Anda di halaman 1dari 46

SMK PETALING

BATU 6, JALAN KLANG LAMA, 46000 KUALA LUMPUR

MODUL LATIH TUBI SPM 2021

BAHASA MELAYU

TINGKATAN LIMA
1
2

PANDUAN MENJAWAB SOALAN MORFOLOGI (SOALAN 1)

1. Murid harus menguasai semua golongan kata dengan baik.


2. Baca dan fahami arahan soalan.
3. Bina ayat menggunakan golongan kata yang dipilih.
4. Bina satu ayat bagi setiap kata yang dipilih.
5. Bina ayat sendiri. Jangan menyalin atau mengambil ayat dalam petikan
atau dalam keseluruhan kertas soalan.
6. Ayat mesti memberi maksud/ bermakna.
7. Jumlah ayat yang dibina bergantung pada arahan dalam soalan.
3

SOALAN SET 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata sendi nama dan dua kata kerja.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.

"Selepas tamatnya PKPB dan kembali bermulanya PKPP, kita dapati operasi bas ekspres berjalan
seperti biasa. Merujuk kepada rekod pergerakan bas masuk ke sini adalah sebanyak 30 perjalanan
sehari, manakala perjalanan keluar pula adalah sebanyak 32," kata Pengarah Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf, kepada pemberita selepas Op
Bersepadu Khas Ambang Tahun Baharu 2021 di sini malam tadi. Justeru, JPJ menggesa
penumpang dan pengusaha perkhidmatan pengangkutan itu supaya sentiasa mematuhi prosedur
operasi standard (SOP) dalam mengekang penularan COVID-19 di negeri berkenaan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Penumpang bas ekspres di Kelantan meningkat lebih 50 peratus’
oleh BERNAMA
Berita Harian, 1 Januari 2021

[8 markah]

Kata sendi nama Ayat

Kata sendi nama Ayat

Kata Kerja Ayat

Kata Kerja Ayat


4

SOALAN SET 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata nama terbitan. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.

Usaha kerajaan memperkasa Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) tahun ini bertepatan
memandangkan ekonomi semasa yang terjejas akibat pandemik korona virus (Covid-19). Kempen
ini sebagai langkah bagi merangsang dan merancakkan pertumbuhan ekonomi domestik. Selain
itu, kempen ini juga dapat meningkatkan kesedaran pengguna tentang kewujudan produk
tempatan dan menggalakkan pembelian.

Diubah suai daripada


‘Barangan buatan Malaysia rancakkan ekonomi domestik’
Sinar Harian 13 September 2020

[6 markah]

Kata Nama Ayat


Terbitan

Kata Nama Ayat


Terbitan

Kata Nama Ayat


Terbitan
5

SOALAN SET 3

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama am dan satu kata adjektif.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.

Bagi memastikan keperluan modal insan ini tercapai, pembudayaan inovasi dan kreativiti pada
semua peringkat masyarakat perlu dipergiat menerusi pelaksanaan program dan aktiviti
berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI). Penglibatan menyeluruh semua pihak seperti pihak
guru, pelajar, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan dan industri diyakini dapat meningkatkan
kesedaran dan minat terhadap kepentingan STI. Bagi memberi impak yang lebih besar dan
menyeluruh, satu minggu khas perlu dikhususkan sebagai salah satu inisiatif untuk
menyemarakkan Gerakan Sains Kebangsaan. Berikutan itu, kerajaan telah menetapkan Minggu
Sains Negara disambut pada minggu pertama bulan April setiap tahun bermula pada tahun 2018.

Dipetik dan diubah suai daripada


Minggu Sains dan Teknologi
Portal Rasmi
Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi (Mosti)
[6 markah]

Kata Nama Am Ayat

Kata Nama Am Ayat

Kata Adjektif Ayat


6

PANDUAN MENJAWAB SOALAN SINTAKSIS (SOALAN 2)

1. Murid harus menguasai aspek-aspek penting dalam pembentukan ayat.


2. Baca dan fahami arahan soalan.
3. Baca petikan yang diberi dengan teliti.
4. Tulis jawapan berpandukan arahan soalan yang diberi.

SOALAN SET 1

Berdasarkan petikan di bawah, pilih empat ayat dan tuliskan subjek dan predikat bagi setiap ayat
tersebut dengan betul.

Subjek :

Predikat :

Lintasan pejalan kaki berisyarat merupakan bahagian jalan yang berjalur-jalur kuning dan hitam.
Lintasan ini sebagai isyarat supaya kenderaan berhenti untuk membolehkan pejalan kaki
melintas. Biasanya, lintasan pejalan kaki disediakan di jalan utama, di hadapan sekolah, di pusat
beli-belah dan di taman perumahan. Kita mestilah berhenti sebelum garisan putih apabila melintas
di lintasan pejalan kaki berisyarat. Tekan butang pada lampu isyarat lintasan pejalan kaki.
Kemudian, tunggu sehingga kereta berhenti dan imej orang hijau pada lampu isyarat pejalan kaki
menyala. Kita harus berjalan secara pantas dan berwaspada ketika berada di lintasan pejalan kaki
berisyarat.

Dipetik daripada,
Buku Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

[8 markah]
10

SOALAN SET 2

Berdasarkan petikan di bawah, pilih empat ayat dan tuliskan ayat songsang bagi ayat tersebut
dengan betul.

Ayat biasa :

Ayat songsang :

Nama asal Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong, manakala pauh pula
ialah sejenis buah manga yang bersaiz kecil. Bandar ini pada mulanya hanyalah
petempatan kecil sebilangan masyarakat Melayu. Nama Klian Pauh telah ditukarkan
kepada Taiping bersempena dengan tamatnya Perang Larut pada tahun 1874. Perang
ini tercetus daripada pertelingkahan puak-puak kongsi gelap pendatang Cina yang
melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai
San.Persatuan kongsi gelap daripada kedua-dua puak ini bertelingkah kerana lombong
bijih timah dan jalan air. Bangunan warisan yang terdapat di Taiping lebih tertumpu
kepada bangunan kerajaan dan rumah kedai yang seni binanya adalah daripada
pengaruh Inggeris. Terdapat 83 buah rumah kedai dan 34 buah bangunan awam di
Taiping. Rumah kedai merupakan bangunan yang paling nyata dan menjadi tanda
tempat yang penting di Taiping. Bahan binaannya diimport dari China. Seni bahannya
dipengaruhi pula oleh seni bina colonial yang berkembang pada abad ke – 16 hingga
pertengahan abad ke – 20.

Dipetik dan diubah suai daripada


Taiping Bandar Warisan,
Buku Teks BM Tingkatan 4

[8 markah]
11

SOALAN SET 3

Berdasarkan petikan di bawah, pilih lima ayat yang bergaris dan tukarkan ayat-ayat tersebut
kepada ayat tanya. Tulis ayat-ayat tanya tersebut dengan betul.

KEPENTINGAN HUTAN PAYA BAKAU KEPADA MANUSIA

Hutan bakau merupakan satu ekosistem yang unik. Hutan bakau terletak di sempadan
antara laut dengan darat. Hutan bakau mempunyai kepentingan dalam kehidupan manusia dan
hidupan liar yang mendiami hutan bakau. Manusia bergantung kepada produk hutan bakau dan
sumber perikanan. Hutan bakau melindungi pantai daripada hakisan ombak. Hutan ini juga
melindungi perubahan cuaca yang melampau.

Hutan bakau mempunyai banyak kepentingan kepada penduduk setempat dan


masyarakat lain. Perlindungan ekosistem hutan bakau adalah sangat perlu. Bagi menyokong
perlindungan ekosistem hutan bakau, pelbagai usaha telah dijalankan. Pemuliharaan Ekosistem
Hutan Bakau Antarabangsa telah ditetapkan pada 26 Julai setiap tahun.

Kemandirian ekosistem hutan bakau menghadapi pelbagai cabaran seperti peningkatan


paras air laut, aktiviti pembangunan, pencemaran bahan kimia dan kepelbagaian biologi yang
semakin terancam. Kita tidak boleh membiarkan ekosistem penting ini hilang di muka bumi begitu
sahaja. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO)
selalu menjadi barisan hadapan dalam mempromosi hubungan harmoni antara manusia dan
alam semula jadi .

Dipetik dan diubah suai daripada blog,


Sumber : http://lagoonacherating.com/

[10 markah]
12

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PENYUNTINGAN (SOALAN 3)

1. Baca keseluruhan petikan dengan teliti.


2. Anda boleh menggariskan kesalahan bahasa yang dikenal pasti pada
bahagian petikan.
3. Kesalahan bahasa yang terdapat dalam bahan adalah lebih daripada
arahan soalan.
4. Anda dinasihati agar mengenal pasti kesalahan bahasa mengikut arahan
soalan.
5. Tuliskan kesalahan bahasa tersebut dan betulkan.

SOALAN SET 1

Petikan ini mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti lapan kesalahan tersebut dan
betulkannya. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan tersebut sebelum membetulkannya.

Novel adalah cerita dalam bentuk prosa yang berkaitan dengan pengalaman kehidupan.
Novel Sains Angkasa merupakan karya yang menggunakan tema bersangkutan oleh bidang
sains angkasa di pesada kesusasteraan. Karya sastera berunsur sains penting di dalam mendidik
dan membangunkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dengan menyediakan bahan
bacaan kreatif yang merentas pelbagai-bagai bidang, kursusnya dalam bidang sains dan
teknologi. Novel-novel fiksyen sains ini memiliki plot yang mudah, tertumpu pada adegan aksi
dan menjurus kepada gabungan di antara elemen fantasi dan realiti. Novel bercorak sains fiksyen
ini sesuai dijadikan bahan bacaan untuk meningkatkan minat semua murid-murid terhadap bidang
sains terutamanya dalam era dunia tanpa sempadan ini

[8 markah]
13

SOALAN SET 2

Petikan ini mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti lapan kesalahan tersebut dan
betulkannya. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan tersebut sebelum membetulkannya.

Penularan wabak Covid-19 menyebabkan semua bergerak terbatas. Sejak dari awal
tahun, ramai yang tidak berpeluang untuk pulang ke kampung halaman walaupun semasa
sambutan Aidifitri dan Aidiladha termasuklah penulis. Masakkan bonda sangat dirindui terutama
daging rendang yang menjadi hidangan wajib setiap kali sanak- saudara berkumpul. Namun
begitu, keenakannya masih dapat dirasai di salah sebuah restaurant di Suria KLCC. Rasa
rendang yang pekat dan kaya dengan rempah ratus membuatkan penulis seolah-olah berada di
kampung halaman. Lebih menyelerakan bila dimakan ketika masih panas kerana daging yang
dihidang tidak liat dan lembut mengunyah. Sesuai dengan slogan ‘Kampung Kravers’, setiap
menu yang disediakan menepati citarasa ‘kampung’ khususnya minuman yang mengutamakan
khasiat. Pelanggan seharusnya menikmati makanan tanpa rasa bimbang tentang kandungan di
samping mendapat kasiat yang sepatutnya.

[8 markah]

SOALAN SET 3

Petikan ini mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti lapan kesalahan tersebut dan
betulkannya. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan tersebut sebelum membetulkannya.

Permainan video ialah antara aktiviti masa lapang yang popular di dalam kalangan
masyarakat dan sesuai untuk segenap lapisan umur. Kini, permainan video seolah-olah sudah
sebati dalam diri mereka ditambah pula sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
sejak Mac lalu yang mentutut masyarakat duduk di rumah. Ketagih terhadap permainan video
tidak boleh dipandang remeh atau dirasai tidak penting terutamanya golongan kanak-kanak. Hal
ini demikian kerana, selain pemainnya kurang bergaul, perkara yang lebih membimbangkan ialah
ketagihan ini mendorong mereka bersikap ganas, kurangnya rasa kasihan belas dan tidak
berminat untuk membantu orang lain. Jika kanak-kanak taksub terhadap permainan video,
dikhuatiri perangai mereka akan berubah apabila dewasa nanti. Masyarakat tidak dapat melihat
kesan negetifnya dalam jangka masa pendek. Namun permainan video boleh mendatangkan
manafaat jika sekadar untuk membuangkan stres atau sesuai pada waktunya serta
meningkatkan daya kretiviti.

[8 markah]
14

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU STANDARD (SOALAN 4)

Struktur atau susunan ayat dalam petikan perlulah dikekalkan.

Semua bahasa istana tidak boleh diubah kepada bahasa Melayu standard

Jika ayat dalam bentuk dialog, tanda baca dan ayat dalam bentuk dialog perlulah
dikekalkan.

Bilangan ayat mestilah sama dengan petikan soalan.

Nama watak dan tempat tidak boleh diubah.

Jawapan mestilah ditulis dalam ayat yang lengkap dan sama seperti dalam petikan asal.
15

SOALAN SET 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula dalam bahasa
Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku,
ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?”

Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis,
seraya berkata , “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama
Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”

Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan


Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]

SOALAN SET 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula dalam bahasa
Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun
berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun
masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar oleh
Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahulah akan
Kertala Sari datang itu.

Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan


Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]

SOALAN SET 3

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula dalam bahasa
Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama
orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak,
segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan.
Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang
ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka
demikian fiil tuan?”

[6 markah] Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada


Dalam Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah][6 markah]
[6 markah]
16

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PERIBAHASA (SOALAN 5)

1. Baca dan fahami arahan soalan.


2. Baca petikan/ bahan yang diberi dengan teliti.
3. Tulis peribahasa yang sesuai mengikut arahan soalan atau situasi dalam
petikan / bahan.
17

SOALAN SET 1
Baca kedua-dua petikan di bawah dengan teliti. Tuliskan dua peribahasa yang sesuai bagi
setiap petikan berpandukan situasi yang diberi.
Petikan 1

Aku dengan Suzana bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin
bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Suzana telah menceritakan rahsia
peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia
tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh
menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Suzana sudah berubah. Sungguhpun
begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak
.mempercayainya lagi.

[4 markah]

Petikan 2

Kehidupan Ridzuan yang miskin menyebabkan dia berusaha dengan gigih melakukan
pelbagai kerja untuk menambahkan pendapatannya. Pada waktu pagi, Ridzuan akan menoreh
getah dan pada waktu petang Ridzuan akan menjual buah-buahan di pasar malam. Pendapatan
yang diperoleh hanya cukup untuk makan seharian sahaja. Ridzuan sedar untuk berjaya dalam
hidup dia perlu berusaha dengan gigih lagi. Tanpa usaha yang gigih pastinya dia tidak dapat
mengubah kehidupannya menjadi lebih baik. Walaupun pelbagai rintangan dan halangan yang
ditempuhinya, Ridzuan tetap sabar meneruskan pekerjaannya itu. Akhirnya, Ridzuan menjadi
usahawan yang berjaya berkat usaha gigihnya selama ini.

[4 markah]
18

SOALAN SET 2

Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian
berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa
tersebut.

Datin : Husin, kawasan perumahan kita akan mengadakan gotong-royong pada hari Ahad
Kamariah ini. Kamu datang, ya. Ajak anak-anak sama.

Husin : Maaflah Datuk. Saya ada hal lain.

Datin : Sebagai penduduk, kita mesti saling bekerjasama untuk menjaga kawasan
Kamariah perumahan kita kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Barulah tugas
yang dilakukan itu dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan.

Husin : Betul, Datuk. Saya setuju bahawa kita saling memerlukan seperti aur dengan tebing
dalam hidup bermasyarakat. Tetapi kami sekeluarga akan pergi menziarahi abang
saya yang sakit di hospital pada hari Ahad ini. Isterinya pun baru sahaja meninggal
dunia.

Datin : Oh, saya bersimpati atas penderitaan yang ditanggung oleh abang awak, sudah
Kamariah jatuh ditimpa tangga.

[4 markah]

SOALAN SET 3

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

Azura dan Muzaffar merupakan dua adik-beradik yatim piatu. Ibu mereka meninggal dunia
tiga tahun yang lalu akibat menghidap penyakit buah pinggang. Pada bulan lalu pula, ayah
mereka turut mengikut jejak ibu mereka apabila dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ayah
mereka telah meninggalkan harta yang banyak. Malangnya, kebanyakan harta tersebut hanya
dibolot oleh Muzaffar seorang sahaja. Alasannya ialah dialah satu-satunya anak lelaki dalam
keluarga mereka. Azura hanya mendapat sebuah kedai runcit yang kecil untuk diusahakan.
Setelah memperoleh kemewahan, Muzaffar telah meninggalkan Azura. Akibat tidak pandai
mengurus harta, di samping sikapnya yang boros, Muzaffar telah jatuh muflis. Azura pula telah
berusaha untuk memajukan perniagaannya daripada sebuah kedai runcit yang kecil kini telah
menjadi sebuah pasar raya. Setelah muflis, barulah Muzaffar kembali menemui Azura untuk
meminta bantuan. Disebabkan mereka ialah adik-beradik, Azura telah memaafkan Muzaffar dan
mereka kembali hidup bersama.

[6 markah]
19

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM (SOALAN 6)

1. Baca dan teliti tema atau isu yang dibincangkan dalam petikan.

2. Kenal pasti kata kunci isu seperti masalah, punca masalah, kesan daripada masalah
atau usaha tentang cara untuk menangani masalah.

3. Calon perlu menjawab 4 soalan yang melibatkan :-

a) Maksud literal – memberikan makna perkataan seerti yang paling tepat.


b) Beza banding bahan – pemindahan maklumat melalui hasil dapatan bacaan
daripada bahan 1 dan bahan 2.
c) KBAT/Pemikiran kritis – jawapan yang diberikan secara matang dan logik
serta bertepatan dengan kehendak soalan.
d) KBAT/Penyelesaian masalah – jawapan yang diberikan haruslah matang dan
tepat dengan soalan yang dikemukakan itu.
20

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[35 Markah]
PETIKAN UMUM – SET 1

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Belia berperanan penting dalam memajukan negara dan bakal menjadi pemimpin pada
masa depan, lantas kehadiran mereka tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Kerajaan perlu
menjaga kepentingan belia, malah harus juga memahami kehendak mereka dengan
memberikan bimbingan supaya generasi pelapis ini dapat menjadi pemimpin yang baik pada
masa depan. Setiap belia perlu memainkan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab
untuk merencanakan pembangunan negara.

Belia sebagai pewaris kepimpinan mampu merealisasikan matlamat negara dalam apa
jua aspek penting yang boleh menyumbangkan kepada bangsa dan tanah air. Belia yang
cemerlang dalam pendidikan pula merupakan aset yang terbaik kerana bermulanya setiap
perjalanan belia adalah mendapat pendidikan yang secukupnya tidak kira pendidikan dari
sekolah mahupun didikan daripada ibu bapa.

Osman Besut, Berita Harian, 10 September 2019

Bahan 2

Pihak sekolah perlu mengadakan program latihan kepimpinan dalam kalangan remaja.
Sememangnya, terdapat pemimpin yang memiliki bakat semula jadi, namun sudah pasti
banyak juga yang memerlukan program terancang untuk mencungkil bakat tersebut. Pada
masa yang sama, pelan pembangunan dan pelan latihan bagi membangunkan kompetensi
remaja haruslah disediakan. Dengan cara itu, mereka akan terdedah kepada pelbagai
pengalaman, kemahiran dan tuntutan kerja.

Selain itu, mereka perlu didedahkan ke tahap yang lebih tinggi dan mencabar seperti
mengikuti program pada peringkat daerah, negeri, nasional dan akhirnya pada peringkat rantau
antarabangsa. Sesungguhnya, pemimpin muda merupakan harapan negara dan dunia untuk
masa hadapan.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Kepemimpinan Remaja Tonggak Masa Hadapan Negara”
Oleh Jeniri Amir
Dewan Siswa, Bil 4/2019
21

(i) Berdasarkan bahan 2, berikan maksud kompetensi remaja.


[2 markah]

(ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan peranan kerajaan dan peranan pihak sekolah
untuk menjadikan belia sebagai harapan negara.
[3 markah]

(iii) Aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui program latihan kepimpinan dalam kalangan
remaja banyak memberikan faedah kepada remaja.

Pada pendapat anda, apakah faedah – faedah tersebut?


[3 markah]

(iv) Segelintir remaja lepasan sekolah tiada hala tuju dan tidak tahu untuk menentukan kerjaya
yang hendak diceburi. Pihak sekolah diminta mengadakan program yang berkesan khusus
untuk membantu murid-murid ini memilih kerjaya yang diminati.

Cadangkan program tersebut dan langkah-langkah untuk memastikan program itu berjaya.
[4 markah]

PETIKAN UMUM : SET 2

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Tanaman herba bukan saja mewujudkan suasana landskap menghijau di dalam atau di
luar rumah, malah turut memberi pelbagai manfaat lain. Tanaman ini boleh dimakan sama ada
dijadikan ulam atau digunakan dalam masakan, mahupun sebagai perubatan tradisional. Bagi
yang tidak mempunyai ruang landskap di luar rumah, pokok herba juga boleh ditanam di dalam
pasu dan diletakkan di dalam rumah. Tanaman ini juga sesuai disusun di bahagian dapur kerana
tidak memerlukan ruang yang besar dan mudah dijaga.
Pengarah Urusan dan Pakar Landskap Enrich Focus Sdn Bhd Maznah Ariffin berkata,
“Ada pelbagai jenis tanaman herba yang boleh ditanam dan memberi banyak manfaat. Selain
pokok hiasan, banyak jenis pokok herba boleh ditanam kerana penjagaannya tidak sukar. Lebih
menarik, pokok herba ada pelbagai kelebihan kerana boleh dimakan dan dijadikan sebagai ubat
malah mempunyai kebaikan berganda berbanding menanam pokok hiasan,” katanya.
Menurutnya lagi, antara pokok herba yang mudah didapati, boleh dimakan serta boleh
dijadikan ubatan tradisional ialah pokok belalai gajah, kemangi, pecah kaca, bangun-bangun
dan daun pandan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pokok herba penghias rumah’
oleh Nor Hanisah Kamaruzaman,
Harian Metro, 19 Mac 2016
22

Bahan 2
Pokok herba ialah tumbuhan yang dikategorikan sebagai pokok renek berbatang lembut
atau keras dan mengandungi air yang banyak. Dahulu, pokok herba ini biasanya digunakan
oleh masyarakat sebagai bahan ubat-ubatan untuk merawat penyakit dan sebagai makanan
tambahan untuk menguatkan tenaga. Tumbuhan herba ini juga sering digunakan dalam
masakan bagi menyedapkan rasa masakan. Tumbuhan herba yang biasa digunakan dalam
masakan seperti lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih sebenarnya mempunyai khasiat yang
menakjubkan.

Kini, pengguna mula cenderung kepada produk semula jadi, lalu mereka memilih untuk
menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian. Untuk itu, Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah proaktif dengan menjalankan penyelidikan
mengenai tumbuhan herba. Kementerian ini juga mengadakan kempen secara besar-besaran
berkaitan dengan penanaman tumbuhan herba untuk menyedarkan masyarakat tentang
industri ini. Kempen ini boleh dijalankan melalui pelbagai cara termasuklah media massa agar
masyarakat dapat menyedari kepentingan industri tumbuhan herba.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Keajaiban Tumbuhan Herba’
oleh Nazrul Azim Sharuddin,
Utusan Malaysia, 10 Julai 2017

(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud pelbagai kelebihan.


[2 markah]

(ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan manfaat tumbuhan herba.


[3 markah]

(iii) Industri herba di negara ini perlu dimajukan kerana masyarakat mula cenderung untuk
menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memajukan industri herba di negara
ini?
[3 markah]

(iv) Keluarga anda merupakan pengusaha produk berasaskan tumbuhan herba. Antara produk
yang dihasilkan adalah seperti minyak urut, kosmetik, losen dan minyak wangi. Walau
bagaimanapun, penggunaan herba dalam perubatan dan kecantikan masih belum
digunakan secara meluas. Masyarakat kurang yakin dengan keberkesanan produk yang
berasaskan herba ini kerana terdapat sebahagian besar produk yang tidak mendapat
kelulusan pihak berwajib. Selain itu, produk berasaskan herba turut bersaing dengan ubat-
ubatan moden.

Sekiranya anda diberi tanggungjawab untuk menguruskan perusahaan tersebut pada masa
akan datang, apakah tindakan anda untuk memajukan perusahaan ini?
[4 markah]
23

PETIKAN UMUM : SET 3


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Pengangguran merupakan salah satu permasalahan sosioekonomi yang masih lagi
membelenggu negara ini. Sikap terlalu memilih kerjaya menyebabkan peningkatan masalah
pengangguran dalam kalangan siswazah. Hal ini menjadikan siswazah sanggup menunggu
pekerjaan yang eksklusif dan bergaji tinggi. Isu pengangguran dalam kalangan siswazah juga
dikaitkan dengan sikap majikan yang sangsi terhadap kebolehan siswazah memandangkan
mereka tidak mempunyai pengalaman bekerja. Majikan sanggup menawarkan kerja kepada
golongan yang tidak berpendidikan tinggi dengan alasan mengurangkan kos upah. Kebanyakan
siswazah tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi secara berkesan untuk membolehkan
mereka berdepan dengan pasaran kerja yang semakin kompetitif dan sengit. Siswazah IPT
tempatan sekarang juga tidak mempunyai kekuatan penguasaan bahasa kedua seperti bahasa
Inggeris, Mandarin dan sebagainya.
Di samping itu, IPT didakwa kurang menawarkan kursus yang dikehendaki oleh pasaran
kerja. Maka, tidak hairanlah jika kebanyakan siswazah akhirnya mencuba nasib dalam bidang yang
tidak sesuai dengan kelulusan dan kemahiran mereka. Sementara itu, pembangunan teknologi
tinggi yang mula mengambil alih tugas manusia dalam sektor pengeluaran dan kemasukan pakar
asing dari luar negara untuk bekerja di Malaysia tambah memburukkan keadaan. Siswazah perlu
menilai potensi diri sebelum berusaha mendapatkan sesuatu pekerjaan.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Dilema Pengangguran Siswazah,”
Dewan Masyarakat, Oktober 2009

Bahan 2

Masih ramai graduan yang menganggur walaupun mereka sudah beberapa tahun
menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT). Kebanyakan mereka bukan tidak
mendapat pekerjaan atau tidak menerima sebarang tawaran tetapi mungkin tugas yang ditawarkan
tidak bersesuaian dengan mereka. Kebanyakan graduan ini masih mencari pekerjaan yang
dirasakan tidak bersesuaian dengan status mereka sebagai bekas penuntut universiti. Menurut
Arnida Abu Bakar, 31, pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama berkata, “salah satu masalah
penting menyebabkan berlakunya pengangguran siswazah ialah kelulusan mereka tidak
sesuai dengan permintaan dunia pekerjaan.” Majikan akan lebih berhati-hati menggunakan
kriteria ini untuk memilih graduan-graduan yang diperlukan. Graduan yang mempunyai kelulusan
yang tidak boleh dipasarkan akan menghadapi krisis dan terpaksa menganggur dalam tempoh yang
lebih lama.
Selain itu, antara faktor yang menyumbangkan terhadap kewujudan dilema ini adalah
kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik serta kebanjiran
siswazah-siswazah dari institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta yang begitu banyak
sehiggakan nisbah jumpa penganggur dan kerja kosong tidak sama rata. Selain itu juga, taraf
pendidikan atau piawaian peperiksaan dan kelulusan siswazah-siswazah yang agak rendah,
membuatkan mereka jarang di beri peluang pekerjaan.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Mengapa Ramai Siswazah Menganggur? Mungkin ini Faktornya”
Dailyrakyat.com
24

(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud semakin kompetetif.


[2 markah]

(ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan punca-punca pengangguran dalam kalangan
siswazah.
[4 markah]

(iii) Walaupun graduan hari ini memiliki kelulusan akademik yang tinggi, mereka sukar
memperoleh pekerjaan yang berkaitan dengan bidang yang dituntut di universiti. Hal ini terjadi
demikian kerana graduan kurang menguasai lebih daripada satu bahasa sehingga mereka
gagal bersaing dengan graduan lain.

Pada pendapat anda, mengapakah graduan hari ini perlu menguasai lebih daripada satu
bahasa?
[3 markah]

(iv) Abang sepupu anda telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun lepas, tetapi
dia masih belum memperoleh pekerjaan yang diingini dan kini dia hanya duduk di rumah sambil
menunggu peluang pekerjaan yang telah dipohon.

Sebagai adik sepupunya, apakah cadangan yang perlu anda sarankan kepadanya sebelum
mendapat pekerjaan tetap?
[4 markah]
25

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN SASTERA (SOALAN 7)

1. Baca soalan terlebih dahulu untuk mendapat gambaran mengenai kehendak soalan.

2. Kemudian baca petikan sekurang-kurangnya dua kali sambil menggarisi isi-isi yang
dianggap boleh dimanfaatkan untuk menjawab soalan.

3. Bagi soalan menaakul maksud kata atau rangkai kata, cari kedudukan kata atau
rangkai kata dalam ayat yang berkaitan. Tentukan maksudnya berdasarkan konteks
ayat dalam petikan tersebut secara keseluruhannya.

4. Untuk menulis jawapan, ambillah sebahagian daripada soalan sebagai permulaan


jawapan dan digabungkan dengan jawapan sebenarnya dalam bentuk ayat yang
lengkap.

5. Pastikan jumlah isi sesuai dengan markah yang diperuntukkan.

6. Bagi soalan KBAT, isi perlu disertakan dengan keterangan. Keterangan perlu
dihubungkan dengan SUKA [supaya, untuk, kerana, agar] atau kata majmuk
gabungan yang sesuai agar jawapan lebih jelas dan meyakinkan.

7. Untuk menulis jawapan KOMSAS, konsep asas sastera seperti yang terdapat dalam
teks harus dipelajari.
26

SOALAN SET 1

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri

Bahan 1

Malam itu, sesuai solat maghrib, seiring debar yang kami tanggung sejak subuh,
tampangnya muncul juga. Darah membuak-buak bagai mata air. Tiga lubang buka tanda ditusuk
peluru yang ditembak dari jarak dekat menyebabkan kami tidak sanggup melihatnya.

Sesuai melafazkan kalimah syahadah, sebaik-baik saja matanya terpejam di atas ribaan
Imam Ngah Deraman sambil menggenggam tangan Penghulu Ibrahim Sigap, padamlah satu-
satunya pelita yang selama ini menerangi hati dan fikiran kami. Seluruh kampung murung dan
berbalam, laksana terkatupnya sebuah jendela tempat kami mengenal dunia.

31 Ogos 1957 – ketika bulan merdeka sangat terang di langit, kami beriktiraf di surau.
Sesuai dengan semangat warisan moyang-poyang sejak kampung itu dipugar, kami meraikan
merdeka dengan dua matlamat: rezeki dan ibadat.

Surau penuh sesak – kami menganjurkan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil,
khusus untuk orang yang sangat kami cintai. Kami selalu mengenangkan kata-katanya: Perihal
lurusnya hati Melayu, berbudi cara Melayu, bersahabat cara Melayu. Malah, segala debar cinta
kepada bangsa dan negara. Kami sentiasa rindu akan kata-kata semangat anak muda itu:
“Tanah Melayu pasti merdeka!”

Dipetik daripada cerpen `Cinta Ahmad Mutawakil’


oleh Zainal Rasyid Ahmad dalam Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia
27

Bahan 2

KU CARI DAMAI DI SINI

Kucari damai di sini


di tanah subur makmur dan merdeka
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi
membebat perasaan kehidupan
dengan sejarah persaudaraan
mengikat naluri kemanusiaan.

Kucari damai di sini


cinta dan jati diri
bersemarak di laman sukma
dengan kasih sayang
bersemadi di naluri.

Di sini damainya badai


moga gemilang sepanjang zaman
menjadi catatan sejarah kebanggaan
untuk generasi masa depan.

A Hamid Jemain
Sumber : Antologi Baik Budi Indah Bahasa
Arah Pendidikan Sdn Bhd

(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud tampangnya muncul.


[2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan harapan mereka tentang kemerdekaan yang
dikecapi.
[4 markah]

(iii) Sebagai rakyat yang prihatin, semangat patriotisme perlu dalam jiwa masing-masing.

Pada pendapat anda, nyatakan cara-cara untuk meningkatkan semangat patriotisme


dalam kalangan anak muda.
[3 markah]

(iv) Peperangan hanya menyebabkan pelbagai kemusnahan harta benda dan kehilangan
nyawa. Para pemimpin negara seboleh-bolehnya cuba mencari alternatif lain bagi
mengelakkan sebarang persengketaan sehingga tercetusnya peperangan.
Apakah kaedah lain yang dapat digunakan oleh para pemimpin untuk mencari kedamaian
dan mengelakkan peperangan?

[4 markah]
28

SOALAN SET 2

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri

Bahan 1

Setelah sudah ia fikir itu, dengan takdir Allah Subhanahuwataala melakukan kudrat-Nya
hendak memanjangkan cerita ini, bunyilah burung bubut terlalu banyak bunyinya bersahut-
sahutan sahaja. Syah Alam di Rimba pun mengingatkan langkah pertikaman zaman dahulu kala
cekak perkelahian. Ia pun memencak silat langkah gelombang dua belas, mengerinjing sahaja
kakinya ke sana ke mari. Habislah dipijak-pijak anak memerang itu, ada yang patah kaki
tangannya dan luka kepalanya, habis mati semuanya. Setelah dilihat Syah Alam di Rimba mati
anak memerang itu, ia pun kembalilah ke tempatnya berdiam dirinya.

Hatta seketika lagi hari pun petanglah. Memerang laki bini pulang ke tempat lubangnya
itu. Apabila sampai ia di hadapan lubangnya, dilihatnya tujuh ekor anaknya berkaparan sahaja
habis mati, darahnya pun ada tumpah di situ. Maka diperiksa, dikenal bekas kaki Syah Alam di
Rimba saja.

Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat sangat sayang akan anaknya itu,
putuslah asanya membawa ikan terlalu banyak hendak memberi makanan akan anak-anaknya
itu. Ikan-ikan itu pun dibawanya masuk ke dalam lubangnya. Hari pun malamlah.
Bermesyuaratlah keduanya pagi esok hendak menghadap nabi Allah Sulaiman permaklumkan
hal kematian anaknya oleh kerana kelakuan Syah Alam di Rimba membuat aniaya ke atasnya.
Setelah putuslah mesyuaratnya itu, lalu tidur keduanya.

Dipetik daripada prosa tradisional `Pelanduk Mengajar Memerang’


dalam Antologi `Baik Budi Indah Bahasa’,
Kementerian Pendidikan Malaysia
29

Bahan 2

SANG GEMBALA KUDA

Dia lelaki bergelar perkasa Dia lelaki sang gembala kuda


dengan cemeti keberanian di tangan hanya mengenal pantas tunggangan
rembat angkuhnya memacu takut tanpa membaca keletihannya
menghalau kuda-kuda di padang dia lelaki sang gembala kuda
berebutan memburu kandang. hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
Rumput dan jerami terhidang dan kuda-kuda itu ditunggangi
adalah kanun janji kesetiaan ditunggangi dan ditunggangi!
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasa


sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melempar muslihat Mohd Hashim Othman
aku penyelamat maruah Sumber: Antologi Jaket Kulit Kijang
berjuang atas dasar kebenaran dari Istanbul
menentang semua kebobrokan. Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud rangkai kata mengerinjing sahaja kakinya.
[2 markah]

(ii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, bagaimanakah penganiayaan terhadap haiwan


berlaku?
[4 markah]

(iii) Anda seorang gembala kuda yang telah menyediakan makanan dan minuman
secukupnya kepada kuda anda.

Selain itu, apakah langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk memastikan
haiwan peliharaan anda berada dalam keadaan yang baik?
[3 markah]

(iv) Belakangan ini, kita sering mendengar isu penganiayaan terhadap haiwan.

Sebagai anggota masyarakat, apakah yang boleh anda lakukan bagi mengurangkan
isu penganiayaan terhadap haiwan ini.
[4 markah]
30

SOALAN SET 3
Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Bahan 1
Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah,
bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara
warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga
mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara
kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah
hari.

“Tanah air ini pernah bernyala api tragedi. Penjajah menabur bara sengketa melalui pengagihan
sumber kekayaan bumi yang tidak seimbang. Bangsa pertama ditempatkan di bandar-bandar
besar sebagai peniaga dan pengusaha lombong bijih timah. Bangsa kedua terbiar daripada arus
pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar sebagai nelayan
dan pesawah. Bangsa ketiga pula terus-menerus melarat dalam kemiskinan di ladang-ladang dan
estet yang serba mundur. Masing-masing terpisah oleh tembok dan benteng perkauman yang
tebal.
Saya hayati cerita bonda tentang sejarah yang hampir memusnahkan negara ini. Kota besar itulah
yang menjadi gelanggang pertumpahan darah dan korban kematian yang bukan sedikit.
Semuanya berlaku angkara kejahilan terhadap salasilah tanah air yang terpecah kepada pagar-
pagar perkauman yang tebal.
Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri
Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2
Sabtu, 10 Oktober 2015-Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mei merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap
politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia.

Kronologi selepas pilihan raya 1969 di mana parti-parti pembangkang terutama Parti Tindakan
Rakyat (DAP) dan Gerakan meraikan keputusan yang memberangsangkan, walaupun Parti
Perikatan masih boleh membentuk kerajaan, namun acara berterusan sehingga tertumpu kepada
isu-isu peribadi sehingga mencetuskan pergaduhan dan pembunuhan.

Faktor-faktor yang membawa kepada Peristiwa 13 Mei 1969 adalah kesan politik zaman Inggeris
yang mengamalkan sistem pengasingan antara kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.
Kesannya, mereka tidak dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik sehingga
menyukarkan perpaduan diwujudkan. Tambahan pula, perbezaan jurang ekonomi yang sangat
ketara telah mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.
Dipetik daripada Pengajian Malaysia.blogspot.com
31

(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud gelanggang pertumpahan darah.

[2 markah]

(ii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua
petikan tersebut.
[3 markah]

(iii) Negara yang menghadapi masalah perpaduan dalam kalangan rakyatnya akan kucar-kacir
dan sukar untuk mencapai kemajuan.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk menyemaikan
semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia?
[4 markah]

(iv) Dalam bahan 2, ada dinyatakan tentang peristiwa 13 Mei 1969 iaitu tragedi rusuhan kaum
yang telah mencatatkan satu titik hitam dalam sejarah keharmonian dan perpaduan kaum di
negara kita. Peristiwa 13 Mei ini memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah
jadi abu, menang jadi arang kerana perbalahan itu merugikan semua kaum, selain
menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat diambil untuk memastikan
peristiwa tersebut tidak berulang?
[4 markah]
32

PANDUAN MENJAWAB NOVEL FORMAT BAHARU SPM


Soalan 8 : Novel [10 markah]
1. Dua soalan diuji
2. Markah keseluruhan untuk soalan 8(i) dan 8(ii) = 10 markah
• Kombinasi markah untuk soalan (i) dan (ii) tidak tetap
3. Markah bahasa:
• Soalan (i) Tidak ada markah bahasa yang khusus, tetapi berdasarkan
deskripsi pemarkahan
• Soalan (ii) Markah bahasa : maksimum 2 markah secara holistik

BENTUK SOALAN:

Soalan 8 (i) :
• Pemahaman petikan novel berdasarkan mana-mana novel daripada 4 zon.
• Panjang petikan antara 100 hingga 120 patah perkataan.
• Jawapan bagi soalan ini terdapat dalam petikan.
• Calon perlu mengemukakan sekurang-kurangnya 2 isi daripada petikan.

Soalan 8 (ii) :
• Soalan berkisar tentang pemikiran kritis (KBAT).
• Soalan berdasarkan novel yang dikaji mengikut zon.
• Calon perlu menyatakan pernyataan yang menepati kehendak soalan secara
kritis. Calon boleh mengaitkan pernyataan dengan aspek sastera.
• Calon perlu mengemukakan contoh peristiwa sebagai bukti.
• Calon perlu menguasai aspek sastera seperti tema, nilai, pengajaran,
persoalan, perwatakan dan latar masyarakat.
• Calon perlu mengemukakan sekurang-kurangnya 2 isi daripada petikan.
• Calon perlu memberikan penegasan atau alasan bagi setiap isi
33

SOALAN I
(PEMAHAMAN) • jawapan berdasarkan petikan

SOALAN II • pernyataan
(KBAT) • contoh peristiwa
• penegasan / alasan

CONTOH SOALAN 8

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Tentulah tidak,” balas Muhammad Taufik, nadanya tenang sahaja.


“Saya telah memutuskan bahawa kelip-kelip di Kuala Selangor berada di ambang
kepupusan. Kedatangan pelancong yang ramai, hampir 100 ribu orang pada setiap tahun,
dengan semua entiti yang datang bersama mereka seperti suara manusia, bunyi enjin
motobot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai yang mengancam pokok-pokok
berembang, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan
manusia, dan cahaya roda ferris, semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-
kelip. Kelip-kelip ini, yang telah wujud jutaan tahun di tempat ini dan tidak pernah
mendatangkan sebarang kesusahan kepada manusia di sini akan mengalami kepupusan
dalam masa setahun sahaja jika keadaan sedia ada berterusan.

Dipetik daripada Novel Bimasakti Menari


Karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan faktor-faktor populasi kelip-kelip di Kuala Selangor semakin berkurangan.


[4 markah]
34

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

i) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


ii) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
iii) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
v) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
vi) Tirani, karya Beb Sabariah
vii) Silir Daksina, karya Nizar Parman
viii) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan keistimewaan novel tersebut yang
menarik perhatian pembaca.
[6 markah]

CONTOH JAWAPAN

i) Antara faktor populasi kelip-kelip di Kuala Selangor semakin berkurangan termasuklah ke


datangan pelancong yang ramai, hampir 100 ribu orang pada setiap tahun, dengan semua
entiti yang datang bersama mereka seperti suara manusia, bunyi enjin motobot, cahaya
lampu di jeti, pencemaran air sungai yang mengancam pokok-pokok berembang,
pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia, dan cahaya
roda ferris, semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip.

ii) Novel Leftenan Adnan:

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif Talib.

{PERNYATAAN) Keistimewaan yang pertama adalah daripada pengutaraan tema yang


baik oleh pengarang. Tema novel ini mengisahkan keberanian seorang anggota tentera
dalam mempertahankan tanah air. {CONTOH PERISTIWA} Leftenan Adnan bin Saidi telah
menunjukkan keberanian dan kecekalan sejak kecil serta mendapat dorongon daripada
bapanya untuk menjadi askar. {PENEGASAN / ALASAN} Keperwiraan beliau terbukti apabila
beliau berjuang menentang musuh hingga penghujung nyawa.

Novel ini juga istimewa dan menarik kerana mengandungi banyak nilai dan
pengajaran yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Antara nilai yang terdapat dalam
novel ini ialah nilai cinta akan negara. Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup
meninggalkan kerjaya tersebut untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang
mempertahankan tanah air. Pengajarannya ialah, sebagai anak muda, kita hendaklah
sanggup berkorban demi kedaulatan tanah air pada bila-bila masa diperlukan.
35

Selain itu, novel ini juga menarik perhatian pembaca kerana keistimewaan
perwatakan watak utama dalam novel ini berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam
jiwa pembaca terutama generasi muda yang masih mempunyai kudrat untuk berjuang
mempertahankan negara . Walaupun kehabisan peluru, Adnan tidak berundur. Leftenan Adnan
berani berjuang melawan tentera Jepun walaupun tanpa senjata hingga ke titisan darah terakhir.
Watak Leftenan Adnan ialah simbol keberanian dan ketabahan anak muda dalam perjuangan.

ii) Novel Tirani:

Novel yang saya kaji iaitu Tirani Karya Beb Sabariah.

Keistimewaan yang pertama adalah daripada pengutaraan tema yang baik


oleh pengarang. Tema novel ini berkisar tentang kecantikan fizikal yang bersifat sementara
namun, ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri. Waheeda yang
menganggap dirinya tidak sempurna kerana bentuk hidungnya yang pesek mendapat
kesempatan memperbaik kekurangannya itu selepas hidungnya cedera teruk kerana serangan
seekor monyet . Dia berjaya mendapatkan kecantikan wajah yang diidamkan namun
kecantikan tersebut menjadi punca keruntuhan rumah tangganya dengan Zahid. Walau
bagaimanapun , Waheeda yang mempunyai pendidikan yang tinggi mampu keluar daripada
jerat kecewa dan putus asa yang menyebabkan dia terpaksa mendapat rawatan sebagai
pesakit jiwa, lalu melangkah terus maju ke hadapan dalam bidang pelancongan.

Istimewanya novel ini juga kerana mengandungi banyak nilai dan pengajaran.
Pengarang menghantar mesej kepada pembaca melalui penerapan nilai murni seperti nilai
kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Waheeda berjaya membesarkan anaknya, Izzati
tanpa suami di sisi hingga menjadi seorang gadis yang berpelajaran dan berbudi bahasa. Izzati
membantu ibunya memajukan Chalet Aya Sajnah, dan dia juga sudi memaafkan ayahnya,
Zahid walaupun mereka tidak pernah bersua. Sesungguhnya bukan mudah untuk mendidik
anak sebagai seorang ibu tunggal.

Selain itu, keistimewaan Novel Tirani yang boleh menarik perhatian pembaca
adalah dari segi pemaparan perwatakan watak utama iaitu Waheeda. Waheeda
digambarkan sebagai seorang wanita yang gigih berusaha. Dia memajukan Syarikat
pelancongan Tajau Emas milik keluarga sehingga syarikat tersebut menjadi terkenal dan
sentiasa menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara. Waheeda juga
mempunyai pendirian yang tegas. Walaupun wajahnya kurang menarik tetapi berkat usaha
gigih dan sentiasa berfikiran positif, maka sikapnya itu menyebabkan beliau berjaya.
36

SOALAN NOVEL SET 1

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
meggunakan ayat anda sendiri.

“Bengkel apa?” Mencapai gelas lalu meneguk beberapa teguk air sirap.

“Semua dalam satu,” Mata Waheeda merenung wajah manis Barzilah. Rambut ikal
mayangnya disiputkan di tengah kepada dalam satu simpulan. “Orang cantik
bagaimanapun keadaannya tetap cantik,” Eda menjuihkan bibirnya ke arah sanggul
sejemput Barzilah.

“Bengkel keusahawanan dan keterampilan diri. Wanita kini harus lebih


berketerampilan. Wanita timur yang ingin berjaya tidak semestinya hanya tahu menuntut
hak sama rata antara gender seperti orang Barat. Dalam sektor perniagaan, lelaki dan
wanita seharusnya bekerjasama sebagai rakan kongsi, yang penting kita harus mempunyai
kesedaran diri, bijak mengubah sikap, bijak membangunkan organisasi dan harus besedia
memindahkan kemahiran orang lain yang terbukti bekesan,” bersemangat sekali nada
Waheeda mengimbau saranan daripada bengkel.

Dipetik daripada Novel Tirani


Karya Beb Sabariah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan ciri-ciri yang perlu ada pada diri wanita yang ingin berjaya.
[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

i) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


ii) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
iii) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
v) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
vi) Tirani, karya Beb Sabariah
vii) Silir Daksina, karya Nizar Parman
viii) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Dalam sesebuah novel, terdapat pelbagai peristiwa yang dikemukakan oleh pengarang.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, bincangkan dua peristiwa yang dapat dijadikan
teladan oleh pembaca.
[6 markah]
37

SOALAN NOVEL SET 2

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Maknya, jangan lupa bubur pedas, pansuh manok, udang galah gulai tempoyak awak
tu, malam nanti,” terkuak pesanan suami dari ruang fikir Raidah sebelum dia meninggalkan
rumah selepas sarapan, bagi membawa para pelawatnya ke dusun buah-buahan di Matang,
11 kilometer jaraknya dari rumah.

“Yalah, sudah pasti masakan asli Sarawak,” sambut Raidah sambal dalam hati terbetik
pesanan daripada Pengurus Pusat Pertumbuhan Desa agar pengusaha perkhidmatan
pelancongan sentiasa mesra pelanggan, memberikan layanan sebaiknya serta
mengetengahkan produk yang unik yang tidak terdapat di tempat lain.

“Kita mempunyai satu pakej lengkap,” teruja Waheeda semasa menyarankan ayahnya
menjadi pemandu pelancong, ibunya sebagai ketua tukang masak dan yang lain di belakang
tabir, selain Fatimah yang menjadi akauntan bagi menjaga kewangan syarikat Tajau Emas.
Itu tiga tahun lepas, sebaik-baik dia membuat pinjaman daripada tabung usahawan
siswazah daripada Bank Pembangunan malalui Program Kemajuan Luar Bandar Sarawak.

Dipetik daripada Novel Tirani


Karya Beb Sabariah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Jelaskan kunci kejayaan pengusaha pusat pelancongan dalam menarik kedatangan pelancong
ke tempat mereka.
[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

i) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


ii) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
iii) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
v) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
vi) Tirani, karya Beb Sabariah
vii) Silir Daksina, karya Nizar Parman
viii) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang dapat memberikan
kesedaran kepada pembaca.
[6 markah]
38

SOALAN NOVEL SET 3

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Nordin mencebik bibirnya sambal berkata, “Askar Melayu itu akan dilatih oleh orang
putih. Maknanya kena ikut cakap mereka dan askar-askar kita akan dijadikan alat oleh
penjajah. Bertambah kuat lagi mereka menjajah negeri kita.”

“Saya pun setuju dengan penubuhan pasukan Askar Melayu itu.” Pak Karim pula
mencelah. “Inilah peluang anak-anak muda Melayu menjadi askar. Mereka akan dilatih
menggunakan senjata seperti pistol, senapang, dan meriam. Dengan kemahiran itu nanti,
askar Melayu boleh mempertahankan tanah air kita apabila diserang musuh.”

“Musuh kita ialah British. Mana ada musuh lain?” kata Nordin pula.

“Suatu hari nanti British akan meninggalkan negeri ini. Ketika itu orang kita yang akan
memerintah. Oleh itu, perlu adanya pasukan Askar Melayu bagi mempertahankan negeri
kita.” Pak Saidi yang kebetulan berada di situ pula menyampuk.

Dipetik daripada
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Karya Abdul Latip bin Talib
Kementerian Pendidikan Malaysia

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan kelebihan penubuhan pasukan Askar Melayu.


[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

i) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


ii) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
iii) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
v) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
vi) Tirani, karya Beb Sabariah
vii) Silir Daksina, karya Nizar Parman
viii) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang dapat memberikan
kesan mendalam kepada pembaca.
[6 markah]
39

PANDUAN MENJAWAB SOALAN RUMUSAN (SOALAN 9)

1. Baca dan teliti semua bahan yang diberikan sama ada dalam bentuk petikan atau
grafik atau statistik.
2. Tentukan tema dan kenal pasti SEMUA fokus yang terdapat dalam semua bahan.
3. Tugasan rumusan tidak dinyatakan dalam arahan soalan.
4. Dalam petikan terdapat tidak kurang daripada dua fokus.
5. Markah keseluruhan isi ialah 20 markah.

(pendahuluan : 2 markah, isi : 16 markah, kesimpulan : 2 markah)

6. Calon perlu mengemukakan 8 isi lengkap


(Isi wajib diambil daripada setiap bahan dan menyentuh setiap fokus)
7. Markah Bahasa:

Markah bahasa dinilai secara holistik 10 markah.


(cemerlang 8-10, baik 5-7, sederhana 3-4, lemah 1-2)

8. Rumusan ditulis tidak melebihi 120 patah perkataan


9. Kesimpulan perlu berdasarkan tema bahan.
10. Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei.
40

BAHAGIAN C : RUMUSAN

[ 30 markah ]
[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

CONTOH SOALAN

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 – Petikan

Ketika negara sedang berperang dengan ancaman yang berbahaya, maka lahirlah satu frasa
yang berbunyi, “Kita jaga kita”. Hal ini demikian kerana musuh yang bernama COVID-19 ini telah
diklasfikasikan sebagai pandemik. Pada masa ini, kita perlu bersatu hati dan memberikan kerjasama
kepada pihak yang berautoriti seperti petugas barisan hadapan negara iaitu para doktor, jururawat,
polis dan askar. Hal ini demikian kerana kerjasama yang diberikan akan dapat membantu usaha
kerajaan memutuskan rangkaian jangkitan wabak COVID-19. Dengan hanya kekal berada di rumah,
kita sebenarnya sudah menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara dan secara tidak langsung
kita dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti oleh virus tersebut.

Kempen untuk membantu golongan yang terjejas akibat wabak COVID-19 boleh
dilaksanakan. Kita boleh menyumbangkan wang kepada pihak tertentu yang melaksanakan kempen
membantu golongan yang terjejas. Masa inilah yang sesuai untuk kita membantu sesama insan
seperti peribahasa “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”. Oleh itu, kita tidak boleh bersikap
individualistik jika ingin memastikan penularan wabak dapat dihentikan.

Seterusnya, masyarakat perlulah berfikiran kreatif dan inovatif ketika tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP). Kita boleh melakukan senaman statik di rumah bagi mengekalkan
kecergasan badan. Aktiviti perniagaan secara dalam talian juga mampu menyumbang kepada sektor
ekonomi sepanjang PKP dilaksanakan. Hal ini demikian kerana kita sedia maklum bahawa agak sukar
untuk kita melakukan aktiviti jual beli secara langsung dalam tempoh ini. Melalui kaedah ini, kita dapat
menjanakan pendapatan antara satu dengan yang lain.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Kita Jaga Kita” oleh Umar
Zurayyan Mohd Fahmi, Dewan Siswa, Bil. 07/2020)
41

Bahan 2 - Grafik

CONTOH JAWAPAN
Pendahuluan : Rumusan membincangkan tanggungjawab / peranan dalam mengawal Covid-19/
(fokus 1) dan langkah-langkah / cara-cara menjalani kehidupan semasa PKP (fokus 2).

Fokus 1 (Bahan 1 : Tanggungjawab mengawal Covid-19)

1. kita perlu bersatu hati dan memberikan kerjasama kepada pihak yang berautoriti
2. kekal berada di rumah,
3. Kempen untuk membantu golongon yang terjejas akibat wabak COVID-19
4. tidak boleh bersikap individualistik
Fokus 1 (Bahan 2 :Tanggungjawab mengawal Covid-19)

1. Ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak tidak ke sekolah jika bergejala


2. Ibu bapa bertanggungjawab mengajar anak memcuci tangan dengan betul
3. Ibu bapa bertanggungjawab menasihati anak mengamalkan penjarakan sosial
4. Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak amalan batuk dan bersin dengan betul
Fokus 2 (Bahan 1: langkah/ cara menjalani kehidupan semasa PKP Covid-19.)

1. Masyarakat perlulah berfikiran kreatif dan inovatif ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).
2. Kita boleh melakukan senaman statik di rumah bagi mengekalkan kecergasan badan.
3. Aktiviti perniagaan secara dalam talian.
Penutup : Kesimpulannya menangani Covid-19 adalah tanggungjawab bersama agar / supaya
masyarakat sentiasa sejahtera/ terlindung daripada bahaya
42

CONTOH JAWAPAN LENGKAP

Rumusan membincangkan tanggungjawab dalam mengawal Covid-19 dan langkah-langkah


menjalani kehidupan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tanggungjawab mengawal Covid-19 ialah kita perlu bersatu hati dan memberikan kerjasama
kepada pihak yang berautoriti. Selain itu, kita juga perlu kekal berada di rumah agar dapat
mengelakkan diri daripada dijangkiti oleh virus tersebut. Kempen diadakan untuk membantu golongon
yang terjejas akibat wabak COVID-19. Ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak tidak ke sekolah
jika bergejala. Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak amalan batuk dan bersin dengan betul

Langkah untuk menjalani kehidupan semasa PKP Covid-19 ialah masyarakat perlulah
berfikiran kreatif dan inovatif ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Masyarakat juga
boleh melakukan senaman statik di rumah bagi mengekalkan kecergasan badan.

Kesimpulannya, menangani Covid-19 adalah tanggungjawab bersama agar masyarakat


sentiasa sejahtera dan terlindung daripada bahaya.

(122 patah perkataan)


43

SOALAN SET 1

BAHAGIAN C : RUMUSAN
[ 30 markah ]

[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 - Petikan

Obesiti dapat ditakrifkan sebagai kegemukan yang disebabkan oleh lemak yang berlebihan.
Masalah ini telah melanda rakyat Malaysia sejak sekian lama. Obesiti dijangka menjadi punca
kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas penyakit jantung. Obesiti terjadi apabila seseorang itu
kurang mengamalkan aktiviti senaman. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat Malaysia gemar
menghabiskan masa dengan menggunakan telefon pintar berbanding dengan beriadah. Menurut
kajian yang dijalankan oleh Hootsuit dan We Are Social, rakyat Malaysia memperuntukkan masa
sekurang-kurangnya tiga jam sehari di laman sosial. Natijahnya, kandungan lemak yang tidak dibakar
terus meningkat dan menebal dan akhirnya boleh menyebabkan serangan jantung. Tegasnya, kita
haruslah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur.

Selain itu, tekanan juga merupakan penyumbang utama masalah obesiti. Tekanan semasa
belajar dan bekerja membuatkan ramai yang beranggapan bahawa pengambilan makanan secara
berlebihan merupakan langkah mudah untuk mengurangkan tekanan. Malahan, pengambilan
makanan kekacang dan minuman ringan secara berlebihan boleh menyebabkan kolesterol meningkat
dan kencing manis. Hal ini boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, yang seterusnya
merencatkan pengaliran darah. Oleh itu, kita mestilah mengambil makanan mengikut kuantiti yang
telah dicadangkan kerana apabila badan sihat, otak pun cerdas.

Akhir sekali, pengambilan makanan segera secara kerap dan banyak juga merupakan antara
punca obesiti. Kesibukan ibu bapa yang bekerja mendorong anak-anak untuk memasak atau membeli
makanan segera seperti burger dan kentang goreng. Hal ini disebabkan oleh makanan segera
tersebut mudah diperoleh, selain harganya yang murah. Pengambilan makanan segera ini juga boleh
menyebabkan penyakit malnutrisi di samping penyakit obesiti. Hal ini menyumbang kepada
tumbesaran anak-anak yang tidak seimbang. Oleh hal yang demikian, ibu bapa wajarlah memantau
pemakanan anak-anak kerana kesihatan mereka bertitik tolak daripada sikap ibu bapa.

Dipetik dan diubah suai ; Obesiti Di Manakah Silapnya? Ayu


Indasari Razali Dewan Siswa 46 Bil. 05 2020
44

Bahan 2 – Grafik

Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia


45

SOALAN SET 2

BAHAGIAN C : RUMUSAN
[ 30 markah ]

[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1- Petikan

Pembelajaran secara maya sebagai pendekatan yang mendatangkan manfaat kepada pihak
institusi pendidikan dan pelajar kerana dapat memastikan sukatan pelajaran dapat dihabiskan
mengikut jadual. Hal ini penting kerana dapat memberikan persediaan lengkap kepada pelajar bagi
menghadapi peperiksaan akhir. Para pelajar juga tidak akan ketinggalan dalam mengejar sukatan
pelajaran bagi sesuatu subjek. Melalui pembelajaran maya seperti kuliah dalam talian, pelajar juga
dapat bertanyakan soalan secara langsung kepada guru atau pensyarah.

Seterusnya, pembelajaran secara maya juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran dan
pengajaran yang lebih komprehensif dan menarik kerana pembelajaran melalui kaedah ini
menggabungkan pelbagai unsur seperti grafik, video ataupun animasi ke dalam sesi pembelajaran
pelajar yang mampu memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pelajar tentang sesuatu subjek
atau kursus tertentu.

Walau bagaimanapun, terdapat penambahbaikan yang perlu dititikberatkan dalam


pelaksanaan pendidikan maya. Rangkaian internet perlu diperluas capaiannya bagi memastikan
setiap pelajar tidak mempunyai sebarang halangan dalam mengakses kemudahan internet terutama
di Kawasan-kawasan luar bandar. Kesukaran pelajar untuk memperoleh rangkaian internet yang baik
dan stabil hanya akan merencatkan pendekatan institusi pendidikan dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran secara maya. Mental dan motivasi pelajar juga perlu persiap agar mereka lebih bersedia
menerima perubahan. Di samping itu, institusi pendidikan seharusnya melakukan kajian tentang
penerimaan pelajar terhadap pembelajaran secara maya ini.

Dipetik dan diubah suai; Maslahat Pembelajaran Secara Maya


Lim Wei Wen, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
Dewan Siswa 47 Bil. 07 2020
46

Bahan 2 – Grafik

YANG LEBIH PENDEK

KOS YANG RENDAH

TEMPAT YANG FLEKSIBEL

Sumber : https://digylearn.cmnacademy.com/5-kelebihan-belajar-secara-online

SOALAN SET 3
47

BAHAGIAN C : RUMUSAN
[ 30 markah ]

[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 - Petikan

Di Malaysia, aktiviti bersukan menggalas tugas yang cukup imperatif dalam melahirkan
masyarakat yang holistik. Faedah bersukan yang paling ketara dapat melahirkan individu yang sihat.
Riadah baik untuk pelajar kerana beriadah boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan
badan. Hal ini demikian kerana selepas bersukan, badan kita akan membaiki atau atau menggantikan
serat otot yang rosak melalui sebuah proses yang menggabungkan serat otot untuk membentuk
gentian protein otot baharu yang dikenali sebagai miofibril. Amalan bersukan pada setiap petang akan
membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesannya kadar degupan jantung meningkat dan
seterusnya membakar kalori yang berlebihan dalam badan.

Namun begitu belakangan ini masyarakat liat untuk melakukan riadah senaman dan banyak
bermain alat peranti sosial. Keadaan ini memberikan impak negatif. Sekiranya tidak beriadah, pastinya
badan kita akan mudah dijangkiti oleh penyakit kerana sistem imunisasi badan tidak cukup kuat akibat
kekurangan antibodi yang terbentuk dalam darah yang dapat mencegah pembiakan bakteria
mahupun memusnahkannya. Selain itu, tanpa beriadah sistem kekebalan tubuh kita yang lemah tidak
dapat mengidentifikasikan dan meneutralkan benda asing seperti bakteria dan virus yang mampu
memudaratkan kesihatan. Peningkatan kes obesiti di negara kita juga salah satunya berpunca
daripada sikap culas dalam beriadah.

Melalui aktiviti riadah tekanan yang dihadapi oleh pelajar juga dapat dikurangkan kerana aktiviti
bersenam dapat menghasilkan endorfin, iaitu sejenis bahan kimia dalam otak yang berfungsi sebagai
ubat penahan sakit semula jadi. Masa tidur pelajar juga akan terjaga rapi dan menjadi lebih nyenyak
kerana mereka sudah keletihan kerana menjalani latihan sukan pada waktu siang. Sukan juga mampu
membentuk serta memantapkan disiplin yang terpuji dalam diri pelajar. Disiplin diri dalam konteks ini
ialah suatu keperluan asas hidup yang amat penting kepada pelajar sebagai persediaan untuk masa
depan dan seterusnya membolehkan pelajar mencapai kejayaan dalam segala bidang yang diceburi
pada masa akan datang. Amalan bersukan juga dapat membentuk individu berfikiran positif. Hal ini
demikian kerana dengan aktif bersukan, seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan
tinggi.

Dipetik dan diubah suai daripada Kebaikan Menyertai Aktiviti Sukan


Ivan Avannus Jacob Jimbangan, Kolej Ja’afar, N9
Dewan Siswa 47 Bil 03 2020
48

Bahan 2 – Grafik

Sumber: IPENDIDIKAN.MY

Anda mungkin juga menyukai