Anda di halaman 1dari 3

TAJUK: PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA

HASIL PEMBELAJARAN: MENGANALISIS PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA


"SIFAT SEPARA TELAP MEMBRANE PLASMA HANYA MEMBENARKAN SESETENGAH BAHAN SAHAJA
YANG MELALUINYA."
MENGKAJI OSMOSIS MENGGUNAKAN OSMOMETER
Bahan: larutan Benedict, ampaian kanji, larutan iodin, larutan sukrosa, tiub Visking, air suling
dan benang
Radas:
uji

Tabung uji, bikar, tiub kapilari, penitis, 10 ml silinder penyukat, pemegang tabung

A) Anda dikehendaki menjalankan satu eksperimen dengan menggunakan bahan-bahan dan


peralatan yang diberikan mengikut prosedur di bawah.
1. Visking tiub (8cm) direndam dalam air suling selama 5 hingga 10 minit sebelum eksperimen.
2. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

. Tanda aras awal larutan dalam tiub kapilari.


4. Tinggalkan radas selama 10 minit.
5. Perhatikan aras larutan dalam tiub kapilari. Terangkan pemerhatian anda.
6. Menggunakan penitis, ambil 10ml air suling dari bikar dan campurkannya dengan 10ml
larutan iodin. Apa yang boleh anda perhatikan? Terangkan pemerhatian anda.
7. 5ml larutan iodin ditambah ke dalam bikar dan dibiarkan selama 10 minit. Apa yang boleh
anda perhatikan? Terangkan pemerhatian anda.
B) Berdasarkan pemerhatian anda, terangkan pergerakan bahan merentasi membran plasma.

C) Berdasarkan keputusan eksperimen anda, bincangkan permasalahan di bawah:


Dalam lawatannya ke kampungnya, Pn Salina sedar bahawa itik peliharaan ibunya
menghasilkan banyak telur. Pn Salina mahu menghasilkan telur masin untuk memastikan
telur tersebut tahan lebih lama. Cadangkan cara-cara untuk Pn. Salina boleh menghasilkan
telur masin. Terangkan jawapan anda.
______________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN SEPARA TELAP


Bahan: larutan Benedict, 1% ampaian kanji, larutan iodin, 30% larutan glukosa, tiub Visking dan
benang kapas
Radas: tabung uji, bikar, penunu Bunsen
A) Anda dikehendaki menjalankan satu eksperimen dengan menggunakan bahan-bahan dan
peralatan yang diberikan mengikut prosedur di bawah.
1. Tiub Visking direndam dalam air selama 5 minit.
2. Hujung tiub Visking diikat dengan kuat menggunakan benang.
3. alat dan radas disediakan seperti di bawah.
4. Warna awal larutan direkodkan.
5. Permukaan luar tiub visking itu dibilas dengan air suling.
6. Bikar A diisi dengan 400ml air suling dan 15ml larutan iodin.
7. Warna larutan direkodkan.
8. Tiub Visking direndam ke dalam bikar tersebut dan dibiarkan selama 40 minit.
9. Selepas 40 minit, tiub visking dipindahkan ke dalam bikar yang kering.
10. Warna larutan dalam tiub visking dan bikar diperhatikan dan direkodkan.
11. Kedua-dua larutan diuji untuk kehadiran glukosa menggunakan larutan Benedict.
12. 2ml larutan dalam bikar dan tiub visking dituang dalam 2 tabung uji yang berasingan dan 1
ml larutan Benedict ini ditambah ke dalam setiap tabung uji. Larutan itu dipanaskan dalam
kukusan air mendidih selama lebih kurang 5 minit dan perubahan warna direkodkan.

Keputusan

Anda mungkin juga menyukai