Anda di halaman 1dari 9

KARANGAN BERPANDU

 MENGHASILKAN RESUME: 
Baca soalan di bawah dan salin semula contoh resume yang diberi.

MENGHASILKAN RESUME
Format:
1.  Resume ialah biodata diri kita yang digunakan untuk memohon pekerjaan,
melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
2.  Bentuk resume yang baik:
i.                  Jangan melebihi 2 muka surat.
ii.               Ditulis dalam kertas A4 dan jangan gunakan kertas berwarna atau
bercorak.
iii.            Menggunakan font yang sesuai dan kemas.
3.   Perkara yang perlu ditulis:
i.                  Maklumat peribadi – nama, no kad pengenalan, tarikh
lahir,  tempat lahir,umur, kewarganegaraan, jantina, Kaum, agama,
alamat, berat/ tinggi
ii.               Pendidikan/ kelayakan – sekolah rendah (tahun/ nama sekolah/
kelulusan), sekolah menengah (tahun, nama sekolah, kelulusan),
Pendidikan tinggi (tahun, nama university, kelulusan/ kursus
iii.            Pengalaman kerja – jawatan/ tempat/tahun (jika banyak, senaraikan
satu persatu)/ pekerjaan sekarang (tempat/jawatan)
iv.            Kelebihan dimiliki – boleh berkomunikasi dengan baik, boleh bekerja
lebih masa, memiliki mental yang kuat, boleh bekerja tanpa
pengawasan, dll
v.               Kebolehan komputer – MS office, Microsoft word, dll
vi.            Kemahiran berbahasa – Bahasa Melayu/ tahap, Bahasa Inggeris/
tahap, Bahasa lain / cth/ tahap
vii.         Gaji sekarang dan gaji dipohon
viii.      Bila boleh mula bekerja
ix.            Rujukan – nama/alamat/ pekerjaan/ hubungan
4.  Tulis dalam kotak yang kemas.
5.  Perlukan gambar ukuran passport di bahagian atas.
 
 
 
 
 
Contoh:
Baca iklan di bawah dan hasilkan resume untuk memohon jawatan tertsebut.
 
JAWATAN KOSONG: Pegawai Pemasaran BMW
Gaji : RM 5,000 hingga RM15,000 sebulan.
 
Kelayakan:
-warganegara Malaysia lelaki dan perempuan
-berumur tidak kurang 18 tahun
-memiliki kelayakan minimum Diploma dalam pelbagai bidang
-fasih berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
-mampu berkomunikasi dengan baik
-Pengalaman dalam bidang jualan tidak kurang 1 tahun
-mahir komputer adalah satu kelebihan
-nyatakan pendapatan yang dipohon
-boleh bekerja tanpa kawalan maksimum
-boleh bekerja dengan segera.
 
Hantar resume anda ke:
Nazri BMW Sdn Bhd
Jalan Cheras Utama
Kuala Lumpur.
 
 
(Lihat contoh jawapan di bawah)
 
RESUME

 
 
 
 
MAKLUMAT DIRI:  
Nama Muhammad Arif bin Johan Ravi Mutukumar
No Kad Pengenalan 020412-14-6555
Alamat No 3, Jalan Bukit Belimbing, Taman Sampena,
56100 Cheras, Kuala Lumpur
Umur 20 tahun
Tarikh / Tempat lahir 12 Januari 2001/ Kuala Lumpur
Jantina Lelaki
Warganegara Malaysia
Bangsa Melayu
Agama Islam
Tinggi/ Berat 155 sentimeter / 59 kilogram
   
PENDIDIKAN:  
Sekolah Rendah Sekolah Rendah Alam Damai: dari tahun  2007
hingga 2013 / Lulus UPSR dengan mendapat 5A
1B
Sekolah Menengah Sekolah Menengah Alam Damai: dari tahun
2014  hingga 2018 / Lulus Sijil Pelajaran
Malaysia dengan mendapat 5A, 3B
Universiti Universiti Teknologi Malaysia:  dari tahun  2019 
hingga 2020   / Lulus Diploma Pemasaran.
   
PENGALAMAN:  
1. Pegawai jualan di Syarikat Bata Kuala Lumpur dari tahun
2018 hingga 2019.
2. Pegawai jualan di Syarikat ABAB Cheras dari tahun 2019
hingga sekarang.
   
KELEBIHAN:  
1. Boleh bekerja lebih masa.
2. Boleh bekerja tanpa pengawasan majikan.
   
KEMAHIRAN BAHASA:
1. Bahasa Melayu Sangat fasih
2. Bahasa Inggeris Fasih
3. Bahasa Cina Sederhana
   
KEMAHIRAN KOMPUTER:
1. Microsoft Excel  
2. Microsoft Access  
3. Adobe Campaign  
   
PEKERJAAN SEKARANG DAN GAJI:
Pegawai Jualan RM3,000.00
   
GAJI DIPOHON:  
RM4,000.00  
   
RUJUKAN PERIBADI:  
Encik Johan bin Abdul Pengurus Pemasaran
Syarikat Bata Kuala Lumpur
Tingkat 1, Taman Bandaraya,
Jalan Taming, 56100 Cheras,
Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03 8868900
CONTOH LAT IHAN KARANGAN RESUME
MEMOHON PEKERJAAN

 Latihan menulis karangan resume.

 Dimensi Kerjaya

 Soalan :

Iklan di bawah berkaitan dengan tawaran kerja.


Sediakan  sebuah  resume  yang  lengkap  mengandungi  latar  belakang,  jawatan  yang ingi
n  dipohon,  kemahiran,  pencapaian,
pengalaman dan rujukan bagi memohon satu daripada 
kerjaya yang diiklankan.

Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

IKLAN TAWARAN KERJA

IKLAN 1
IKLAN 2
Contoh karangan resume lengkap 

NUR HUSNA BINTI ZAINUDDIN

No. 2, Jalan Permai 3,

Taman Permai,  

83000, Batu Pahat,   

Johor Darul Takzim.  

 
1.    PEKERJAAN YANG DIPOHON
GURU TADIKA PERPADUAN
 
2.    OBJEKTIF DAN MATLAMAT KERJAYA   

Membina kerjaya dalam bidang Pendidikan dan penyumbang kepada pembangunan


ekonomi negara dan masyarakat. Berhasrat membantu pembangunan modal insan
untuk bangsa.

 
3.    MAKLUMAT PERIBADI

Nama penuh    : Nur Husna binti Zainuddin

Umur                : 22 tahun

Tarikh lahir       : 30 Jun 1997

Tempat lahir    : Batu Pahat. Johor.  

Bangsa            : Melayu

Agama              : Islam

No. K/P            : 970630-01-3474

Warganegara  : Malaysia 

No Telefon      : 0187744268

Status               : Bujang


Jantina             : Perempuan

 
4.    MAKLUMAT PENDIDIKAN

Institusi                        : Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor/ Institut

Pendidikan Guru

Bidang Pengajian        : Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kelulusan                    : Kelas Kedua Kepujian

Tamat                          : Julai 2017

Institusi                        : Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Batu Pahat

Bidang Pengajian        : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kelulusan                    : 8A 2B

Tamat                          : Julai 2014

 
5.    PENGLIBATAN KO-KURIKULUM

1. Naib Pengerusi, Kelab Kembara, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015

2. AJK Persatuan Pelajar Malaysia,Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015

3. Setiausaha ,Unit Uniform Kadet Remaja Sekolah, 2014

4. Mewakili Daerah Batu Pahat dalam sukan bola jaring, 2014

5. Mewakili pasukan sekolah untuk pertandingan Inovasi dan Kreatif, 2014

6. Mewakilli sekolah, catur, 2013

 
6.    KEMAHIRAN

1. Mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris


2. Mahir ilmu Psikologi kanak-kanak

2. Kemahiran menggunakan aplikasi komputer termasuk MS Office (MS Word,Excel


dan power point)

3. Tahap penulisan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang baik

7.  PENGALAMAN

     Bekerja sebagai guru sandaran di SK Convent Batu Pahat pada Februari - Ogos
tahun 2018

7.    KEKUATAN 

Kreatif, bekerjasama, kuat bekerja, mahir berkomunikasi dan sebagainya.

 
8.    LOKASI

 Malaysia dan Sanggup untuk bertugas diluar negara jika diperlukan.

 
9.    RUJUKAN
Sekiranya   pihak  tuan   ingin   bertanya maklumat   lanjut tentang   saya,  
tuan/puan  boleh menghubungi   

      Fatimah binti Daud

      Tuan Pengetua

      SMK Convent, Batu Pahat

      No telefon:  07 4343448

 
10.   HARAPAN
saya sangat berharap agar diterima menjawat jawatan sebagai guru tadika ini.
Saya yakin  dapat mengurus dan mendidik anak-anak tadika dengan baik  dan
menarik minat ibu bapa yang lain untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika
ini. 

Anda mungkin juga menyukai