Anda di halaman 1dari 3

KEHADIRAN BARAT DAN KESANNYA TERHADAP KESUSASTERAAN

MELAYU
Pengenalan
Berdasarkan jurnal ini, selepas kedatangan Barat ke Tanah Melayu,
berlaku kesan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial di
kalangan masyarakat melayu. Begitu juga dalam bidang
kesusasteraan yang mana bahasa yang terdapat dalam
kesusateraan melayu juga telah mula terpengaruh dengan bahasa
barat. Berdasarkan pandangan Al-Attas dalam jurnal ini mengatakan
bahawa kehadiran pengaruh barat ini telah menyebabkan
kesusasteraan melayu tidak menggambarkan ciri kebudayaan
melayu sebenar. Selain itu, semangat dan nilai keislaman yang
selama ini diamalkan oleh orang melayu juga semakin kurang
digunakan dalam bidang kesusasteraan ini . Ini menunjukkan
kedatangan barat bukan hanya ingin meluaskan empayarnya sahaja
malah juga ingin menjauhkan islam daripada orang melayu dan
mempengaruhi pemikiran orang melayu.
Kehadiran Pengaruh Barat Dalam Kesusasteraan Melayu
Pada awalnya, barat datang ke Tanah Melayu hanya ingin
menguasai ekonomi disini (Tanah Melayu) dan ia tidak
meninggalkan kesan yang banyak dalam kesusasteraan melayu.
Akan tetapi mereka (barat) melihat peluang untuk campur tangan
dalam hal-ehwal politik Tanah Melayu yang mana dapat memberikan
mereka kelebihan untuk mengawal ekonomi disini (Tanah Melayu).
Barat mula memperkenalkan dasar-dasar mereka dalam sistem
pentadbiran Tanah Melayu dan menyebabkan peranan dan
kepentingan Islam mula diketepikan. Sememangnya barat ini ingin
mempengaruhi pemikiran orang melayu dengan menyebarkan
fahaman-fahaman mereka yang hanya mementingkan hal duniawi.
Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa Islam dan Kristrian
memang bermusuh sejak dari dulu lagi dan barat tahu bahawa
Islam tidak mudah untuk dikalahkan melalui serangan ketenteraan
akan tetapi mereka (barat) telah menggunakan kaedah baru iaitu
melalui peperangan intelektual dimana mereka (barat) boleh
menguasai dan menyebarkan agama ke tanah jajahan yang mereka
takluki. Tidak terkecuali di Tanah Melayu yang sebelum ini
mengamalkan ajaran Islam dan berpegang kuat pada ajaran Islam
dalam kehidupan mereka. Tetapi setelah kedatangan barat, mereka
(barat) mula ingin menjauhkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan
orang melayu dengan melaksanakan dasar-dasar yang mereka
bawa. Dalam bidang pendidikan, barat mula memperkenalkan
sekolah vernakular dimana pengajian Al-Quran telah dimansuhkan
dan lebih menitiberatkan ilmu-ilmu keduniaan tanpa mengira aspek
keagamaan dan ketuhanan. Barat menonjolkan kepentingan
sumbangan karya-karya sastera pra-islam terutama hinduisme yang

dianggap telah memberi sumbangan besar dalam sejarah dan


kehidupan orang melayu menyebabkan tulisan yang berteraskan
jawi semakin dilupakan. Ini menyebabkan orang melayu semakin
lemah dalam penguasaan bahasa dan tulisan jawi. Keunikan dan
keindahan yang ada pada Islam semakin kurang digunakan malah
sasterawan melayu lebih gemar mengikut fahaman yang dibawa
oleh barat. Selain itu, penerapan falsafah dan pemikiran barat di
Tanah Melayu menyebabkan sastera melayu lebih menjurus kearah
novel, cerpen dan sajak yang mana unsur Islam seperi hikayat dan
syair semakin kurang diterbitkan.
Kecenderungan Sastera Melayu Terhadap Barat: Pengakuan
Sasterawan Dan Pengamatan Pengkritik
Di Malaysia, konsep mimesis iaitu "penipuan" digunakan dalam
sastera melayu setelah barat memasukkan unsur tersebut ke dalam
karya mereka. Perkara diakui sendiri oleh sasterawan negara
dimana mereka turut menggunakan unsur mimesis dalam karyakarya mereka. Barat juga memaparkan unsur konflik dalam karyakarya barat kerana menurut mereka apabila terlerainya sesuatu
konflik maka tamatlah sesebuah cerita itu. Manakala dalam karyakarya melayu, konsep konflik ini menjadi unsur penting kerana
menjadikan sesebuah cerita kelihatan lebih menarik dan kreatif
untuk dibaca. Disamping pembaca juga lebih tertarik untuk
membaca karya tersebut dengan perasaan tertanya-tanya apakah
yang akan berlaku seterusnya. Konsep "realisme" juga turut
digunakan setelah barat banyak menggunakan unsur tersebut
dalam penulisan mereka kerana membolehkan seseorang penulis
menceritakan perkara sebenar tanpa berselindung. Konsep lain
yang juga digunakan ialah konsep "simbolisme" dan "absurdisme".
Unsur-unsur ini menjadikan sesebuah karya tampak lebih menarik
dengan adanya kelemahan, keburukan dan kejahatan hidup
manusia. Penulis juga perlu mengekalkan ciri "judgment-free" dalam
karya mereka supaya pembaca boleh menilai sesebuah cerita
berdasarkan perspektif mereka sendiri sama ada dari sudut positif
ataupun negatif. Selain itu, unsur didaktisisme tidak boleh
digunakan secara berlebihan dalam karya kerana boleh
mengurangkan keberkesanan kandungan cerita. Unsur ini lebih baik
disampaikan dalam bentuk yang santai dan menghiburkan kerana
pembaca lebih gemar unsur-unsur tersebut dimasukkan dalam
sesebuah penceritaan. Di barat, pada awalnya novel yang
mempunyai unsur lucah dan tidak bermoral mendapat kecaman
daripada pelbagai pihak tetapi apabila diteliti semula oleh beberapa
panel anugerah sastera, novel tersebut mula mendapat
pengiktirafan dari segi mutu kesasteraannya. Ini menunjukkan
bahawa barat mula menerima unsur-unsur tersebut dalam karya
mereka kerana mereka lebih suka melakukan sesuatu secara
terang-terangan begitu juga dalam penulisan mereka. Di Malaysia
pula, novel Salina yang dipertikaikan soal moral dan kelucahan

menyebabkan novel beliau tidak mendapat sokongan untuk


diterbitkan. Akan tetapi, apabila sarjana dari luar negara memberi
pujian dan pengiktirafan, orang tempatan mula memberi tanggapan
yang positif terhadap novelnya. Maksudnya pengaruh barat ini
terlalu kuat dalam mempengaruhi pemikiran saterawan malah juga
terhadap masyarakat melayu. Unsur-unsur lain yang perlu diberi
perhatian dalam karya seperti "faktor luar teks" dan "selera
pembaca" perlu dimasukkan ke dalam karya-karya tempatan kerana
apa yang ditulis mestilah bersesuaian dengan kehendak pembaca
Jelaslah bahawa unsur-unsur, fahaman dan pemikiran yang dibawa
oleh barat telah mula meresap masuk dalam penulisan sarjanasarjana tempatan dalam karya-karya yang diterbitkan.

Anda mungkin juga menyukai