Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN AMALI

AMALI 4 : ASID KARBOSILIK, ESTER DAN AMIDA Tujuan Untuk menyediakan sampel ester dan menyiasat ciri-ciri fizikal bagi ester. Teori Ester merupakan sebatian organik yang merupakan sebatian bukan hidrokarbon yang bersifat neutral, tidak berwarna , mudah meruap dan mempunyai takat didih yang rendah. Semua ester tidak terlarutcampur dalam air serta kurang tumpat daripada air, maka apabila ester dicampurkan dengan air, dua lapisan cecair akan terbentuk iaitu lapisan atas terdiri daripada ester. Ester akan larut hanya dalam pelarut organik kerana ester bersifat kovalen. Ester boleh didapati secara meluasnya di dalam tumbuh-tumbuhan dan wujud dalam bentuk campuran. Campuran ester akan memberikan bau pada bunga dan rasa tertentu pada buahbuahan. Setiap ester mempunyai bau yang tersendiri.

Bahan/radas : etanol, asid etanoik glasial, asid sulfurik pekat, 5% larutan sodium bikarbonat, minyak, air, larutan sodium klorida, bikar, bekas pendistrilan, turus penyulingan berperingkat, saluran paip, bikar kelalang bulat, kelalang kon, silinder penyukat, termometer, kondenser liebig, penunu bunsen, kaki retort dan dawai kasa, tungku kaki tiga, blok kayu dan jubin.

Prosedur

:A) Untuk mengkaji ciri-ciri fizikal bagi ester 1. Tuangkan lebih kurang 2 cm3 etil etanoik ke dalam tabung uji.

Catatkan bau ester. 2. Tambahkan 5cm3 air kapur ke dalam ester dan goncangkan larutan itu sebaiknya. Keterlarutan ester di dalam air dicatatkan.

3. Ulangi langkah 1 dan 2 dengan menggunakan aceton dan spirit bermetil untuk menggantikan air kapur.

Keputusan : Cecair yang digunakan Air Aseton Spirit bermetil Pemerhatian Terdapat 2 lapisan tidak larut Bercampur ( terlarut) Bercampur ( terlarut )

Prosedur

: B) menyediakan sampel ester 1. Campurkan lebih kurang 50cm3 etanol tulen bersama 50cm3 asid asetik glasial ke dalam kelalang dasar bulat 250ml.

2. Dengan berhati-hati, campurkankan 10cm3 asid sulfurik pekat ke dalam campuran kelalang . Tambahkan beberapa ketulan jubin ke dalam larutan tersebut.

3. Sediakan radas seperti gambarajah1.

4. Panaskan larutan dalam keadaan refluk selama 1 jam.

5. Keluarkan larutan dari sumber haba dan biarkan larutan menyejuk dalam suhu bilik. 6. Tuangkan larutan yang telah disejukkan ke dalam corong pemisah dan tambahkan 25cm3 air. Goncangkan larutan. 7. Lapisan berair dibawah dikeluarkan daripada lapisan organik di atas. Buang lapisan berair. 8. Tambahkan 25cm3 5% larutan sodium bicarbonate dan

goncangkan dan buang larutan paling bawah. 9. Ulangi langkah 8. 10. Campurkan 25cm3 air dan goncang kelalang. Buangkan larutan berair. 11. Tambahkan 5cm3 saturated kalsium klorida. Kacau larutan perlahan-lahan dan buang larutan berair yang terbentuk. 12. Perhatikan lapisan organik yang terbentuk dan baunya.

Jawab soalan: Soalan 1: Terangkan maksud tindak balas pengesteran. Jawapan :Tindakbalas pengesteran ialah tindakbalas yang berlaku apabila campuran asid esetik dan etanol dipanaskan dengan kehadiran sedikit asid sulfurik pekat sebagai mangkin dalam keadaan refluks dan tindak balas ini berbalik. Soalan 2 : Tuliskan persamaan kimia yang seimbang untuk menunjukkan tindak balas asid etanoik dan etanol. Jawapan: CHCOOH(ce) + CHOH(ce) CHCOOCH(ce) + HO(ce)

Soalan 3 : Apakah fungsi asid sulfurik pekat dalam eksperimen ini ? Jawapan : Asid sulfurik pekat berfungsi sebagai pemangkin dan agen pengontang dalam tindak balas pengesteran menyebabkan tindak balas yang berlaku pada kadar yang lebih tinggi. Soalan 4 : Terangkan cara lain untuk menyediakan etil etanoat. Jawapan : Etil etanoat juga boleh disediakan dengan mencampurkan natrium karbonat, NaCO untuk menyingkirkan semua asid menggantikan sodium bikarbonat menggunakan kaedah yang sama. Soalan 5 : Apakah fungsi 5% larutan sodium bikarbonat dalam eksperimen ini? Jawapan : Larutan sodium bikarbonat digunakan untuk menyingkirkan semua asid etanoik dan asid sulfurik supaya bendasing asid dapat disingkirkan. Soalan 6 : Terangkan kegunaan larutan kalsium klorida kontang dalam eksperimen ini? Jawapan : Kalsium Klorida digunakan untuk menyingkirkan etanol yang berlebihan dalam cecair etil etanoat.

Soalan 7 : Bandingkan keterlarutan bagi etil etanoat dalam air, aseton dan spirit bermetil. Terangkan pemerhatian anda. Jawapan :Etil etanoat tidak larut di dalam air kerana kurang tumpat daripada air dan akan membentuk dua lapisan yang memisahkannya dengan air manakala aseton dan spirit bermetil boleh larut di dalam air. Soalan 8 ; Namakan ester yang terhasil daripada tindak balas pengesteran di antara asid butanoik dan etanol. Jawapan : Etil butanoat (ester) Soalan 9 : Tuliskan persamaan yang seimbang untuk menunjukkan kehadiran tindak balas di atas. Jawapan : CHCOOH + CHOH CHCOOCH + HO

Perbincangan : Hasil sulingan merupakan suatu ester, etil etanoat. Ia terhasil daripada pengesteran antara etanol tulen dengan asid etanoik glasial. Air juga dihasilkan dalam ujikaji ini. Etanol ialah suatu cecair mudah meruap yang mendidih dengan mudah apabila dipanaskan. Oleh itu etanol dan asid etanoik glasial dipanaskan secara refluks supaya etanol yang meruap, yang tidak bertindak balas, dikondensasi menjadi cecair dan dialirkan semula ke dalam kelalang berdasar bulat untuk bertindak balas dengan asid etanoik glasial. Larutan tidak membentuk dua lapisan kerana tindakbalas pengesteran berlaku yang mana ianya adalah tindakbalas berbalik. Sebab itu sukar untuk kita mengawalnya. Tujuan sodium bikarbonat digunakan adalah untuk meneutralkan asid manakala kalsium klorida pula digunakan untuk menyerap air.

Kesimpulan : 1. Ester (etil etanoat) yang berbau wangi terhasil sebagai hasil sulingan. 2. Etil Etanoat (ester) dapat disediakan melalui tindak balas antara asid etanoik dan etanol dengan kehadiran asid sulfurik pekat H SO4 sebagai mangkin. 3. Etil etanoat tulen boleh diperolehi dengan urutan langkah ini: a) Mencampurkan natrium karbonat untuk menyingkirkan semua asid b) Mencampurkan air untuk menyingkirkan semua etanol c) Mencampurkan kalsium lorida kontang untuk menyingkirkan air. 4. Pengesteran umum bagi tindak balas pengesteran adalah CnH2n+1 + CmH2m+1OH CnH2n+1COOCmH2m+1 + HO

Anda mungkin juga menyukai