Anda di halaman 1dari 5

RINGKASAN

Soalan 1
Bahagian C
(15 Markah)
Baca Petikan di bawah kemudian buat satu ringkasan tentang faedah permainan tradisional
kepada remaja. ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Warisan negara merupakan harta dan kekayaan bangsa yang tidak dapat dijual beli
serta memiliki nilai pengajaran yang dapat kita timba sewaktu menekuninya. Namun begitu,
permainan tradisional semakin lama semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana permainan tradisional dianggap kolot dan
membosankan oleh sesetengah pihak. Oleh sebab itu, kita mestilah mengetahui faedah
permainan tradisional kepada remaja.
Antara faedah permainan tradisional kepada remaja termasuklah dapat mengisi masa
lapang remaja secara berfaedah. Remaja masa ini gemar melepak di pusat beli-belah dan
membuang masa mereka dengan sia-sia. Namun begitu, permainan tradisional dapat
mengelakkan situasi tersebut daripada berlaku. Remaja dapat mempelajari ilmu permainan
tradisional dan mengetahui kepentingan nilai kesabaran dalam diri. Selain itu, remaja akan
belajar untuk menghargai masa.
Permainan tradsional juga menjadi ejen penting untuk mengeratkan silaturahim
antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan dan pershabatan dapat dieratkan sewaktu
bermain permainan tradisional. Sebagai contohnya, remaja boleh bermain sepak raga
bersama-sama rakan dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu. Dengan cara ini,
remaja dapat menjalin hubungan persahabatan yang lebih luas.
Seterusnya, permainan tradisional dapat memupuk semangat kerjasama dan
persefahaman. Semasa bermain, remaja dapat memahamni kelebihan dan kelemahan
kawan, serta lawan mereka. Permainan wau misalnya, dapat membentuk semangat
kerjasama antara satu sama lain untuk menaikkan wau tersebut. Hal ini dapat membentuk
prinsip kehidupan yang saling memerlukan bagai aur dengan tebing. Remaja juga dapat
memelihara warisan budaya bangsa daripada pupus. Remaja dapat mengenali dan
mempelajari seni yang terkandung dalam permainan tradisional. Oleh hal yang demikian,
seni warisan bangsa ini tidak akan pupus ditelan zaman kerana tidak lapuk dek hujan, tidak
lekang dek panas.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah permainan tradisional kepada remaja.
Permainan tradisional perlu dihidupkan semula sebelum terkubur. Dalam hal ini semua
pihak perlu bekerjasama agar generasi muda zaman ini menjadikan permainan tradisional
sebagai aktiviti yang membanggakan bangsa. Permainan tradisonal masih relevan dalam
zaman globalisasi ini.
Jawapan :

Faedah permainan tradisional kepada remaja ialah dapat mengisi masa lapang. Selain
itu, kita tidak akan membazir masa ataupun wang dengan melepak di pusat membeli belah.
Tambahan pula, isi masa lapang dengan bermain permainan tradisional dapat mengetahui
kepentingan nilai kesabaran. Selain itu, kita juga dapat mengeratkan silaturahim antara satu
sama lain serta dapat berkenalan dengan kawan baru. Seterusnya, persahabatan kita akan
menjadi kuat dan kita boleh memupuk semangat kerjasama dan persefahaman. Tambahan
pula, kita dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan rakan sepasukan dan pihak lawan.
Akhir sekali, permainan akan menjadi lebih seronok apabila mengetahui kelebihan dan
kelemahan pemain.

Soalan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha
menangani wabak denggi di negara kita. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan.  Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Mutakhir ini, negara tidak putus-putus didedahkan dengan berita kematian yang
membabitkan penyakit demam denggi. Hal ini ternyata mengancam ketenteraman
masyarakat sejagat kerana masalah nyamuk Aedes umpama barah yang tiada penawarnya.
Walau bagaimanapun, masalah ini boleh dikurangkan sekiranya setiap lapisan masyarakat
berusaha untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya demi kemaslahatan bersama.

Setiap pihak seharusnya merancang strategi yang mantap dalam usaha menangani
masalah yang semakin menular ini. Salah satu usaha yang boleh dijayakan oleh penduduk
adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan. Aktiviti ini bukan
sahaja dapat membersihkan kawasan yang bersemak samun tetapi secara tidak
langsung  dapat mengeratkan perpaduan. Pihak-pihak berwajib juga boleh menyumbang
jasa dengan melakukan penyemburan secara percuma di kawasan yang terlibat. Pada masa
yang sama kita juga perlu memberikan kerjasama kepada pihak yang datang menyembur
racun atau “fogging” di kawasan perumahan. Sebagai contohnya, pintu dan tingkap
hendaklah ditutup bagi mengelakkan asap semburan itu masuk ke dalam rumah.

            Berdasarkan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, kompaun


maksimum RM500 boleh dikenakan kepada pemilik premis yang membiarkan premis
mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Kadar ini dilihat masih rendah dan
belum menggerunkan pemilik premis. Lantaran itu, kerajaan disyorkan agar nilai kompaun
ini patut dinaikkan kepada satu nilai yang lebih tinggi. Hal ini penting untuk memberikan
pengajaran kepada mereka yang terbabit. Serentak dengan itu, Kempen Pencegahan Denggi
harus digiatkan untuk menyedarkan masyarakat.
            Peranan ibu bapa juga amat penting dalam usaha menangani wabak ini. Ibu bapa
haruslah memastikan anak-anak berpakaian lengkap semasa melakukan aktiviti di luar
rumah pada waktu petang. Hal ini penting untuk melindungi kulit. Anak-anak juga perlu
dinasihati agar membersihkan diri dengan baik selepas terdedah dengan kuman-kuman
ketika bermain di luar. Pendidikan awal amat perlu bagi anak-anak selaras dengan
peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu
bertindak segera sekiranya anak-anak didapati mempunyai simptom-simptom denggi.
Mereka yang dijangkiti virus ini biasanya akan diserang demam panas yang mengejut. Selain
itu, terdapat juga bintik-bintik merah dan sakit sendi di seluruh badan pesakit. Jika keadaan
ini dibiarkan tidak mustahil boleh membawa maut.

            Tuntasnya, pembanterasan nyamuk Aedes memerlukan perubahan sikap yang


menyeluruh dalam kalangan masyarakat. Setiap individu perlu bertanggungjawab dan
memainkan peranan yang aktif demi menyelamat nyawa sendiri, keluarga dan masyarakat.

Contoh isi yang telah di kenal pasti :

          1. Salah satu usaha yang boleh dijayakan oleh penduduk adalah dengan
mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan.
         2. Pihak-pihak berwajib juga boleh menyumbang jasa dengan melakukan
penyemburan secara percuma di kawasan yang terlibat.
3.         Pada masa yang sama kita juga perlu memberikan kerjasama kepada pihak yang
datang menyembur racun atau “fogging” di kawasan perumahan.
4.         Lantaran itu, kerajaan disyorkan agar nilai kompaun ini patut dinaikkan kepada
Satu nilai yang lebih tinggi.
5.         Serentak dengan itu, Kempen Pencegahan Denggi harus digiatkan untuk
menyedarkan masyarakat.
Soalan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kepentingan kokurikulum kepada para pelajar. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Aktiviti kokurikulum di sekolah dapat memupuk dan membentuk keperibadian unggul


seseorang pelajar. Misalnya, melalui kelab dan persatuan pelajar-pelajar dilatih untuk
memegang beberapa jawatan penting dan bertanggungjawab melaksanakan aktiviti yang
dirancang.
Melalui aktiviti kokurikulum pelajar-pelajar juga dilatih memahami prinsip-prinsip asas
alam pekerjaan yang akan diaplikasi sepenuhnya apabila mereka berada dalam dunia
pekerjaaan dewasa nanti. Pendedahan seumpama ini melalui aktiviti kokurikulum
membolehkan mereka bertindak dan membuat keputusan yang amat diperlukan oleh
seorang pekerja yang berwawasan.
Melalui aktiviti badan beruniform pelajar banyak belajar tentang perkara yang
menyentuh soal disiplin seperti kepekaan terhadap masa, keperihatinan terhadap rakan-
rakan tanpa mementingkan diri sendiri adalah antara nilai murni yang sentiasa diamalkan
dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Penglibatan yang aktif dalam kokurikulum menyediakan pelajar untuk menyesuaikan
diri dengan corak pembelajaran di institusi pengajian tinggi yang amat berbeza dengan
corank pembelajaran di sekolah. Dalam hal ini, pelajar yang tidak aktif dalam kokurikulum
berkemungkinan kurang kemahiran berkomunikasi dan lemah dalam membuat
persembahan, sedangkan kemahiran tersebut amat diperlukan dalam sistem pembelajaran
institusi pengajian tinggi.
Seseorang pelajar yang kurang aktif dalam kokurikulum cenderung menjadi pelajar
yang pendiam, tidak suka bergaul serta hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, apabila
mereka berada dalam situasi pembelajaran di institusi pengajian tinggi nanti mereka akan
terperangkap kerana pada masa itu jumlah pangkat A yang mereka perolehi di sekolah
dahulu tidak lagi menjadi ukuran, tetapi pelajar yang aktif menyertai aktiviti kokurikulum
semasa di sekolah akan lebih mudah belajar kerana mereka sudah belajar menyiapkan
sesuatu tugasan, memahami pentingnya perpaduan, mudah bertoleransi dan ada
kemahiran berfikir dan berhujah.
Justeru, pelajar-pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum,
kerana pelajar yang cemerlang ialah mereka yang seimbang dari segi akedemik, mudah
berkomunikasi dan mudah bergaul.
Jawapan :

Anda mungkin juga menyukai