Anda di halaman 1dari 9

NOTA KOMSAS - ASPEK DAN ISTILAH SASTERA (PMR & SPM)

A. TEMA DAN PERSOALAN

TEMA

1. Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan oleh pengkarya, sama
ada cerpenis, novelis, penyair, atau penulis skrip drama bagi mendasari karyanya.

2. Dalam upaya mengumpulkan, memilih, dan menyusun bahan-bahan bagi sesuatu karya,
temalah yang menjadi panduan kepada pengkarya.

3. Tema sesuatu karya boleh tidak dinyatakan secara langsung dengan jelas tetapi
dinyatakan melalui unsur-unsur yang membentuk karya itu.

4. Itulah sebabnya tema sesuatu karya lazimnya dapat diketahui hanya sesudah karya itu
dibaca dan dihayati seluruhnya.

5. Banyak perkara yang boleh dijadikan tema bagi sesuatu karya, misalnya keadilan,
perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam, dan lain-lain
sebagainya.

PERSOALAN

1. Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya
dengan tema.

2. Wujudnya persoalan-persoalan dalam sesuatu karya bertujuan menghidupkan


dan memperkukuh tema yang cuba diketengahkan oleh pengkarya.

PEMIKIRAN

1. Pemikiran membawa maksud yang sama dengan tema dan persoalan.

2. Walau bagaimanapun, pemikiran lazimnya digunakan dalam genredrama dan puisi.

AMANAT

1. Amanat yang dikenal juga sebagai pengajaran atau mesej bermaksud perutusan yang
ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.

2. Dalam karya sastera tradisional, amanat tersurat dengan jelas kerana disampaikan
secara langsung oleh pengarang. Contohnya :-

(a) Hancur badan dikandung tanah,


Budi yang baik dikenang juga.
(b) Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
(c) Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati.

3. Dalam karya sastera moden, amanat itu tersirat kerana disampaikan secara tidak
langsung.

B. WATAK DAN PERWATAKAN

1. Watak ialah sesuatu objek atau pelaku, baik manusia mahupun makhluk lain seperti
haiwan, tumbuhan, dan sebagainya.

2. Dalam drama pula, watak ialah pelakon-pelakon yang menggerakkan plot sesuatu drama
itu.

3. Watak inilah yang mengembangkan tema dan persoalan serta plot karya yang menjadi
pemikiran pengkarya melalui aksinya, tindakannya dialognya, dan konfliknya.

4. Sesuatu watak akan diberi sifat-sifat tertentu, termasuk perangai dan pemikiran yang
dikenal melalui percakapannya, iaitu dialog disamping perlakuannya, iaituaksi.

5. Sifat-sifat yang digambarkan oleh pengkarya pada watak yang diwujudkan inilah yang
dikatakan sebagai perwatakan pula.

6. Sifat-sifat itu antara lain termasuklah yang berupa lahiriah seperti bentuk, paras rupa,
dan tingkah laku serta yang berupa jasmaniah, yakni yang berkaitan dengan perasaan,
sikap, dan pemikiran.

7. Biasanya setiap watak yang diwujudkan, baik watak utama mahupun watak pembantu
atau watak sampingan diberi sifat-sifat perwatakan yang berbeza dan malah
bertentangan.

Antara Beberapa Contoh Perwatakan Secara Lahiriah

Tinggi lampai lemah lembut ikal


mayan

Gemuk gedempol lincah

Antara Beberapa Contoh Perwatakan Secara Jasmaniah

adil alim jujur tegas


pemurah pemarah penakut
8. Hal ini demikian untuk menimbulkan unsur-unsur ketegangan atau konflik, sesuai
dengan tema dan persoalan yang ingin diketengahkan oleh pengkarya.

9. Watak dan perwatakan manusia atau makhluk apapun yang diwujudkan bukan saja
berfungsi untuk mengembangkan tema dan persoalan, tetapi juga untuk mengubah
persekitaran atau suasana latar tempat watak itu berada.
10. Selain itu, watak dan perwatakan berfungsi juga untuk menyalurkan buah fikiran dan
pandangan hidup pengkarya serta untuk menimbulkan kesan-kesan tertentu kepada
pembaca.

11. Dalam aspek watak dan perwatakan, pelajar perlu juga tahu akan makna istilah yang
berkaitan dengan aspek watak, iaitu seperti yang berikut.

(a) Watak utama adalah watak penting yang menggerakkan sesuatu cerita. Pada
umumnya, watak utama adalah wira atau wirawati dalam sesuatu karya itu.

(b) Watak sampingan adalah watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada
watak utama dalam sesuatu karya.

(c) Watak hitam adalah watak yang jahat atau watak yang buruk dalam sesuatu karya.

(d) Watak putih adalah watak yang baik atau watak yang menonjolkan nilai-nilai yang
murni dalam sesuatu karya.

(e) Watak bundar adalah watak yang bersifat kompleks dan segala sifatnya dijelaskan
secara terperinci.

(f) Watak pipih adalah watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat dalam
sesuatu karya.

(g) Watak dinamik adalah watak yang aksi, fikiran, pandangan, atau perasaannya
berkembang dan sering berubah.

(h) Watak statik adalah watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau
fikirannya tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita.

(i) Watak kodi adalah watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat. Watak nenek
kebayan dalam cerita-cerita rakyat merupakan contoh watak kodi.

C. LATAR

1. Latar ialah keterangan mengenai waktu, ruang, dan suasana terjadinya sesuatu
peristiwa dalam karya.

2. Bagi drama pula, latar diertikan sebagai gambaran yang tersedia di belakang prop.
3. Latar cukup penting dan berperanan untuk mengembangkan watak dan perwatakan,
di samping mengembangkan tema, persoalan, dan plot.

4. Dalam drama, latar memainkan peranan yang penting untuk menerangkan “di mana
dan bila” kejadian serta peristiwa dalam drama itu berlaku.

5. Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masa, dan latar
masyarakat seperti yang berikut.

(a) Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita.

(b) Latar masa ialah masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang
digambarkan dalam sesuatu cerita.

(c) Latar masyarakat ialah keadaan masyarakat di tempat cerita yang berkenaan
berlaku. Gambaran tentang keadaan itu antara lainnya
termasuklah agama, kepercayaan, dan pekerjaan.

D. PLOT

1. Plot lazimnya didefinisikan sebagai penceritaan peristiwa dengan berdasarkan


hukum sebab dan akibat.

2. Ada juga yang mentafsirkan plot sebagai rentetan peristiwa yang bersebab, yang
dijalin dengan melibatkan konflik dan diakhiri denganpeleraian.

3. Plot dalam drama ialah satu skema aksi dan plot ini berbeza daripada plot dalam
cerpen dan novel.

4. Perbezaan tersebut adalah dari sudut gerak aksi dan teknik-teknik dramatik pada
tahap pengelana, kemudian muncul perisitwa yang semakin meruncing, lalu melonjak
menjadi klimaks cerita dan akhirnya menemukan penyelesaian.

5. Berdasarkan tafsiran-tafsiran di atas, ternyatalah bahawa plot tidak boleh disamakan


dengan jalan cerita.

6. Jalan cerita sebenarnya merupakan kejadian yang berlaku kerana sebab tertentu,
sementara yang menggerakkan kejadian cerita itu adalah plot.

BINAAN PLOT

1. Binaan plot terdiri daripada bahagian pengenalan, pertengahan, danpengakhiran.

(a) pengenalan merupakan bahagian untuk memperkenalkan watak-watak, latar, atau


konflik yang wujud.
(b) Pertengahan adalah peringkat berkembangnya sesuatu konflik atau masalah itu
hingga sampai ke puncaknya.
(c) Pengakhiran adalah peringkat berakhirnya sesuatu masalah atau konflik. Pada
peringkat ini sesuatu masalah sudah dapat diatasi atau diselesaikan.

2. Dalam pada itu, penyusunan plot yang melibatkan suatu peristiwa dengan peristiwa
yang lain tidak semestinya berurutan mengikut kronologi.

3. Plot boleh bermula dengan bahagian tengah atau bahagian akhir cerita dengan
menggunakan teknik imbas kembali.

4. Biasanya, teknik penyusunan plot yang menarik ialah yang urutan peristiwa-
peristiwanya tidak menurut kronologi.

5. Setiap cerpen pada umumnya hanya mempunyai satu plot yang merupakan plot
utama.

6. Hal ini demikian kerana dikongkong oleh bentuk dan ciri cerpen, iaitupendek, padat,
dan ekonomis.

7. Jadi dalam cerpen, peristiwa utama yang membangunkan cerita ditonjolkan manakala
peristiwa-peristiwa kecil, jika ada, bertujuan melengkapi dan menghidupkan peristiwa
utama itu.

8. Untuk novel pula, selain mempunyai plot utama, terdapat juga subplotatau plot
sampingan.

E. GAYA BAHASA/UNSUR KEINDAHAN

1. Gaya bahasa atau unsur keindahan merupakan cara bagaimana seseorang pengkarya
itu menggunakan bahasa dengan baik dan kreatif dalam usaha mengungkapkan tema
dan persoalan dalam sesuatu karya yang menjadi pemikirannya.

2. Gaya bahasa atau unsur keindahan merangkum semua aspek bahasa


seperti pemilihan kata, penggunaan kiasan, pembinaan frasa,pembinaan ayat, dan
lain-lain sebagainya.

1. Daripada gaya bahasa atau unsur keindahan yang digunakan oleh pengkarya, akan
terpancarlah keindahan pada karyanya yang dapat menarik perhatian pembaca.

DIKSI

1. Diksi secara mudahnya ialah pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen,
novel, drama, dan puisi.

2. Diksi yang baik terlihat pada :-


(a) pemilihan kata yang tepat, sesuai dengan maksud tertentu yang ingin disampaikan
oleh pengkarya;
(b) penggunaan kata yang munasabah yang dapat diterima sebagai penggunaan diksi
yang baik;
(c) penggunaan kata yang jelas dan khusus.

3. Dalam pada itu, pemilihan dan penggunaan kata ini seharusnya sesuai juga dengan
tema serta nada cerita.

4. Di samping itu, setiap kata yang dipilih haruslah dapat memberikan gambaran tentang
sesuatu peristiwa dengan tepat, jelas, dan berkesan.

5. Seterusnya, pemilihan dan penggunaan kata ini harus dapat juga menghidupkan dan
menerangkan watak serta perwatakan dalam karya.

6. Diksi mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat.

SIMILE

1. Simile ialah perbandingan dengan menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak,


ibarat, dan sebagainya.

2. Lihat contoh simile yang berikut.

Sesungguhnya Annyss Sophillea umpama akar tunjang, lemah dan liat. Desis hati
kecilnya, dilentur mahu tetapi dipatah tidak dapat.

3. Dalam contoh di atas, pengarang membandingkan Annyss Sophillea dengan akar


tunjang yang lemah dan liat. Maksudnya, Annyss Sophillea itu tampak saja lemah
lebut, tetapi sangat tegas dan sukar menyerah kalah.

METAFORA

1. Metafora merupakan perbancingan secara terus atau langsung tanpa


menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak, bagai, ibarat, dan sebagainya.

2. Lihat contoh metafora yang berikut.

(a) Hatinya karam dalam samudera hampa.


(b) Pelbagai soalan terus muncul dalam lautan fikirannya.
3. Dalam contoh (a) di atas, pengarang membandingkan kehampaan itu dengan
samudera. Samudera di sini melambangkan atau menunjukkan sesuatu yang sangat
luas atau banyak. Secara mudahnya, maksudsamudera hampa ialah berasa sangat
hampa.
4. Dalam contoh (b) pula, pengarang membandingkan fikirannya dengan lautan. Lautan
itu melambangkan sesuatu yang luas. Maksud metafora itu ialah fikirannya sangat
luas.

HIPERBOLA

1. Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan


sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya.

2. Yang berikut ialah contoh hiperbola.

Akmal sedar betapa kasihnya Annyss pada Eyrique. Seribu lautan sanggup direnangi,
sejuta bintang sanggup dilewati.

3. Dalam contoh di atas, frasa seribu lautan dan sejuta bintang merupakan suatu
gambaran yang berlebih-lebihan kerana di dunia ini bilangan lautan tidak sampai seribu
dan bilangan bintang pula tidak terkira jumlahnya. Gambaran secara berlebih-lebihan
itu digunakan untuk menunjukkan betapa mendalamnya perasaan sayang Annyss
kepada Eyrique.

SINKOF

1. Sinkof bermaksud penyingkatan perkataan.

2. Yang berikut adalah contoh sinkof.

“Kau ni, Sid! Tak sabar-sabar lagi nak mendaki bukit itu.”

3. Dalam contoh di atas, kata engkau disingkatkan menjadi kau kata inidisingkatkan
menjadi ni, kata tidak disingkatkan menjadi tak, dan katahendak disingkatkan
menjadi nak.

PEMBINAAN AYAT

1. Dalam hal pembinaan ayat, ada berbagai-bagai jenis ayat yang digunakan oleh
pengkarya dalam karyanya.

2. Penggunaan pelbagai jenis ayat ini disesuaikan dengan tema dan persoalan, peristiwa,
situasi tertentu, watak, dan lain-lain sebagainya.

3. Pelbagai jenis yanat yang digunakan itu antara lain termasuklah ayat yang
ringkas, yang sederhana, dan yang kompleks.

4. Antara jenis-nenis ayat itu termasuklah ayat inti, ayat tanya, ayat pasif, ayat penegas,
ayat seruan, ayat gabungan, ayat pancangan, dan lain-lain sebagainya.
RIMA

1. Rima merupakan unsur gaya bahasa yang bukan saja terdapat dalam puisi tetapi juga
terdapat dalam tulisan berbentuk prosa, yakni cerpen dan novel.

2. Rima ialah keselarasan atau persamaan bunyi pada kata atau pada suku kata
terakhir dalam sesuatu ayat atau sesuatu baris puisi.

3. Dalam sesuatu puisi, rima yang terdapat pada baris akhir disebut sebagai rima akhir.

ASONANSI

1. Asonansi merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak.

2. Lihat contoh asonansi yang berikut.

Cinta kepadanya cinta jutaan bunga-bunga (pengulangan vokal a)

ALITERASI

1. Aliterasi merupakan pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris


sajak.

2. Yang berikut ialah contoh aliterasi.

Negeri impian, negeri gemerlapan (pengulangan konsonan r)

PENGULANGAN

1. Unsur pengulangan berlaku apabila kata, ungkapan, baris, ataurangkap diulang


dalam sajak.

2. Ada dua unsur pengulangan, iaitu anafora dan epifora.

3. Anafora ialah pengulangan pada awal baris secara berurutan.

Contohnya : Banyak udang banyak garam,


Banyak orang banyak ragam.

4. Epifora pula ialah pengulangan kata pada akhir baris.

Contohnya : Keli masuk ruan keluar,


Matahari masuk bulan keluar.

PERLAMBANGAN
1. Perlambangan atau simbol ialah kata-kata yang digunakan untuk menerangkan
sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa.

2. Lihat contoh perlambangan yang berikut.

Masa sudahku lebih mahal


Seindah senja dan merah
di sebelah pagi

3. Dalam contoh yang dipetik daripada sajak Pembeli Masa Sudah, karya t. Alias Taib,
kata senja itu melambangkan usia tua, sementara kata pagimelambangkan usia muda.

PERSONIFIKASI

1. Personifikasi dikenal juga sebagai pengorangan atau penginsanan. Maksud


personifikasi ialah tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi
perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea,
atau hal-hal yang lebih abstrak.

2. Lihat contoh personifikasi yang berikut.

(a) …. Kata-kata ibunya dahulu mengasak ke ruang fikirannya.


(b) Pelbagai pertanyaan menerpa di dalam benaknya

Anda mungkin juga menyukai