Anda di halaman 1dari 3

APAKAH CIRI-CIRI PENDAHULUAN YANG BAIK?

Tepat dengan kehendak soalan

jelas dan sesuai dengan kehendak soalan

menggunakan bahasa yang tepat dan jelas

ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan dalam isi karangan

ditulis dalam satu perenggan

tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan

Umpama sebuah pintu, pendahuluan sangat penting bagi menarik minat


pembaca untuk mengetahui isi-isi yang akan dikemukan oleh penulis dalam karangan.

JENIS-JENIS PENDAHULAUAN KARANGAN


(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa
(vi) pendahuluan puisi
(vii) pendahuluan gabungan

PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·


memberikan takrif · makna · definisi (dengan merujuk kamus)

Contoh :
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau
peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja
juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada
tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan
juga semakin serius dari semasa ke semasa. Usaha-usaha pelbagai pihak amat diperlukan
untuk membendung jenayah.

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -


menyatakan pendapat seseorang tokoh

Contoh :
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran
alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun
pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan
mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan
pembangunan. Llangkah-langkah yang drastik harus diambil untuk memastikan kegiatan
pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam masa yang sama pencemaran
dapat dielakkan.
PENDAHULUAN JENIS SUASANA -
menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.

Contoh :
Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan
perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-
abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak
mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -


mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk

Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka.
Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh
membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang
usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi kecemerlangan ?

PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -


memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

Contoh:
Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan
tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya
mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam
sesebuah komuniti. Namun semangat berkerjasama dalam masyarakat semakin hari
semakin terhakis terutama di kawasan bandar. Punca-punca permasalahan ini perlu
dibincangkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU


- mengemukakan sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan tema karangan

Duhai apakah gerangan budi balasan


Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran air mata bila mengenangkan


betapakah bersar budi , ibunda berikan
siang malam ..menderita hingga entah bila
sungguh bersar pengorbanan ibunda berikan

Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik lagu ini.
Ibu telah melahirkan dan mendidik seseorang anak menjadi insan yang berjaya dan berguna
kepada keluarga, bangsa dan tanah air. Kasih sayang dan budi seorang ibu tanpa
mengharap sebarang balasan, tetapi sudah menjadi tanggungjawab anak-anak
untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.
PENDAHULUAN GABUNGAN
- Menggabungkan dua atau lebih jenis pendahuluan

Contoh:

Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan sebagai kegiatan laku musnah
yang berkaitan dengan tidakan merosakkan atau memusnahkan harta benda termasuk
kemudahan awam. Gejala memusnahkan kemudahan awam seperti pondok menunggu
bas, telefon awam, kemudahan di sekolah dan sebagainya. Persoalannya mengapakah
gejala vandalisme ini sering berlaku dalam kalangan remaja? Apakah usaha-usaha yang
boleh dilakukan untuk membendung gejala ini?

Anda mungkin juga menyukai