Anda di halaman 1dari 9

TEMA DAN PERSOALAN

TEMA
1.

Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan oleh pengkarya, sama ada cerpenis,
novelis, penyair, atau penulis skrip drama bagi mendasari karyanya.

2.

Dalam upaya mengumpulkan, memilih, dan menyusun bahan-bahan bagi sesuatu karya, temalah yang
menjadi panduan kepada pengkarya.

3.

Tema sesuatu karya boleh tidak dinyatakan secara langsung dengan jelas tetapi dinyatakan melalui
unsur-unsur yang membentuk karya itu.

4.

Itulah sebabnya tema sesuatu karya lazimnya dapat diketahui hanya sesudah karya itu dibaca dan
dihayati seluruhnya.

5.

Banyak perkara yang boleh dijadikan tema bagi sesuatu karya, misalnya keadilan, perjuangan, sejarah,
kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam, dan lain-lain sebagainya.
PERSOALAN

1.

Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema.

2.

Wujudnya persoalan-persoalan dalam sesuatu karya bertujuan menghidupkan dan memperkukuh


tema yang cuba diketengahkan oleh pengkarya.
PEMIKIRAN
1.

2.

Pemikiran membawa maksud yang sama dengan tema dan persoalan.

Walau bagaimanapun, pemikiran lazimnya digunakan dalam genredrama dan puisi.


AMANAT

1.

Amanat yang dikenal juga sebagai pengajaran atau mesej bermaksud perutusan yang ingin
disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.

2.

Dalam karya sastera tradisional, amanat tersurat dengan jelas kerana disampaikan secara langsung oleh
pengarang. Contohnya :(a)

(b)

Hancur badan dikandung tanah,


Budi yang baik dikenang juga.
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

(c)

Ilmu itulah gemala sakti,


Sinarnya cerah cahaya sejati.

3.

Dalam karya sastera moden, amanat itu tersirat kerana disampaikan secara tidak langsung.
B.
WATAK DAN PERWATAKAN

1.

Watak ialah sesuatu objek atau pelaku, baik manusia mahupun makhluk lain seperti haiwan,
tumbuhan, dan sebagainya.

2.

Dalam drama pula, watak ialah pelakon-pelakon yang menggerakkan plot sesuatu drama itu.

3.

Watak inilah yang mengembangkan tema dan persoalan serta plot karya yang menjadi pemikiran
pengkarya melalui aksinya, tindakannya dialognya, dan konfliknya.

4.

Sesuatu watak akan diberi sifat-sifat tertentu, termasuk perangai dan pemikiran yang dikenal melalui
percakapannya, iaitu dialog disamping perlakuannya, iaituaksi.

5.

Sifat-sifat yang digambarkan oleh pengkarya pada watak yang diwujudkan inilah yang dikatakan
sebagai perwatakan pula.

6.

Sifat-sifat itu antara lain termasuklah yang berupa lahiriah seperti bentuk, paras rupa, dan tingkah
laku serta yang berupa jasmaniah, yakni yang berkaitan dengan perasaan, sikap, dan pemikiran.

7.

Biasanya setiap watak yang diwujudkan, baik watak utama mahupun watak pembantu atau watak
sampingan diberi sifat-sifat perwatakan yang berbeza dan malah bertentangan.

Antara Beberapa Contoh Perwatakan Secara Lahiriah

Tinggi lampai

lemah lembut

Gemuk gedempol

ikal mayan

lincah

Antara Beberapa Contoh Perwatakan Secara Jasmaniah

adil

alim
pemurah

jujur
pemarah

tegas
penakut

8.

Hal ini demikian untuk menimbulkan unsur-unsur ketegangan ataukonflik, sesuai dengan tema dan
persoalan yang ingin diketengahkan oleh pengkarya.

9.

Watak dan perwatakan manusia atau makhluk apapun yang diwujudkan bukan saja berfungsi
untuk mengembangkan tema dan persoalan, tetapi juga untuk mengubah persekitaran atau suasana
latar tempat watak itu berada.
Selain itu, watak dan perwatakan berfungsi juga untuk menyalurkan buah fikiran dan pandangan
hidup pengkarya serta untuk menimbulkan kesan-kesan tertentu kepada pembaca.

10.

11.

Dalam aspek watak dan perwatakan, pelajar perlu juga tahu akan makna istilah yang berkaitan dengan
aspek watak, iaitu seperti yang berikut.

(a)

Watak utama adalah watak penting yang menggerakkan sesuatu cerita. Pada umumnya, watak utama
adalah wira atau wirawati dalam sesuatu karya itu.

(b)

Watak sampingan adalah watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak utama dalam
sesuatu karya.

(c)

Watak hitam adalah watak yang jahat atau watak yang buruk dalam sesuatu karya.

(d)

Watak putih adalah watak yang baik atau watak yang menonjolkan nilai-nilai yang murni dalam
sesuatu karya.

(e)

Watak bundar adalah watak yang bersifat kompleks dan segala sifatnya dijelaskan secara terperinci.

(f)

Watak pipih adalah watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat dalam sesuatu karya.

(g)

Watak dinamik adalah watak yang aksi, fikiran, pandangan, atau perasaannya berkembang dan sering
berubah.

(h)

Watak statik adalah watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau fikirannya tidak
berkembang dari awal hingga akhir cerita.

(i)

Watak kodi adalah watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat. Watak nenek kebayan dalam
cerita-cerita rakyat merupakan contoh watak kodi.
C.

LATAR

1.

Latar ialah keterangan mengenai waktu, ruang, dan suasana terjadinya sesuatu peristiwa dalam
karya.

2.

Bagi drama pula, latar diertikan sebagai gambaran yang tersedia di belakang prop.

3.

Latar cukup penting dan berperanan untuk mengembangkan watak dan perwatakan, di samping
mengembangkan tema, persoalan, dan plot.

4.

Dalam drama, latar memainkan peranan yang penting untuk menerangkan di mana dan bila kejadian
serta peristiwa dalam drama itu berlaku.

5.

Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masa, dan latar masyarakat seperti yang
berikut.

(a)

Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita.


(b)
Latar masa ialah masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam
sesuatu cerita.

(c)

Latar masyarakat ialah keadaan masyarakat di tempat cerita yang berkenaan berlaku. Gambaran
tentang keadaan itu antara lainnya termasuklah agama, kepercayaan, dan pekerjaan.
D.

PLOT

1.

Plot lazimnya didefinisikan sebagai penceritaan peristiwa dengan berdasarkan


hukum sebab dan akibat.

2.

Ada juga yang mentafsirkan plot sebagai rentetan peristiwa yang bersebab, yang dijalin dengan
melibatkan konflik dan diakhiri denganpeleraian.

3.

Plot dalam drama ialah satu skema aksi dan plot ini berbeza daripada plot dalam cerpen dan novel.

4.

Perbezaan tersebut adalah dari sudut gerak aksi dan teknik-teknik dramatik pada tahap pengelana,
kemudian muncul perisitwa yang semakin meruncing, lalu melonjak menjadi klimaks cerita dan
akhirnya menemukan penyelesaian.

5.

Berdasarkan tafsiran-tafsiran di atas, ternyatalah bahawa plot tidak boleh disamakan dengan jalan
cerita.

6.

Jalan cerita sebenarnya merupakan kejadian yang berlaku kerana sebab tertentu, sementara yang
menggerakkan kejadian cerita itu adalah plot.
BINAAN PLOT

1.

Binaan plot terdiri daripada bahagian pengenalan, pertengahan, danpengakhiran.

(a)

pengenalan merupakan bahagian untuk memperkenalkan watak-watak, latar, atau konflik yang
wujud.

(b)
(c)

Pertengahan adalah peringkat berkembangnya sesuatu konflik atau masalah itu hingga sampai ke
puncaknya.
Pengakhiran adalah peringkat berakhirnya sesuatu masalah atau konflik. Pada peringkat ini sesuatu
masalah sudah dapat diatasi atau diselesaikan.

2.

Dalam pada itu, penyusunan plot yang melibatkan suatu peristiwa dengan peristiwa yang lain tidak
semestinya berurutan mengikut kronologi.

3.

Plot boleh bermula dengan bahagian tengah atau bahagian akhir cerita dengan menggunakan
teknik imbas kembali.

4.

Biasanya, teknik penyusunan plot yang menarik ialah yang urutan peristiwa-peristiwanya tidak
menurut kronologi.

5.

Setiap cerpen pada umumnya hanya mempunyai satu plot yang merupakan plot utama.

6.

Hal ini demikian kerana dikongkong oleh bentuk dan ciri cerpen, iaitupendek, padat, dan ekonomis.

7.

Jadi dalam cerpen, peristiwa utama yang membangunkan cerita ditonjolkan manakala peristiwaperistiwa kecil, jika ada, bertujuan melengkapi dan menghidupkan peristiwa utama itu.

8.

Untuk novel pula, selain mempunyai plot utama, terdapat juga subplotatau plot sampingan.

E.

GAYA BAHASA/UNSUR KEINDAHAN

1.

Gaya bahasa atau unsur keindahan merupakan cara bagaimana seseorang pengkarya itu menggunakan
bahasa dengan baik dan kreatif dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam sesuatu karya
yang menjadi pemikirannya.

2.

Gaya bahasa atau unsur keindahan merangkum semua aspek bahasa seperti pemilihan
kata, penggunaan kiasan, pembinaan frasa,pembinaan ayat, dan lain-lain sebagainya.

1.

Daripada gaya bahasa atau unsur keindahan yang digunakan oleh pengkarya, akan terpancarlah
keindahan pada karyanya yang dapat menarik perhatian pembaca.
DIKSI

1.

Diksi secara mudahnya ialah pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen, novel, drama, dan
puisi.
2.

(a)

Diksi yang baik terlihat pada :-

pemilihan kata yang tepat, sesuai dengan maksud tertentu yang ingin disampaikan oleh pengkarya;

(b)
(c)

penggunaan kata yang munasabah yang dapat diterima sebagai penggunaan diksi yang baik;
penggunaan kata yang jelas dan khusus.

3.

Dalam pada itu, pemilihan dan penggunaan kata ini seharusnya sesuai juga dengan tema serta nada
cerita.

4.

Di samping itu, setiap kata yang dipilih haruslah dapat memberikan gambaran tentang sesuatu
peristiwa dengan tepat, jelas, dan berkesan.

5.

Seterusnya, pemilihan dan penggunaan kata ini harus dapat juga menghidupkan dan menerangkan
watak serta perwatakan dalam karya.
6.

Diksi mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat.

SIMILE
1.

Simile ialah perbandingan dengan menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak, ibarat, dan
sebagainya.
2.

Lihat contoh simile yang berikut.

Sesungguhnya Annyss Sophillea umpama akar tunjang, lemah dan liat. Desis hati kecilnya, dilentur
mahu tetapi dipatah tidak dapat.
3.

Dalam contoh di atas, pengarang membandingkan Annyss Sophillea dengan akar tunjang yang lemah
dan liat. Maksudnya, Annyss Sophillea itu tampak saja lemah lebut, tetapi sangat tegas dan sukar
menyerah kalah.
METAFORA

1.

Metafora merupakan perbancingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan katakata seperti, umpama, bak, bagai, ibarat, dan sebagainya.
2.

Lihat contoh metafora yang berikut.

(a)
(b)
3.

Hatinya karam dalam samudera hampa.


Pelbagai soalan terus muncul dalam lautan fikirannya.
Dalam contoh (a) di atas, pengarang membandingkan kehampaan itu dengan samudera. Samudera di
sini melambangkan atau menunjukkan sesuatu yang sangat luas atau banyak. Secara mudahnya,
maksudsamudera hampa ialah berasa sangat hampa.

4.

Dalam contoh (b) pula, pengarang membandingkan fikirannya dengan lautan. Lautan itu
melambangkan sesuatu yang luas. Maksud metafora itu ialah fikirannya sangat luas.

HIPERBOLA
1.

Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu
secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya.
2.

Yang berikut ialah contoh hiperbola.

Akmal sedar betapa kasihnya Annyss pada Eyrique. Seribu lautan sanggup direnangi, sejuta bintang
sanggup dilewati.
3.

Dalam contoh di atas, frasa seribu lautan dan sejuta bintang merupakan suatu gambaran yang
berlebih-lebihan kerana di dunia ini bilangan lautan tidak sampai seribu dan bilangan bintang pula
tidak terkira jumlahnya. Gambaran secara berlebih-lebihan itu digunakan untuk menunjukkan betapa
mendalamnya perasaan sayang Annyss kepada Eyrique.
SINKOF
1.

Sinkof bermaksud penyingkatan perkataan.

2.

Yang berikut adalah contoh sinkof.


Kau ni, Sid! Tak sabar-sabar lagi nak mendaki bukit itu.

3.

Dalam contoh di atas, kata engkau disingkatkan menjadi kau kata inidisingkatkan menjadi ni,
kata tidak disingkatkan menjadi tak, dan katahendak disingkatkan menjadi nak.
PEMBINAAN AYAT

1.

Dalam hal pembinaan ayat, ada berbagai-bagai jenis ayat yang digunakan oleh pengkarya dalam
karyanya.

2.

Penggunaan pelbagai jenis ayat ini disesuaikan dengan tema dan persoalan, peristiwa, situasi tertentu,
watak, dan lain-lain sebagainya.

3.

Pelbagai jenis yanat yang digunakan itu antara lain termasuklah ayatyang ringkas, yang sederhana,
dan yang kompleks.

4.

Antara jenis-nenis ayat itu termasuklah ayat inti, ayat tanya, ayat pasif, ayat penegas, ayat seruan, ayat
gabungan, ayat pancangan, dan lain-lain sebagainya.
RIMA

1.

Rima merupakan unsur gaya bahasa yang bukan saja terdapat dalam puisi tetapi juga terdapat dalam
tulisan berbentuk prosa, yakni cerpen dan novel.

2.

Rima ialah keselarasan atau persamaan bunyi pada kata atau pada suku kata terakhir dalam sesuatu
ayat atau sesuatu baris puisi.

3.

Dalam sesuatu puisi, rima yang terdapat pada baris akhir disebut sebagairima akhir.
ASONANSI

1.

Asonansi merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak.
2.

Lihat contoh asonansi yang berikut.


Cinta kepadanya cinta jutaan bunga-bunga (pengulangan vokal a)

ALITERASI
1.

Aliterasi merupakan pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris sajak.
2.

Yang berikut ialah contoh aliterasi.


Negeri impian, negeri gemerlapan (pengulangan konsonan r)

PENGULANGAN
1.

Unsur pengulangan berlaku apabila kata, ungkapan, baris, ataurangkap diulang dalam sajak.
2.

Ada dua unsur pengulangan, iaitu anafora dan epifora.

3.

Anafora ialah pengulangan pada awal baris secara berurutan.


Contohnya : Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.

4.

Epifora pula ialah pengulangan kata pada akhir baris.


Contohnya : Keli masuk ruan keluar,
Matahari masuk bulan keluar.

PERLAMBANGAN
1.

Perlambangan atau simbol ialah kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda,
keadaan, atau peristiwa.

2.

Lihat contoh perlambangan yang berikut.


Masa sudahku lebih mahal
Seindah senja dan merah
di sebelah pagi

3.

Dalam contoh yang dipetik daripada sajak Pembeli Masa Sudah, karya t. Alias Taib, kata senja itu
melambangkan usia tua, sementara kata pagimelambangkan usia muda.
PERSONIFIKASI

1.

Personifikasi dikenal juga sebagai pengorangan atau penginsanan. Maksud personifikasi ialah
tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau
tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang lebih abstrak.
2.

(a)
(b)

Lihat contoh personifikasi yang berikut.

. Kata-kata ibunya dahulu mengasak ke ruang fikirannya.


Pelbagai pertanyaan menerpa di dalam benaknya.

Anda mungkin juga menyukai