Anda di halaman 1dari 7

ASPEK-ASPEK PENTING TENTANG KARANGAN

1. Rangka Karangan

Pendahuluan : 1 Perenggan 30 Perkataan

Isi : 4 Isi : 4 Perenggan : 4x30 : 120 Perkataan

Penutup : 1 Perenggan : 30 Perkataan

2. Bentuk Perenggan

JENIS AYAT PENDAHULUAN ISI PENUTUP

Ayat Topik Tema Kehendak Soalan Merumus

1 / 2/ 3 / 4 Kehendak Soalan

Ayat Huraian Huraian Tema Huraian Ulasan Tema

Kehendak Soalan

Ayat Contoh Bukti Huraian Tema Bukti Cadangan

Kehendak Soalan

Ayat Rumus Kehendak Soalan Menegaskan Harapan


Kehendak Soalan

3 Aspek soalan

a) Punca : Faktor/ Sebab/ Apa/ Mengapa


b) Langkah Mengatasi : Cara/ Strategi/ Teknik/ Bagaimana/ Usaha
c) Kesan : Impak/ Implikasi/ Kebaikan/ Kepentingan/ Kelebihan/ Keburukan

TEKNIK MENGARANG KARANGAN PT3


1. Teknik Menganalisis Soalan Karangan

1.1 Baca ketiga-tiga soalan dengan teliti, kemudian pilih satu soalan.
1.2 Baca soalan yang dipilih dengan teliti. Kemudian gariskan gariskan kata-kata kunci:

Tema (T)/ Kehendak soalan (KS)/ Format Karangan (F)/ Kepanjangan Karangan (P)

Contoh :

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat semakin meluas

Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon bimbit.

Tema : Penggunaan Telefon Bimbit


Kehendak soalan : Kebaikan Penggunaan
Format Karangan : Karangan fakta

2.Teknik Menulis Rangka Karangan

2.1 Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.

Ayat Topik Penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global

Ayat Huraian Fungsinya semakin hari semakin canggih

Ayat Contoh melayari internet, mendengar muzik,kamera

Ayat Rumus Banyak membawa kebaikan

Pada zaman digital ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global bagai cendawan
tumbuh selepas hujan. Telefon bimbit bukan lagi sebagai alat perhubungan malah mempunyai pelbagai
fungsi yang semakin hari semakin canggih. Antaranya, kita boleh melayari internet, mendengar muzik,
kamera dan sebaginya. Hal ini banyak membawa kebaikan kepada masyarakat zaman sekarang.

2.2 Teknik Menulis Perenggan Isi.

a. Senaraikan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak soalan.

i. memudahkan komunikasi antara manusia


ii mengurangkan membeli peralatan kamera
iii. meluaskan pengetahuan - internet
iv. menghiburkan hati
b. Kembangkan setiap isi yang telah anda senaraikan dan pastikan huraian isi tidak bercampur aduk.
Tulis 1 isi dalam1 perenggan.

c. Rangka Perenggan Isi (1):

Ayat Topik Memudahkan komunikasi antara manusia

Ayat Huraian Boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masapun dan di mana-
manapun kita berada.

Ayat Contoh Boleh menggunakan kemudahan ‘sms’, watsapp, telegram, viber

kosnya kurang daripada telefon biasa

Ayat Rumus Sistem komunikasi manusia mudah dan berkesan

Antara kebaikannya, penggunaan telefon bimbit memudahkan komunikasi antara manusia. Kita boleh
menghubungi seseorang pada bila-bila masa dan di mana-manapun kita berada. Hal ini demikian kerana
telefon bimbit mempunyai kemudahan seperti 'sms', 'mms', 'whatsApps', 'telegram', 'viber' dan
sebagainya. Tambahan pula kos penggunaanya juga kurang berbanding dengan telefon biasa.
Natijahnya, sistem komunikasi manusia sangat mudah dan berkesan.

2.3 Teknik Menulis Perenggan Penutup

Ayat Topik Berfaedah kepada sesiapa sahaja

Ayat Huraian Telefon bimbit dianggap sebagai keperluan berisiko

Ayat Contoh Satu keperluan yang tidak boleh diabaikan

Ayat Rumus Bijak menggunakannya - agar tidak membawa kemudaratan

Izharnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat sangat berfaedah kepada sesiapa
sahaja. Namun begitu, semakin tinggi teknologi maklumat berkembang, semakin berisiko nyawa
manusia di ambang kemajuan era globalisasi. Telefon bimbit sudah dianggap sebagai barangan yang
dikategorikan sebagai keperluan yang berisiko. Walau bagaimanapun, telefon bimbit dianggap satu
keperluan yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu, kita perlu bijak menggunakan telefon bimbit agar tidak
membawa kemudaratan.

JENIS-JENIS PENDAHULUAN DALAM PENULISAN KARANGAN

APAKAH FUNGSI PENDAHULUAN DALAM KARANGAN


a) Menarik perhatian dan minat pembaca
b) Menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan disentuh dalam isi karangan
c) Menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan dengan kehendak soalan

APAKAH CIRI-CIRI PENDAHULUAN YANG BAIK?

a) Tepat dengan kehendak soalan


b) Jelas dan sesuai dengan kehendak soalan
c) Menggunakan Bahasa yang tepat dan jelas
d) Ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan dalam isi
karangan
e) Ditulis dalam satu perenggan
f) Tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan

Umpama sebuah pintu, pendahuluan sangat penting bagi menarik minat pembaca untuk mengetahui isi-isi
yang akan dikemukakan oleh penulis dalam karangan.

JENIS-JENIS PENDAHULUAN KARANGAN

I) Pendahuluan jenis definisi


II) Pendahuluan jenis pendapat
III) Pendahuluan jenis suasana
IV) Pendahuluan jenis persoalan
V) Pendahuluan jenis peribahasa
VI) Pendahuluan puisi
VII) Pendahuluan gabungan

i) PENDAHULUAN JENIS DEFINISI


- memberikan takrif-makna-definisi (dengan merujuk kamus)

Contoh:
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah
bukan sahaja membabitkan orang dewasa melahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah
kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998. Di
samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa. Usaha-usaha pelbagai
pihak amat diperlukan untuk membendung jenayah.

ii) PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT


- Menyatakan pendapat seseorang tokoh

Contoh:
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A Bhg Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar
berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan
sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama
meneruskan pembangunan. Langkah-langkah yang drastic harus diambil untuk memastikan kegiatan
pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam masa yang sama pencemaran dapat dielakkan.

iii) PENDAHULUAN JENIS SUASANA


- Menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.

Contoh:
Bas yang berhawa dinginterus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan
sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami.
Sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser, sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang
akan kami lalui nanti.

iv) PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN


- Mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk.

Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang akan
dikatakan kecemerlangan? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya?
Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan?
Soalnya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan?

v) PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA


- Memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

Contoh:
Peribahasa Melayu “ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan tebing” amat
sesuai kea rah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan siat-sifat
yang menggambarkan wujudnya hubungan kasih saying dalam sesebuah komuniti. Namun semangat
berkerjasama dalam masyarakat semakin hari semakin terhakis terutama di kawasan bandar. Punca-punca
permasalahan ini perlu dibincangkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

vi) PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU


- Mengemukakan sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan tema karangan.

Duhai apakah gerangan budi balasan


Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran air mata bila mengenangkan


Betapakah besar budi, ibunda berikan
siang malam..menderita hingga entah bila
sungguh besar pengorbanan ibunda berikan

Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik


lagu ini. Ibu telah melahirkan dan mendidik seseorang anak
menjadi insan yang Berjaya dan berguna kepada keluarga, bangsa dan tanah air. Kasih saying dan budi
seseorang ibu tanpa mengharap sebarang balasan, tetapi sudah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk
membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.

vii) PENDAHULUAN GABUNGAN

Contoh:
Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinikan sebagai kegiatan laku musnah yang
berkaitan dengan tindakan merosakkan atau memusnahkan harta benda termasuk kemudahan awam.
Gejala memusnahkan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas, telefon awam, kemudahan di
sekolah dan sebagainya. Persoalannya mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku dalam kalangan
remaja? Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membendung gejala ini?

Anda mungkin juga menyukai