Anda di halaman 1dari 2

APAKAH FUNGSI PENDAHULUAN DALAM

KARANGAN?
menarik
perhatian
dan
minat
pembaca
menunjukkan arah kepada pembaca
tentang
persoalan
yang
akan
disentuh dalam isi karangan
menjelaskan tema karangan secara
ringkas bertepatan dengan kehendak
soalan.
APAKAH CIRI-CIRI PENDAHULUAN YANG
BAIK?
Tepat dengan kehendak soalan
jelas dan sesuai dengan kehendak
soalan
menggunakan bahasa yang tepat
dan jelas
ada perkaitan dengan isu yang
dibincangkan dalam isi karangan
ditulis dalam satu perenggan
tidak memasukkan isi karangan
dalam pendahuluan
Umpama sebuah pintu, pendahuluan
sangat penting bagi menarik minat
pembaca untuk mengetahui isi-isi yang
akan dikemukan oleh penulis dalam
karangan.
JENIS-JENIS PENDAHULAUAN KARANGAN
(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa
(vi) pendahuluan puisi
(vii) pendahuluan gabungan

PENDAHULUAN JENIS DEFINISI


memberikan takrif makna definisi
(dengan merujuk kamus)
Contoh :
Jenayah ditakrifkan sebagai
perbuatan yang melanggar undangundang atau peraturan. Jenayah bukan
sahaja membabitkan orang dewasa
malahan golongan remaja juga. Menurut
kajian polis, jumlah kes jenayah telah
bertambah daripada 40 021 kes pada
tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun
1998 Di samping itu, kesalahan yang

dilakukan juga semakin serius dari semasa


ke semasa. Usaha-usaha pelbagai pihak
amat diperlukan untuk membendung
jenayah.
PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh :
Menurut Mantan Perdana Menteri,
Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad,
pencemaran alam sekitar berpunca
daripada kegiatan pembangunan. Walau
bagaimanapun pembangunan tidak boleh
dihentikan sama sekali. Apa yang perlu
adalah dengan mengurangkan
pencemaran tetapi pada masa yang sama
meneruskan pembangunan. Langkahlangkah yang drastik harus diambil untuk
memastikan kegiatan pembangunan dapat
diteruskan di negara kita dan dalam masa
yang sama pencemaran dapat dielakkan.

PENDAHULUAN JENIS SUASANA menggambarkan sesuatu melalui


suasana/situasi yang sesuai.
Contoh :
Bas yang berhawa dingin terus berlalu
menyusur jalan yang bengkang-bengkok
dengan perlahan sekali. Rasa mual dan
mengantuk hilang apabila kami dihiburkan
oleh abang-abang yang memandu kami .
sepanjang perjalanan ke puncak Bukit
Fraser , sepasang anak mataku sempat
mengintai hutan rimba yang akan kami
lalui nanti.
PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN mengemukakan beberapa ayat tanya yang
berkaitan dengan tajuk
Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan
untuk menjamin kejayaan bagi diri
mereka. Apakah yang dikatakan
kecemerlangan ? Apakah dengan
kecemerlangan boleh membuatkan
seseorang itu berjaya ? Apakah dengan

berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha


seseorang itu boleh mencapai
kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktorfaktor yang mempengaruhi kecemerlangan
?
PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA memasukkan satu atau lebih peribahasa
Melayu yang sesuai.
Contoh:
Peribahasa Melayu ringan sama dijinjing,
berat sama dipikul dan seperti aur
dengan tebing amat sesuai ke arah
mewujudkan masyarakat penyayang yang
anggota-anggotanya mengamalkan sifatsifat yang mengambarkan wujudnya
hubungan kasih sayang dalam sesebuah
komuniti. Namun semangat berkerjasama
dalam masyarakat semakin hari semakin
terhakis terutama di kawasan bandar.
Punca-punca permasalahan ini perlu
dibincangkan oleh pihak-pihak yang
bertanggungjawab.
PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU
- mengemukakan sedutan
lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan
tema karangan

Duhai apakah gerangan


budi balasan
Bagi insan melahirkan,
membesarkan Bercucuran air mata bila
mengenangkan betapakah bersar budi ,

ibunda berikan siang malam ..menderita


hingga entah bila sungguh bersar
pengorbanan ibunda berikan
Pengorbanan dan jasa seorang ibu
tergambar jelas dalam lirik lagu ini. Ibu
telah melahirkan dan mendidik seseorang
anak menjadi insan yang berjaya dan
berguna kepada keluarga, bangsa dan
tanah air. Kasih sayang dan budi seorang
ibu tanpa mengharap sebarang balasan,
tetapi sudah menjadi tanggungjawab
anak-anak untuk membalas segala jasa
dan pengorbanan mereka.
PENDAHULUAN GABUNGAN
- Menggabungkan dua atau lebih jenis
pendahuluan
Contoh:
Menurut kamus, kegiatan vandalisme
boleh didefinasikan sebagai kegiatan laku
musnah yang berkaitan dengan tidakan
merosakkan atau memusnahkan harta
benda termasuk kemudahan awam. Gejala
memusnahkan kemudahan awam seperti
pondok menunggu bas, telefon awam,
kemudahan di sekolah dan sebagainya.
Persoalannya mengapakah gejala
vandalisme ini sering berlaku dalam
kalangan remaja? Apakah usaha-usaha
yang boleh dilakukan untuk membendung
gejala ini?

Anda mungkin juga menyukai