panjang gelombang , ʎ adalah sama dengan
jarak antara dua muka gelombang yang
ʎ berturutan.

3
Pantulan gelombang berlaku
apabila gelombang berlanggar
dengan satu pemantul.

Ciri-ciri Pantulan Gelombang :


Frekuensi (f) gelombang tuju = frekuensi (f) gelombang pantulan
Panjang gelombang (ʎ) tuju = Panjang gelombang (ʎ) pantulan
Laju (v) gelombang tuju = Laju (v) gelombang pantulan
Arah gelombang = Berubah
Halaju gelombang (v) = Berubah kerana arah berubah

PANTULAN
GELOMBANG
Hukum Pantulan :
1. sudut tuju, i = sudut pantulan, r
2. Sinar tuju, sinar pantulan dan garis
Pantulan gelombang terjadi untuk
normal berada pada satah yang
semua jenis gelombang seperti
sama.
gelombang air, gelombang cahaya dan
gelombang bunyi.

Pantulan gelombang air Pantulan gelombang air boleh dikaji dan


diperhatikan menggunakan tangki riak dan
pemantul satah.

4
Langkah-langkah melukis gambar rajah pantulan gelombang air

Pemantul satah B Pemantul satah

GELOMBANG GELOMBANG
TUJU i r
TUJU
GELOMBANG
PANTULAN

A N C

Langkah 1 : Lukis anak panah AB berserenjang dengan muka gelombang tuju untuk mewakili arah
perambatan gelombang tuju.
Langkah 2 : Lukis garis normal BN yang serenjang (bersudut 90o) dengan pemantul satah.
Langkah 3 : Lukis anak panah BC dengan keadaan sudut CBN (r) sama dengan sudut ABN (i) untuk
mewakili arah perambatan gelombang pantulan.
Langkah 4 : Lukis garis-garis berserenjang dengan BC untuk mewakili muka gelombang pantulan.
Panjang gelombang pantulan, λ2 hendaklah sama dengan Panjang gelombang tuju, λ1.

Corak pantulan membulat oleh suatu satah


pemantul.
Gelombang kelihatan seolah-oleh mencapah dari
titik imej P’

APLIKASI PANTULAN GELOMBANG DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Gelombang ultrasonik yang dipantulkan oleh


organ dalaman atau fetus memudahkan Gelombang radio dari satelit komunikasi
pemeriksaan perubatan. dipantulkan oleh antena parabola ke hon suapan.

5
Perbezaan dalam corak pantulan gelombang bunyi
Teknologi pantulan ultrasonik yang dikenali
yang disebabkan oleh batu-batuan yang berbeza
sebagai SONAR membantu mengesan kawasan
membolehkan lokasi, kedalaman dan struktur
yang mempunyai banyak ikan. Transduser
permukaan dasar laut yang mengandungi sumber
memancarkan gelombang ke dalam air dan
gas asli dikenal pasti.
gelombang tersebut dipantulkan oleh ikan
kembali ke transduser.

𝑣𝑣𝑣𝑣
Kedalaman, 𝑑𝑑 =
2

Contoh :
Gelombang ultrasonik berfrekuensi 25kHz dipancar dari sebuah kapal ke dasar laut untuk
menentukan kedalaman laut. Gelombang itu bergerak dengan laju 1500 ms-1 dalam air laut.
Sela masa antara penghantaran dengan penerimaan semula gelombang ultrasonik ialah 100
ms. Tentukan
(i) Kedalaman laut, dan
(ii) Panjang gelombang ultrasonik tersebut.

Penyelesaian :
(i) Gelombang ultrasonik mengambil masa 100 ms untuk bergerak dari kapal ke dasar laut
dan kembali semula ke kapal. Jarak yang dilalui oleh gelombang itu ialah dua kali
kedalaman laut.

Langkah 1 : Senaraikan maklumat yang diberi dengan simbol.


Laju gelombang v = 1500 ms-1
Sela masa, t = 100 ms

6
Langkah 2 : Kenal pasti dan tulis rumus yang digunakan.
Jarak yang dilalui = Laju x masa
2d = vt

Langkah 3: Buat gantian numerikal ke dalam rumus dan lakukan penghitungan.


𝑣𝑣𝑣𝑣
Kedalaman laut, 𝑑𝑑 = 2

1500 (100 𝑥𝑥 10−2 )


=
2

= 750 m
(ii) 𝑣𝑣 = 𝑓𝑓𝑓𝑓
1500 = (25 𝑥𝑥 103 )𝜆𝜆
1500
𝜆𝜆 = (25 𝑥𝑥 103 )
= 0.06 m

7
5.3 MIND MAP

8
5.3 FAQ

No Soalan dan Jawapan


1 Q Apakah pantulan gelombang?

A Pantulan gelombang adalah proses di mana gelombang, sama ada cahaya,


bunyi, inframerah, atau gelombang radio, menghentam objek dan
memantul.

2 Q Apa yang berlaku apabila gelombang dipantulkan?

A Apabila gelombang menghentam halangan di sudut lain, ia melantun semula


pada sudut yang sama tetapi ke arah yang berbeza.

3 Q Apakah dua hukum pantulan ?

A Berikut adalah dua hukum pantulan :


1. Sinar tuju, sinar yang dipantulkan dan garis normal semuanya berada
dalam satah yang sama.
2. Sudut yang dibuat oleh sinar tuju dengan garis normal (i) sama dengan
sudut yang dibuat oleh sinar pantulan ke garis normal (r).

4 Q Mengapa pantulan cahaya penting?

A Pantulan cahaya membolehkan kita melihat segala yang ada di sekeliling


kita. Lihatlah tingkap anda: anda melihat segala yang ada di dunia semula
jadi (yang tidak menghasilkan cahaya sendiri) kerana ia memantulkan cahaya
Matahari.

5 Q Apakah kegunaan pantulan?

A Cermin cembung sering digunakan di kedai sebagai cermin keselamatan


kerana jenis gambar yang dihasilkan oleh cermin itu. Imejnya lebih kecil
tetapi menunjukkan medan penglihatan yang luas dari kedai. Cermin cekung
sering digunakan pada lampu suluh atau lampu depan kereta.

6 Q Apakah contoh pantulan bunyi?

A Ia adalah bunyi yang didengar apabila pantulan terjadi dari permukaan yang
keras, misalnya, dinding atau tebing. Gema adalah pantulan gelombang
bunyi walaupun sumbernya berhenti bergetar. Ini digunakan oleh kelawar
dan juga ikan lumba-lumba untuk mengesan rintangan atau pelayaran.

9
5.3 LATIHAN

BAHAGIAN A
1. Rajah menunjukkan gelombang air bergerak menuju ke sebuah benteng.

Kuantiti fizikal yang manakah akan berubah selepas gelombang air melanggar
benteng?
[MEMAHAMI]
A Laju
B Frekuensi
C Panjang gelombang
D Arah perambatan gelombang

2. Rajah di bawah menunjukkan gelombang air satah bergerak menuju sebuah


halangan yang berbentuk L dalam sebuah tangki riak.
L-shaped barrier
Halangan berbentuk L

Rajah manakah menunjukkan corak gelombang yang dipantulkan?


[MEMAHAMI]
A C

B D

10
3. Rajah menunjukkan seorang nelayan menggunakan sonar untuk mengesan
kedudukan kumpulan ikan di dalam air laut.

Fenomena gelombang yang terlibat ialah


[MENGETAHUI]

A pantulan

B Interferens

C pembelauan

D pembiasan

4. Rajah menunjukkan seekor ikan lumba-lumba menghasilkan bunyi ‘klik’ untuk


mengesan kumpulan ikan dengan fenomena pantulan bunyi.

Pernyataan manakah mengenai bunyi yang dipantulkan adalah betul?


[MEMAHAMI]

A Laju gelombang bunyi tersebut tidak berubah


B Amplitud gelombang bunyi tersebut bertambah
C Frekuensi gelombang bunyi tersebut berkurang
D Panjang gelombang bunyi tersebut bertambah

11
5. Rajah di bawah menunjukkan sebuah kapal sedang menghantar isyarat ultrasonik ke
dasar laut.

Kapal
Boat

Jika gelombang yang dipantulkan diterima selepas 0.36 s, apakah kedalaman laut
itu?
[ Anggap : halaju bunyi dalam air laut = 1500 m s-1]
[MENGAPLIKASI KUANTITATIF]

A 9.3 m
B 270 m
C 540 m
D 4166 m

12
BAHAGIAN B
1. Lengkapkan garis-garis alur cahaya tersebut dan tentukan jalur cerah dan gelap yang
terbentuk di skrin.
[MEMAHAMI]

2. Lengkapkan rajah di bawah untuk menunjukkan pantulan gelombang air serta


tunjukkan arah pantulan gelombang air.
[MEMAHAMI]

13
3. Nyatakan kesan pantulan ke atas ciri-ciri gelombang.
[MENGETAHUI]

Ciri gelombang Selepas pantulan gelombang


Panjang gelombang,λ
Frekuensi, f
Laju gelombang, v
Arah perambatan
Sudut tuju dan sudut pantulan.

4. Rajah menunjukkan satu kapal selam memancarkan gelombang ultrasonic ke arah


satu batu besar di dasar laut. Selepas 8.3 saat, kapal selam mengesan gelombang
terpantul.

Hitung jarak antara kapal selam dan batu besar


[ Halaju gelombang ultrasonik = 1560 ms-1]
[MENGAPLIKAS]

14
5.3 QR CODE

5.3 Pantulan Gelombang

Title link QR CODE

Pantulan Gelombang https://youtu.be/DyhZWzSzYwE

Gelombang https://youtu.be/RP_tZkj4e4s
(Pantulan
Gelombang)

Pantulan Gelombang https://youtu.be/IsUZY1u3e04


Tangki Riak

Latihan Pengukuhan https://drive.google.com/file/d/1pMKQr28-


W8ItwjzGJELJfJeeSFTlUIP2/view?usp=sharing

Jawapan Latihan https://drive.google.com/file/d/1Xs3XLLXmaZvzOCe


Pengukuhan 2NKG8v8j0K3wyUyaY/view?usp=sharing

15
5.3 JAWAPAN

BAHAGIAN A

1 D
2 D
3 A
4 A
5 B

BAHAGIAN B
1. 2.

3. Ciri gelombang Selepas pantulan gelombang


Panjang gelombang,λ Tidak berubah
Frekuensi, f Tidak berubah
Laju gelombang, v Tidak berubah
Arah perambatan Berubah dengan keadaan sudut tuju sama
dengan sudut pantulan
Sudut tuju dan sudut pantulan. Sudut tuju = sudut pantulan

4. v= 1560
t = 8.3 s
jarak yang dilalui = laju x masa

2d = vt

d = vt/2 = 6474 m /6.474 km

16

Anda mungkin juga menyukai