Anda di halaman 1dari 4

LATIHAN MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN

Kenal pasti isu dan fokus karangan yang terdapat dalam soalan karangan di bawah. Kemudian
lengkapkan ruang di dalam petak dan tempat kosong perenggan pendahuluan di bawah
dengan isu dan fokus karangan tersebut.

Latihan 1:

Amalan berjimat cermat amat penting diamalkan oleh setiap orang.

Huraikan kepentingan amalan tersebut kepada pelajar.

Isu karangan Amalan berjimat cermat


Fokus karangan Kepentingan amalan berjimat cermat kepada pelajar

Pada zaman kemelesetan ekonomi ini, banyak orang mengalami masalah kewangan.
Masalah kewangan ini menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap masyarakat. Kesan negatif
ini dapat dielakkan sekiranya setiap orang menjadikan _____________________________________ sebagai
cara hidup mereka. _____________________________________ bermaksud amalan berbelanja secara
berhemat atau tidak boros semasa menggunakan sesuatu. _________________________________________
perlu diamalkan oleh semua orang termasuk pelajar. Sesungguhnya, terdapat banyak
_____________________________________________________________________________.

Latihan 2:

Golongan remaja digalakkan untuk menyertai pertubuhan sukarela kerana banyak mendatangkan
faedah.
Huraikan faedah menyertai pertubuhan tersebut kepada remaja.

Isu karangan Pertubuhan sukarela


Fokus karangan

________________________________ bermaksud badan atau organisasi bukan kerajaan yang


ditubuhkan untuk menjalankan kerja-kerja ___________________ tanpa mengharapkan bayaran atau
keuntungan. ____________________________________ itu adalah seperti membantu mangsa banjir, menjaga
kawasan kejiranan dan membantu golongan kurang upaya atau pesakit. _____________________________
yang terdapat di Negara kita adalah seperti MERCY Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM),
Yayasan Kanser Malaysia (MAKNA)dan RELA. Penyertaan dalam ________________________________ ini
terbuka kepada sesiapa sahaja, termasuk kepada golongan remaja. Terdapat banyak _______________
sekiranya remaja ______________________________________________________ ini.
Latihan 3:

Sungai membekalkan air kepada manusia.

Huraikan cara-cara menjaga kebersihan sungai.

Isu karangan
Fokus karangan

Sejak zaman dahulu lagi, _______________ memainkan peranan penting dalam kehidupan
manusia. Manusia membina penempatan di sepanjang ___________ kerana _____________ menjadi nadi
kehidupan masyarakat pada waktu itu. _____________ berfungsi sebagai sumber bekalan air untuk
minuman dan membasuh pakaian. Manusia juga memperoleh sumber makanan seperti ikan dan
udang dari ____________. Pada waktu itu, ____________ menjadi laluan utama untuk manusia bergerak
dari suatu tempat ke tempat yang lain. Namun begitu, aktiviti pembangunan yang pesat pada
masa sekarang menyebabkan ____________ semakin kotor dan tercemar. Oleh itu, terdapat pelbagai
__________ yang dapat dilakukan untuk ___________________________________________________________.

Latihan 4:

Cuti sekolah merupakan masa yang sangat dinanti-nantikan oleh murid.

Bincangkan aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa tersebut.

Isu karangan
Fokus karangan

___________________________ merupakan masa yang sangat dinanti-nantikan oleh murid. Pada


masa ___________________________, murid dapat merehatkan minda mereka setelah berpenat lelah
menumpukan perhatian dalam pelajaran mereka. Namun begitu, terdapat murid yang tidak tahu
memanfaatkan masa __________________________ sehingga menyebabkan masa ________________________ itu
terbuang begitu sahaja. Sebenarnya, banyak ____________________________________________ yang dapat
dilakukan oleh murid __________________________________________________________________________.
Latihan 5:

Persekitaran sekolah yang selamat amat penting untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
selesa dan harmoni kepada murid.

Huraikan ciri-ciri sekolah yang selamat.

Isu karangan
Fokus karangan

Sejak akhir-akhir ini, isu __________________________________ sering menjadi bahan liputan media
massa. Media massa seperti ________________________ dan ______________________ kerap menyiarkan
___________ tentang isu-isu _____________________________________________________ melalui berita tentang
kejadian-kejadian yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah. Antara kejadian
_________________________________________________________________________________________________________________
Oleh itu, sesebuah sekolah harus mempunyai
_______________________________________________________________________________________________________________.

Latihan 6:

Aktiviti penerokaan hutan secara tidak terancang menimbulkan pelbagai kesan buruk.

Huraikan kesan aktiviti tersebut terhadap kehidupan.

Isu karangan
Fokus karangan
Kes kemalangan jalan raya sering meningkat terutama pada musim perayaan.

Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di
negara kita.

Isu karangan kemalangan jalan raya semakin meningkat


Fokus karangan Langkah-langkah mengurangkan kemalangan jalan raya

Memang tidak dapat dinafikan, kes kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat
saban tahun. Saban hari kita dapat membaca berita tentang kemalangan yang bukan sahaja
mengakibatkan kecederaan malahan kehilangan nyawa. Sebagai contoh, ketika cuti Hari Raya, Tahun
Baru Cina atau hari-hari kelepasan umum yang lain , jumlah kemalangan turut meningkat apabila
warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing. Bilangan kenderaan yang
bertambah di jalan raya umpama cendawan tumbuh selepas hujan turut menjadi punca peningkatan
kes kemalangan di negara kita. Persoalannya, haruskah kita hanya berpeluk tubuh melihat peningkatan
kes kemalangan ini tanpa berbuat apa-apa?. Jelaslah bahawa, langkah-langkah yang drastik perlu
diambil oleh pelbagai pihak untuk membendung masalah ini daripada terus bereleluasa.

Isu karangan Amalan gaya hidup sihat


Fokus karangan Cara-cara pengamalan gaya hidup sihat

Amalan gaya hidup sihat, tidak dapat disangkal merupakan suatu budaya yang sihat. Hal ini
demikian kerana amalan ini menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup, terutamanya dalam
kehidupan kita yang penuh dengan cabaran dan tekanan. Demi menangani kehidupan kita ini,
beberapa cara ke arah gaya hidup sihat perlu diamalkan secara konsisten dan bukannya secara hangat-
hangat tahi ayam.

Komen: terdiri 3 jenis ayat iaitu - ada ayat rangsangan, ayat huraian dan ayat arahan

Anda mungkin juga menyukai