Anda di halaman 1dari 2

Barangan buatan Malaysia didefinisikan sebagai hasil produk yang

dikeluarkan oleh air tangan warga tempatan. Dasarwarsa, masih ramai yang
memandang sebelah mata dan lebih cenderung akan produk buatan luar
negara yang dirasakan lebih baik. Pada hakikatnya, barangan buatan tempatan
sebenarnya mampu bertanding dengan barangan import, duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi. Terdapat beberapa kepentingan membeli barangan
buatan Malaysia bagi memastikan barangan tersebut dapat ditonjolkan di
persada antarabangsa.

Kepentingannya ialah dapat mendidik pengguna mengenai kehebatan


kualiti barangan tempatan dengan cara mengadakan Kempen Belilah Barangan
Buatan Malaysia. Kempen ini juga adalah untuk memperkenalkan barangan
buatan tempatan kepada seluruh rakyat bagi membantu negara dalam sektor
ekonomi. Kempen ini dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
Semua agensi koperat dan sektor swasta harus harus berganding bahu
memacu ekonomi negara.
Di samping itu, kempen ini membantu pengeluar untuk memasar dan
mempromosi produk buatan tempatan serta perkhidmatan masing-masing

“Kita mendapati, masyarakat masih memandang produk tempatan sebagai


‘koman’ (tiada kualiti) dan terkebelakang tetapi mungkin ramai tidak sedar
jenama terkemuka seperti Bonia, British India, Ogawa, Secret Recipe, San
Franciso Coffee adalah produk tempatan.

Anda mungkin juga menyukai