Anda di halaman 1dari 5

ISTILAH KAJIAN KOMSAS

Tema
Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan oleh pengkarya,
baik cerpenis, novelis, penyair atau penulis skrip drama bagi mendasari karyanya. Tema
menjadi panduan kepada penkarya dalam usaha mengumpulkan, memilih dan menyusun
bahan-bahan bagi sesuatu karya. Tema tidak dinyatakan secara langsung dengan jelas
tetapi dinyatakan melalui unsur-unsur yang membentuk karya tersebut. Tema sesuatu
karya lazimnya dapat diketahui hanya sesudah karya itu dibaca dan dihayati seluruhnya.
Banyak perkara yang boleh dijadikan tema bagi sesuatu karya, misalnya keadilan,
perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam dan banyak lagi.

Persoalan
Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya
dengan tema. Persoalan wujud dalam sesuatu karya bertujuan menghidupkan dan
memperkukuhkan tema yang diketengahkan oleh pengkarya.

Pemikiran
Pemikiran membawa maksud yang sama dengan tema dan persoalan. Walau
bagaimanapun, pemikiran lazimnya digunakan dalam genre drama dan puisi.

Amanat / Pengajaran / Mesej


Amanat yang dikenali sebagai pengajaran atau mesej bermaksud perutusan yang
ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca. Dalam karya sastera tradisional,
amanat tersurat dengan jelas kerana disampaikan secara langsung oleh pengarang. Dalam
karya sastera moden, amanat itu tersirat kerana disampaikan secara tidak langsung.

Contohnya
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Hutang emas boleh dibayar,


Hutang budi dibawa mati.

Ilmu itulah gemala sakti,


Sinarnya cerah cahaya sejati.

Watak Dan Perwaatakan

Watak ialah sesuatu objek atau pelaku, baik manusia mahupun makhluk lain
seperti haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dalam drama, watak ialah pelakon yang
menggerakkan plot sesuatu drama itu. Watak inilah yang mengembangkan tema dan
persoalan serta plot karya yang menjadi pemikiran pengkarya melalui aksinya,
tindakannya, dialognya dan konfliknya. Sesuatu watak akan diberi sifat-sifat tertentu,
termasuk perangai dan pemikiran yang dikenal melalui percakapannya, iaitu dialog di
samping perlakuannya “ aksi”.
Sifat-sifat yang digambarkan oleh pengkarya pada watak yang diwujudkan
inilah yang dikatakan sebagai perwatakan. Sifat-sifat itu antara lain termasuklah
yang berupa lahiriah seperti bentuk, paras rupa dan tingkah serta yang berupa
jasmaniah, yakni yang berkaitan dengan perasaan, sikap dan pemikiran. Biasanya
setiap watak yang diwujudkan, baik watak utama mahupun watak pembantu atau
watak sampingan diberi sifat-sifat perwatakan yang berbeza dan malah
bertentangan. Hal ini demikian untuk menimbulkan unsur-unsur ketegangan atau
konflik, sesuai dengan temadan persoalan yang ingin diketengahkan oleh
pengkarya.

Contoh perwatakan secara lahiriah ialah;


™ ™ Tinggi lampai
™ ™ Gemuk gedempol
™ ™ Lemah lembut
™ ™ Lincah
™ ™ Ikal mayang

Contoh perwatakan jasmaniah ialah ;


™ ™ Adil
™ ™ Pemurah
™ ™ Alim
™ ™ Pemarah
™ ™ Jujur
™ ™ Penakut
™ ™ Tegas

Watak dan perwatakan manusia atau makhluk apapun yang diwujudkan bukan
saja berfungsi untuk mengembangkan tema dan persoalan, tetapi juga untuk
mengubah persekitaran atau suasana latar tempat watak itu berada. Selain itu,
watak dan perwatakan berfungsi juga untuk menyalurkan buah fikiran dan
pandangan hidup pengkarya serta untuk menimbulkan kesan-kesan tertentu
kepada pembaca. Dalam aspek watak dan perwatakan, pelajar perlu juga tahu
akan makna istilah yang berkaitan dengan aspek watak iaitu ;

Watak utama – watak penting yang menggerakkan sesuatu cerita. Pada


umumnya, watak utama adalah wira atau wirawati dalam sesuatu
karya itu.
Watak sampingan – merupakan watak pembantu atau peranannya lebih
kecil daripada watak utama dalam sesuatu karya.

Watak hitam – merupakan watak jahat atau watak yang buruk dalam
sesuatu karya.
Watak putih – merupakan watak baik atau watak yang menonjolkan nilai-
nilai murni dalam sesuatu karya.
Watak bundar – watak yang bersifat kompleks dan segala sifatnya
dijelaskan secara terperinci.
Watak pipih – watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat
dalam sesuatu karya.
Watak dinamik – adalah watak yang aksi, fikiran, pandangan atau
perasaannya berkembang dan sering berubah.
Watak statik – watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau
fikirannya tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita.
Watak kodi – iaitu watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat. Watak
nenek kebayan dalam cerita-cerita rakyat merupakan contoh watak
kodi.

Latar

Latar ialah keterangan tentang waktu, ruang dan suasana terjadinya sesuatu
peristiwa dalam karya. Bagi drama pula, latar diertikan sebagai gambaran yang tersedia
di belakang prop yang diwujudkan. Latar amat penting dan berperanan untuk
mengembangkan watak dan perwatakan, di samping mengembangkan tema, persoalan
dan plot.
Dalam drama, latar memainkan peranan yang penting untuk menerangkan di
mana dan bila kejadian serta peristiwa dalam drama itu berlaku. Latar terbahagi kepada
tiga, iaitu latar tempat, latar masa dan latar masyarakat.

Latar tempat – tempat berlakunya peristiwa dalam cerita.


Latar masa – iaitu masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwayang digambarkan
dalam sesuatu cerita.
Latar masyarakat – gambaran keadaan masyarakat di tempat cerita yang berkenaan
berlaku. Misalnya agama, kepercayaan dan pekerjaan.

Plot

Plot lazimnya didefinisikan sebagai penceritaan peristiwa dengan berdasarkan


hukum sebab dan akibat. Ada juga yang menafsirkan plot sebagai rentetan peristiwa yang
bersebab yang dijalin dengan melibatkan konflik dan diakhiri dengan peleraian. Plot
dalam drama ialah satu skema aksi dan plot ini berbeza daripada lpot dalam cerpen dan
novel. Perbezaan tersebut adalah dari sudut gerak aksi dan teknik-teknik dramatik pada
tahap pengenalan, kemudian muncul peristiwa yang semakin meruncing lalu melonjak
menjadi klimaks cerita dan akhirnya menemukan penyelesaian.
Berdasarkan tafsiran ternyata bahawa plot tidak boleh disamakan dengan jalan
cerita. Jalan cerita sebenarnya merupakan kejadian yang berlaku kerana sebab tertentu,
sementara yang menggerakkan kejadian cerita itu adalah plot.

Binaan plot
Binaan plot terdiri daripada bahagian pengenalan, pertengahan dan pengakhiran.
¾ ¾ Pengenalan merupakan bahagian untuk memperkenalkan
watak-watak, latar atau konflik yang wujud.
¾ ¾ Pertengahan adalah peringkat berkembangnya sesuatu
konflik atau masalah itu hingga sampai ke puncaknya.
¾ ¾ Pengakhiran adalah peringkat berakhirnya sesuatu masalah
atau konflik. Pada peringkat ini sesuatu maalah sudah dapat
diatasi atau diselesaikan.

Penyusunan plot yang melibatkan suatu peristiwa dengan peristiwa yang lain
tidak semestinya berurutan mengikut kronologi. Plot boleh bermula
dengan bahagian tengah atau bahagian akhir cerita dengan menggunakan teknik imbas
kembali. Biasanya teknik penyusunan plot yang menarik ialah urutan peristiwa tidak
menurut kronologi.
Setiap cerpen pada umunnya hanya mempunyai satu plot yang merupakan plot
utama ini adalah kerana ia dikongkong oleh bentuk dan ciri cerpen yang pendek, padat
dan ekonomis.ini bermakna dalam sebuah cerpen peristiwa utama akan ditonjolkan
manakala peristiwa-peristiwa kecil hanya bertujuan melengkapi dan menghidupkan
peristiwa utama itu. Untuk novel selain plot utama, terdapat juga subplot atau lpot
sampingan.

Gaya Bahasa
Gaya bahasa merupakan cara bagaimana seseorangpengkarya menggunakan
bahasa dengan baik dan kreatif dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam
sesuatu karya yang menjadi pemikirannya. Gaya bahasa merangkumi semua aspek
bahasa seperti pemilihan kata, penggunaan kiasan, pembinaan frasa, pembinaan ayat dan
lain-lain kemahiran bahasa. Daripada gaya bahasa yang digunakan akan terpancarlah
keindahan pada karyanya yang dapat menarik perhatian pembaca.

Diksi
Diksi secara mudah difahamkan sebagai pemilihan dan penggunaan kata baik
dalam cerpen, novel, drama dan puisi. Diksi yang baik dapat dilihat pada

¾ ¾ Pemilihan kata yang tepat, sesuai dengan maksud tertentu yang ingin
disampaikan.
¾ ¾ Penggunaan kata yang munasabah yang dapat diterima sebagai
penggunaan yang baik.
¾ ¾ Penggunaan kata yang jelas dan khusus dqn menepati maksudnya.

Dalam pada itu, pemilihan dan penggunaan kata ini seharusnya sesuai juga
dengan tema serta nada cerita. Di samping itu setiap kata yang dipilih haruslah dapat
memberikan gambaran tentang sesuatu peristiwa dengan tepat, jelas dan berkesan
seterusnya dapat menghidupkan serta menerangkan watak serta perwatakan dalam karya.
Diksi mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat dan penulisan sesuatu
karya.
Dalam pembinaan ayat, terdapat pelbagai jenis ayat yang sesuai dengan tema dan
persoalan, peristiwa, situasi tertentu, watak dan lain-lain aspek penulisan.

Rima
Rima merupakan unsur gaya bahasa yang bukan saja dapat dalam puisi tetapi
jugadalam penulisan berbentuk prosa, yakni cerpen dan novel. Ia adalah keselarasan atau
persamaanbunyi pada kata atau pada suku kata terakhir dalam sesuatu ayat atau sesuatu
baris puisi. Keselarasan bunyi ini didasarkan pada persamaan bunyi vokal di tengah yang
disebut “asonansi” dan persamaan bunyi konsonan di pangkal disebut “aliterasi”.
Dalam puisi, rima yang berlaku pada baris akhir disebut “rima akhir”. Rima yang
berlaku pada awal dua atau lebih daripada dua patah kata dalam puisi disebut “rima
awal”. “rima dalam” adalah rima yang berlaku pada beberapa tempatselepas suku kata
pertama dan sebelum suku kata akhir.

¾ ¾ Asonansi merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-


baris sajak.
¾ ¾ Aliterasi adalah pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris
sajak.
¾ ¾ Perlambangan atau simbol ialah kata-kata yang digunakan untuk
menerangkan sesuatu benda, keadaan atau peristiwa.
¾ ¾ Personifikasi dikenali sebagai pengoranganatau penginsanan iaitu
pengkarya memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan
atau tindak tanduk kepada benda mati, binatang, idea atau hal-hal yang lebih
abstrak.

Teknik dan Bentuk Puisi


Bentuk puisi ialah susunan unit-unit berirama dalam sesuatu baris, dalam
mengkaji puisi, kita perlu melihat bilangan rangkap dalam puisi yang berkenaan,
bilangan baris dalam setiap rangkap bilangan kata dalam setiap baris, bilangan suku kata
dalam setiap baris dan rima akhir.

Drama
Drama lazimnya terbahagi kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian pula
dibahagikan kepada dua iaitu babak dan adengan.

Babak ialah bahagian-bahagian utama dalam drama atau lakonan. Dalam pementasan
drama, babak diperkenalkan melalui pembukaan dan penutupan tirai. Dalam penulisan
(skrip), babak diperkenalkan dengan tulisan “Babak Satu” dan seterusnya.
Adengan ialah bahagian-bahagian kecil dalam sesuatu babak. Dalam pementasan drama,
pemecahan adengan kadang-kadang dapat dilihat dan diketahui dengan turun naiknya
tirai atau terang gelapnya lampu atau apabila berlakunya pertukaran watak.

Anda mungkin juga menyukai