Anda di halaman 1dari 4

KATEGORI A

1.1.1 : Mengkaji hubungan antara tempoh ayunan spring dengan jisim


Rajah 1.1 menunjukkan bayi berusia 3 bulan dan rajah 1.2 menunjukkan bayi berusia 1 tahun
yang sedang tidur di dalam buaian. Didapati bahawa tempoh ayunan bagi setiap buaian itu
berbeza.

Rajah 1.1 Rajah 1.2


Berdasarkan maklumat dan pemerhatian tersebut:
(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai [1 markah]

(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai. [1 markah]

(c) Dengan menggunakan radas seperti spring, pemberat berslot, kaki retort dengan
pengapit dan radas lain, terangkan satu eksperimen untuk menyiasat hipotesis yang
dinyatakan di 1(b).
Dalam penerangan anda,nyatakan dengan jelas perkara berikut:
(i) Tujuan eksperimen.
(ii) Pembolehubah dalam eksperimen.
(iii) Senarai radas dan bahan.
(iv) Susunan radas.
(v) Prosedur eksperimen termasuk satu kaedah mengawal pembolehubah
dimanipulasikan dan satu kaedah mengukur pembolehubah bergerakbalas.
(vi) Keputusan eksperimen [10 markah]
Inferens : Tempoh ayunan spring bergantung kepada jisim pemberat

Hipotesis : Semakin bertambah jisim, semakin bertambah tempoh ayunan spring

Tujuan : Mengkaji hubungan antara tempoh ayunan spring dengan jisim

Pemboleh ubah :

Pemboleh ubah dimanipulasi : Jisim pemberat, m

Pemboleh ubah bergerak balas : Tempoh ayunan spring, T

Pemboleh ubah dimalarkan : Pemalar spring

Senarai radas dan bahan : Spring, pemberat berslot, jam randik, kaki retort dengan
pengapit

Susunan radas :

Pengapit

Kaki retort
Spring

Pemberat
Prosedur :
1. Radas disediakan seperti yang ditunjukkan

2. Pemberat berjisim 50 g digantung di bahagian hujung spring


3. Masa untuk 10 ayunan lengkap spring diukur menggunakan jam randik dan dicatatkan.
Langkah ini diulang sebanyak dua kali untuk menghitung masa purata yang diambil.
t
Kemudian tempoh, T ditentukan T  .
10
4. Langkah 3 diulang dengan menggunakan jism pemberat, m = 100 g, 150 g, 200 g dan
250 g .

Penjadualan data :

Masa diambil untuk 10 ayunan


Jisim Tempoh,
pemberat, m t1  t 2 t T 2 (s 2 )
t (s) T (s)
(g) t1 (s) t2 ( s) 2 10

50

100

150

200

250

Analisis data : Graf T 2 melawan m dilukis

T 2 (s 2 )

m/g
Kesimpulan : T 2 berkadar langsung dengan m .

Langkah berjaga-jaga : Kedudukan mata mestilah berserenjang dengan skala jam randik
untuk mengelakkan ralat paralaks.

KPS - 17
KM - 2
NM - 1
JUMLAH = 20 markah

Anda mungkin juga menyukai