Anda di halaman 1dari 4

JENIS-JENIS PENDAHULUAN DALAM PENULISAN KARANGAN

 APAKAH FUNGSI PENDAHULUAN DALAM KARANGAN? 

 Menarik perhatian dan minat pembaca

 Menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan disentuh


dalam isi karangan

 Menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan dengan kehendak soalan.

APAKAH CIRI-CIRI PENDAHULUAN YANG BAIK?

 Tepat dengan kehendak soalan

 Jelas dan sesuai dengan kehendak soalan

 Menggunakan bahasa yang tepat dan jelas

 Ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan dalam isi karangan

 Ditulis dalam satu perenggan

 Tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan

Umpama sebuah pintu, pendahuluan sangat penting bagi menarik minat


pembaca untuk  mengetahui isi-isi yang akan dikemukan oleh penulis dalam karangan.

JENIS-JENIS PENDAHULAUAN KARANGAN

Pendahuluan Jenis Definisi


Pendahuluan Jenis Pendapat
Pendahuluan Jenis Suasana
Pendahuluan Jenis Persoalan
Pendahuluan Jenis Peribahasa
Pendahuluan Puisi
Pendahuluan Gabungan
PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·

Memberikan takrif · makna · definisi (dengan merujuk kamus)

Contoh :
          Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau
peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja
juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes
pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang
dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.  Usaha-usaha pelbagai pihak amat
diperlukan untuk membendung jenayah.

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -


Menyatakan pendapat seseorang tokoh

Contoh :
      Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran
alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun
pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan
mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan.
Llangkah-langkah yang drastik harus diambil untuk memastikan kegiatan pembangunan
dapat diteruskan di negara kita dan dalam masa yang sama pencemaran dapat
dielakkan.

PENDAHULUAN JENIS SUASANA -


Menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.

Contoh :

Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan
perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-
abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang
anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.
PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -
Mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk

Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka.
Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh
membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang
usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor
yang mempengaruhi kecemerlangan ?

PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -


Memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

Contoh:
Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan
tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-
anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih
sayang dalam sesebuah komuniti.  Namun semangat berkerjasama dalam masyarakat
semakin hari semakin terhakis terutama di kawasan bandar.  Punca-punca
permasalahan ini perlu dibincangkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU


Mengemukakan  sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan tema karangan
              
                                 Duhai apakah gerangan budi balasan
                                  Bagi insan melahirkan, membesarkan
                                  Bercucuran air mata bila mengenangkan
                                  betapakah bersar budi , ibunda berikan
                                  siang malam ..menderita hingga entah bila
                                  sungguh bersar pengorbanan ibunda berikan
Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik lagu ini.  
Ibu telah melahirkan dan mendidik seseorang anak menjadi insan yang berjaya dan
berguna kepada keluarga, bangsa dan tanah air.  Kasih sayang dan budi seorang ibu
tanpa mengharap sebarang balasan, tetapi sudah menjadi tanggungjawab anak-anak 
untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.

PENDAHULUAN GABUNGAN
Menggabungkan dua atau lebih jenis pendahuluan

Contoh:

    Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan sebagai kegiatan laku
musnah yang berkaitan dengan tidakan merosakkan atau memusnahkan harta benda
termasuk kemudahan awam.  Gejala memusnahkan kemudahan awam seperti pondok
menunggu bas, telefon awam, kemudahan di sekolah dan sebagainya.  Persoalannya
mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku dalam kalangan remaja?  Apakah
usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membendung gejala ini?

Anda mungkin juga menyukai