Anda di halaman 1dari 9

Teknik Menulis

Ulasan
Oleh :Cikgu Noratikah Binti Ibrahim
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Tingkatan : 1 Damai
Isi Kandungan

Kenalpasti Konsep
01 Apa itu Ulasan? 02 Isi Tersurat dan Isi
Tersirat

Penanda Wacana
Contoh Ulasan &
03 04 Jawapan
Ulasan/Pemindahan Maklumat

Panjang ulasan antara 80 hingga 100 patah perkataan.


15 markah diperuntukkan karangan ulasan
Masa yang dicadangkan untuk penulisan ini adalah 15minit.
Bahan rangsangan boleh berdasarkan gambar, peta minda, graf, iklan, carta, poster atau
keratan akhbar.
Ulasan dtulis dalam 1 perenggan sahaja
Ulasan yang baik perlulah mempunyai; pendahuluan, isi kandungan dan kesimpulan/penutup
 Isi kandungan ulasan mestilah mempunyai isi tersurat dan isi tersirat
Memasukkan penanda wacana
Tulis jumlah patah perkataan pada bahagian bawah sebelah kanan.
Konsep Isi Tersurat dan Isi Tersirat

Isi Tersurat Isi Tersirat


 Isi yang telah terpapar  Isi yang tiada dalam
di dalam bahan bahan
rangsangan/soalan rangsangan/soalan
 Apa-apa yang ada  Teknik BMK
dalam bahan (Bagaimana, Mengapa,
rangsangan/soalan Kesan) untuk
tersebut menghasilkan idea isi
tersirat
Penanda Wacana

 Antaranya,
 Selain itu,
 Seterusnya,
 Oleh itu,
 Akhir sekali,
 Di samping itu,
 Maka,
 Jelaslah bahawa
 Tambahan pula,
 Kesannya,
 Misalnya,
Contoh Ulasan dan Jawapan
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Keperluan jawapan:
1.    Ulasan hendaklah mempunyai perenggan pendahuluan, isi dan penutup.
2.    Isi ulasan hendaklah terdiri daripada isi tersurat dan isi tersirat. (Sekurang-kurangnya tiga isi tersurat dan tiga isi tersirat)
3.    Patuhi jumlah perkataan yang diminta dalam arahan soalan.
 
Langkah-langkah menulis ulasan:
1.    Kenal pasti isi tersurat dan isi tersirat yang terdapat dalam bahan grafik yang diberi.

Isi Tersurat Isi Tersirat


Makanan yang seimbang berpandukan piramid makanan
penting untuk menjamin kesihatan
diri supaya badan kita mendapat
zat yang mencukupi
Tidur yang cukup Tidur sekurang-kurangnya 7 hingga
8 jam sehari agar dapat
mengembalikan tenaga kita
sepenuhnya.
Bersenam dan bersukan Dapat menguatkan otot dan tulang
Contoh Jawapan
         Gambar tersebut menunjukkan amalan gaya hidup yang sihat . Antara amalan gaya hidup sihat ialah kita perlu

mengamalkan makanan yang seimbang berpandukan piramid makanan. Hal ini penting untuk menjamin kesihatan diri

supaya badan kita mendapat zat yang cukup. Selain itu, tidur yang cukup sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam sehari perlu

diamalkan agar dapat mengembalikan tenaga kita sepenuhnya. Seterusnya, kita perlu sentiasa bersenam dan bersukan

seperti berjogging, bermain bola dan sebagainya dapat menguatkan otot dan tulang. Kesimpulannya, jelaslah bahawa

gaya hidup sihat merupakan salah satu cara yang perlu kita amalkan untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita.

( 96 patah perkataan ) 

Anda mungkin juga menyukai