Anda di halaman 1dari 5

Skop Kajian Teks Sastera

1. SINOPSIS:

Ringkasan cerita yang merangkumi perkara-perkara penting dalam sesebuah

novel atau cereka. Ringkasan mestilah memasukkan peristiwa pada


bahagaian permulaan , kemuncak dan peleraian cerita secara ringkas.

2. TEMA :

- Idea utama atau persoalan pokok yang hendak disampaikan oleh penulis

dalam sesebuah karya.

- Tema sesuatu karya boleh tidak dinyatakan secara langsung dengan jelas

tetapi dinyatakan melalui unsur-unsur yang membentuk karya itu.

- Oleh sebab itu tema sesuatu karya lazimnya dapat diketahui hanya sesudah

karya itu dibaca dan dihayati seluruhnya.

- Banyak perkara yang boleh dijadikan tema bagi sesuatu karya, misalnya keadilan,
perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam, ka.sih sayang dan
sebagainya

3. PERSOALAN:

- Idea-idea sampingan yang hendak disampaikan oleh penulis dalam karya

mereka yang ada hubungannya dengan tema.

- Wujudnya persoalan-persoalan dalam sesuatu karya bertujuan menghidupkan


dan memperkukuh tema yang cuba diketengahkan oleh pengkarya.

PEMIKIRAN
- Pemikiran membawa maksud yang sama dengan tema dan persoalan.

- Walau bagaimanapun, pemikiran lazimnya digunakan dalam genre drama dan puisi.

4. Plot :

Jalinan peristiwa atau jalan cerita dalam sesebuah karya sastera yang terjadi berdasarkan
hukum SEBAb dan AKIBAT. Terdiri daripada 4 peringkat :

a) eksposisi/permulaan cerita

b) perkembangan dan perumitan cerita

c) klimaks/kemuncak cerita dan

d) peleraian/penyelesaian masalah.

5. Watak :

Manusia, binatang atau makhluk lain yang menjadi pelaku atau

pelakon cereka yang yang dicipta oleh seseorang pengarang.

6. Jenis-jenis Watak

a) Watak Utama :

Watak yang menjadi fokus utama yang mengerakkan sesuatu cerita.

b) Watak Sampingan:

Watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak Utama.

c) Watak Antagonis

Watak hitam adalah watak yang jahat atau watak yang buruk dalam sesuatu karya.
d) Watak Protagonis

Watak putih adalah watak yang baik atau watak yang menonjolkan nilai-nilai
yang murni dalam sesuatu karya.

e) Watak bundar adalah watak yang bersifat kompleks dan segala


sifatnya dijelaskan secara terperinci.

f) Watak pipih adalah watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan
sangat dalam sesuatu karya.

g) Watak dinamik adalah watak yang aksi, fikiran, pandangan, atau


perasaannya berkembang dan sering berubah.

h) Watak statik adalah watak yang tidak mengalami sebarang perubahan


atau fikirannya tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita.

i) Watak kodi adalah watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat. Watak nenek
kebayan dalam cerita-cerita rakyat merupakan contoh watak kodi.

7. Latar :

"Setting” atau tempat yang menunjukkan lokasi dan gambaran/suasana


sesuatu peristiwa itu berlaku.

8. Latar tempat: Tempat di mana berlakunya peristiwa

9. Latar masa: Waktu kejadian dalam sesebuah cereka yang meliputi


zaman, musim dan masa.

10. Latar masyarakat: Gambaran tentang keadaan masyarakat semsa peristiwa

dalam cereka berlaku

11. Nilai Murni:


unsur-unsur bernilai baik/positif yang boleh dicontohi dalam kehidupan

12. Mesej/Pengajaran/Amanat

Unsur atau perkara yang boleh dijadikan peringatan, pedoman dan


pengajaran kepada pembac

Teknik Penceritaan dalam Teks Sastera

1. Teknik Suspens: Digunakan oleh pengarang supaya pembaca


tertanya-tanya mengapa sesuatu peristiwa itu terjadi.

2. Teknik Kejutan : Penulis memasukkan sesuatu watak secara tiba-tiba.

3. Teknik Dialog : Percakapan watak-watak sama ada dituturkan secara jelas/


perlahan kepada orang lain.

4. Teknik Monolog : Pertuturan atau pengucapan watak secara bersendirian


seperti ratapan, doa, dan perasaan watak.

5. Teknik Monolog Dalaman: Percakapan/pertuturan di dalam hati. Hanya


dirinya yang mendengar dan memahami apa yang diucapkan

6. Prolog /Prakata: Terdapat dalam drama,disampaikan dalam pelbagai bentuk


seperti puisi, nyanyian dan pernyataan. Prolog dibacakan oleh salah
seorang pelakon.

7. Epilog: Pernyataan sebagai penutup sesuatu penulisan atau karya. Boleh


diucapkan dalam bentuk puisi, syair atau huraian pantun.

8. Teknik Pemerian:Pemaparan yang jelas, terperinci dan hidup tentang


suasana latar dan peristiwa yang dialami oleh watak.
9. Teknik Imbas Muka: Cara pengarang membayangkan/meramalka /
membuat andaian tentang perkara akan datang yang belum berlaku.

10. Teknik Imbas Kembali: mempersembahkan cerita dengan mengingat


kembali peristiwa melalui ingatan, khayalan dan sebagainya.

11. Kronologi : Mengikut perkembangan masa

12. Sudut Pandangan: Cara pengarang meletakkan kedudukan dirinya ketika

mengembangan sesuatu plot.

13. Sudut Pandangan Orang Pertama: Kata ganti nama diri pertama, iaitu ‘aku’

seringkali digunakan.

14. Sudut Pandangan Orang Ketiga: Pengarang meletakkan dirinya di luar


daripada watak-watak atau pelaku-pelaku yang diceritakan. Pengarang
kerap menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu ‘dia’ dan ‘mereka’.

15. Nada: Bunyi tinggi rendah/ tekanan suara ketika mendeklamasikan sajak.

- nada melankolik ( murung/sedih )

- nada romantis ( percintaan/keindahan)

- nada protes ( tentangan/ sanggahan )

- nada sinis ( mengejek/mempersenda )

- nada patriotik (semangat kebangsaan)

Anda mungkin juga menyukai