Anda di halaman 1dari 2

Latihan komsas: `Tajuk : Seni Bahasa Kemahiran : Menulis

1. Sinopsis Cerpen: Banjir di Mata Emak

Kematian Nana Mak Piah membahagiakan makanan

Cerita ini mengisahkan seorang ibu yang berdepan dengan kesulitan akibat banjir.
“Saya” yang terdail nombor rumah............................................berasa terharu lalu berhajat untuk
menemui ibu tua yang kesedihan dan keseorangan itu. Setelah berjaya mencari alamatnya, “Saya”
segera pergi ke rumah Mak Piah. “Saya” yang kebetulan merindui belaian dan kasih sayang
seorang ibu, membiarkan Mak Piah mereka kegembiraannya sendiri apabila menyangka “Saya”
ialah kawan anak perempuanya, .................................... Bagi Mak Piah, Nanalah yang meminta
“Saya” datang menjenguk serta menghantar bekalan ........................................ kepadanya. Setelah
dapat merungkai kehendak hati, “Saya” pulang dan berjanji untuk melawat Mak Piah lagi. Walau
bagaimanapun, “Saya” dikejutkan dengan .................................... Mak Piah yang terjatuh ketika
membersihkan rumahnya selepas banjir. “Saya” berkesempatan bertemu dengan anak-anak Mak
Piah, iaitu Nana dan Nubhan. Nana meluahkan kekesalan kerana membiarkan emaknya
keseorangan ketika berada dalam kesusahan. “Saya” hanya mendiamkan diri dan bersyukur
kerana sempat ................................................ Mak Piah pada penghujung usianya.

2. Tema dan persoalan : cerpen Banjir Di Mata Emak

Tema ............................................. seorang ibu dalam menghadapi dugaan kehidupan.


Persoalan 1. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak
2. ............................ anak-anak terhadap ibu.
3.

Nota:
Tema : idea utama sesuatu cerita yang hendak disampaikan.
Tema hanya ada satu dalam sesuatu cerita
Persoalan : Idea sampingan sesuatu cerita yang hendak disampaikan
Persoalan dalam sesuatu cerita terdiri dua atau lebih

3. Nyatakan 3 nilai murni cerpen Banjir Di Mata Emak

Nilai Bukti dan huraian daripada cerpen

Soalan Pemahaman
Baca petikan Cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat anda sendiri.

Saya inginkan saat itu. Sungguh-sungguh teringin. Saya rindu, ya Allah. Saya mahu sangat-
sangat melakukannya! Bukan kerana ada lensa kamera yang menghala ke wajah saya. Bukan kerana
hendak memenuhi impian Satu Malaysia. Namun, inilah harapan yang tiba-tiba tumbuh merimbun
sebaik-baik mendengar suara tua di hujung talian yang saya tidak tahu dimana diamnya. Tapi saya
yakin, dia bermukim tidak jauh dari kampung ini kerana tujuh digit pertama nombor telefonya sama
seperti nombor telefon Ameera. Rumah Ameera tidak sampai enam kilometer dari sini.
Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin! Ibu tua itu tidak jauh sebab saya ingin sangat-sangat
hendak mendekatinya. Pasti kerinduan pada anak-anaknya amat menikan, sehingga hati saya telah
merasai bisanya. Ya Allah, permudahkanlah saya untuk mencari rumah yang memeberi
perlindungan kepada tubuh tua, dalam suasana banjir di kawasannya telah sampai ke paras dada.
Saya dapat menyentuh kecutnya hati dia setelah tiga hari sebahagian daripada rumahnya direndam
kesejukan.
Sesak nafas saya, merasai cungap harapanya yang telah lemas ke atas tadahan tangan
sehingga tidak mampu ditahan lagi. Lalu dia membiarkan harapan itu ditenggelami kesuntukan masa
anak-anak yang amat dirinduinya. Ingin benar saya satukan rindu yang sarat dari tubuh bernafas tua
itu dengan rindu yang mengcengkam sukma ini, sejak emak saya dibawa pulang oleh Yang Maha

Soalan kefahaman

1. Berdasarkan petikan cerpen tersebut, mengapakah “Saya” terlalu ingin bertemu dengan ibu tua
itu?
2. Nyatakan dua nila murni yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
3. Kita hendaklah bermurah hati untuk meringankan beban mangsa bencana alam.
Pada pendapat anda, apakah yang boleh kita lakukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir?

Soalan 1.
-jawab dengan ayat yang lengkap
-boleh bina 1 ayat sahaja untuk soalan 1. Gunakan kata hubung sekiranya mempuyai beberapa isi.
-jawapan ada dalam petikan

Soalan 2
-jawab dengan ayat yang lengkap
-aspek yang diuji berkaitan dengan kefahaman tentang aspek kajian sastera
-digalakkan jawab dalam bentuk 2 ayat. Gunakan penanda wacana untuk ayat kedua, isi kedua.
-wajib sertakan 2 isi.
-beri contoh bagi isi dari petikan

Soalan 3
-jawab dengan ayat yang lengkap
-aspek yang diuji berkaiatan pengetahuan KBAT
-jawab dalam bentuk 2 ayat. Gunakan penanda wacana untuk ayat kedua, isi kedua.
-wajib dua isi dan dihuraikan.
-isi hendaklah lain dari petikan. Bermakna idea anda sendiri.

Anda mungkin juga menyukai