Anda di halaman 1dari 93

kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (2.1)
Tujuan: Mengkaji zarah-zarah dalam gas, cecair dan pepjal

Radas: Dua baling gas, dua penutup baling gas, penitis, gabus,
dua taung uji, rak tabung, kaki retort dan pengapit

Bahan: cecair romin, larutan kalium manganat(VII), hablur kalium


manganat(VII), air, larutan pekat agar-agar panas.

Prosedur:
A Proses resapan dalam gas
1. Beberapa titik cecair bromin dimasukkan ke dalam baling gas
A.
2. Balang gas A ditutup serta-merta dengan penutup.
3. Sebuah balang gas B yang berisi udara detelangkupkan di
atas baling gas A
4. Penutup dikeluarkan dan pemerhatian dicatatkan.

B Proses resapan dalam cecair


1. Sebuah tabung uji diisi dengan air sehingga tiga suku penuh.
2. Tabung uji itu diletakkan pada sebuah rak tabung uji.
3. Sebuah penitis berisi larutan kalium menganat(VII) dimasukkan
ke dalam tabung uji supaya hujung penitis menyentuh dasar
tabung uji.
4. Larutan kalium manganat(VII) dipicitkan ke dalam air itu.
5. Tabung uji dibiarkan berdiri tegak pada rak tabung uji selama
beberapa jam.
6. Semua pemerhatian dicatatkan.

C Proses resapan dalam pepejal


1. Sebuah tabung uji diisi dengan larutan pekat agar-agar panas
sehingga hamper penuh.
2. Agar-agar dibiarkan memjal.
3. Sebutir hablur kalium manganat(VII) diletakkan di atas agar-
agar.
4. Tabung uji ditutup dengan gabus dan diapitkan secara
terbalik.
5. Radas dibiarkan selama beberapa hari
6. Semua pemerhatian dicatatkan.

Prepared by Pure Science Team 1


kertas 3 eksperimen spm kimia

Pemerhatian

Eksperimen Pemerhatian Inferens

A Apabila penutup Ruang di antara zarah-


dikeluarkan, wap perang arah udara adalah
bergerak dari baling gas di besar. Zarah-zarah
bawah ke dalam baling bromin boleh merebak
gas di atas. Selepas dengan pantas ke
beberapa minit, wap dalambalang gas di
perang merebak dan atas
memenuhi kedua-dua
baling gas itu.
B Pada mulanya hanya air di Ruang di antara zarah-
bahagian dasar tabung uji zarah cecair adalah
berwarna ungu. Selepas lebih kecil berbanding
beberapa jam, seluruh air dengan udara. Zarah-
dalam tabuung uji zarah larutan kalium
berwarna ungu manganat(VII). KMnO4
merebak perlahan-
lahan ke seluruh air.
C Selepas beberapa hari, Ruang di antara zarah-
seluruh agar-agar dalam zarah dalam agar-agar
tabung uji itu berwarna sangat rapat. Zarah-
ungu zarah ungu terlepas dari
hablur itu dan bergerak
dengan sangat
perlahan ke dalam
ruang di antara zarah-
zarah agar-agar.

Kesimpulan
1. Resapan berlaku dalam gas, cecair dan pepejal.
2. Kadar resapan bagi zarah-zarah adalah paling tinggi dalam
gas, rendah dalam cecair dan paling rendah dalam pepejal
3. Keputusan ini menunjukkan:
a. Jirim adalah terdiri daripada zarah-zarah yang hablur dan
diskret
b. Zarah-zarah sentiasa bergerak dan mempunyai tenega kinetik

Prepared by Pure Science Team 2


kertas 3 eksperimen spm kimia

Prepared by Pure Science Team 3


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (2.2)
Tujuan: Menetukan takat lebur dan takat naftalena

Radas:tabung didih, bikar 250𝑐𝑚3 , termometer, jam randik, tungku


kaki tiga, kaki retort dan pengapit, penunu Bunsen, kelalang kon,
kasa dawai

Bahan: Naftalena, air paip

Prosedur

1. Sebuah tabung didih diisi dengan naftalena sehingga satu


pertiga penuh. Kemudian sebatang termometer dimasukkan
ke dalam tabung didh.
2. Tabung didih diapit ke dalam sebuah bikar yang separuh diisi
air seperti ditunjukkan Rajah 2.8
3. Naftalena diapanaskan dengan menggunakan kukus air. Aras
naftalena dipastikan berada di bawah aras air dalam bikar.
4. Naftalena dikacau dengan thermometer sepanjang
pemanasan.
5. Jam randik dimulakan apabila suhu naftalena mencapai 60°C
6. Suhu dan keadaa naftalena direkodkan pada sela masa
setengah miit sehingga suhu naftalena mencapai 90°C.

Prepared by Pure Science Team 4


kertas 3 eksperimen spm kimia

7. Tabung didih dikeluarkan daripada kukus air.


8. Permukaan luar tabung didih dikeringkan dan dimasukkan
dengan cepat ke dalam sebuah kelalang kon, seperti
ditunjukkan Rajah 2.9
9. Naftalena dikacau sepanjang penyejukan.
10. Suhu dan keadaan naftalena direkodkan pada sela masa
setengah mnit sehingga suhu naftalena

Keputusan :
Pemanasan

Masa 0.0 0.5 1.0 1.5 2.0 2.5 3.0 3.5 4.0 4.5
(minit)
Suhu

Keadaan
naftalena

Penyejukan

Masa 0.0 0.5 1.0 1.5 2.0 2.5 3.0 3.5 4.0 4.5
(minit)
Suhu

Keadaan
naftalena

Prepared by Pure Science Team 5


kertas 3 eksperimen spm kimia

Mentafsirkan data:
1. Suatu graf suhu melawan masa diplotkan bagi pemanasan
naftalena seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.10

2. Suatu graf suhu melawan masa diplotkan bagi penyejukan


naftalena seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.11

Inferens:
1. Apabila naftalena dipanaskan, suhu naftalena meningkat
sehingga pepejal naftalena mula melebur. Kemudian, suhunya
kekal tidak berubah pada 80°C. Suhu leburan naftalena
meningka semula.
2. Apabila semua pepejal naftalena telah melebur dengan
lengkap, suhu leburan naftalena meningkat semula.
3. Apabila naftalena itu disejukkan, suhu naftalena menurun
sehingga laburan naftalena mula membeku. Kemudian,
suhunya kekal tidak berubah pada 80°C. suhu ini dipanggil
takat beku bagi naftalena
4. Apabila semua leburan naftalena telah membeku dengan
lengkap, suhu pepejal naftalena menurun semula sehingga
mencapai suhu bilik

Kesimpulan
Takat lebur naftalena ialah 80°C
Takat beku naftalena ialah 80°C

Prepared by Pure Science Team 6


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (3.1)
Tujuan: Menetukan formula empirik kuprum(II) oksida.

Radas: Tabung pembakaran yang berlubang kecil di bahagian


hujung,penunu Busen. salur kaca dengan penyumbat getah, kaki
retort dan pengapit, tiub-U, bot porselin, spatula, neraca,kelalang
dasar leper, corong tisel

Bahan: serbuk kuprum(II) oksida, kalsium klorida kontang, kepingan


zink,asid hidroklorik cair, kayu uji

Prosedur:
1. Jisim tabung pebakaran kosong bersama-sama bot porselin
ditimbang dan dicatatkan.
2. Satu spatula serbuk kuprum(II) oksida kering diisi ke dalam bot
porselin dan ditimbang pembakaran. Jisimnya dicatatkan.
3. Susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.14
disediakan.
4. Gas hidrogen yang kering dibiarkan mengalirkan ke dalam
tabung pembakaran selama 5 minit utuk menyingkirkan semua
udara di dalam tabung pembakaran
5. Kuprum(II) oksida dipanaskan dalam bot porselin dengan kuat.
Gas hidrogen berlebhan yang keluar dari lubang kecil pada
hujung tabung pembakaran dinyalakan.
6. Pemanasan dihentikanapabila kuprum(II) oksida berwarna
hitam telah bertukar menjadi perang sepunuhnya.
7. Pengaliran gas hidrogen diteruskan sehingga susunan radas
telah menyejuk ke suhu bilik.
8. Tabung pembakaran serta bot porselin yang mengandungi
kuprum ditimbang sekali lagi. Jisimnya dicatatkan.
9. Proses pemnasan, penyejukan dan penimbangan diulang
sehingga suatu jisim yang tetap diperoleh. Jisim yang tetap
dicatatkan.
Prepared by Pure Science Team 7
kertas 3 eksperimen spm kimia

Keputusan

Perkara Jisim (g)


Tabung pembakran + bot porselin x
Tabung pembakaran + bot porselin + kuprum(II) oksida y
Tabung Pembakaran + bot porselin + kuprum (daripada z
pemanasan terakhir)

Penghitungan:

Unsur Kuprum Oksigen


Jisim z-x y-z
Bilangan mol atom z-x / 64 y-z / 16
Nisbah teringkas p q

(Jisim atom relatif: O,16; Cu,64)

Inferens:
Dalam aktiviti ii, kita dapat memerhatikan bahawa:
1. Warna kuprum(II) oksida berubah daripada hitam kepada
perang.
2. Titisan cecair tak berwarna terbentuk pada hujung tabung
pembakaran.
3. Jiim bahan tindak balas berkurang.

Ini adalah disebabkan kuprum(II) oksida diturunkan oleh gas


hidrogen kepada keprum dan air.
Kuprum oksida + hidrogen → kuprum + air

Pepejal perang ialah kuprum dan cecair tak berwarna ialah air.
Jisim berkurang disebabkan keprum(II) oksida sudah kehilangan
oksigen.

Kesimpulan:
1. p mol atom kuprum berpada dengan q mol atom oksigen.
2. Formula empirik bagi kuprum(II) oksida yang ditentukan dalam
aktiviti ini ialah CupOq (jika p:q = 1:1, maka formula empiric
ialah CuO)

Prepared by Pure Science Team 8


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (3.2)
Tujuan: Menentukan formula empiric magnesium oksida

Radas: Mangkuk pijar dengan penutup, tungku kaki tiga, penunu


Bunsen, als segi tiga tanah liat, neraca, penyepit

Bahan: 10cm pita magnesium, kertas pasir

Prosedur:

1. Sebuah mangkuk pijar bersama-sama penutupnya ditimbang


dan jisimnya dicatatkan.
2. 10cm pita magnesium digosok dan dibersihkan dengan kertas
pasir.
3. Pita magnesium digulung menjadi satu lingkaran longgar dan
dimasukkan ke dalam mangkuk pijar.
4. Mangkuk pijar ditimbang semula bersama-sama penutup dan
kandungannya. Jisimnya dicatatkan.
5. Mangkuk pijar diletakkan di atas alas segi tiga tanah liat dan
dipanaskan dengan kuat tanpa penutupnya.
6. Apabila pita magnesium mula terbakar, mangkuk pijar ditutup
dengan penutupnya.
7. Dengan menggunakan penyepit, penutup itu dibuka sedikit
untuk membenarkan udara masuk bagi membolehkan
pembakaran magnesium.
8. Apabila pembakaran telah lengkap (pita magnesium tidak lagi
berbara), mangkuk pijar terus dipanaskan selama 5 minit tanpa
penutupnya.
9. Mangkuk pijar dibiarkan bersama-sama penutup dan
kandungannya sejuk kepada suhu bilik dan ditimbang sekali
lagi. Jisimnya dicatatkan
10. Proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan diulang
sehingga satu jisim yang tetap diperoleh.

Prepared by Pure Science Team 9


kertas 3 eksperimen spm kimia

Keputusan

Perkara Jisim (g)


Mangkuk pijar + penutup P
Mangkuk pijar + penutup + magnesium q
Mangkuk pijar + penutup + magnesium oksida r

Penghitungan:

Unsur Magnesium Oksigen


Jisim (g) q–p r–q
Bilangan mol atom q – p / 24 r - q /16
Nisbah teringkas x y
(jisim atom relatif: O,16; Mg,24)

Inferens:
1. Pita magnesium yang berwarna kelabu berubah kepada putih
kerana magnesium bertindak balas dengan oksigen untuk
membentuk magnesium oksida.
Magnesium + oksigen → Magnesium oksida
2Mg + O2 → 2MgO

2. Jisim bertambah kerana magnesium sudah berpadu dengan


oksign.

Kesimpulan
1. x mol atom magnesium berpadu dengan atom oksigen.
2. Formula empiric magnesium oksida yang ditentukan dalam
aktiviti ini ialah MgxOy.
(Jika x : y = 1 : 1, maka formula empiric ialah MgO)

Prepared by Pure Science Team 10


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (4.1)
Tujuan: Mengkaji kereaktifan unsur Kumpulan 1 dengan air.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah kereaktiran unsur Kumpulan 1


berubah apabila bertindak balas dengan air?

Hipotesis: Apabila menuruni Kumpulan 1, tindak balas antara


logam alkali dengan air semakin reaktif.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan : Jenis logam alkali
(b) Pemboleh ubah bergerak balas : Kereaktifan logam alkali
(c) Pemboleh ubah dimalarkan : Isi padu air, saiz logam alkali

Radas: Besen, pisau, forseps

Bahan: Air suling, kertas litmus merah, ketulan kecil litium, natrium
dan katrium, kertas turas

Prosedur:

1. Ketulan litium dikeluarkan dari botol dengan menggunakan


forceps.
2. Satu cebisan kecil litium dipotong dengan menggunakan
pisau.
3. Minyak parafin pada permukaan litium dikeringkan dengan
menggunakan kertas turas.
4. Dengan menggunakan forceps, potongan litium diletakkan ke
dalam sebuah besen yang berisi air suling separuh penuh.
5. Apabila tindak balas selesai. Sehelai kertas litmus merak
dimasukkan ke dalam air suling dalam besen.
6. Semua perubahan yang berlaku dicatatkan.
7. Langkah 1 hingga 6 dilulang dengan menggunakan potongan
natrium dan kalium untuk menggantikan litium.

Prepared by Pure Science Team 11


kertas 3 eksperimen spm kimia

Pemerhatian

Logam Pemerhatian
alkali
Pergerakan logam alkali di Perubahan pada kertas
atas permukaan air litium
Litium Litium bergerak perlahan- Warna kertas litium
lahan dan secara rawak di merah bertukar kepada
atas permukaan air dengan biru.
bunyi “hiss”.
Natrium Natrium melebur menjadi Warna kertas litium
sfera kecil, bergerak pantas merah bertukar kepada
secara rawak di atas biru.
permukaan air dengan bunyi
“hiss”.
Kalium Kalium terbakar dengan Warna kertas litium
nyalaan ungu-kemerahan, merah bertukar kepada
bergerak sangat pantas biru.
secara rawak di permukaan
air dengan bunyi “hiss” dan
letupan kecil.

Inferens:
1. Litium, natrium dan kalium terbakar dalam oksigen untuk
menghasilkan perpejal putih yang merupakan oksida logam.
2. Oksida logam yang terbentuk larut dalam air untuk
menghasilkan larutan beralkali yang menukar warna kertas
litmus merah kepada biru.
3. Kereaktifan logam-logam alkali bertambah dari litium ke
kalium.

Kesimpulan
1. Logam-logam alkali menunjukkan sifat kimia yang sama
apabila terbakar dalam oksigen.
2. Kereaktifan logan alkali semakin bertambah apabila menuruni
Kumpulan 1.
3. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 12


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (4.2)
Tujuan: Mengkaji kereaktifan unsur Kumpulan 1 dengan gas
oksigen.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah kereaktiran unsur Kumpulan 1


berubah apabila bertindak balas dengan oksigen?

Hipotesis: Apabila menuruni Kumpulan 1, tindak balas antara


logam alkali dengan oksigen semakin reaktif.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan : Jenis logam alkali
(b) Pemboleh ubah bergerak balas : Kereaktifan logam alkali
(c) Pemboleh ubah dimalarkan : Oksigen, saiz logam alkali

Radas: Balang gas, sudu balang gas, penutup balang gas, pisau,
forseps

Bahan: Tiga balang gas berisi gas oksigen, kertas litmus merah,
ketulan kecil litium, natrium dan katrium, kertas turas

Prosedur:

1. Ketulan litium dikeluarkan dari botol dengan menggunakan


forceps.
2. Satu cebisan kecil litium dipotong dengan menggunakan
pisau.
3. Minyak parafin pada permukaan litium dikeringkan dengan
menggunakan kertas turas.
4. Potongan litium diletakkan pada sudu balang gas dengan
menggunakan forceps.
5. Litium pada sudu balang gas dipanaskan sehingga mula
terbakar.

Prepared by Pure Science Team 13


kertas 3 eksperimen spm kimia

6. Litium yang terbakar dimasukkan dengan cepat ke dalam


sebuah balang gas berisi oksigen.
7. Apabila tindak balas selesai, 20 cm2 air suling dituang ke dalam
balang gas dan digoncang.
8. Sehelai kertas litmus merah dimasukkan ke dalam larutan
dalam balang gas.
9. Semua perubahan yang berlaku dicatatkan.
10. Langkah 1 hingga 9 dilulang dengan menggunakan natrium
dan kalium untuk menggantikan litium.

Logam Pemerhatian
alkali
Pergerakan logam alkali Perubahan pada kertas
dalam oksigen litium merah
Litium Litium terbakar dengan Warna kertas litium
nyalaan merah dan merah bertukar kepada
menghasilkan pepejal putih. biru.
Pepejal putih itu larut dalam
air untuk menghasilkan
larutan tak berwarna.
Natrium Natrium terbakar cepat Warna kertas litium
dengan nyalaan kuning dan merah bertukar kepada
terang serta menghasilkan biru.
pepejal putih. Pepejal putih
itu larut dalam air untuk
menghasilkan larutan tak
berwarna.
Kalium Kalium terbakar dengan Warna kertas litium
nyalaan ungu-kemerahan merah bertukar kepada
yang sangat terang serta biru.
menghasilkan pepejal putih.
Pepejal putih itu larut dalam
air untuk menghasilkan
larutan tak berwarna.

Prepared by Pure Science Team 14


kertas 3 eksperimen spm kimia

Inferens:
1. Litium, natrium dan kalium terbakar dalam oksigen untuk
menghasilkan perpejal putih yang merupakan oksida logam.
2. Oksida logam yang terbentuk larut dalam air untuk
menghasilkan larutan beralkali yang menukar warna kertas
litmus merah kepada biru.
3. Kereaktifan logam-logam alkali bertambah dari litium ke
kalium.

Kesimpulan
1. Logam-logam alkali menunjukkan sifat kimia yang sama
apabila terbakar dalam oksigen.
2. Kereaktifan logan alkali semakin bertambah apabila menuruni
Kumpulan 1.
3. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 15


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (4.3)
Tujuan: Mengkaji tindak balas halogen dengan ferum.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah halogen bertindak balas


dengan ferum?

Hipotesis: Halogen membentuk ferum(III) halida (pepejal perang)


apabila bertindak balas dengan ferum.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan : Jenis halogen
(b) Pemboleh ubah bergerak balas : Pembentukan ferum(III)
halida (pepejal perang)
(c) Pemboleh ubah dimalarkan : Kuantiti wul besi

Radas: Tabung uji, penitis, pemegang tabung uji, penyumbat


getah, salur penghantar, kelalang kon, tabung pembakaran,
penunu Bunsen, kaki retort dan pengapit

Bahan: Hablur kalium manganat(VII), asid hidroklorik pekat, cecair


bromin, pepejal iodin, wul besi, soda kapur

Prosedur:
(A) Tindak balas klorin dengan ferum

1. Sedikit wul besi diletakkan di tengah tabung pembakaran dan


dipanaskan dengan kuat.
2. Asid hidroklorik pekat ditambahkan kepada beberapa ketulan
hablur kalium manganat(VII) di dalam sebuah kelalang kon.

Prepared by Pure Science Team 16


kertas 3 eksperimen spm kimia

3. Gas klorin yang terbebas dilairkan melalui wul besi yang panas
di dalam tabung pembakaran sehingga tidak ada perubahan
kelihatan.
4. Gas klorin yang berlebihan diserap oleh soda kapur.
5. Semua perubahan dicatatkan.

(B) Tindak balas bromin dengan ferum

1. Sedikit wul besi diletakkan di tengah tabung pembakaran dan


dipanaskan dengan kuat.
2. Cecair bromin dihangatkan perlahan-lahan di dalam sebuah
tabung uji.
3. Gas bromin yang terbebas dialirkan melalui wul besi yang
panas di dalam tabung pembakaran sehingga tidak ada
perubahan kelihatan.
4. Gas bromin yang berlebihan diserap oleh soda kapur.
5. Semua perubahan dicatatkan.

(c) Tindak balas iodin dengan ferum

1. Sedikit wul besi diletakkan di tengah tabung pembakaran dan


dipanaskan dengan kuat.
2. Semua perubahan dicatatkan.

Prepared by Pure Science Team 17


kertas 3 eksperimen spm kimia

1. Sedikit wul besi diletakkan di tengah tabung pembakaran dan


dipanaskan dengan kuat.
2. Sedikit pepejal iodin dihangatkan di dalam sebuah tabung uji.
3. Wap iodin yang terbebas dialirkan melalui wul besi yang panas
di dalam tabung pembakaran sehingga tidak ada perubahan.
4. Wap iodin yang berlebihan diserap oleh soda kapur.
5. Semua perubahan dicatatkan.

Pemerhatian
Halogen Pemerhation

Klorin Wul besi terbakar sangat cepat dengan nyalaan


terang dan membentuk pepejal perang.
Bromin Wul besi membara dengan terang dan membentuk
pepejal perang.
Iodin Wul besi membara dengan malap dan membentuk
pepejal perang.

Inferens:
1. Klorin, bromin fan iodin bertindak balas dengan ferum (wul
besi) untuk membentuk ferum(III) halida yang merupakan
pepejal perang.
2. Kereaktifan unsur Kumpulan 17 semakin berkurang dari klorin ke
iodin.

Kesimpulan
1. Klorin, broming dan iodin menunjukkan sifat kimia yang sama
apabila bertindak balas dengan ferum.
2. Halogen membentuk ferum(III) halida apabila bertindak balas
dengan ferum. Kereatifan halogen semakin berkurang apabila
menuruni Kumpulan 17.
3. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 18


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (4.4)
Tujuan: Mengkaji tindak balas halogen dengan larutan natrium
hidroksida.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah halogen bertindak balas


dengan larutan natrium hidroksida?

Hipotesis: Halogen membentuk garam yang tak berwarna apabila


bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan : Jenis halogen
(b) Pemboleh ubah bergerak balas : Kereaktifan halogen
(c) Pemboleh ubah dimalarkan : Isi padu dan kepekatan larutan
natrium hidroksida

Radas: Tabung uji, penitis, pemegang tabung uji, penyumbat


getah, salur penghantar,

Bahan: Hablur kalium manganat(VII), asid hidroklorik pekat, cecair


bromin, pepejal iodin, larutan natrium hidroksida

Prosedur:
(A) Tindak balas klorin dengan larutan natrium hidroksida

1. Asid hidroklorik pekat ditambahkan kepada beberapa ketulan


hablur kalium manganat(VII) di dalam sebuah tabung uji,
2. Gas klorin yang terbebas dilairkan melalui salur penghantar ke
dalam 5cm3 larutan natrium hidroksida di dlam sebuah tabung
uji.

Prepared by Pure Science Team 19


kertas 3 eksperimen spm kimia

3. Tabung uji ditutup dan campuran di dalam tabung uji


digoncang perlahan-lahan.
4. Perubahan warna pada larutan itu dicatatkan

(B) Tindak balas bromin dengan larutan natrium hidroksida


1. Tiga titik cecair bromin dititiskann ke dalam 5cm3 larutan
natrium hidroksida di dalam sebuah tabung uji.
2. Tabung uji ditutup dan campuran di dalam tabung uji
digoncang perlahan-lahan.
3. Perubahan warna pada larutan itu dicatatkan

(C) Tindak balas iodin dengan larutan natrium hidroksida


1. Beberapa ketulan kecil pepejal iodin dimasukkan ke dalam
5cm3 larutan natrium hidroksida di dalam sebuah tabung uji.
2. Tabung uji ditutup dan campuran di dalam tabung uji
digoncang dengan kuat.
3. Perubahan warna pada larutan itu dicatatkan

Pemerhatian

Halogen Pemerhation

Klorin Gas kuning-kehijauan larut dengan cepat ke dalam


larutan natrium hidroksida untuk membentuk satu
larutan tak berwarna.
Bromin Cecair perang-kehijauan larut dengan perlahan-lahan
ke dalam larutan natrium hidroksida untuk membentuk
satu larutan tak berwarna.
Iodin Sedikit pepejal ungu-kehitaman larut dengan perlahan-
lahan ke dalam larutan natrium hidroksida untuk
membentuk satu larutan tak berwarna.

Inferens
1. Klorin, bromin dan iodin bertindak balas dengan larutan
natrium hidroksida untuk menghasilkan natrium halida, natrium
halat(I) dan air yang merupakan larutan tak berwarna.
2. Kereaktifan unsur Kumpulan 17 semakin berkurang dari klorin ke
iodin.

Prepared by Pure Science Team 20


kertas 3 eksperimen spm kimia

Kesimpulan
1. Klorin, bromin dan iodin menunjukkan sifat kimia yang sama
apabila bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida.
2. Halogen membentuk garam yang tak berwarna apabila
bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida.
3. Hipotesis diterima.

Kesimpulan
1. Klorin, bromin dan iodin bertindak balas dengan larutan
natrium hidroksida untuk menghasilkan natrium halida, natrium
halat(I) dan air.

Cl 2 + 2NAaOH NaCl + NaOCl + H2O


Br 2 + 2NAaOH NaBr + NaOBr + H2O
I2 + 2NAaOH NaI + NaOI + H2O

Prepared by Pure Science Team 21


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (5.1)
Tujuan: Menyediakan sebatian ion.

Radas: Tungku kaki tiga, mangkuk pijar, penunu Bunsen, alas segi
tiga tanah liat, forseps, spatula, balang gas, sudu balang gas,
penutup balang gas, tabung pembakaran

Bahan: Pita magnesium, natrium, gas klorin, serbuk besi, soda


kapur, kertas asbestos, kertas pasir, kertas turas

Prosedur:
(A) Penyediaan magnesium oksida, MgO

1. Pita magnesium sepanjang 7 cm dibersihkan dengan kertas


pasir.
2. Pita magnesium dimasukkan ke dalam sebuah mangkuk pijar
seperti ditunjukkan Rajah 5.11.
3. Pita magnesium dalam mangkuk pijar dipanaskan dengan
kuat.
4. Sebarang perubahan yang berlaku dicatatkan.

Prepared by Pure Science Team 22


kertas 3 eksperimen spm kimia

(B) Penyediaan natrium klorida, NaCl

1. Secebis logam natrium dipotong dengan menggunakna pisau


dan forseps.
2. Minyak pada permukaan natrium dikeringkan dengan kertas
turas.
3. Cebisan natrium diletakkan dalam sudu balang gas dan
dipanaskan sehingga logam natrium manyala.
4. Dengan cepat, sudu balang gas dimasukkanke dalam balang
gas yang mengandungi gas klorin.
5. Sebarang perubahan yang berlaku dicatatkan

(C) Penyediaan ferum(III) klorida, FeCl2

1. Satu spatula serbuk besi diletakkan di atas klorida,sekeping


kertas asbestos dalam sebuah tabung pembakaran.
2. Serbuk besi dipanaskan dengan kuat sambil gas klorin kering
dialirkan ke dalam tabung pembakaran.
3. Sebarang perubahan yang berlaku dicatatkan

Prepared by Pure Science Team 23


kertas 3 eksperimen spm kimia

Pemerhatian

Aktiviti Pemerhatian Inferens

Pemanasan Magnesium terbakar dengan Serbuk putih itu


magnesium nyalaan dalam udara putih ialah magnesium
dalam udara yang sangat terang untuk oksida, MgO.
membentuk serbuk putih.

Pembakaran Natrium terbakar dengan Pepejal putih itu


natrium nyalaan kuning. ialah natrium
dalam gas Gas klorin yang berwarna klorida, NaCl.
klorin kuning-kehijauan dilunturkan.
Wasap putih terhasil dan
membentuk pepejal putih
apabila disejuk ke suhu bilik.

Pembakaran Serbuk besi membara dengan Pepejal perang itu


basi dalam terang dan membentuk ialah ferum(III)
gas klorin pepejal perang. klorida, FeCl3.

Kesimpulan
Sebatian ion seperti magnesium oksida, natrium klorida, dan
ferum(III) klorida dapat disediakan malalui tindak balas antara
logam dengan bukan logam.

Prepared by Pure Science Team 24


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (6.1)
Tujuan: Mengelaskan bahan kepada kepada elektrolit dan
bukanelektrolit.

Radas: Elektrod karbon dan pengapit, wayar penyambung


dengan klip buaya, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, alas segi tiga
tanah liat, mangkuk pijar, bikar 100 cm3 bateri, mentol, suis

Bahan: Pepejal plumbum(II) bromida, asetamida, larutan natrium


hidroksida, larutan gula, larutan kuprum(II) sulfat

Prosedur:

(A) Bahan leburan


1. Pepejal plumbum(il) bromida, PbBr, diisi ke dalam sebuah
mangkuk pijar sehingga separuh penuh.
2. Dua elektrod karbon dimasukkan ke dalam pepejal
plumbum(II) bromida, PbBr2.
3. Litar dilengkapkan dengan menyambung kedua-dua elektrod
kepada suis, mentol dan bateri seperti dalam Rajah 6.1.

(B) Larutan akueus


1. 20 cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH dituangkan ke dalam
sebuah bikar.
2. Dua elektrod dimasukkan ke dalam larutan itu.
3. Litar dilengkapkan dengan menyambung kedua-dua elektrod
kepada suis, mentol dan bateri seperti dalam Rajah 6.2.

Prepared by Pure Science Team 25


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tujuan: Mengelaskan bahan kepada kepada elektrolit dan


bukanelektrolit.

Radas: Elektrod karbon dan pengapit, wayar penyambung


dengan klip buaya, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, alas segi tiga
tanah liat, mangkuk pijar, bikar 100 cm3 bateri, mentol, suis

Bahan: Pepejal plumbum(II) bromida, asetamida, larutan natrium


hidroksida, larutan gula, larutan kuprum(II) sulfat

Prosedur:

(A) Bahan leburan


1. Pepejal plumbum(il) bromida, PbBr, diisi ke dalam sebuah
mangkuk pijar sehingga separuh penuh.
2. Dua elektrod karbon dimasukkan ke dalam pepejal
plumbum(II) bromida, PbBr2.
3. Litar dilengkapkan dengan menyambung kedua-dua elektrod.

4. Suis dihidupkan. Perubahan pada mentol danelektrod


diperhatikan dan direkodkan.
5. Langkah 1 hingga 4 diulang dengan menggantikan larutan
natrium hidroksida,NaOH dengan larutan gula, C6H12O6 dan
larutan kuprum (II) sulfat, CuSO4.

Prepared by Pure Science Team 26


kertas 3 eksperimen spm kimia

Bahan Adakah Adakah


mentol perubahan
menyala? berlaku pada
elektrod?
Leburan plumbum(II) bromida Ya Ya
Leburan asetamida Tidak Tidak
Leburan sulfur Tidak Tidak
Larutan natrium hidroksida Ya Ya
Larutan gula Tidak Tidak
Larutan kuprum(Il)sulfat Ya Ya

Inferens
1. Leburan plumbum(lI) bromida, larutan natrium hidroksida dan
larutan kuprum(II) sulfat boleh mengkonduksikan arus elektrik
kerana mentol menyala.
2. Leburan asetamida, leburan sulfur dan larutan gula tidak boleh
mengkonduksikan arus elektrik kerana mentol tidak bernyala.
3. Perubahan pada elektrod menunjukkan bahawa leburan atau
larutan akueus terurai apabila arus elektrik mengalir melaluinya.

Kesimpulan
1. Leburan plumbum(II) bromida, larutan natrium hidroksida dan
larutan kuprum(II) sulfat merupakan elektrolit dan mengalami
perubahan kimia apabila arus elektrik mengalir melaluinya.
2. Leburan asetamida, leburan sulfur dan larutan gula merupakan
bukan elektrolit. Bahan-bahan ini tidak mengalami sebarang
perubahan kimia.

Prepared by Pure Science Team 27


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (6.2)
Tujuan: Mengkaji elektrolisis leburan plumbum(II) bromida,PbBr2.

Radas: Bateri, elektrod karbon, wayar penyambung dengan klip


buaya, mangkuk pijar, tungku kaki tiga, alas segi tiga tanah liat,
penunu Bunsen, suis, bikar 250 cm3 ,ammeter

Bahan: Pepejal plumbum(II) bromida, PbBr2.

Prosedur:

1. Sebuah mangkuk pijar diisi dengan pepejal.


2. Mangkuk pijar dialas dengan alas segi tiga tanah liat dan
diletak di atas tungki kaki tiga.
3. Dua elektrod karbon dimasukkan ke dalam mangkuk pijar.
4. Litar dilengkapkan dengan menyambungkan elektrod karbon
kepada ammeter, suis dan bateri seperti dalam Rajah 6.7.

5. Suis dihidupkan. Sebarang pemerhatian direkodkan.


6. Kemudian pepejal plumbum(II) bromida, PbBr2 panaskan
bromida, PbBr2 dipanaskan sehingga melebur. Suis dihidupkan
dan sebarang pemerhatian pada anod direkodkan.
7. Suis dimatikan selepas 5 minit.
8. Dengan cermat, leburan plumbum(II) bromida PbBr2, dituang
ke dalam sebuah bikar untuk memerhatikan apa yang terhasil
di katod. Sebarang pemerhatian direkodkan.

Prepared by Pure Science Team 28


kertas 3 eksperimen spm kimia

Elektrod Pemerhatian

Anod Gas perang yang berbau sengit dibebaskan.

Katod Pepejal kelabu berkilat terbentuk.

Ammeter hanya menunjukkan bacaan apabila pepejal


plumbum(II) bromida, PbBr2, lebur sepenuhnya.

Inferens
1. Gas bromin terhasil di anod.
2. Logam plumbum terhasil di katod.
3. Leburan plumbum(II) bromida boleh mengkonduksikan arus
elektrik.

Kesimpulan
1. Leburan plumbum(II) bromida mengandungi ion plumbum(II),
Pb2+ dan ion bromida, Br-.
2. Elektrolisis leburan plumbum(II) bromida menghasilkan logam
plumbum di katod dan gas bromin di anod.

Prepared by Pure Science Team 29


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (6.3)
Tujuan: Mengkaji kesan kepekatan ion di dalam larutan terhadap
pemilihan ion untuk dinyahcas pada elektrod.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah kepekatan ion di dalam asid


hidroklorik mempengaruhi pemilihan ion untuk dinyahcas di anod?

Hipotesis: Apabila kepekatan ion klorida, Cl- adalah lobih tinggi,


maka ion klorida, Cl- akan dipilih untuk dinyahcas.

Pemboleh ubah
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kepekatan ion klorida
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: lon yang dinyahcas
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis elektrod, jenis elektrolit,
jangka masa elektrolisis

Radas: Bateri, elektrod karbon, wayar penyambung dengan klip


buaya, ammeter, sel elektrolisis, tabung uji

Bahan: Asid hidroklorik HCl 1.0 mol dm-3, asid hidroklorik,


HCl 0.001 mol dm-3, kertas litmus biru, kayu uji, mancis

Prosedur:

1. Sebuah sel elektrolisis diisi dengan asid hidroklorik, HCI 1.0 mol
dm-3 sehingga separuh penuh.
2. Litar dilengkapkan dengan menyambungkan elektrod karbon,
suis, bateri dan ammeter dengan wayar penyambung seperti
dalam Rajah 6.12.

Prepared by Pure Science Team 30


kertas 3 eksperimen spm kimia

3. Suis dihidupkan.
4. Gas di anod dan di katod dikumpulkan. Kemudian gas diuji
dengan kertas litmus biru lembap, kayu uji berbara dan kayu uji
bernyala. Pemerhatian direkodkan.
5. Langkah 1 hingga 4 diulang dengan menggunakan asid
hidroklorik, HCl 0.001 mol dm-3 .

Pemerhatian
Elektrolit
Anod Katod
Asid Gelembung gas terbebas. Gelembung gas
hidroklorik, Gas kuning kehijauan yang terbebas. Gas tak
HCl 1.0 berbau sengit terhasil. Gas berwarna yang
mol dm-3 menukarkan warna kertas terkumpul menghasikan
litmus biru lembap kepada bunyi ‘pop’ dengan
merah kemudian kayu uji bernyala.
melunturkannya.
Asid Gelembung gas terbebas. Gelembung gas
hidroklorik, Gas tak berwarna yang terbebas. Gas tak
HCl 0.001 terkumpul menyalakan berwarna yang
mol dm-3 kayu uji berbara. terkumpul menghasikan
bunyi ‘pop’ dengan
kayu uji bernyala

Inferens
1. Asid hidroklorik, HCI 1.0 mol dm-3 :
(a) Anod: Gas klorin terhasil
(b) Katod: Gas hidrogen terhasil
2 Asid hidroklorik, HCl 0.001 mol dm-3 :
(a) Anod: Gas oksigen terhasil
(b) Katod: Gas hidrogen terhasil

Kesimpulan
Elektrolisis asid hidroklorik cair 0.001 mol dm-3 menghasilkan gas
oksigen di anod manakala elektrolisis asid hidroklorik pekat 1.0 mol
dm-3 menghasilkan gas klorin di anod.

Prepared by Pure Science Team 31


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (6.4)
Tujuan: Mengkaji jenis elektrod yang digunakan terhadap
pemilihan ion untuk dinyahcas pada elektrod.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah jenis elektrod yang


digunakan mempengaruhi hasil yang terbentuk semasa elektrolisis?

Hipotesis: Apabila elektrod kuprum digunakan untuk menggantikan


elektrod karbon, hasil yang terbentuk pada anod semasa
elektrolisis adalah berbeza.

Pemboleh ubah
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis elektrod
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Jenis hasil pada anod
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis dan kepekatan elektrolit

Radas: Bateri, elektrod karbon, elektrod kuprum, wayar


penyambung dengan klip buaya, ammeter, sel elektrolisis, neraca
elektronik, suis

Bahan: Larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4, 0.1 mol dm-3, kayu uji,
kertas pasir

Prosedur:

1. Elektrod karbon digosok dan dibersihkan dengan kertas pasir.


2. Anod ditimbang dengan neraca elektronik dan jisimnya
direkodkan.

Prepared by Pure Science Team 32


kertas 3 eksperimen spm kimia

3. Larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4, dituang kedalam sebuah sel


elektrolisis yang dipasang dengan elektrod karbon sehingga
separuh penuh.
4. Litar dilengkapkan dengan menyambungkan elektrod karbon
kepada, suis, bateri dan ammeter dengan wayar
penyambung seperti dalam Rajah 6.13.
5. Suis dihidupkan selama 15 minit.
6. Semua pemerhatian di anod, di katod dan elektrolit
direkodkan.
7. Gas yang terkumpul di anod diuji dengan kayu uji berbara.
8. Anod dikeluarkan, dibilas dengan air suling dan dikeringkan.
Kemudian anod itu ditimbang dengan neraca elektronik.
9. Langkah 1 hingga 8 diulang dengan menggunakan elektrod
kuprum bagi menggantikan elektrod karbon seperti dalam
Rajah 6.14.
10. Sebarang perubahan yang berlaku dicatatkan.

Pemerhatian

Pemerhatian
Elektrolit
Anod Katod Elektrolit
Karbon Gelembung gas Pepejal perang Keamatan
terbebas. Gas terenap di warna biru
tak berwarna katod. larutan
yag terkumpul berkurang.
menyalakan
kayu uji berbara.
Jisim anod tidak
berubah.
Kuprum Anod kuprum Pepejal perang Keamatan
menjadi nipis. terenap di warna biru
Jisim anod katod. larutan tidak
berkurang. berubah.

Prepared by Pure Science Team 33


kertas 3 eksperimen spm kimia

Inferens
1. Elektrolisis menggunakan elektrod karbon.
(a) Anod: Gas oksigen terhasil
(b) Katod: Logam kuprum terenap12
2. Elektrolisis menggunakan elektrod kuprum.
(a) Anod: lon kuprum(11) terhasil
(b) Katod: Logam kuprum terenap

Kesimpulan
1. Elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat dengan elektrod karbon
menghasilkan oksigen dan air di anod dan logam kuprum di
katod
2. Elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat dengan elektrod kuprum
menghasilkan ion kuprum(II)di anod dan logam kuprum di
katod.
3. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 34


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (6.5)
Tujuan: Mengkaji penyaduran objek logam dengan logam melalui
kuprum.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah sebatang sudu besi dapat


disadur dengan logam kuprum melalui elektrolisis?

Hipotesis: Sebatang sudu besi dapat disadur dengan logam


kuprum apabila sudu besi dijadikan sebagai katod melalui
elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4.

Pemboleh ubah
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kedudukan sudu besi
sebagai elektrod
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Pengenapan logam kuprum
pada sudu besi
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Anod kuprum, larutan kuprum(II)
sulfat, CuSO4 sebagai elektrolit

Radas: Bateri, wayar penyambung dengan klip buaya, ammeter,


sel elektrolisis, bikar 250 cm 3, suis, reostat

Bahan: Larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4, 2.0 mol dm-3 ,sudu besi,
kepingan kuprum, kertas pasir

Prosedur:

Prepared by Pure Science Team 35


kertas 3 eksperimen spm kimia
1. Sebatang sudu besi digosok dan dibersihkan wayar
penyambung dengan klip buaya dengan kertas pasir.
2. Larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4, dituang ke dalam sebuah
bikar.
3. Elektrod kuprum dicelup dan sudu besi direndam ke dalam
larutan kuprum (II) sulfat, CuSO4.
4. Litar dilengkapkan dengan menyambungkan sudu besi,
elektrod kuprum, reostat, ammeter, suis dan bateri dengan
wayar penyambung seperti Rajah 6.17 (Set I).
5. Suis dihidupkan dan reostat dilaraskan untuk memperoleh arus
elektrik 0.2 A.
6. Suis dimatikan selepas 30 minit.
7. Sebarang perubahan diperhatikan dan direkodkan.
8. Langkah 1 hingga 7 diulang dengan menukarkan kedudukan
sudu besi dan kepingan kuprum seperti Rajah 6.17 (Set II).

Pemerhatian

Elektrod Pemerhatian
Set
Anod Katod Anod Katod

I Sudu Kuprum Tiada enapan Enapan perang


besi perang pada terbentuk. Kepingan
sudu besi. kuprum menebal.

II Kuprum Sudu Kepingan Terdapat enapan


besi kuprum menjadi perang pada sudu
nipis. besi.

Inferens
1. Kepingan kuprum dalam Set I menjadi tebal kerana satu
lapisan logam kuprum telah terenap pada kuprum.
2. Kepingan kuprum dalam Set II menjadi nipis kerana kuprum
terkakis dan melarut.
3. Terdapat enapan perang pada sudu besi yang disambung ke
katod kerana satu lapisan logam kuprum telah terenap pada
sudu besi.

Kesimpulan
1. Penyaduran sudu besi dengan kuprum berlaku apabila anod
ialah kuprum dan katod ialah sudu besi. Elektrolit yang
digunakan
Prepared by Pureialah larutankuprum(II)
Science Team sulfat. 36
2. Hipotesis diterima.
kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (6.6)
Tujuan: Menunjukkan penghasilan arus elektrik daripada tindak
balas kimia dalam sebuah sel kimia.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah arus elektrik dapat dihasilkan


melalui tindak balas kimia yang berlaku dalam sebuah sel kimia?

Hipotesis: Apabila dua logam yang berlainan dicelup ke dalam


suatu elektrolit dan disambung dengan wayar, arus elektrik
dihasilkan.

Pemboleh ubah
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Pasangan logam
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Pengaliran arus elektrik
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Elektrolit yang digunakan

Radas: Wayar penyambung dengan klip buaya, bikar 250 cm3,


voltmeter

Bahan: Pita magnesium, jalur kuprum, larutan natrium klorida, NaCl


1.0 mol dm-3, kertas pasir

Prosedur:
1. Sekeping pita magnesium dan satu jalur kuprum digosok dan
dibersihkan dengan kertas pasir.
2. 150 cm3 larutan natrium klorida 1.0 mol dm-3 dituang ke dalam
sebuah bikar.
3. Pita magnesium dan jalur kuprum dicelup kedalam larutan
natrium klorida.
4. Kedua-dua logam disambungkan kepada voltmeter dengan
wayar penyambung seperti dalam Rajah 6.19.

Prepared by Pure Science Team 37


kertas 3 eksperimen spm kimia
5. Bacaan voltmeter direkodkan. Semua perubahan pada
elektrod diperhatikan dan direkodkan.
6. Langkah 1 hingga 5 diulang dengan menggunakan kepingan
kuprum bagi menggantikan pita magnesium.

Pemerhatian

Pasangan Bacaan Pemerhatian


logam voltmeter (V)
Magnesium/ 2.7 Pita magnesium menjadi nipis.
kuprum Gelembung gas terbebas di
sekitar jalur kuprum.
Kuprum/ 0.0 Tiada sebarangum kuprum
kuprum perubahan pada elektrod.

Inferens
1. Magnesium terkakis dan melarut untuk membentuk ion
magnesium.
2. Gas hidrogen terbebas.
3. Tiada pengaliran elektron berlaku apabila logam yang sama
jenis dicelup ke dalam larutanken natrium klorida.

Kesimpulan
1. Tindak balas kimia yang berlaku dalam sel kimia ringkas
menghasilkan arus elektrik.
2. Tenaga elektrik hanya terhasil apabila dua logam yang
berlainan dicelup ke dalam suatu elektrolit. Tiada arus elektrik
terhasil apabila dua logam yang sama jenis digunakan.
3. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 38


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (6.7)
Tujuan: Membina siri elektrokimia dengan menggunakan prinsip
penyesaran logam.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah siri elektrokimia logam dapat


dibina berdasarkan penyesaran logam?

Hipotesis: Logam yang berkedudukan lebih tinggi dalam siri


elektrokimia dapat menyesarkan logam yang terletak di
bawahnya daripada larutan garamnya.

Pemboleh ubah
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis jalur logam dan larutan
garam
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Tindak balas penyesaran
berlaku
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Kepekatan dan isi padu larutan

Radas: Tabung uji, rak tabung uji

Bahan: Larutan magnesium nitrat, Mg(NO3)2 1 mol dm-3,


larutan zink nitrat, Zn(NO3)2 1 mol dm-3, larutan plumbum(II) nitrat,
Pb(NO3)2 1 mol dm-3, larutan kuprum(II) nitrat, Cu(NO3)2 1 mol dm-3,
pita magnesium, jalur zink, jalur plumbum, jalur kuprum, kertas pasir

Procedur

Prepared by Pure Science Team 39


kertas 3 eksperimen spm kimia
1. Jalur-jalur logam dibersihkan dengan kertas pasir.
2. 5 cm 3 larutan magnesium nitrat, Mg(NO3)2 larutan zink nitrat,
Zn(NO3)2 larutan plumbum(II) nitrat, Pb(NO3)2, dan larutan
kuprum(II) nitrat, Cu(NO3)2 dituang ke dalam empat tabung uji
yang berasingan.
3. Bagi setiap tabung uji, satu pita magnesium dimasukkan ke
dalam setiap larutan.
4. Pemerhatian sama ada terdapat pengenapan logam pada
permukaan pita magnesium atau tidak direkodkan.
5. Langkah 2 hingga 4 diulang dengan menggunakan jalur zink,
jalur plumbum dan jalur kuprum bagi menggantikan pita
magnesium.

Pemerhatian
Larutan
Magnesium Zink nitrat, Plumbum(II) Kuprum(II)
garam
Jalur nitrat, Zn(NO3)2 nitrat, nitrat,
logam Mg(NO3)2 Pb(NO3)2 Cu(NO3)2

Magnesium, √ √ √
Mg

Zink, Zn × √ √

Plumbum, × × √
Pb

Kuprum, Cu × × ×

√ Pengenapan logam berlaku

× Pengenapan logam tidak berlaku


.

Prepared by Pure Science Team 40


kertas 3 eksperimen spm kimia
Inferens
1. Magnesium menyesarkan zink, plumbum dan kuprum daripada
larutan garamnya.
2. Kuprum tidak boleh menyesarkan plumbum, zink dan
magnesium daripada larutan garamnya.

Kesimpulan
1. Susunan logam mengikut tertib keelektopositifan menurun
dalam siri elektrokimia ialah magnesium, zink, plumbum dan
kuprum.
2. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 41


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (7.1)
Tujuan: Mengkaji peranan air untuk menunjukkan sifat alkali.

Pernyataan masalah: Adakah air diperlukan untuk alkali


menunjukkan sifatnya?

Hipotesis: Alkali menunjukkan sifatnya apabila dilarutkan di dalam


air.

Pemboleh ubah
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis pelarut
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Sifat alkali
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis alkali dan kertas litmus

Radas: Tabung uji, penitis, gabus

Bahan: Gas ammonia kering, larutan akueus ammonia, gas


ammonia yang larut dalam propanon, kertas litmus merah

Procedur

Prepared by Pure Science Team 42


kertas 3 eksperimen spm kimia
Prosedur
1. Tiga tabung uji dilabelkan dengan P, Q dan R.
2. Tabung uji P diisi dengan gas ammonia kering dan ditutup serta
merta dengan gabus.
3. Tabung uji Q diisi dengan larutan akueus ammonia.
4. Tabung uji R diisi dengan ammonia yang larut dalam propanon.
5. Sehelai kertas litmus merah yang kering dimasukkan ke dalam
setiap tabung uji.
6. Perubahan yang berlaku diperhatikan dan dicatatkan.

Tabung uji Pemerhatian

P Warna kertas litmus merah kekal tidak berubah.

Q Warna kertas litmus merah bertukar kepada biru.

R Warna kertas litmus merah kekal tidak berubah.

Inferens
1. Warna kertas litmus merah dalam tabung uji Q bertukar kepada
biru. Ini menunjukkan larutan akueus ammonia ialah larutan
beralkali.
2. Warna kertas litmus merah dalam tabung uji P dan R kekal tidak
berubah. Ini menunjukkan gas ammonia kering dan gas
ammonia yang larut dalam propanon bukan larutan beralkali.

Kesimpulan
1. Alkali menunjukkan sifatnya apabila dilarutkan.
2. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 43


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (7.2)
Tujuan: Menyediakan 250 cm3 larutan piawai natrium karbonat,
Na2CO3 0.2 mol dm-3.

Radas: Kelalang volumetrik 250 cm3 , bikar 50 cm3, botol


penimbang, rod kaca, penitis, neraca elektronik, corong turas

Bahan: Pepejal natrium karbonat, Na2CO3 , air suling.

Penghitungan
Bilangan mol natirum karbonat, Na2CO3
MV
=
1000

250
= 0.2 ×
1000
= 0.05 mol

Oleh itu, jisim natirum karbonat, Na2CO3 yang diperlukan


= 0.05 × 106
= 5.3 g

Prosedur

1. 5.3 g pepejal natrium karbonat ditimbang dalam sebuah botol


penimbang dengan menggunakan neraca elektronik.
2. Pepeial natrium karbonat dimasukkan ke dalam sebuah bikar.

Prepared by Pure Science Team 44


kertas 3 eksperimen spm kimia
3. Sedikit air suling ditambahkan kepada natrium dalam bikar dan
dikacau dengan menggunakan rod kaca hingga semua natrium
karbonat larut dengan lengkap.
4. Larutan dituang ke dalam kelalang volumetrik 250 cm3 dengan
menggunakan corong turas.
5. Botol penimbang dan bikar itu dibilas dengan air suling.
Kemudian semua hasil bilasan dituang ke dalam kelalang
volumetrik 250 cm3 dengan menggunakan corong turas.
6. Kemudian, air suling ditambahkan sehingga meniskus larutan
mencapai tanda senggatan 250 cm3.
7. Kelalang volumetrik ditutup dengan ketat menggunakan
penutupnya. Kelalang volumetrik digoncang dan diterbalikkan
beberapa kali sehingga larutan itu bercampur dengan baik.

Prepared by Pure Science Team 45


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (7.3)
Tujuan: Menentukan takat akhir proses peneutralan malalui kaedah
pentitratan dan menghitung kepekatan asid yang digunakan.

Radas: Pipet 25cm3 , pengisi pipet, buret 50cm3 ,kaki retort dan
pengapit, kelalang 250 cm3 , jubin putih

Bahan: Asid hidroklorik yang tidak diketahui kepekatannya, larutan


natrium hidroksida 1.0 mol dm-3 , fenolftalein

Prosedur

1. Sebuah pipet 25 cm3 yang bersih dibilas dengan sedikit larutan


natrium hidroksida.
2. 25 cm3 larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm-3 dipindahkan ke
dalam sebuah kelalang kon yang bersih dengan
menggunakan pipet.
3. Tiga titik fenolftalein ditambah kepada alkali itu dan warna
larutan diperhatikan.
4. Sebuah buret 50 cm3 yang bersih dibilas dengan sedikit asid
hidroklorik.
5. Kemudian buret itu diisi dengan asid hidroklorik dan diapitkan
pada kaki retort.
6. Bacaan awal buret dicatatkan.

Prepared by Pure Science Team 46


kertas 3 eksperimen spm kimia
7. Kelalang kon yang mengandungi 25 cm3 larutan natrium
hidroksida diletakkan di bawah buret itu.
8. Asid hidroklorik ditambah dengan perlahan-lahan daripada
buret kepada larutan natrium hidroksida dalam kelalang kon
sambil kelalang kon itu digoncang.
9. Pentitratan dihentikan sebaik sahaja fenolftalein berubah warna
dari merah jabu kepada tak berwarna.
10. Bacaan akhir buret dicatatkan.
11. Langkah 1 hingga 10 diulang dua kali untuk mendapatkan nilai
pentitratan yang tepat.

Keputusan

Pentitratan 1 2 3
Bacaan akhir buret (cm3) 20.05 20.00 20.1

Bacaan awal buret (cm3) 0.00 0.05 0.1

Isi padu asid hidroklorik yang 20.05 19.95 20.00


diperlukan (cm3)

Prepared by Pure Science Team 47


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (8.1)
Tujuan: Menyediakan hablur garam kalium klorida dengan
mencampurkan larutan kalium hidroksida dan asid hidroklorik cair.

Radas: Buret, pipet, kelalang kon, bikar, silinder penyukat, rod kaca,
mangkuk penyejat, corong turas, penitis, penunu Bunsen, tungku kaki
tiga, kasa dawai, kaki retort dan pengapit

Bahan: Asid hidroklorik 2.0 mol dm-3 , larutan kalium hidroksida


2.0 mol dm-3 , fenolftalein, kertas turas

Prosedur

Menentukan isi padu asid yang diperlukan untuk peneutralan


1. 25 cm3 larutan kalium hidroksida 2.0 mol dm-3 disukat dengan
menggunakan pipet dan dipindahkan ke dalam sebuah
kelalang kon.
2. Dua titik fenolftalein ditambah kepada larutan kalium hidroksida.
3. Sebuah buret diisi dengan asid hidroklorik. Bacaan awal buret
dicatatkan.
4. Asid hidroklorik ditambah perlahan-lahan kepada larutan kalium
hidroksida sambil kelalang kon digoncang sehingga warna
larutan bertukar daripada merah jambu kepada tak berwarna.
5. Bacaan akhir buret dicatatkan.
6. Isi padu asid yang diperlukan untuk meneutralkan 25 cm3 alkali,
V cm3 (V = bacaan akhir buret - bacaan awal buret).

Prepared by Pure Science Team 48


kertas 3 eksperimen spm kimia
7. Ulang aktiviti dengan menambahkan V cm3 asid hidroklorik
kepada 25 cm3 larutan kalium hidroksida di dalam sebuah bikar
tanpa fenolftalein.

Memperoleh hablur daripada larutan garam


8. Pindahkan larutan garam yang terbentuk di dalam kelalang kon
ke dalam sebuah mangkuk penyejat.
9. Panaskan larutan garam sehingga isi padunya tinggal satu
pertiga daripada isi padu asal.
10. Biarkan larutan tepu menyejuk ke suhu bilik.
11. Turas hablur yang terbentuk dan bilas dengan air suling yang
sejuk.
12. Keringkan hablur garam dengan menekannya di antara dua
helai kertas turas.
13. Garam kalium klorida dapat ditulenkan proses penghabluran
semula yang ditunjukkan dalam Aktiviti 8.3.

Pemerhatian
Pada takat akhir peneutralan, larutan merah jambu dalam kelalang
kon bertukar kepada tak berwarna.

Prepared by Pure Science Team 49


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (8.2)
Tujuan: Membina persamaan ion bagi pembentukan plumbum(II)
kromat(VI).

Pernyataan masalah: Bagaimanakah persamaan ion bagi


pembentukan plumbum(II) kromat(VI) dapat dibina?

Hipotesis: Apabila isi padu kalium kromat(IV), K2 CrO 4, yang


digunakan semakin bertambah, tinggi mendakan kuning semakin
bertambah sehingga mencapai satu tinggi maksimum.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Isi padu larutan kalium
kromat(IV), K2 CrO 4
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Tinggi mendakan kuning
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Saiz tabung uji. kepekatan larutan
kalium kromat(VI), K2 CrO4, isi padu dan kepekatan larutan
plumbum(lI) nitrat, Pb(NO3)2.

Radas: Tujuh tabung uji, rak tabung uji, buret, rod kaca penyumbat
getah, pembaris meter

Bahan: Larutan plumbum (II) nitrat 0.5 mol dm-3 , Pb(NO3)2,larutan


kalium kromat(VI) 0.5 mol dm-3 , K2 CrO4.

Prosedur
1. Tujuh tabung uji yang sama saiz dilabel dengan nombor 1
hingga 7 dan diletak pada rak tabung uji.
2. Sebuah buret diisi dengan larutan plumbum(II) nitrat, Pb(NO3 )2.
Sebanyak 5.0 cm3 larutan plumbum(II) nitrat, Pb(NO3 )2 diisikan
kedalam setiap tabung uji.
3. Buret yang kedua diisi dengan larutan kalium kromat(VI), K2 CrO4
0.5 mol dm-3 .
4. Larutan kalium kromat(VI), K2 CrO4 ditambahkan ke dalam setiap
tabung uji dengan penambahan isi padu yang beransur-ansur
seperti ditunjukkan dalam Jadual 8.5.
5. Setiap tabung uji ditutup dan digoncang supaya campuran
sekata.

Prepared by Pure Science Team 50


kertas 3 eksperimen spm kimia
6. Semua tabung uji dibiarkan selama setengah jam supaya
mendakan yang terbentuk mendak.
7. Tinggi mendakan dalam setiap tabung uji diukur.
8. Watna larutan di atas mendakan dalam setiap tabung uji
diperhatikan dan dicatatkan.
9. Graf tinggi mendakan melawan isi padu larutan kalium
kromat(VI) diplotkan.

Keputusan

Tabung uji 1 2 3 4 5 6 7

Isi padu Pb(NO3 )2 0.5 mol dm-3(cm3) 5.0 5.0 5.0 5.0 5.0 5.0 5.0

Isi padu K2 CrO4 0.5 mol dm-3(cm3) 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0

Tinggi mendakan (cm) 0.5 1.1 1.6 2.2 2.7 2.7 2.7

Warna larutan di bahagian atas Tak Berwarna Kuning


mendakan
Inferens
Isi padu larutan kalium kromat(VI), K2 CrO4 0.5 mol dm-3 yang
diperlukan untuk tepat bertindak balas dengan 5.0 cm3 larutan
plumbum(II) nitrat, Pb(NO3 )2 0.5 mol dm-3 ialah 5.0 cm3 .

Kesimpulan
1. 1 mol ion plumbum (II), Pb 2+ bertindak balas lengkap dengan 1
mol ion kromat(VI) CrO4 2-.
2. Persamaan ion bagi tindak balas ialah:
Pb 2+ (ak) + CrO4 2- (ak) PbCrO4 (p)
3. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 51


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 4 (9.1)
Tujuan: Membandingkan sifat kekerasan logan tulen dengan
aloinya.

Pernyataan masalah: Adakah gangsa lebih keras daripada kuprum?

Hipotesis: Gangsa lebih keras daripada kuprum.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis bahan(Kuprum dan
gangsa)
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Diameter lekuk pada bongkah
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Tinggi pemberat, jisim pemberat,
diameter bebola keluli

Radas: Kaki retort dan pengapit, pembaris meter, benang pemberat


1 kg, bebola keluli

Bahan: Bongkah gangsa, bongkah kuprum, pita selofan

Prosedur
1. Sebiji bebola keluli dilekatkan pada permukaan bongkah
kuprum dengan pita selofan.
2. Pemberat 1 kg digantung setinggi 50 cm dari permukaan
bongkah kuprum seperti dalam Rajah 9.14.

Prepared by Pure Science Team 52


kertas 3 eksperimen spm kimia
3. Pemberat dilepaskan supaya terhentak pada bebola keluli.
4. Diameter lekuk yang terbentuk pada permukaan bongkah
kuprum diukur dan direkodkan.
5. Langkah 1 hingga 4 diulang sebanyak dua kali pada permukaan
lain bongkah kuprum untuk mendapatkan purata diameter
lekuknya.
6. Langkah 1 hingga 5 diulang dengan bongkah gangsa untuk
menggantikan bongkah kuprum.

Keputusan
Jenis bongkah Diameter lekuk (cm) Purata diameter lekuk (cm)

1 2 3
Kuprum 3.0 3.1 2.9 3.0

Gangsa 1.9 2.0 2.1 2.0

Inferens
Purata diameter lekuk pada bongkah gangsa lebih kecil daripada
bongkah kuprum. Hal ini menunjukkan gangsa lebih keras daripada
kuprum.

Kesimpulan
1. Aloi lebih keras daripada logam tulennya.
2. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 53


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 5 (1.1)
Tujuan: Mengkaji kesan saiz ketulan marmar ke atas kadar tindak
balas.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah saiz ketulan marmar


mempengaruhi kadar tindak balas?

Hipotesis: Semakin kecil saiz ketulan marmar, semakin tinggi kadar


tindak balas.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Saiz ketulan marmar
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Kadar tindak balas
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Jisim ketulan marmar, suhu, isi padu
dan kepekatan asid hidroklorik

Radas: Silinder penyukat 50 cm3, kelalang kon 100 cm3, salur


penghantar dengan penyumbat getah, besen, buret, penimbang
elektronik, kaki retort dan pengapit, jam randik

Bahan: Asid hidroklorik 0.1 mol dm-3, 2 g ketulan besar marmar, 2 g


ketulan kecil marmar, air

Prosedur

1. 40 cm3 asid hidroklorik 0.1 mol dm-3 disukat dengan silinder


penyukat dan dituang ke dalam sebuah kelalang kon.
2. 2 g ketulan besar marmar ditimbang dengan menggunakan
penimbang elektronik.

Prepared by Pure Science Team 54


kertas 3 eksperimen spm kimia

1. Sebuah buret dipenuhkan dengan air dan ditelangkupkan ke


dalam sebuah besen yang berisi air. Buret diapitkan secara
menegak dengan menggunakan pengapit retort.
2. Aras air dalam buret dilaraskan supaya bacaannya mencapai
50 cm3.
3. Susunan radas seperti Rajah 1.6 disediakan.
4. Ketulan besar marmar dimasukkan ke dalam kelalang kon yang
berisi asid hidroklorik.
5. Kelalang kon ditutup serta merta dengan penyumbat getah
yang bersalur penghantar. Gas yang terbebas disalurkan ke
dalam buret. Pada masa yang sama, jam randik dimulakan.
6. Kelalang kon digoncang perlahan-lahan sepanjang eksperimen
dijalankan.
7. Bacaan buret dibaca dan dicatatkan pada sela 30 saat selama
5 minit.
8. Langkah l hingga 9 diulang dengan menggunakan 2 g ketulan
kecil marmar bagi menggantikan 2 g ketulan besar marmar.
9. Keputusan eksperimen direkodkan di dalam jadual.

Keputusan
Eksperimen 1: Ketulan besar marmar
Masa (s) 0 30 60 90 120 150 180 210 240 270 300

Bacaan buret 50.00 43.00 38.00 34.00 30.00 27.50 25.00 23.00 21.00 20.00 19.00
(cm3)
Isi padu gas
karbon 0.00 7.00 12.00 16.00 20.00 22.50 25.00 27.00 29.00 30.00 31.00
dioksida (cm3)

Eksperimen 2: Ketulan kecil mamar

Masa (s) 0 30 60 90 120 150 180 210 240 270 300

Bacaan buret 50.00 39.00 32.00 27.00 22.50 19.00 16.00 13.50 11.50 10.00 9.00
(cm3)
Isi padu gas
karbon 0.00 11.00 18.00 23.00 27.50 31.00 34.00 36.50 28.50 40.00 41.00
dioksida (cm3)

Prepared by Pure Science Team 55


kertas 3 eksperimen spm kimia
Pemerhatian
1. Gelembung gas terhasil.
2. Pembebasan gas adalah paling cepat pada peringkat
permulaan dan kemudiannya semakin perlahan.

Inferens
1. Gas karbon dioksida dihasilkan.
2. Tindak balas adalah paling cepat pada peringkat permulaan
dan kemudiannya menjadi semakin perlahan.
3. Kadar tindak balas bagi eksperimen yang menggunakan ketulan
kecil marmar adalah lebih tinggi daripada kadar tindak balas
bagi eksperimen yang menggunakan ketulan besar marmar.

Kesimpulan
1. Ketulan kecil marmar mempunyai kadar tindak balas yang
tinggi.
2. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 56


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 5 (1.2)
Tujuan: Mengkaji kesan kepekatan larutan natrium tiosulfat ke atas
kadar tindak balas.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah kepekatan larutan natrium


tiosulfat mempengaruhi kadar tindak balas?

Hipotesis: Semakin pekat larutan natrium tiosulfat, semakin singkat


masa yang diambil untuk tanda ‘x’ tidak kelihatan.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kepekatan larutan natrium
tiosulfat
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Masa yang diambil untuk tanda
'x' tidak kelihatan
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Isi padu dan kepekatan asid
sulfurik, suhu, jumlah isi padu larutan tindak balas, saiz kelalang
kon

Radas
Silinder penyukat 50 cm2, kelalang kon 100 cm3 silinder penyukat
10 cm3 , jam randik

Bahan
Larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm -3, asid sulfurik 1.0 mol dm -3, air
suling, kertas putih yang bertanda ‘x‘ di bahagian tengah

Prosedur

Prepared by Pure Science Team 57


kertas 3 eksperimen spm kimia

Prosedur
1. 50 cm 3 larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm -3 disukat dengan
menggunakan silinder penyukat 50 cm 3 dan dituang ke dalam
sebuah kelalang kon.
2. Kelalang kon diletakkan di atas sekeping kertas putih yang
bertanda 'x' di bahagian tengah.
3. 5 cm 3 asid sulfurik 1.0 mol dm -3 disukat dengan silinder penyukat
10 cm3
4. Dengan cepat dan cermat, asid sulfurilk dituangkan ke dalam
kelalang kon yang berisi larutan natrium tiosulfat. Pada masa
yang sama, jam randik dimulakan.
5. Campuran dalam kelalang kon digoncang perlahan-lahan.
Kelalang kon kemudian diletakkan semula ke atas kertas putih.
6. Tanda 'x dipandang secara tegak dari atas menerusi larutan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.7.
7. Jam randik dihentikan sebaik sahaja tanda ‘x’ tidak kelihatan.
8. Masa, t yang diperlukan untuk tanda x' tidak kelihatan
direkodkan.
9. Langkah 1 hingga 8 diulang sebanyak empat dengan
mencairkan larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm -3 dengan isi
padu air suling yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
10. Keputusan eksperimen direkodkan di dalam jadual.

Pemerhatian
1. Mendakan kuning terbentuk.
2. Bau sengit terhasil.
3. Apabila kepekatan larutan natrium tiosulfat berkurang, masa
yang diambil until tanda’x’ tidak kelihatan menjadi semakin
panjang.

Inferens
1. Mendakan kuning yang terbentuk ialah sulfur.
2. Gas sulfur dioksida terhasil.
3. Apabila kepekatan larutan natrium tiosulfat berkurang, masa
pembentukan mendakan sulfur menjadi semakin panjang.
Maka, kadar tindak balas berkurang.

Kesimpulan
1. Pertambahan kepekatan larutan natrium tiosulfat meningkatkan
kadar tindak balas.
2. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 58


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 5 (1.3)
Tujuan: Mengkaji kesan suhu ke atas kadar tindak balas.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah suhu larutan natrium tiosulfat


mempengaruhi kadai tindak balas?

Hipotesis: Semakin tinggi suhu larutan natrium, semakin singkat masa


yang diambil untuk tanda ‘x’ tidak kelihatan.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Suhu larutan natrium tiosulfat
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Masa yang diambil untuk tanda
'x' tidak kelihatan
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Isi padu dan kepekatan asid
sulfurik, isi padu dan kepekatan larutan natrium tiosulfat, saiz
kelalang kon

Radas: Silinder penyukat 50 cm3, kelalang kon 100 cm3, silinder


penyukat 10 cm3, jam randik, termometer, penunu Bunsen, kasa
dawai, tungku kaki tiga

Bahan: Larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3 , asid hidroklorik 0.1 mol
dm-3, kertas putih yang bertanda ‘x’ di bahagian tengah

Prosedur
1. 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3 disukat dengan
menggunakan silinder penyukat 50 cm3 dan dituang ke dalam
sebuah kelalang kon.
2. Suhu larutan diukur dengan menggunakan termometer.
3. Kelalang kon diletakkan di atas sekeping kertas putih yang
bertanda'x'di bahagian tengah.
4. 5 cm3 asid sulfurik 1.0 dm-3 disukat dengan silinder penyukat
10cm.

Prepared by Pure Science Team 59


kertas 3 eksperimen spm kimia
5. Dengan cepat dan cermat, asid sulfurik dituang ke dalam
kelalang kon yang berisi larutan natrium tiosulfat. Pada masa
yang sama, jam randik dimulakan.
6. Campuran dalam kelalang kon digoncang beberapa kali.
Kelalang kon kemudian diletakkan semula ke atas kertas putih.
7. Tanda ‘x’ dipandang secara tegak dari atas menerusi larutan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.8.
8. Jam randik dihentikan sebaik sahaja tanda 'x‘ tidak kelihatan.
9. Masa, t yang diperlukan untuk tanda 'x' tidak kelihatan
direkodkan.
10. Kelalang kon tadi dibersihkan.
11. 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3 disukat dengan
menggunakan silinder penyukat 50 cm3 dan dituang ke dalam
kelalang kon yang sama.
12. Kandungan kelalang kon dipanaskan dengan perlahan-lahan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.8(a) sehingga suhu
larutan mencapai 35°C.
13. Kelalang kon diletakkan di atas kertas putih yang bertanda 'x' di
bahagian tengah. Dengan serta-merta, 5 cm3 asid sulfurik1.0 mol
dm-3 ditambahkan ke dalam kelalang kon. Pada masa yang
sama, jam randik dimulakan.
14. Masa, t yang diperlukan untuk tanda 'x' tidak kelihatan
direkodkan.
15. Langkah 10 hingga 14 diulang dengan menggunakan 50 cm3
larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3 pada suhu 40°C, 45°C dan
50°C.
16. Keputusan eksperimen direkodkan.

Keputusan

Set Suhu(°C) Masa,t (s) 1


(s-1)
𝑀𝑎𝑠𝑎

I 30.0 50.0 0.020

II 35.0 28.0 0.036

III 40.0 20.0 0.050

IV 45.0 15.0 0.067

V 50.0 12.0 0.083

Prepared by Pure Science Team 60


kertas 3 eksperimen spm kimia
Pemerhatian
1. Mendakan kuning terbentuk.
2. Bau sengit terhasil.
3. Apabula suhu larutan natrium tiosulfat berkurang, masa yang
diambil untuk tanda ’x’ tidak kelihatan menjadi semakin
panjang.

Inferens
1. Mendakan kuning yang terbentuk ialah sulfur.
2. Gas sulfur dioksida terhasil.
3. Apabila suhu larutan natrium tiosulfat berkurang, masa
pembentukan mendakan sulfur menjadi semakin panjang.
Maka, kadar tindak balas berkurang.

Kesimpulan
1. Pertambahan suhu larutan natrium tiosulfat meningkatkan kadar
tindak balas.
2. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 61


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 5 (1.4)
Tujuan: Mengkaji kesan mangkin ke atas kadar tindak balas.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah kehadiran mangkin


mempengaruhi kadai tindak balas?

Hipotesis: Kehadiran mangkin positif meningkatkan kadar tindak


balas.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kehadiran mangkin positif
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Kadar tindak balas
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Suhu, isi padu dan kepekatan asid
hidroklorik, jisim ketulan zink

Radas: Silinder penyukat 50 cm3, kelalang kon 100 cm3, salur


penghantar dengan penyumbat getah, buret, kaki retort dan
pengapit, jam randik, besen, penimbang elektronik

Bahan: Asid hidroklorik 0.1 mol dm-3 , ketulan zink, larutan kuprum (II)
sulfat 0.5 mol dm-3, air

Prosedur
1. 50 cm3 asid hidroklorik 0.1 mol dm-3 disukat dengan
menggunakan silinder penyukat dan dituang ke dalam sebuah
kelalang kon.
2. 5 g ketulan zink ditimbang dengan penimbang elektronik.
3. Sebuah buret dipenuhkan dengan air dan ditelangkupkan ke
dalam sebuah besen yang berisi air. Buret itu diapitkan secara
menegak dengan menggunakan pegapit retort.
4. Aras air dalam buret dilaraskan supaya bacaannya mencapai
50 cm3.
5. Susunan radas seperti dalam Rajah 1.10 disediakan.
6. Ketulan zink dimasukkan ke dalam kelalang kon yang berisi asid
hidroklorik.
7. 5 cm3 larutan kuprum(II) sulfat 0.5 mol dm-3 ditambahkan ke
dalam kelalang kon.

Prepared by Pure Science Team 62


kertas 3 eksperimen spm kimia

8. Kelalang kon ditutup dengan serta merta dengan penyumbat


getah yang bersambung dengan salur penghantar. Gas yang
terbebas disalurkan ke dalam buret. Pada masa yang sama, jam
randik dimulakan.
9. Kelalang kon digoncang perlahan-lahan sepanjang eksperimen
dijalankan.
10. Bacaan buret dibaca dan dicatatkan pada sela 30 saat selama
5 minit.
11. Langkah 1 hingga 10 diulang tanpa menambahkan 5 cm3
larutan kuprum(II) sulfat 0.5 mol dm-3 ke dalam kelalang kon.
12. Keputusan eksperimen direkodkan di dalam jadual.

Keputusan
Eksperimen 1: Dengan 5 cm3 larutan kuprum(II) sulfat 0.5 mol
dm-3 (dengan mangkin)

Masa (s) 0 30 60 90 120 150 180 210 240 270 300

Bacaan buret 50.00 37.00 29.00 23.00 19.00 16.00 14.00 12.00 10.50 9.50 9.00
(cm3)
Isi padu gas
hidrogen 0.00 13.00 21.00 27.00 31.00 34.00 36.00 38.00 39.50 40.50 41.00
(cm3)

Eksperimen 2: Tanpa 5 cm3 larutan kuprum(II) sulfat 0.5 mol


dm-3 (tanpa mangkin)

Masa (s) 0 30 60 90 120 150 180 210 240 270 300

Bacaan buret 50.00 43.00 38.00 34.00 30.00 27.00 25.00 22.00 21.00 19.00 18.00
(cm3)
Isi padu gas
hidrogen 0.00 7.00 12.00 16.00 20.00 23.00 25.00 28.00 29.00 31.00 32.00
(cm3)

Prepared by Pure Science Team 63


kertas 3 eksperimen spm kimia
Pemerhatian
1. Gelembung gas terbentuk.
2. Pembebasan gas adalah paling cepat pada peringkat
permulaan dan kemudiannya menjadi semakin perlahan.

Inferens
1. Gas hidrogen terbentuk.
2. Tindak balas adalah paling cepat pada peringkat permulaan
dan kemudiannya menjadi semakin perlahan.
3. Kadar tindak balas bagi eksperimen yang menggunakan
mangkin adalah lebih tinggi daripada kadar tindak balas bagi
eksperimen yang tidak menggunakan mangkin.

Kesimpulan
1. Kehadiran mangkin positif meningkatkan kadartindak balas.12
2. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 64


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 5 (1.5)
Tujuan: Mengkaji kesan kuantiti mangkin ke atas kadar tindak balas.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah kuantiti mangkin


mempengaruhi kadai tindak balas?

Hipotesis: Semakin banyak kuantiti mangkin yang digunakan dalam


tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jisim mangkin
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Kadar tindak balas
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Suhu, isi padu dan kepekatan
larutan hidrogen peroksida

Radas: Silinder penyukat 50 cm3, kelalang kon 100 cm3, salur


penghantar dengan penyumbat getah, buret, kaki retort dan
pengapit, jam randik, besen, penimbang elektronik, spatula

Bahan: Larutan hidrogen peroksida 2-isi padu, serbuk mangan(IV)


oksida, air

Prosedur
1. Sebuah buret dipenuhkan dengan air dan ditelangkupkan ke
dalam sebuah besen yang berisi air. Buret diapitkan secara
menegak dengan menggunakan pengapit retort.
2. Aras air dalam buret dilaraskan supaya bacaannya mencapai
50 cm3.
3. Susunan radas seperti dalam Rajah 1.11 disediakan.
4. 50 cm3 larutan hidrogen peroksida 2-isi padu disukat dengan
menggunakan silinder penyukat dan dituang ke dalam sebuah
kelalang kon.
5. 0.2 g serbuk mangan(IV) oksida ditimbang dengan petimbang
elektronik.
6. Mangan(IV) oksida dimasukkan ke dalam kelalang kon yang
berisi larutan hidrogen peroksida.

Prepared by Pure Science Team 65


kertas 3 eksperimen spm kimia

7. Kelalang kon ditutup dengan serta merta dengan penyumbat


getah yang bersambung dengan salur penghantar. Gas yang
terbebas disalurkan ke dalam buret. Pada masa yang sama, jam
randik dimulakan.
8. Kelalang kon digoncang perlahan-lahan sepanjang eksperimen
dijalankan.
9. Bacaan buret dibaca dan dicatatkan pada sela 30 saat selama
5 minit.
10. Langkah 1 hingga 9 diulang dengan menggunakan 0.6 g serbuk
mangan(IV) oksida bagi menggantikan 0.2 g serbuk
mangan(IV)oksida.
11. Keputusan eksperimen direkodkan di dalam jadual.

Keputusan
Eksperimen 1: Dengan 0.2 g mangan (IV) oksida

Masa (s) 0 30 60 90 120 150 180 210 240 270 300

Bacaan buret 50.00 40.00 32.00 26.00 22.00 18.00 15.00 13.00 12.00 11.00 10.00
(cm3)
Isi padu gas
hidrogen 0.00 10.00 18.00 24.00 28.00 32.00 35.00 37.00 38.00 39.00 40.00
(cm3)

Eksperimen 2: Dengan 0.6 g mangan (IV) oksida


Masa (s) 0 30 60 90 120 150 180 210 240 270 300

Bacaan buret 50.00 37.00 29.00 23.00 18.00 15.00 12.00 10.00 9.50 9.00 9.00
(cm3)
Isi padu gas
hidrogen 0.00 13.00 21.00 27.00 32.00 35.00 38.00 40.00 40.50 41.00 41.00
(cm3)

Prepared by Pure Science Team 66


kertas 3 eksperimen spm kimia
Pemerhatian
1. Gelembung gas terbebas.

Inferens
1. Gas oksigen terbentuk.
2. Kadar tindak balas bagi eksperimen yang menggunakan 0.6 g
serbuk mangan(IV) oksida adalah lebih tinggi daripada kadar
tindak balas bagi eksperimen yang menggunakan 0.2 g serbuk
mangan(IV) oksida.

Kesimpulan
1. Pertambahan kuantiti mangkin meningkatkan kadat tindak
balas.
2. Bagaimanapun, pertambahan kuantiti mangkin tidak memberi
peningkatan kadar tindak balas yang ketara.
3. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 67


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 5 (2.1)
Tujuan: Membandingkan sifat kimia heksana dan heksena.

Pernyataan masalah: Adakah sifat kimia heksana dan heksena


berbeza?

Hipotesis: Sifat kimia heksana dan heksena berbeza.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis hidrokarbon
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Sifat kimia hidrokarbon
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Isi padu hidrokarbon, kepekatan
larutan yang digunakan

Radas: Mangkuk penyejat, penitis, tabung uji, penunu Bunsen

Bahan: Heksana, heksena, bromin dalam 1,1,1-trikloroetana, larutan


kalium manganat(VII) 0.1 mol dm-3 , asid sulfurik cair, kayu uji, kertas
turas

(A) Kejelagaan heksana dan heksena


Prosedur
1. Sebanyak 1 cm3 heksana dan heksena dituang ke dalam dua
mangkuk penyejat yang berasingan.
2. Kedua-dua cecair dinyalakan dengan kayu uji bernyala.
3. Apabila kedua-dua cecair mula terbakar, kejelagaan nyalaan
yang terhasil diperhatikan.
4. Sehelai kertas turas diletakkan di atas nyalaan untuk mengutip
jelaga yang terhasil seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.8.
5. Kuantiti jelaga yang dikutip pada kertas turas dibandingkan.

Prepared by Pure Science Team 68


kertas 3 eksperimen spm kimia
Pemerhatian
Hidrokarbon Pemerhatian

Heksana, • Terbakar dengan nyalaan kuning berjelaga


C6H14 • Sedikit jelaga yang dikutip pada kertas turas
Heksena, • Terbakar dengan nyalaan kuning sangat
C6H12 berjelaga
• Lebih jelaga dikutip pada kertas turas

Inferens
1. Heksana dan heksena terbakar dengan tidak lengkap dalam
udara kerana kedua-duanya menghasilkan nyalaan berjelaga.
2. Jelaga yang terhasil ialah karbon.

Kesimpulan
1. Heksena terbakar dengan nyalaan yang lebih berjelaga
berbanding heksana.
2. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 69


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 5 (2.2)
Tujuan: Mengkaji sifat kimia bagi etanol.

Radas: Piring penyejat, kayu uji, tabung didih, penyumbat tabung


didih dengan salur penghantar, pemegang tabung uji, bikar
500 cm3, kaki retort dan pengapit, penununu Bunsen, silinder
penyukat 50 cm3, penitis, penyepit tabung uji

Bahan: Etanol, kalium dikromat(VI) berasid, asid sulfurik, pekat, air


bromin, kertas litmus biru, ais, serpihan porselin, air

(A) Mengkaji tindak balas pembakaran etanol


Prosedur

1. Sebanyak 2 cm3 etanol dituang ke dalam sebuah piring


penyejat.
2. Kayu uji bernyala didekatkan ke permukaan etanol supaya
etanol terbakar.
3. Kebolehbakaran, warna dan kejelagaan nyalaan yang terhasil
diperhatikan dan direkodkan.

Pemerhatian
Ujian Pemerhatian

Kebolehbakaran Mudah terbakar

Warna nyalaan Biru muda

Kejelagaan nyalaan Nyalaan tanpa jelaga dihasilkan

Inferens
Etanol mudah terbakar dalam udara. Pembakaran etanol
menghasilkan nyalaan biru muda tanpa jelaga yang menunjukkan
pembakaran itu tidak menghasilkan karbon.

Prepared by Pure Science Team 70


kertas 3 eksperimen spm kimia
Kesimpulan
Etanol terbakar dengan lengkap dalam udara untuk menghasilkan
gas karbon dioksida dan air sahaja.

(B) Mengkaji tindak balas pengoksidaan etanol


Prosedur
1. Sebanyak 5 cm3 larutan kalium dikromat(VI) berasid dituang ke
dalam sebuah tabung didih.
2. 10 titik asid sulfurik pekat ditambah ke dalam tabung didih.
3. Sebanyak 2 cm3 etanol ditambah ke dalam campuran.
4. Susunan radas seperti yang ditunjuk dalam Rajah 2.18
disediakan.

5. Tabung didih dipanaskan dengan berhati-hati sehingga


campuran mendidih.
6. Perubahan warna bagi larutan dalam tabung didih direkodkan.
7. Hasil sulingan dikumpulkan dalam sebuah tabung uji.
8. Warna dan bau hasil sulingan direkodkan.
9. Sebanyak 2 cm3air suling ditambah kepada hasil sulingan dalam
tabung uji dan larutan diuji dengan kertas litmus biru.
10. Perubahan warna kertas litmus biru direkodkan.

Pemerhatian
1. Warna larutan kalium dikromat(VI) berasid bertukar daripada
jingga kepada hijau.

Ujian pada hasil sulingan Pemerhatian

Warna Tidak berwarna.

Bau Bau seperti cuka.

Warna kertas litmus biru Biru kepada merah.

Prepared by Pure Science Team 71


kertas 3 eksperimen spm kimia
Inferens
1. Hasil sulingan ialah larutan berasid. Larutan itu menukarkan
warna kertas litmus biru kepada merah.
2. Hasi sulingan berbau seperti cuka menunjukkan hasil itu ialah asid
etanoik.

Kesimpulan
Pengoksidaan etanol meghasilkan asid etanoik.

Prepared by Pure Science Team 72


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 5 (2.3)
Tujuan: Menyediakan etil etanoat di dalam makmal.

Radas: Kelalang dasar bulat, kelalang kon, silinder penyukat, turus


berperingkat, kaki retort dan pengapit, tungku kaki tiga, kasa dawai,
penunu Bunsen, termometer, penitis, penyumbat kelalang berlubang

Bahan: Etanol mutlak, asid etanoik glasial, asid sulfurik pekat

Prosedur

1. Sebanyak 20 cm3 etanol mutlak dan 10 cm3 asid entanoik glasial


dituangkan ke dalam sebuah kelalang dasar bulat.
2. 3 cm3 asid sulfurik pekat ditambah dengan perlahan-lahan dan
cermat ke dalam campuran. Campuran digoncang setiap
kaliasid sulfurik ditambah.
3. Campuran dipanaskan secara refluks seperti ditunjukkan Rajah
2.26 selama 20 minit.
4. Kelalang dasar bulat ditanggalkan dan susunan radas
penyulingan seperti ditunjukkan Rajah 2.27 disediakan.

Prepared by Pure Science Team 73


kertas 3 eksperimen spm kimia
5. Penyulingan dilakukan dan hasil sulingan dikumpul pada suhu
kira-kira 70°C dalam sebuah kelalang kon. Penyulingan
dihentikan apabila suhu melebihi 78°C.
6. Warna dan bau hasil sulingan yang dikumpul direkodkan.

Pemerhatian
1. Hasil sulingan ialah cecair tak berwarna dengan bau wangi
buah-buahan.
2. Cecair itu terapung di atas air.

Inferens
1. Cecair tak berwarna itu ialah ester.
2. Ketumpatan ester kurang daripada air.

Kesimpulan
Asid etanoik bertindak balas dengan etanol untulkmenghasilkan etil
etanoat iaitu sejenis ester.

Prepared by Pure Science Team 74


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 5 (2.4)
Tujuan: Membandingkan sifat kekenyalan antara getahtervulkan
dengan getah tak tervulkan.

Pernyataan masalah: Adakah getah tervulkan lebih kenyal daripada


getahtak tervulkan?

Hipotesis: Getah tervulkan lebih kenyal daripada getah taktervulkan

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis getah
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Pemanjangan jalur getah
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Panjang asal jalur getah

Radas: Klip bulldog, kaki retort dan pengapit, pemberat, pembaris


meter

Bahan: Jalur getah tervulkan, jalur getah tak tervulkan

Prosedur
1. Sekeping getah tervulkan dan sekeping getah tak tervulkan
dipotong menjadi jalur-jalur yang sama saiz dan panjang.
2. Panjang asal jalur getah tervulkan diukur dan direkodkan.

3. Dengan menggunakan klip bulldog, jalur getah tervulkan


digantung seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.38.
4. Pemberat 10 g digantungkan pada hujung jalur getah tervulkan.
5. Pemberat dialihkan dan panjang jalur getah tervulkan diukur.

Prepared by Pure Science Team 75


kertas 3 eksperimen spm kimia
6. Langkah 2 hingga 6 diulang menggantikan pemberat 10 g
dengan pemberat 20 g, 30 g, 40 g dan 50 g.
7. Langkah 1 hingga 6 diulang dengan menggunakan jalur getah
tak tervulkan.
8. Data direkodkan dalam jadual yang sesuai.

Keputusan
Jenis getah Getah tervulkan Getah tak
tervulkan
Jisim pemberat (g) 10 20 30 40 50 10 20 30 40 50

Panjang asal (cm) X1 X1 X1 X1 X1 Y1 Y1 Y1 Y1 Y1

Panjang selepas pemberat X2 X3 X4 X5 X6 Y2 Y3 Y4 Y5 Y6


dialihkan (cm)

Inferens
Apabila pemberat dialihkan, getah tervulkan kembali kepada
panjang asal tetapi getah tak tervulkan menjadi lebih panjang
daripada panjang asal. Ini menunjukkan getah tervulkan lebih kenyal
daripada getah tak tervulkan.

Kesimpulan
1. Getah tervulkan lebih kenyal daripada getah tak tervulkan.
2. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 76


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 5 (3.1)
Tujuan: Mengkaji pengaratan besi apabila besi bersentuhandengan
logam lain.

Pernyataan masalah: Apakah kesan sentuhan logam lain


terhadappengaratan besi?

Hipotesis: Apabila logam yang lebih elektropositif bersentuhan


dengan besi, logam tersebut akan menghalang pengaratan besi.
Apabila logam yang kurang elektropositif bersentuhan dengan besi,
logam tersebut akan mempercepat pengaratan besi.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis logam yang bersentuhan
dengan besi
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Kehadiran warna biru tua /
Pengaratan besi
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Paku besi, larutan agar-agar yang
mengandungi natrium klorida, kalium heksasianoferat(II) dan
penunjuk fenolftalein

Radas: Tabung uji, rak tabung uji

Bahan: Paku besi, pita magnesium, jalur kuprum, jalur zink, jalur
stanum, larutan agar-agar yang mengandungi natrium klorida,
kalium heksasianoferat(III) penunjuk fenolftalein, kertas pasir

Prosedur

Prepared by Pure Science Team 77


kertas 3 eksperimen spm kimia
1. Lima batang paku besi, pita magnesium, jalur kuprum, jalur zink
dan jalur stanum digosok dengan kertas pasir.
2. Sebatang paku besi yang bersih dimasukkan ke dalam tabung
uji A.
3. Empat paku besi yang lain masing-masing dililit dengan jalur zink,
jalur kuprum, pita magnesium dan jalur stanum dimasukkan ke
dalam tabung uji B, C, D dan E.
4. Larutan agar-agar yang mengandungi natrium klorida, kalium
heksasianoferat(III) dan fenoltalein dituangkan ke dalam setiap
tabung uji sehingga menenggelamkan semua paku besi.
5. Semua tabung uji diletakkan di rak tabung uji dan dibiarkan
selama 20 hingga 30 minit.
6. Sebarang perubahan pada warna larutan dalam setiap tabung
uji diperhatikan dan direkodkan.

Pemerhatian
Tabung Pasangan Keamatan Keamatan Inferens
uji logam warna biru warna
tua merah
jambu
A Ferum Rendah Tiada • Ion ferum(II) hadir. Paku
sahaja besi berkarat.
B Ferum + Zink Tiada Tinggi • Ion ferum(II) tidak hadir.
Paku besi tidak berkarat.
• Ion hidroksida yang banyak
hadir.
C Ferum + Sangat Tiada • Ion ferum(II) yang sangat
Kuprum Tinggi banyak hadir. Paku besi
berkarat dengan sangat
cepat.
• Sedikit ion hidroksida hadir.
D Ferum + Tiada Sangat Tinggi • Ion ferum(II) tidak hadir.
Magnesium Paku besi tidak berkarat.
• Ion hidroksida yang sangat
banyak hadir.
E Ferum + Tinggi Tiada • Ion ferum(II) yang banyak
Stanum hadir. Paku besi berkarat
dengan cepat berbanding
dengan paku besi dalam
tabung uji A.
• Sedikit ion hidroksida hadir.

Prepared by Pure Science Team 78


kertas 3 eksperimen spm kimia
Kesimpulan
1. Logam yang lebih elektropositif daripada besi dapat
menghalang paku besi daripada berkarat.
2. Logam yang berkurang elektrpositif daripada besi dapat
mempercepat pengaratan besi.
3. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 79


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 5 (3.2)
Tujuan: Membandingkan kereaktifan logam terhadap oksigen.

Pernyataan masalah: Bagaimanakah logam yang berlainan jenis


bertindak balas dengan oksigen?

Hipotesis: Logam yang lebih reaktif bertindak balas lebih cergas


dengan oksigen.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Logam yang berlainan jenis
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Kecerahan nyalaan atau
baraan
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Kuantiti logam dan serbuk kalium
manganat(VII)

Radas: Tabung didih, kaki retort dan pengapit, penunu Bunsen,


spatula, forseps

Bahan: Serbuk kalium manganat(VII), serbuk zink, serbuk ferum,


serbuk plumbum, serbuk kuprum, serbuk magnesium, wul kaca,
kertas asbestos

Prosedur

1. Dua spatula serbuk kalium manganat(VII) dimasukkan ke dalam


sebuah tabung didih.
2. Sedikit wul kaca diletakkan di bahagian tengah tabung didih.
3. Tabung didih diapitkan secara mendatar dengan kaki retort.
4. Satu spatula serbuk zink diletakkan di atas sekeping kertas
asbestos dan dimasukkan ke dalam tabung didih.

Prepared by Pure Science Team 80


kertas 3 eksperimen spm kimia
5. Serbuk zink dipanaskan dengan kuat sehingga berbara.
Kemudian serbuk kalium manganat(VII) dipanaskan untuk
menghasilkan gas oksigen.
6. Kecerahan nyalaan atau baraan yang terhasil diperhatikan dan
direkodkan.
7. Perhatikan dan rekodkan warna baki pemanasan semasa panas
dan setelah sejuk.
8. Langkah 1 hingga 7 diulang dengan menggunakan serbuk
ferum, serbuk plumbum, serbuk kuprum dan serbuk magnesium
untuk menggantikan serbuk zink.

Pemerhatian
Logam Pemerhatian Inferens

Zink Menyala dengan cepat Kereaktifan ferum terhadap


dengan nyalaan terang. oksigen adalah tinggi.
Baki pemanasan berwana Baki pemanasan ialah zink
kuning semasa panas dan oksida.
putih setelah sejuk.
Ferum Membara dengan sangat Kereaktifan ferum terhadap
terang. oksigen adalah sederhana.
Baki pemanasan berwarna Baki pemanasan ialah
perang kemerahan semasa ferum(Ill) oksida.
panas dan sejuk.
Plumbum Membara dengan terang. Kereaktifan plumbum
Baki pemanasan berwarna terhadap oksigen adalah
perang semasa panas dan rendah.
kuning setelah sejuk. Baki pemanasan ialah
plumbum(II) oksida.
Kuprum Membara dengan malap. Kereaktifan kuprum
Baki pemanasan berwarna terhadap oksigen adalah
hitam semasa panas dan sangat rendah.
sejuk Baki pemanasan ialah
kuprum( lI) oksida.
Magnesium Terbakar dengan cergas Kereaktifan magnesium
dengan nyalaan putih terhadap oksigeradalah
berkilau. sangat tinggi.
Baki pemanasan berwarna Baki pemanasan ialah
putih semasa panas dan magnesium oksida.
sejuk.
Prepared by Pure Science Team 81
kertas 3 eksperimen spm kimia
Kesimpulan
1. Berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam eksperimen,
magnesium ialah logam yang paling reaktif manakala kuprum
ialah logam yang paling kurang reaktif.
2. Susunan kereaktifan logam terhadap oksigen secara tertib
menurun ialah Mg, Zn, Fe, Pb, Cu.
3. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 82


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 5 (4.1)
Tujuan: Menentukan haba pemendakan argentum klorida, AgCI.

Pernyataan masalah: Adakah garam klorida yang berlainan


mempengaruhi haba pemendakan argentum klorida, AgCl?

Hipotesis: Apabila larutan argentum nitrat, AgNO3 dicampurkan


dengan garam klorida yang berlainan, nilai haba pemendakannya
tetap sama

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Larutan garam klorida
berlainan yang digunakan
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Nilai haba pemendakan
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Isi padu dan kemolaran larutan
argentum nitrat, AgNO3 ,cawan polistirena

Radas: Cawan polistirena, termometer, silinder penyukat

Bahan: Larutan argentum nitrat 0.5 mol dm-3, larutan natrium klorida
0.5 mol dm-3, larutan kalium klorida 0.5 mol dm-3

Prosedur

1. 25 cm3 larutan argentum nitrat 0.5 mol dm-3 disukat dengan


menggunakan silider penyukat dan dituang ke dalam cawan
polistirena.
2. Termometer dimasukkan ke dalam larutan dan dibiarkan
beberapa minit sebelum suhu larutan diukur. Suhu awal larutan
direkodkan.
3. 25 cm3 larutan argentum nitrat 0.5 mol dm-3 disukat dengan
menggunakan silider penyukat dan dituang ke dalam cawan
polistirena yang lain.
Prepared by Pure Science Team 83
kertas 3 eksperimen spm kimia
4. Termometer dimasukkan ke dalam larutan dan dibiarkan
beberapa minit sebelum suhu larutan diukur. Suhu awal larutan
direkodkan.
5. Larutan natrium klorida dituang dengan cepat dan cermat ke
dalam cawan yang mengandungi larutan argentum nitrat.
6. Campuran dikacau dengan termometer dan suhu tertinggi
larutan campuran direkodkan.
7. Langkah 1 hingga 6 diulang dengan menggunakan larutan
kalium klorida 0.5 mol dm-3 untuk menggantikan larutan natrium
klorida.

Keputusan

Suhu (°C) Set I Set II

Argentum nitrat, Argentum nitrat,


AgNO3 + natrium AgNO3 + kalium
klorida, NaCl klorida, KCl
Suhu awal larutan T1 T1
argentum nitrat, AgNO3

Suhu awal larutan garam T2 T2


klorida

Purata suhu awal larutan Ta Ta


campuran

Suhu tertinggi larutan T3 T3


campuran

Kenaikan suhu, θ Tm Tm

Inferens
Suhu meningkat dalam larutan campuran kedua-dua set eksperimen
(T3 > T1 dan T3> T2) kerana tindak balas pemendakan argentum
klorida, AgCl alah tindak balas eksotermik. Haba dibebaskan ke
persekitaran.

Prepared by Pure Science Team 84


kertas 3 eksperimen spm kimia
Kesimpulan
1. Pemendakan argentum klorida, AgCl dalam tindak balas antara
argentum nitrat dengan natrium klorida dan tindak balas antara
argentum nitrat dengan kalium klorida ialah tindak balas
eksotermik.
2. Nilai haba pemendakan argentum klorida, AgCl dalam kedua-
dua set eksperimen adalah sama iaitu garam klorida yang
berlainan tidak mempengaruhi haba pemendakan argentum
klorida, AgCl. Ini disebabkan tindak balas itu hanya melibatkan
ion Ag+ dan ion Cl -. Ion Na+, ion K+ dan ion NO3- tidak terlibat
dalam pemendakan argentum klorida, AgCl.
3. Hipotesis diterima

Prepared by Pure Science Team 85


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 5 (4.2)
Tujuan: Menentukan haba penyesaran kuprum daripada larutan
kurum(II) sulfat, CuSO4

Pernyataan masalah: Adakah logam yang berbeza mempengaruhi


haba penyesaran kuprum daripada larutan garamnya?

Hipotesis: Apabila larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4 , bertindak balas


dengan logam yang berlainan, nilai haba penyesarannya berbeza.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Logam berlainan yang
digunakan
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Nilai haba penyesararn
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Isi padu dan kemolaran larutan
kuprum(II) sulfat, CuSO4, cawan polistirena

Radas: Cawan polistirena, termometer, silinder penyukat

Bahan: Larutan kuprum(II) sulfat 0.5 mol dm-3, serbuk zink, serbuk
magnesium

Prosedur

1. 25 cm3 larutan kuprum(II) sulfat 0.5 mol dm-3 disukat dengan


menggunakan silider penyukat dan dituang ke dalam cawan
polistirena.
2. Termometer dimasukkan ke dalam rutan dan dibiarkan
beberapa minit sebelum suhu larutan diukur. Suhu awal larutan
direkodkan.
3. 1.0 g serbuk zink (berlebihan) ditambah kepada larutan
kuprum(II) sulfat di dalam cawan polistirena.

Prepared by Pure Science Team 86


kertas 3 eksperimen spm kimia
4. Campuran dikacau dengan menggunakan termometer dan suhu
tertinggi yang dicapai direkodkan.
5. Langkah 1 hingga 4 diulang dengan menggunakan serbuk
magnesium untuk menggantikan serbuk zink.

Keputusan

Suhu (°C) Set I Set II

Kuprum(II) sulfat, Kuprum(II) sulfat, CuSO4


CuSO4 + zink, Zn + magnesium, Mg
Suhu awal larutan T1 T1
kuprum(II) sulfat, CuSO4
Suhu tertinggi T2 T3
campuran
Perubahan suhu T2 - T1 = Ta T3 - T 1 = Tb

Pemerhatian
1. Suhu meningkat dalam Set I dan Set II. (T2 > T1 dan T3 > T1)
2. Pepejal perang terbentuk dan larutan kuprum(II) sulfat yang
berwarna biru bertukar menjadi tak berwarna dalam Set I dan Set
II.

Inferens
1. Suhu meningkat dalam larutan campuran Set I (T2 > T1) dan Set II
(T3 > T1) kerana tindak balas penyesaran kuprum oleh zink dan
magnesium ialah tindak balas eksotermik. Haba dibebaskan ke
persekitaran.
2. Pepejal perang yang terbentuk ialah kuprum. Larutan biru
bertukar menjadi larutan tak berwarna kerana semua ion Cu2+
telah bertukar kepada atom kuprum. (Semua kuprum telah
disesarkan daripada larutan kuprum(lI) sulfat oleh zink dalam Set I
dan oleh magnesium dalam Set II)

Kesimpulan
1. Penyesaran kuprum oleh zink dan penyesarankuprum oleh
magnesium ialah tindak eksotermik.
2. Nilai haba penyesaran kuprum dalam kedua-dua set eksperimen
adalah berbeza kerana dipengaruhi oleh jenis logam.
3. Hipotesis diterima.
Prepared by Pure Science Team 87
kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 5 (4.3)
Tujuan: Menentukan haba peneutralan asid yang berlainan
kekuatan dengan alkali kuat.

Pernyataan masalah: Adakah asid yang berlainan kekuatan


mempengaruhi haba peneutralan?

Hipotesis: Asid yang berlainan kekuatan mempengaruhi haba


peneutralan.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis asid
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Haba peneutralan
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Cawan polistirena, isi padu asid dan
alkali, kepekatan asid dan alkali

Radas: Cawan polistirena, termometer, silinder penyukat

Bahan: Larutan natrium hidroksida 2.0 mol dm-3, asid hidroklorik 2.0
mol dm-3 , asid etanoik 2.0 mol dm-3

Prosedur

1. 50 cm3 larutan natrium hidroksida 2.0 mol dm-3 disukat dengan


menggunakan silider penyukat dan dituang ke dalam cawan
polistirena.
2. Suhu awal alkali diukur dengan termometer selepas beberapa
minit. Suhu awal alkali direkodkan.
3. 50 cm3 asid hidroklorik 2.0 mol dm-3 disukat dengan
menggunakan silinder penyukat dan dituang ke dalam sebuah
cawan polistirena yang lain.
4. Suhu awal asid disukat dengan termometer selepas beberapa
minit. Suhu awal asid direkodkan.
Prepared by Pure Science Team 88
kertas 3 eksperimen spm kimia
5. Dengan cermat dan cepat asid hidroklorik dituang kepada
larutan natrium hidroksida.
6. Larutan campuran dikacau dengan termometer dan suhu
tertinggi yang dicapai dicatatkan.
7. Langkah 1 hingga 6 diulang dengan menggunakan asid etanoik
untuk menggantikan asid hidroklorik.

Keputusan
Suhu (°C) Asid hidroklorik Asid etanoik
2.0 mol dm-3 2.0 mol dm-3

Suhu awal larutan NaOH 29.0 29.0

Suhu awal larutan asid 29.0 29.0

Purata suhu awal larutan 29.0 29.0


campuran

Suhu tertinggi larutan 35.5 34.0


campuran

Perubahan suhu 6.5 5.0

Inferens
1. Perubahan suhu dalam tindak balas antara asid hidroklorik
dengan natrium hidroksida lebih besar daripada tindak balas
antara asid etanoik dengan natrium hidroksida. Hal ini
disebabkan asid hidroklorik ialah asid kuat manakala asid
etanoik ialah asid lemah.

Kesimpulan
1. Haba peneutralan antara asid kuat dengan alkali kuat lebih
besar daripada haba peneutralan antara asid lemah dengan
alkali kuat.
2. Asid yang berlainan kekuatan haba peneutralan.
3. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 89


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 5 (4.4)
Tujuan: Menentukan haba pembakaran pelbagai jenis alkohol.

Pernyataan masalah: Adakah bilangan atom karbon per molekul


alkoholmempengaruhi haba pembakaran?

Hipotesis: Semakin banyak bilangan atom karbon per molekul


alkohol, semakin tinggi haba pembakaran.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis alkohol
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Haba pembakaran
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Isi padu air, bekas kuprum

Radas: Bekas kuprum, termometer, silinder penyukat,pelita, tungku


kaki tiga, bongkah kayu, penghadang angin, penimbang

Bahan: Metanol, etanol, propan-1-ol, butan-1-ol, air

Prosedur

1. 100 cm3 air disukat dengan menggunakan silinder penyukat dan


dituang ke dalam bekas kuprum.
2. Air dibiarkan selama beberapa minit. Kemudian suhu awal air
diukur dan direkodkan.
3. Bekas kuprum diletakkan di atas tungku kaki tiga.
4. Pelita diisi dengan metanol sehingga tiga perempat penuh.
Pelita itu ditimbang bersama-sama penutup, sumbu dan
kandungannya. Suhu awal pelita direkodkan.

Prepared by Pure Science Team 90


kertas 3 eksperimen spm kimia
5. Kedudukan pelita dilaraskan dengan bongkah kayu dan sumbu
pelita dinyalakan.
6. Penghadang angin seperti ditunjukkan Rajah 4.31 diletakkan
untuk mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran.
7. Air di dalam bekas kuprum dikacau sepanjang pemanasan
dijalankan dengan termometer.
8. Apabila suhu air meningkat sebanyak 30°C, nyala pelita
dipadamkan dan suhu tertinggi direkodkan.
9. Pelita bersama kandungannya ditimbang semula dengan serta
merta dan jisimnya direkodkan.
10. Langkah 1 hingga 9 diulang dengan menggunakan etanol,
propan-1-ol dan butan-1-ol bagi menggantikan metanol.

Keputusan
Alkohol Metanol Etanol Propan-1-ol Butan-1-ol

Suhu awal air (°C) T1 T3 T5 T7

Suhu tertinggi air T2 T4 T6 T8


(°C)
Kenaikan suhu air T2 - T1 = Ta T4 – T3 = Tb T6 – T5 = Tc T8 – T7 = Td
(°C)
Jisim awal pelita + M1 M3 M5 M7
alkohol (g)
Jisim akhir pelita + M2 M4 M6 M8
alkohol (g)
Jisim alkohol yang M1 – M2 = Ma M3 – M4 = Mb M5 – M6 = Mc M7 – M8 = Md
dibakar (g)

Inferens
Haba pembakaran meningkat daripada metanol, etanol,
propan-1-ol hingga butan-1-ol. Ini disebabkan bilangan atom,
karbon dan atom hidrogen per molekul alkohol bertambah
daripada metanol ke butan-1-ol.

Kesimpulan
1. Semakin tinggi bilangan atom karbon per molekul, semakin tinggi
haba pembakaran.
2. Hipotesis diterima

Prepared by Pure Science Team 91


kertas 3 eksperimen spm kimia

Tingkatan 5 (5.1)
Tujuan: Membandingkan keberkesanan tindakan pencucian sabun
dan detergen dalam air liat.

Pernyataan masalah: Adakah tindakan pencucian detergen lebih


berkesan daripada sabun dalam air liat?

Hipotesis: Tindakan pencucian detergen lebih berkesandaripada


sabun dalam air liat.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Larutan sabun dan detergen
(b) Pemboleh ubah bergerak balas: Kehadiran kotoran berminyak
pada kain
(c) Pemboleh ubah dimalarkan: Isi padu dan kepekatan magnesium
sulfat, isi padu dan kepekatan agen pencuci

Radas: Bikar 100 cm3, silinder penyukat 50 cm3

Bahan: Larutan sabun 5%, larutan detergen 5%, larutan magnesium


sulfat 1.0 mol dm-3, dua helai kain kecil yang berminyak

Prosedur
1. 20 cm3 air liat (larutan magnesium sulfat) dituang ke dalam dua
buah bikar X dan Y yang berasingan.
2. 50 cm3 larutan sabun dan detergen 5% masing-masing
ditambah ke dalam bikar X dan bikar Y.
3. Sehelai kain kecil yang berminyak direndam ke dalam setiap
bikar seperti dalam Rajah 5.9.
4. Setiap kain dicuci dengan larutan di dalam bikar masing-masing.
5. Tindakan pencucian sabun dan detergen pada setiap helai kain
kecil diperhatikan dan direkodkan

Prepared by Pure Science Team 92


kertas 3 eksperimen spm kimia
Pemerhatian

Bikar Pemerhatian

X Mendakan putih terbentuk. Kesan berminyak pada kain


masih kelihatan.
Y Tiada mendakan putih. Kesan berminyak pada kain telah
hilang.

Inferens
1. Mendakan putih yang terhasil ialah kekat. Sabun dalam bikar X
tidak melakukan tindakan pencucian dengan berkesan.
2. Detergen dalam bikar Y melakukan tindakan pencucian dengan
berkesan.

Kesimpulan
1. Tindakan pencucian detergen lebih berkesan daripada sabun
dalam air liat.
2. Hipotesis diterima.

Prepared by Pure Science Team 93

Anda mungkin juga menyukai