Anda di halaman 1dari 14

MODUL PDP SPM PASCA PKP

NEGERI PERAK 2020


Biologi Tingkatan 4
8.1 Jenis Sistem Respirasi
BIOLOGI TINGKATAN 4
BAB 8: SISTEM RESPIRASI DALAM MANUSIA DAN HAIWAN

8.1 JENIS SISTEM RESPIRASI


 Mengenal pasti struktur respirasi dalam: (i) serangga, (ii) ikan, (iii) amfibia, (iv)manusia.
 Memerihalkan penyesuaian struktur respirasi dan fungsinya dalam pertukaran
gas bagi: (i) haiwan (ii) manusia.
 Membanding dan membezakan antara struktur respirasi manusia dengan haiwan.

Struktur Respirasi dan Penyesuaiannya


dalam Pertukaran Gas

Bahagian Pertukaran Gas / Organ Respirasi


Permukaan Respirasi  Terdapat lubang
kecil dipanggil
 Trakeol (salur halus yang spirakel (tempat
bercabang daripada udara masuk)
trakea) SERANGGA  Sistem pernafasan
dipanggil sistem
trakea.

Adaptasi bahagian
Pertukaran Gas
Sumber Oksigen
 Struktur trakea mempunyai gelang kitin yang kukuh  Atmosfera
mengelakkan struktur ini daripada ranap.
 Bilangan trakeol yang banyak (jumlah luas
permukaan yang besar untuk
pertukaran gas)
 Dinding trakeol adalah nipis dan lembap. (kadar
resapan gas oksigen ke dalam sel dan karbon dioksida
ke luar daripada sel lebih cepat).
 Sesetengah serangga mempunyai kantung udara
dalam sistem trakeanya. (berisi udara untuk
mempercepatkan penghantaran gas respirasi semasa
pergerakan badan yang cergas.)
Organ Respirasi
Bahagian Pertukaran Gas / Permukaan Respirasi  Struktur respirasi ikan ialah
insang.
 Filamen dan lamela yang banyak .
 Insang terdiri daripada
barisan filamen yang disokong
oleh lengkung insang.
IKAN
lamela

kapilari darah

Sumber
Oksigen
Dalam air

Adaptasi Bahagian Pertukaran Gas


 Filamen mempunyai banyak unjuran nipis dan pipih yang disebutl lamela.
 Bilangan filamen dan lamela yang banyak memberikan jumlah luas permukaan yang besar
untuk proses pertukaran gas yang cekap.
 Membran lamela insang adalah nipis dan dibekalkan dengan banyak kapilari darah bagi
memudahkan peresapan dan pengangkutan gas.

Bahagian Pertukaran Gas / Permukaan Organ Respirasi


Respirasi Kulit dan Peparu

 Permukaan kulit dan dinding


peparu yang berlipat AMFIBIA
Adaptasi bahagian Pertukaran Gas

 Kulit – nipis & sangat telap kepada


gas respirasi,
lembap memudahkan gas melarut dan
jaringan kapilari darah banyak untuk
mengangkut gas respirasi.

 Peparu- permukaan berlipat


meningkatkan jumlah luas permukaan pertukaran gas,
 Membran peparu nipis - mudah resapan gas respirasi Sumber Oksigen
 Dinding peparu sentiasa lembap - mudah gas respirasi Atmosfera dan air
melarut
 Jaringan kapilari darah banyak - mengangkut gas
respirasi dengan lebih cepat.
Bahagian Pertukaran Gas / Permukaan Organ Respirasi
Respirasi Peparu
Alveolus

MANUSIA

Sumber Oksigen
Atmosfera

Adaptasi bahagian Pertukaran Gas

 Bilangan yang banyak - jumlah luas permukaan yang besar untuk peresapan gas respirasi.
 Dinding alveolus sentiasa lembap – Gas respirasi melarut dengan mudah, meresap melalui
dinding alveolus ke dalam kapilari darah.
 Alveolus dilingkari oleh jaringan kapilari darah yang banyak
untuk mempercepatkan peresapan gas respirasi.
 Dinding alveolus yang nipis, iaitu setebal satu sel, memudahkan peresapan gas.

Ciri penyesuaian struktur respirasi untuk pertukaran gas


yang efisien bagi organisma bersaiz besar

Lapisan permukaan struktur respirasi yang nipis iaitu setebal


satu sel sahaja
•memudahkan resapan gas respirasi berlaku

Permukaan struktur respirasi yang lembap

•membenarkan gas respirasi melarut di dalamnya.

Nisbah jumlah luas permukaan struktur respirasi per


isipadu (JLP/I) yang besar
•untuk pertukaran gas yang cekap

Dikelilingi jaringan kapilari darah yang banyak


(melainkan serangga)
•yang membenarkan pengangkutan gas respirasi yang cekap
Perbandingan dan Perbezaan Struktur
Respirasi Manusia dan Haiwan

PERSAMAAN

Nisbah jumlah luas Struktur respirasi nipis Struktur respirasi Dilengkapi jaringan kapilari
permukaan kepada isi padu sentiasa lembap dan darah (melainkan serangga),
dan ini memudahkan
yang ini membenarkan gas yang membenarkan
besar untuk pertukaran gas resapan gas respirasi
berlaku dengan cepat. respirasi melarut ke pengangkutan gas respirasi
respirasi yang cekap. dalamnya. yang cepat.

PERBEZAAN

STRUKTUR RESPIRASI SERANGGA


IKAN

BAGAIMANA NISBAH JUMLAH


Trakeol
Filamen LUAS PERMUKAAN KEPADA
dan lamela KATAK ISI PADU YANG TINGGI MANUSIA
insang BAGI STRUKTUR RESPIRASI
DIPEROLEH Bilangan
Kulit dan Alveolus trakeol yang
Peparu
Bilangan banyak
filamen dan
lamela insang Permukaan Bilangan
yang banyak dalam alveolus
peparu yang yang banyak
berlipat-lipat

Keseluruhan
permukaan
kulit
FAQ

SOALAN

1 Adakah ciri penyesuaian bagi


setiap organisma adalah sama
untuk pernafasan?

2 Apakah beza antara filamen dan


lamela?

3 Apakah beza antara trakea dan


trakeol?

4 Apakah yang akan berlaku jika


tiada ciri penyesuaian dalam struktur
respirasi organisma?

JAWAPAN

1  Kebanyakan ciri penyesuaian bagi setiap organisma adalah sama iaitu :


 Mempunyai JLP/I yang besar
 Permukaan yang lembap
 Dikelilingi oleh banyak kapilari darah.
 Dinding sel yang nipis.

2 Filamen terbentuk daripada unjuran nipis dan halus yang dipanggil lamela.

3 Trakea adalah cabang utama yang bersambung dengan spirakel manakala trakeol adalah
struktur halus yang bercabang dari trakea ke sel-sel badan serangga.

4 Organisma akan mengalami kesukaran dalam menjalani respirasi kerana jumlah luas
permukaan per isipadu organisma seperti manusia dan haiwan adalah kecil. Oleh itu,
organisma ini memerlukan struktur khusus yang membolehkan pertukaran gas berlaku
dengan efisyen.
LATIHAN PENGUKUHAN

1. Rajah 1 menunjukkan struktur respirasi ikan.

Rajah 1

Antara padanan berikut, yang manakah benar?

Struktur Fungsi

I. P Menapis butir makanan dan pasir


II. Q Mempunyai satu baris sisir insang di anterior dan dua
baris filamen insang di posterior
III. R Meningkatkan proses pengangkutan gas respirasi
IV. S Menambahkan luas permukaan bagi pertukaran gas

A I, II dan III C I, III dan IV

B II, III dan IV D I, II, III dan IV

2. Rajah 2 menunjukkan bahagian-bahagian R, P, Q dan S dalam sistem respirasi seekor lipas.


Maklumat di bawah menunjukkan penerangan tentang bahagian-bahagian itu.
Q
R P

S
Rajah 2

Antara bahagian berikut, yang manakah tidak benar tentang penerangannya?

A. P- Mempunyai penebalan bergelang untuk mencegah bahagian itu daripada


terkempis
B. Q- Mempunyai dinding nipis dan berisi bendalir yang mempunyai gas-gas
terlarut
C. R- Pembukaan dan penutupan dikawal oleh kutikel tebal.

D. S- Pertukaran gas berlaku secara resapan.


3. Rajah 3 menunjukkan dua jenis organisma P dan Q.

P Q
Rajah 3

Antara berikut yang manakah benar tentang permukaan respirasi bagi P dan Q?

P Q
A Trakeol Peparu
B Trakeol Insang
C Peparu Trakeol
D Peparu Insang

4. Rajah 4 menunjukkan struktur respirasi dalam satu organisma.

Rajah 4

Apakah struktur respirasi yang ditunjukkan oleh Rajah 4?

A Insang C Alveolus
B Trakea D Kulit lembap

5. Rajah 5 di bawah menunjukkan sistem pernafasan pada manusia.

Rajah 5

Apakah X, Y dan Z?
X Y Z
A Trakea Bronkus Bronkiol

B Trakea Bronkus Alveolus

C Esofagus Trakea Bronkus

D Esofagus Trakea Alveolus


6. Apakah ciri-ciri yang membolehkan pertukaran gas pada insang ikan berlaku dengan
berkesan?

I Luas permukaan yang besar


II Dinding membran yang nipis
III Satu jaringan kapilari darah
IV Pengaliran darah yang berlawanan arah dengan arah pengaliran air

A I dan II C I, II dan IV

B III dan IV D I, II, III dan IV

7. Antara yang berikut, manakah ciri-ciri permukaan respirasi dalam alveoli?

I Satu luas permukaan yang besar bagi pertukaran gas.


II Permukaan epitelium adalah lembap dan telap kepada udara.
III Satu jaringan kapilari pada dasarnya.
IV Dinding alveolus hanya setebal satu sel dan telap kepada udara.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

8. Rajah 6 menunjukkan struktur respirasi bagi seekor serangga.

Rajah 6
Apakah R?

A Trakea B Spirakel

C Otot D Trakeol
9. Rajah 7 menunjukkan keratan rentas melalui sebahagian peparu.

Rajah 7
Apakah adaptasi pada alveolus yang menambahkan kadar pertukaran gas?

I Boleh mengembang dan menguncup

II Luas permukaan yang kecil

III Terletak berdekatan dengan kapilari darah

IV Diliputi oleh satu lapisan nipis kelembapan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10. Struktur yang manakah yang terlibat dalam pernafasan katak?

A Sangkar rusuk B Diafragma

C Otot interkosta D Rongga mulut


1. Rajah 1 (a) menunjukkan organ respirasi pada manusia dan Rajah 1(b) menunjukkan organ pada
ikan

Diagram 1(a) Diagram 1(b)

a) (i) Namakan struktur P dan Q [2 markah]

(ii) Terangkan satu persamaan antara P dan Q bagi menjalankan proses pertukaran
gas dengan berkesan. [2 markah]
(iii) Apabila ikan dikeluarkan dari air, ikan akan mati. Jelaskan mengapa. [2 markah]

b) Rajah 2 menunjukkan struktur yang terlibat bagi pengangkutan gas respirasi


dalam seekor belalang.
Kantung udara
Trakeal

Spirakel

Rajah
Terangkan satu ciri penyesuaian yang terdapat pada sistem respirasi organisma di atas
untuk pengangkutan gas respirasi yang cekap.
[2 markah]
2. Rajah 3 menunjukkan permukaan respirasi X dan Y bagi dua organisma berbeza.

Rajah 3
a) Namakan contoh organisma bagi setiap satu permukaan respirasi X dan Y dalam Rajah 3.
[2 markah]

b) Terangkan persamaan sifat-sifat yang terdapat pada permukaan respirasi X dan Y sebagai
penyesuaian untuk kecekapan pertukaran gas.
[8 markah]

STRUKTUR RESPIRASI
STRUKTUR RESPIRASI KATAK STRUKTUR RESPIRASI
IKAN MANUSIA

BIO AKSES

STRUKTUR RESPIRASI MENGAPA IKAN LUMBA-


SERANGGA LUMBA NAIK KE
PERMUKAAN AIR?
JAWAPAN

1. D
2. C
3. A
4. C
5. B
6. D
7. D
8. B
9. D
10. D

1.a)i) P = Alveolus 1
Q= Filamen Insang 1
ii)  Kedua-dua P dan Q - bersaiz kecil / bilangan banyak untuk meningkatkan 1
 nisbah luas permukaan / isipadu (JLP/I) 1

 Filamen insang dan alveoli mempunyai membran nipis 1


 untuk meningkatkan kadar pernafasan 1

 Filamen insang dan alveoli mempunyai banyak kapilari darah 1


 Untuk mengangkut gas pernafasan dengan cekap / cekap 1

 Permukaan filamen yang lembap 1


 Memudahkan gas melarut dan seterusnya meresap ke kapilari darah 1
Mana-mana 2

iii)  Insang filamen menjadi melekat (ketiadaan air) 1


 Luas permukaan per isipadu pertukaran gas menurun / berkurang 1
 Sel kekurangan oksigen 1
Mana-mana 2
b)  mempunyai bilangan spirakel yang banyak 1
 lebih banyak oksigen memasuki trakea 1

atau
 trakea diperkuat dengan kitin 1
 mencegah trakea daripada runtuh 1

2.a) X - Ikan Y – Manusia 2

b) Persamaan:
 Dinding sel yang nipis/ Setebal satu sel 1
 Meningkatkan kadar pertukaran gas / lebih mudah 1

 Dinding yang lembap 1


 Udara dapat melarut dengan lebih mudah 1
 Dikelilingi oleh banyak kapilari darah 1
 Mempercepatkan pengangkutan gas respirasi ke sel badan 1

 Luas permukaan yang besar / berlipat-lipat 1


 Meningkatkan luas permukaan untuk pertukaran gas menjadi lebih cepat/ 1
gas melarut dengan lebih mudah

2 persamaan
6 perbezaan

Anda mungkin juga menyukai