Anda di halaman 1dari 3

Topik : Tatabahasa Sub topik : Pengimbuhan

Pengimbuhan
Imbuhan ialah penambahan yang digabungkan pada sesuatu kata sama ada sebagai awalan, akhiran,
apitan atau sisipan.

Imbuhan terdiri daripada empat bentuk iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Imbuhan dapat mengubah bentuk, makna dan tugas sesuatu kata iaitu;

a. Imbuhan yang membentuk kata nama


Awalan kata nama
Pe-,pem-,pen-, peng-, penge-, pel-, per-, pe-, ke-, juru-, maha-, tata-, pra-,sub-, supra-, eka-, dwi-,
Akhiran kata nama
-an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah,
Apitan kata nama
Pe-..-an, pem-..-an, pen-..an, peng-..-an, penge-..-an, pe-..-an, per-..-an, pel-..-an, ke-..an,
Sisipan Kata nama
-el-, -er-,.

b. Imbuhan yang membentuk kata kerja


Awalan kata kerja
Me-, mem-, men-, meng-, menge-, memper-, ber-, be-, bel-, ter-, di-, diper-
Akhiran kata kerja
-kan, -i,
Apitan kata kerja
Me-..-kan, men-..-kan, mem-..-kan, meng-..-kan, menge-..-kan, ber-..-kan, ber-..-an, di-..-kan, me-..-i,
men-..-i, mem-..-i, meng-..-i, di-..-i, diper-..-kan, diper-..-i, diper-..-kan, diper-..-i, memper-..-i,
memper-..-kan, memper-..-i, ke-..-an,.
Sisipan kata kerja
-el-,

c. Imbuhan yang membentuk kata adjektif


Awalan kata adjektif
Ter-, te-, se-,
Apitan kata adjektif
Ke-..-an,.
Sisipan kata adjektif
-el-, -er-, -em-, -in-

d. Tandakan ( √ ) bagi penggunaan imbuhan yang betul dan ( X) pada penggunaan imbuhan yang salah
bagi ayat berikut:
1. Kakak mengambilkan segelas air untuk ayah. ( )
Kakak mengambil segelas air untuk ayah. ( )
2. Kakak mengambil ayah segelas air. ( )
Kakak mengambilkan ayah segelas air . ( )
3. Sultan Perak telah menganugerahkan Menteri Besar Perak pingat kebesaran negeri. ( )
Sultan Perak telah menganugerahi Menteri Besar Perak pingat kebesaran negeri . ( )
4. Sultan Perak telah menganugerahkan pingat kebesaran negeri kepada Menteri Besar perak. ( )
Sultan Perak telah menganugerahi pingat kebesaran negeri kepada Menteri Besar Perak . ( )
5. Adik menemui sebuah dompet di tepi jalan. ( )
Adik menemukan sebuah dompet di tepi jalan . ( )
6. Rina menemui Liza di kedai buku petang semalam. ( )
Rina menemukan Liza di kedai buku petang semalam. ( )
7. Kawasan pendalaman itu tidak mempunyai bekalan air paip. ( )
Kawasan pedalaman itu tidak mempunyai bekalan air paip. ( )
8. Pedalaman dasar sungai itu dilakukan untuk mengelakkan banjir kilat. ( )
Pendalaman dasar sungai itu dilakukan untuk mengelakkan banjir kilat. ( )

e. Bubuh imbuhan yang sesuai pada kata yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini

1. Keliru itu berpunca daripada masalah teknikal dan kesilapan dalam sistem komputer.
(...........................................)
2. Seseorang silat yang cekap memerlukan ketangkasan bertindak dan ketajaman penglihatan.
(............................................)
3. Malek terpaksa menangguhkan pengajianya di universiti kerana dia sempit wang.
(........................................)
4. Tidak bayang olehnya kesusahan ketika negara masih belum merdeka. (......................................)
5. Janganlah kita mudah terpedaya oleh pujuk rayu jual yang cuba melariskan jualan mereka.
(.............................................)
6. Bersama-sama borang ini saya lampir salinan sijil yang diperlukan. (....................................)
7. Cincin berlian itu tatah permata yang berkualiti. (......................................)
8. Para penonton hibur oleh persembahan penyanyi terkenal itu. (............................................)
9. Pokok durian di kebun datuk sudah putik. (............................................)
10. Janganlah kita beban ibu dengan masalah ini pula. (.............................................)
11. Para peminat tertunggu-tunggu lawan akhir bola sepak Piala Malaysia. (................................)

f. Betulkan perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini dengan imbuhan yang sesuai.

1. Pasu di atas meja itu mahal harganya kerana buatan daripada kristal. (..................................)
2. Puan Hasnah telah dianugerah Tokoh Guru peringkat daerah Tuaran. (.....................................)
3. Masalah terganggu bekalan air di kawasan itu akan pulih petang nanti. (......................................)
4. Penduduk di kawasan itu sedang melebar jalan ke balai raya itu. (.........................................)
5. Pak Cik Ahmad menebasi semak samun di belakang rumahnya. (...................................)

Anda mungkin juga menyukai