Anda di halaman 1dari 2

JENIS-JENIS PENDAHULUAN KARANGAN

I)            Pendahuluan jenis definisi IV)           Pendahuluan jenis peribahasa

II)           Pendahuluan jenis pendapat V)          Pendahuluan jenis persoalan
III)          Pendahuluan jenis suasana VI)         Pendahuluan gabungan

i) PENDAHULUAN JENIS DEFINISI

-          memberikan takrif-makna-definisi (dengan merujuk kamus)

Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah
bukan sahaja membabitkan orang dewasa melahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah
kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998.
Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa. Usaha-usaha
pelbagai pihak amat diperlukan untuk membendung jenayah.

ii) PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT

-          Menyatakan pendapat seseorang tokoh

Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A Bhg Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar
berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan
sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama
meneruskan pembangunan. Langkah-langkah yang drastic harus diambil untuk memastikan kegiatan
pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam masa yang sama pencemaran dapat dielakkan.

iii) PENDAHULUAN JENIS SUASANA

-          Menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.

Bas yang berhawa dinginterus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan
sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami.
Sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser, sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang
akan kami lalui nanti.

iv) PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN

-          Mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk.

Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang
akan dikatakan kecemerlangan? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu
berjaya? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai
kecemerlangan? Soalnya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan?

v) PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA

-          Memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

Peribahasa Melayu “ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan tebing” amat
sesuai kea rah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan siat-sifat
yang menggambarkan wujudnya hubungan kasih saying dalam sesebuah komuniti. Namun semangat
berkerjasama dalam masyarakat semakin hari semakin terhakis terutama di kawasan bandar. Punca-
punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

vii)      PENDAHULUAN GABUNGAN

Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinikan sebagai    kegiatan laku musnah yang
berkaitan dengan tindakan merosakkan atau memusnahkan harta benda termasuk kemudahan awam.
Gejala memusnahkan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas, telefon awam, kemudahan di
sekolah dan sebagainya. Persoalannya mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku dalam kalangan
remaja? Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membendung gejala ini?

Anda mungkin juga menyukai