Anda di halaman 1dari 30

JUL 401

BAHASA MALAYSIA
IV
DR. DARWALIS SAZAN
darwalissazan@usm.my
046534564
OBJEKTIF PELAJARAN
PERBINCANGAN KERJA TUGASAN

JENIS KARANGAN

STRUKTUR KARANGAN

PENULISAN KARANGAN

PEMARKAHAN KARANGAN
APAKAH YANG
DIMAKSUDKAN
DENGAN KARANGAN ?
4

“Menulis karangan merujuk pengertian membina beberapa ayat yang


saling berhubungan, gramatis dan dapat menceritakan sesuatu”.

W W W . W E B S I T E . C O M
“Menulis karangan merujuk gabungan idea dengan bahasa”.

M U K I D I
01 Mengetahui pengetahuan bahasa 02 Memiliki pengetahuan yang
baik, kreatif dan mantap
mengenai topik atau isu dalam
penulisan.

03 Menguasai mekanisme karangan 04 Karangan yang mencakupi


dan berupaya menyampaikan penggunaan ejaan dan
mesej kepada pembaca. dokumentasi untuk menarik
pembaca tentang idea
dibahasakan.
6

JENIS
.

KARANGAN
JENIS KARANGAN BERFORMAT
i. Jenis Surat Kiriman Rasmi

ii. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi

iii. Karangan jenis Ucapan

iv. Karangan jenis Syarahan

v. Karangan jenis Dialog/Temuramah / Perbualan / Wawancara

vi. Karangan jenis Berita

vii. Karangan jenis Catatan Diari

viii.Karangan jenis Laporan

ix. Karangan jenis Perbahasan

x. Kad Jemputan
JENIS KARANGAN TIDAK BERFORMAT

i. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata

ii. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi

iii. Karangan Jenis Fakta / Penerangan

iv. Karangan Jenis Perbincangan

v. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita

vi. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi

vii. Karangan Jenis Peribahasa


9

STRUKTUR
.

KARANGAN
10

PENDAHULUAN ISI PENUTUP


11

PENDAHULUAN
 Pendahuluan, pembukaan mukadimah

 Isu, tema, atau gagasan utama karangan

 Tarik pembaca – membaca hingga akhir

 Pengolahan ayat yang menarik dan berkesan


12

CIRI-CIRI PENDAHULUAN
 Pendahuluan perlu mengambarkan tajuk perbincangan dan
keseluruhan isi yang hendak dibincangkan.

W W W . W E B S I T E . C O M
a. Pendahuluan jenis definisi
b. Pendahuluan jenis pendapat
c. Pendahuluan jenis peribahasa atau puisi
d. Pendahuluan jenis persoalan
e. Pendahuluan jenis situasi atau suasana
f. Pendahuluan jenis sejarah

M U K I D I
13

PENDAHULAN JENIS DEFINISI PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA


ATAU PUISI

Makanan segera atau padanan bahasa Gejala rasuah di Malaysia perlu “jiran sepakat membawa berkat”,
Inggeris ‘fast foods’ merupakan dibendung segera jika tidak negara itulah peribahasa yang sangat tepat
makanan yang mudah dan cepat untuk boleh diancam bahaya. Presiden digunakan sebelum ini oleh
disediakan. Biasanya masa yang Institut Tadbir Urus Korporat masyarakat di luar bandar dalam
diambil untuk menyediakan makanan Malaysia (MICG), Datuk Megat tradisi bermasyarakat. Bagi mereka
ini lebih kurang lima minit. Najmudin Megat Khas, berpendapat yang tinggal di bandar budaya ini
amalan rasuah ini bukan sahaja mungkin pupus sekiranya tiada
serius dalam institusi swasta tetapi usaha untuk terus memupuknya.
turut membabitkan sektor dan
kakitangan kerajaan.
14

PENDAHULAN JENIS PERSOALAN PENDAHULUAN JENIS SITUASI/SUASANA PENDAHULUAN JENIS SEJARAH

Makan di luar seolah-olah sudah Baru-baru ini kita dikejutkan Era muzik moden yang memasuki
menjadi suatu cara hidup bagi dengan satu kes pembunuhan yang abad ke-20 menampakkan
kebanyakan penduduk di Malaysia. membabitkan seorang murid kemajuan dari segi teknologi
Hal ini dibuktikan dengan pelbagai perempuan berusia 10 tahun si pembikinan dan penggunaan muzik.
perniagaan makanan sama ada di sebuah sekolah rendah. Pembunuh Perkembangan muzik moden selaras
gerai, restoran atau pusat makanan terbabit dipercayai membunuh dengan kemajuan teknologi
segera. Mengapakah sesebuah rakan sekelas pelajar yang mati elektronik yang menjana rentak,
keluarga perlu makan di luar? Adakah dibunuh dan mencederakan pelajar irama dan melodi yang pelbagai.
ini merupakan suatu tabiat yang lain.
perlu?.
1
5

ISI
 Mempunyai banyak fakta dan maklumat, huraian serta contoh.

 Huraian maklumat dan contoh, iaitu penjelasan lanjut dalam bentuk ayat,
statistik, kutipan, carta dan rajah yang bertujuan menyokong atau
menjelaskan fakta, idea dan pendapat.

 Isi perlu ada, kesatuan idea, urutan idea, penonjolan idea utama.

 Bilangan perenggan bergantung kepada bilangan isi atau idea, huraian dan
contoh.

 Huraian merupakan hujah yang dapat meyakinkan pembaca atau


penggunaan gaya yang tepat dan logik akal.
1

CONTOH ISI KARANGAN


6

Seni mempertahankan diri dapat menyihatkan tubuh badan kita.


Murid-murid yang menyertai seni mempertahankan diri akan dapat
melakukan pelbagai gerakan anggota badan mereka. Misalnya, silat,
taekwando, karate do, judo dan lain-lain. Jelaslah bahawa seni
mempertahankan diri sememangnya memberi manfaat yang banyak
terhadap kesihatan tubuh badan manusia.

Seni mempertahankan diri juga dapat menambah keyakinan diri


seseorang. Sikap ini akan menjadi suatu kebiasaan dalam diri dan kita
tidak akan bermasalah apabila menghadapi sesuatu cabaran. Contohnya,
perkara yang tidak diingini berlaku atau perkara kecemasan yang lain.
Tuntasnya, manfaat seni mempertahankan diri seharusnya dijadikan asas
kemahiran kita dalam menghadapi apa jua cabaran di samping
menambahkan keyakinan.
1
7

CONTOH ISI KARANGAN YANG JELAS DAN CONTOH ISI KARANGAN YANG TIDAK
TEPAT JELAS DAN TIDAK TEPAT
Dewasa ini, masalah sosial kian Dewasa ini, masalah sosial kian
mendapat perhatian semua golongan. Salah mendapat perhatian semua golongan.
satu cara untuk membendung masalah Salah satu cara untuk membendung
sosial dalam kalangan remaja ialah peranan masalah sosial dalam kalangan remaja
institusi keluarga. ialah peranan institusi keluarga.

Sebarang bentuk pertengkaran Hal ini demikian kerana dengan


hendaklah dihindarkan, sebaliknya ketua adanya mata pelajaran Sejarah, semangat
keluarga mengambil langkah untuk patriotik dapat disebarkan secara
merancang sesuatu yang membina kepada menyeluruh dengan lebih mendalam
ahli keluarganya seperti bersembahyang dan mengenai sejarah negara kita.
makan bersama.

Oleh itu, memang tidak dinafikan Oleh itu, mempelajari mata pelajaran
bahawa peranan institusi keluarga Sejarah amat penting bagi melahirkan
merupakan satu cara bagi membendung pelajar yang berjiwa patriotik dan
masalah sosial remaja pada masa kini mempunyai semangat cinta akan tanah
air.
1
8

PENUTUP

 Harus menarik, ringkas dan padat.

 Memberi gambaran yang jelas mengenai struktur esei atau keseluruhan


penceritaan esei yang membawa kepada hubungkaitnya dengan idea utama
dan topik.

 Memberi penegasan isi utama pada bahagian awal dan akhir perenggan
tentang idea umum, idea khusus dan idea umum.
1
9

Contoh 1: Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani


oleh pihak berkuasa dengan kerjasama anggota masyarakat.
Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen secara besar-
besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat
Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah tidak diatasi sudah
tentu perkaraini akan merosakkan jentera pentadbiran negara.
Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini
dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi lebih serius.
Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat
dan negara kita akan bebas daripada dibelenggu rasuah.

Contoh 2: Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif


kita sendiri. Jika kita inginkan kesihatan kita sentiasa sihat, kita
perlulah melibatkan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang
boleh menyihatkan tubuh badan seperti pengambilan makanan
seimbang, melakukan aktiviti rekreasi, menyertai aktiviti sukan
dan mendapatkan rawatan kesihatan secara sempurna. Oleh itu,
untuk menyokong kerajaan dalam merealisasikan wawasan, kita
perlulah memastikan tahap kesihatan kita dalam keadaaan
terbaik.
2
0
2
1

• Kedua, ketiga, • Akhir sekali,


• Pertama, • Selain itu, • Rumusannya,
• Dewasa ini, • Di samping itu, • Kesimpulannya,
• Pada masa ini, • Sehubungan • Natijahnya,

PENUTUP
PENGENALAN

• Marcapada ini, dengan itu, • Secara tuntas,


• Sejak akhir- ISI • Sejajar dengan • Konklusinya,
akhir ini, itu, • Intihanya,
• Kebelakangan • Lanjutan itu,
ini, • Retetan itu,
• Kini,
2
2

CONTOH SOALAN

1 Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas


kemerdekaan Malaysia, dikatakan kurang mempunyai semangat
kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan
keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang
sesuai untuk mengatasinya.
2
3

Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas


kemerdekaan Malaysia, dikatakan kurang mempunyai
semangat kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang
menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah-
langkah yang sesuai untuk mengatasinya.

A
R
2
4

CONTOH PENDAHULUAN

Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai


wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. Namun, generasi muda di
negara kita masa kini kurang mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka.
Pekara ini menjadi lumrah terutamanya dalam kalangan generasi muda yang
dilahirkan selepas kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat
nasionalisme dalam kalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para
pemimpin negara kita cuba menyelami punca-punca berlakunya masalah ini dan
sekaligus merangka langkah-langkah yang efektif untuk membendungnya.
2
5

CONTOH ISI KARANGAN


Punca-punca utama yang menyebabkan generasi muda kurang tersemai semangat
nasionalisme dalam diri ialah kerana mereka tidak pernah mengalami dan merasai
susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah (1). Mereka tidak
merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut,
Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela,Rentap dan lain- lain lagi (2). Ini tidak
menghairankan kita kerana generasi muda dilahirkan semasa negara dalam
keadaan aman damai (3). Lagipun negara kita telah mengalami pertumbuhan
ekonomi dan pembangunan yang amat pesat (4). Negara kita pada masa ini boleh
dikatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di
rantau ini(5). Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenangan hidup
yang dirasai dan dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas
kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam diri mereka (6).

1 > Ayat topik


2 > 5 Huraian/ contoh
6 > Ayat kesimpulan kecil
2

CONTOH PENUTUP
6

KARANGAN

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia wajib bertanggungjawab dan tidak


boleh sama sekali memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara
sendiri. Memandang ringan gejala ini akan membawa kesan buruk kepada negara.
Kita harus ingat bahawa pemuda hari ini adalah bakal menerajui pucuk pimpinan
negara suatu hari kelak, bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang berganti.
Oleh itu kita perlu melahirkan warganegara yang mempunyai semangat
kebangsaan kerana golongan inilah yang akan mengangkat martabat negara kita
ke persada antarabangsa pada masa depan.
2
7

PEMARKAHAN
.

KARANGAN
2

PEMARKAHAN KARANGAN 8

PENUTUP
ISI
PENDAHULUAN  Menggambarkan
 Isi yang baik dan tidak keseluruhan karangan
berputar-belit. yang dihasilkan.

 Cara penyampaian isi atau  Kenyataan bernas yang


 Memperlihatkan tajuk mengemukakan isi dapat menunjukkan
kematangan. anda. penutup yang kreatif
dan kritis.
 Markah berdasarkan skema  Huraian berserta contoh yang
yang dinyatakan. konkrit.
 Elakkan menggunakan kata
pinjaman seandainya
perkataan asli wujud.
 Penggunaan tatabahasa yang
betul dan tepat.
2
9

Kuliah Seterusnya:

Peperiksaan Berterusan (belum


ditentukan tarikh lagi)
&
Kuliah 3 : Tatabahasa Bahagian 2

Mac 2023
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai