Anda di halaman 1dari 10

BAHASA MELAYU

TINGKATAN 2
CIKGU NURFADILAH BINTI AHMAD
SMK LUTONG, MIRI
PENULISAN
PERENGGAN
PENDAHULUAN
S.P. 3.4.3 : Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan
menggunakan bahasa yang gramatis.
OBJEKTIF KRITERIA
PEMBELAJARAN KEJAYAAN

Ø Mur i d d a p a t m e n u l i s
Ø Menulis pendahuluan
pendahuluan dengan
yang kemas dengan
membina ayat tema,
menggunakan ejaan
ayat rangsangan dan
yang betul dan bahasa
ayat arahan secara
tepat.
terancang dengan betul.
APAKAH FUNGSI PENDAHULUAN DALAM KARANGAN?
1. Menarik perhatian dan minat pembaca.
2. Menunjukkan arah kepada pembaca
tentang persoalan yang akan disentuh
dalam isi karangan.
3. Menjelaskan tema karangan secara
ringkas bertepatan dengan kehendak
soalan.
APAKAH CIRI-CIRI PENDAHULUAN YANG BAIK?
1. Tepat dengan kehendak soalan
2. Jelas dan sesuai dengan kehendak soalan
3. Menggunakan bahasa yang tepat dan jelas
4. Ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan
dalam isi karangan
5. Ditulis dalam satu perenggan
6. Tidak memasukkan isi karangan dalam
pendahuluan
TEKNIK MENGANALISIS SOALAN KARANGAN
1. Baca ketiga-tiga soalan dengan teliti, kemudian pilih satu soalan.
2. Baca soalan yang dipilih dengan teliti. Kemudian gariskan kata-kata kunci:
v Tema (T)
v Kehendak Soalan (KS)
v Format Karangan (F)

Contoh:
Penggunaan telefon pintar dalam kalangan masyarakat semakin meluas.
Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon pintar.

Tema : Penggunaan telefon pintar


Kehendak Soalan : Kebaikan penggunaan telefon pintar
Format Karangan : Karangan Fakta
TEKNIK MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN

AYAT TEMA Setiap soalan karangan ada temanya. Tema


ialah tajuk utama atau tunjang penulisan yang
menjadi tulang belakang penulisan.
AYAT RANGSANGAN Ayat yang berkaitan dengan tema atau ayat
(Mengapa, Bagaimana, Siapa) yang menyentuh tema secara umum.

AYAT ARAHAN Ayat yang mempunyai kata kunci soalan atau


ayat yang menunjukkan hala tuju karangan.
CONTOH MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN
SOALAN 1:
Penggunaan telefon pintar dalam kalangan masyarakat semakin meluas.
Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon pintar.
AYAT TEMA Pada zaman digital ini, penggunaan telefon pintar sangat
meluas secara global bagai cendawan tumbuh selepas
hujan.

AYAT RANGSANGAN Telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup
(Mengapa, Bagaimana, Siapa) para remaja, tidak kira sama ada dari golongan atasan
atau kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa gajet
atau telefon pintar ini telah mempengaruhi cara
masyarakat mengendalikan urusan seharian mereka.
AYAT ARAHAN Namun, apakah kebaikan-kebaikan penggunaan telefon
pintar ini kepada masyarakat?
CONTOH MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN
SOALAN 2:
Masalah pencemaran alam sekitar sudah lama dibincangkan untuk dicari jalan penyelesaiannya, tetapi masih
belum cukup berkesan. Jelaskan usaha-usaha untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar di
Malaysia.

AYAT TEMA Pada dasawarsa ini, tapak bumi telah menjadi tempat
yang tidak selamat untuk didiami. Banyak pencemaran
alam sekitar telah dilakukan oleh manusia.

AYAT RANGSANGAN Hal ini berlaku kerana sikap manusia zaman moden yang
(Mengapa, Bagaimana, Siapa) mementingkan kemewahan merupakan faktor utama.
Namun, manusia tidak sedar bahawa manusialah yang
akan menerima padahnya pada suatu hari nanti.
AYAT ARAHAN Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh diambil
untuk menangani masalah alam sekitar di Malaysia?
Sesungguhnya, semua pihak mempunyai tanggungjawab
untuk mengatasi masalah ini.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai