Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE3103 : KRAF TRADISIONAL

NAMA

NORISAH @ ANISAH BT HJ. AMIN

NO. MATRIKULASI

720402125160001

NO. KAD PENGENALAN

720402125160

NO. TELEFON

0198317180

E-MAIL

norishriss@yahoo.com

TUTOR

MOHD SAWARI BIN RAHIM

E-MAIL

mohdsawari@oum.edu.my

SEMESTER

JANUARI 2014

PUSAT PEMBELAJARAN

SABAH LEARNING CENTER

ISI KANDUNGAN
Perkara

Muka Surat
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 1

PENDAHULUAN

1. PENGENALAN

2.

3.

4.

1.1

Definisi Kraf Tradisional

1.2

Asal-usul Sejarah Kraf

1.3

Kepelbagaian Kraf Tradisional

1.4

Tujuan Mempelajari Kraf Tradisional

1.5

Kepentingan Mengenali Kraf Tradisional

Kraf Tradisional Ukiran

2.1

Definisi Kraf Tradisional Ukiran

2.2

Motif Ragam Hias Yang Terdapat Dalam Ukiran

2.3

Seni Ukir Islam

6
7

Seni Islam

3.1

Konsep seni Islam

3.2

Sejarah Kesenian Islam

3.3

Falsafah Kesenian Islam

Motif Ukiran Kayu Tradisional Melayu Berkait

Dengan Falsafah Islam


5.

Penjelmaan Idea Dari Motif Asal Memenuhi

13

6 Prinsip Kesenian Orang Melayu


RUMUSAN

16

RUJUKAN

17

PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah (S.W.T) Tuhan yang mencipta alam semesta, selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W.), keluarga dan para sahabat
baginda (s.a.w.). Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah (S.W.T.)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 2

di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Pengajaran Komsas dalam Bahasa
Melayu (HBML 3103) ini dapat disempurnakan sepenuhnya.
Penulisan tugasan bagi kursus Kraf Tradisional (HBAE 3103) ini mengandungi
beberapa tajuk utama yang telah dihuraikan secara terperinci seperti berikut :
Objektif tugasan bagi kursus Kraf Tradisional (HBAE 3103) ini ialah untuk
mengetahui secara jelas tentang seni kraf Melayu, seni Islam, hubungan erat antara seni kraf
Melayu dengan kepercayaannya Islam, bagaimana pengutaraan motif kayu tradisional
Melayu berkait dengan falsafah Islam dan juga bagaimana penjelmaan idea dari motif asal
memenuhi 6 prinsip kesenian orang Melayu.
Dalam kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada
pihak pensyarah iaitu En. Mohd Sawari Bin Rahim dan juga En. Mohd Zahari Bin Mat
Nor, di atas tunjuk ajar mereka sepanjang meyiapkan tugasan ini. Ucapan ribuan terima
kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah meluangkan masa untuk
menjalankan sesi perbincangan.
Sememangnya tugasan ini dapat menambah pengetahuan serta memperkukuh
kemahiran sebagai guru dari sudut menjelmakan idea dari motif asal memenuhi enam prinsip
kesenian orang melayu. Tugasan ini banyak memberi manfaat kepada diri saya dan berharap
agar ia juga memberi manfaat dengan menjadi salah satu sumber rujukan kepada penuntut
lain. Semoga Allah memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu tanpa sempadan.
Disediakan oleh :
NORISAH@ANISAH BT. HJ. ANAM

16.03.2014

720402125160001
(Fakulti Pendidikan & Bahasa)

1. PENGENALAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 3

Kraf tradisional adalah warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita suatu
ketika dahulu. Kraf tradisional yang dihasilkan kaya dengan unsur-unsur budaya yang dapat
dilihat melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Ia dihasilkan menggunakan
kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu di samping bahan yang digunakan adalah tidak terhad.
Lazimnya kraf tradisional dihasilkan untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian.
Tukang pandai Melayu sentiasa mencipta barang-barang kraf supaya boleh digunakan atau
sebagai bahan yang indah dengan tujuannya yang berbeza-beza. Seni Melayu adalah
penjelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa. Terhasilnya
karya-karya ini dengan kuatnya pengamatan atau pemikiran penciptaannya yang dijelmakan
melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam
sehingga wujud kelainan dan keunikan antara karya-karya seni dalam kebudayaan Melayu
dengan karya seni kebudayaan-kebudayaan besar di dunia dan karya-karya seni kebudayaan
kelompok masyarakat lain yang berhampiran dengannya. Seni kraf Melayu juga
mempunyai hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya
iaitu Islam. Setelah kedatangan Islam ke rantau Kepulauan Melayu, kepercayaan orang
Melayu telah berubah daripada mempercayai dan memuja patung-patung atau tuhan-tuhan
yang banyak kepada kepercayaan kepada Allah (s.w.t.). Mereka menganggap alam hanyalah
perhiasan yang menyerikan kehidupan sementara di dunia dan menganggap kehidupan yang
kekal abadi adalah kehidupan di akhirat. Dengan itu, para tukang pandai Melayu terus
berusaha menghasilkan ciptaan baru yang bermanfaat kepada kehidupan dunia yang tidak
boleh dipisahkan dengan kehidupan di akhirat. Ini terbukti dengan penggunaan ragam
hias atau motif dalam sesuatu penghasilan kraf yang amat jelas menunjukkan ciri-ciri
keislaman. Walaubagaimanapun berdasarkan ajaran agama Islam, rupa figura manusia
atau binatang yang sebenar tidak dibenarkan atau diharamkan ia digambarkan dalam
ragam hias kraf tradisional Melayu.
1.1

Definisi Kraf Tradisional


Ungkapan Keluaran Kraf Tangan bermaksud apa-apa keluaran artistic yang

mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu
proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan
termasuklah apa-apa barang, walaubagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk
pada atau di mana-mana bahagian (Akta 222- Akta Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan
Malaysia 1979).
Dengan itu perkataan Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan
kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah
yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 4

Tradisional pula didefinisikan sebagai tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke
satu generasi.
Seterusnya Kraf Tradisional membawa maksud satu aktiviti yang memerlukan
dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti
membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing perhiasan diri dan
lain-lain lagi.
1.2

Asal-usul Sejarah Kraf


Negara kita terkenal dengan pelbagai hasil Kraf Tradisional yang merupakan warisan

negara yang telah diperturunkan oleh nenek moyang kita dulu kala dari satu generasi ke satu
generasi sehingga kini. Walaubagaimanapun, setiap hasil kraf tersebut mempunyai fungsi
tertentu yang dipengaruhi oleh iklim, lokasi, kepercayaan, pekerjaan, bahan keperluan,
kemudahan serta hubung kait dengan masyarakat luar seperti alat untuk pertahankan diri; alat
untuk bertani, menamgkap ikan adan membuat pertukangan; alat untuk kegunaan harian; alat
untuk upacara dan istiadat; alat untuk rekreasi; alat muzik untuk persembahan nyanyian,
tarian dan pertunjukan; rumah dan istana untuk kediaman dan juga masjid; pengangkutan air;
dan juga alat untuk perhiasan.
1.3

Kepelbagaian Kraf Tradisional


Kraf tradisional terdiri daripada batik, anyaman, tekatan, tembikar, ukiran, tenunan,

anyaman, tembikar, wau, gasing dan perhiasan diri.


1.4

Tujuan Mempelajari Kraf Tradisional


Antara tujuan mempelajari Kraf Tradisional ini adalah untuk menanamkan sikap

bahawa kraf tradisional merupakan warisan seni yang perlu dikekalkan, tidak lupus ditelan
zaman, menyedarkan pelajar bahawa kraf tradisional mempunyai nilai estetik, dan juga untuk
merasa bangga dengan tradisi warisan Negara.
1.5

Kepentingan Mengenali Kraf Tradisional


Terdapat beberapa kepentingan mengenali kraf tradisional antaranya mempelajari

teknik membuat produk iaitu teknik tersendiri yang digunakan bagi tiap-tiap kraf,sebagai
contoh kraf tembikar menggunakan teknik picitan diikuti kepingan dan seterusnya lingkaran
pada tanah liat bagi membentuk objek.
Selain itu, memahami dan mengenali bahan-bahan semula jadi yang digunakan dalam
menghasilkan kraf yang berkaitan sebagai contoh kraf anyaman menggunakan daun pandan
atau mengkuang bagi menghasilkan objek.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 5

Seterusnya, mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional yang
berbeza-beza sebagai contoh motif tapak harimau dalam kraf anyaman.
2.

Kraf Tradisional Ukiran


Berikut adalah penerangan tentang definisi kraf tradisional dan motif ragam hias yang

terdapat dalam ukiran.


2.1

Definisi Kraf Tradisional Ukiran


Salah satu hasil orang-orang Melayu adalah ukiran kayu yang unik. Ia dapat dilihat

pada binaan istana, masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot serta barangan kegunaan
harian.
Ukiran didefinisikan sebagai mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan
menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, carving tool. Ukiran juga merupakan hasil
rupa tradisi Melayu yang terulung.
Terdapat dua faktor utama ukiran menjadi hasil rupa tradisi Melayu terulung
iaitu keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan
binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan. Faktor berikutnya adalah kekayaan tumbuhtumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk mewujudkan jenis-jenis bentuk dan
motif ukiran kayu. Ini adalah didorong oleh daya cipta yang sihat, kemahiran pertukangan,
cita rasa tinggi dan pendukungan yang berterusan.
Antara bentuk-bentuk ukiran kayu Melayu adalah mementingkan sifat gerak yang
bermula dari suatu punca dan terus timbul perlahan serta berliku-liku., mempunyai imbangan
sama ukur di antara bahagian yang positif dengan yang negatif., manakala bentuk dan
motifnya adalah

terkawal dengan keadaan yang sederhana tanpa wujud unsur yang

berlebihan.
Ukiran kayu Melayu amat menyerlah penyataan daya ciptanya dalam bentuk tampak
sepertimana yang terdapat pada barang-barang kegunaan harian dan seni bina. Sebagai
contoh binaan masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot, serta barangan kegunaan
harian.
2.2

Motif Ragam Hias Yang Terdapat Dalam Ukiran.


Motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran kayu Melayu adalah seperti berikut :

i.

Ukiran flora terdiri daripada daun dan bunga. Daun pula terdiri daripada bayam
kukur, bayam perasi, janggut keli, beremi, jari buaya, ketola, ketumbit, kangkung,
pucuk kacang, pucuk rebung, pucuk paku, piya, pulut, setulang, selit, ringgit dan
lain-lain. Manakala Bunga pula terdiri daripada cempaka, ketumbit, kecubung,
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 6

kundur, kala bukit, kemunting, kedup, ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai,
manggis, tanjung, matahari, cengkih dan lain-lain.
ii.

Seni khat terdiri daripada ayat-ayat Al-Quran.

iii.

Fauna terdiri daripada itik pulang petang.

iv.

Awan Larat terdiri daripada awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat
ditiup angin sehingga menghasilkan pelbagai bentuk yang indah.

v.

Kosmos terdiri daripada matahari, bulan, bintang, awan, gunung, bukit, logam dan
lain-lain.

vi.

Geometri terdiri daripada corak berupa corak geometri, unsur lain yang disusun
dalam rupa bentuk geometri, huruf-huruf Arab dan tulisan jawi.

2.3

Seni Ukir Islam


Seni ukir Islam jelas dapat dilihat pada rumah-rumah orang Melayu di seluruh

Nusantara. Kalimah-kalimah seperti Allah, Muhammad dan Bismillah sering menjadi bahan
ukiran pada kayu yang diletakkan di pelbagai tempat dalam rumah, masjid dan lain-lain
institusi yang ada hubungan dengan agama dan adat budaya setempat. Konsep ukiran teratai
umpamanya banyak ditemui dalam ukiran-ukiran pada mimbar masjid. Ukiran ini
membuktikan penghayatan Islam orang-orang Melayu sudah dibudayakan dalam seni ukir.
Kelopak teratai berkembang yang melambangkan Rukun Islam atau Rukun Iman yang
tercantum harmoni dalam satu ikatan tauhid. Orang Melayu turut merealisasikan citra
keislamannya dalam ukiran-ukiran di batu nisan, seni bina wakaf, seni ukir pada perahu, keris
dan sebagainya. Namun tidak dinafikan adanya percampuran antara seni Melayu tradisional
dengan unsur-unsur ajaran Islam yang dilambangkan dalam ukiran seperti ukiran pada
perahu. Terdapat ukiran-ukiran yang berunsur Islam tetapi ada juga adat-adat pemujaan
pantai terus diadakan di mana pawang perahu memainkan peranan yang penting. Dalam
pemujaan, kepala perahu, biasanya wajah burung bangau akan dikalungi bunga. Bangau
lambang kuasa menangkap ikan dan mempunyai hubungan dengan dewa-dewa di laut (Nik
Hasan Shuhaimi 2000).
3.

Konsep Seni Islam


Seni dari sudut literal ialah halus, indah atau permai. Manakala dari segi istilah, seni

ialah segala yang halus, indah dan menyenangkan hati serta perasaan manusia. Dalam
pengertian yang lebih padu, ia membawa nilai halus, indah, baik, suci, berguna, bermanfaat
serta mempunyai fungsi dan nilai sosial.
Selain itu, keindahan adalah sesuatu yang wujud di luar diri manusia yang menikmati
keindahan tersebut. Ia dapat dirasa, ditanggapi dan dihayati.
Allah (s.w.t.) adalah sumber daya dan sumber pemikiran manusia. Imaginasi dan
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 7

keupayaan mencipta yang ada pada manusia adalah percikan dari daya kreatif Allah (s.w.t.).
Oleh itu, seni boleh dibahagikan kepada 2 perkara iaitu seni ciptaan Allah dan seni ciptaan
manusia.
3.1

Sejarah Kesenian Islam


Kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian pada zaman silam yang

telah berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah (s..w.t.).
Kesenian Islam dikatakan telah berkembang sejak zaman Nabi Daud (a.s.) diikuti puteranya
Nabi Sulaiman (a.s.). Seterusnya

berkembang pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w.),

kemudian diikuti zaman selepas kewafatan baginda (s.a.w.) sehinggalah masa kini. Kesenian
Islam terus berkembang di dalam bentuk dan falsafahnya yang berorientasikan sumber
Islam yang menitikberatkan kesejajaran dengan tuntutan tauhid dan syara.
3.2

Falsafah Kesenian Islam


Falsafah seni dan budaya dalam Islam adalah bertitik tolak daripada akidah tauhid.

Al-Quran yang merupakan sumber kepada pembentukan seni dan budaya dalam Islam
menjelaskan bahawa Allah (s.w.t.) bersifat dengan segala kesempurnaan, Maha Suci lagi
Maha Indah. Maksud tauhid sebagai asas kepada konsep dan falsafah kesenian dalam
Islam di sini ialah sebagai umat Islam, anda haruslah menghargai keindahan ciptaan Allah
(s.w.t.) yang boleh membawa kepada pertambahan dan pengukuhan keimanan kepada Allah.
4.

Pengutaraan Motif Ukiran Kayu Tradisional Melayu Berkait Dengan Falsafah


Islam
Abdullah bin Muhamed yang pernah berkhidmat sebagai guru agama di Maktab

Sultan Ismail, Kota Baharu pada awal tahun 1956 telah membincangkan persoalan konsep
bentuk seni melalui falsafah simbolik yang menekankan kepada nilai keagamaan. Beliau
mengatakan bahawa keindahan dalam karya seni orang Melayu adalah berteraskan kepada
pangkalan atau bertitik-tolak kepada aqidah ketuhanan. Sebagai umat Islam haruslah
menghargai keindahan ciptaan Allah (s.w.t.) yang boleh membawa kepada pertambahan dan
pengukuhan keimanan kepada Allah.
Sebagai contoh beliau telah mengutarakan falsafah Melayu Islam dalam seni
ukir motif tradisional Melayu. Pengutaraan falsafah yang diutarakan oleh beliau telah
menjadi panduan kepada pengkaji dan penyelidik untuk mengkaji falsafah motif dan
kepentingan dalam masyarakat Melayu.
Ia bermula dengan pendekatan falsafah bunga atau motif bagi kraf tradisi
Melayu ialah tumbuh berpunca, punca penuh rahsia, tajam tidak menujah lawan dan lilit
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 8

tidak memaut kawan. Tumbuh berpunca menunjukkan kepada kita tentang berpunca dari
Allah . Zat Allah tidak dapat digambarkan dan difikirkan oleh akal manusia.
Kemudian punca penuh rahsia. Rahsia dalam bahasa Arab disebut Sirr iaitu Zat
Allah dan sifatnya yang disebut Benih Alam. Dari rahsia itu muncullah Benih Alam dan
dengan sifat Allah Yang Indah dan Cintakan Keindahan. Para pengukir melihat alam yang
indah dengan pandangan Syuhud (iaitu melihat dengan akal dan kalbu) yang pada hakikat
sebenarnya Melihat Keindahan Allah. Bunga-bungaan, daun-daunan yang melihat adalah
pancaran keindahan Allah. Apabila melihat dengan ilmu dan melihat dengan iman, maka
timbul rasa taqwaan terhadap Allah. Pandangan syuhud akan menimbulkan penghayatan.
Penghayatan menyedari hakikat kebesaran dan kemuliaan Allah sebagai pencipta Maha
Agung dan Maha Esa.
Seterusnya tajam tidak menujah lawan dan lilit tidak memaut kawan pula
menunjukkan alam mewarisi kedu-dua sifat tersebut tetapi sifat indah itu lebih nyata dan sifat
kehebatan itu tersembunyi. Bagi insan yang pengasih, tenang dan mencintai keindahan, sifat
kehebatan akan terus terpendam dalam jiwanya. Para pengukir adalah insan yang melihat alat
dengan syuhud. Mereka mencintai keindahan dan mengharapkan keindahan dan
keharmonian. Kerana alam ini datang dari Allah.
Beliau membicarakan bahawa setiap motif bunga mempunyai susun galur yang
berpunca dari benih-benih tertentu. Lihat rajah berikut :

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 9

Rajah 1 : Susun galur setiap motif bunga

Permulaan benih tertutup :

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 10

Rajah 2 : Susun galur setiap motif bunga


Permulaan dari dua benih nyata

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 11

Rajah 3 : Susun galur setiap motif bunga


Permulaan dari benih bunga

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 12

Rajah 4 : Susun galur setiap motif bunga

5.

Penjelmaan Idea Dari Motif Asal Memenuhi 6 Prinsip Kesenian Orang Melayu
Terdapat pelbagai motif untuk menghasilkan ukiran antaranya motif flora, motif

fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos, motifGeometrid dan motif seni khat atau
kaligrafi yang menggunakan huruf Arab. Proses penjelmaan idea adalah berunsurkan objek
disekeliling mereka seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan
larat yang terdiri daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan,
segitiga serta tulisan ayat Al Quran. Kebanyakan ukiran yang dihasilkan oleh orang
Melayu adalah melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang berlandaskan agama Islam.
Rumah-rumah orang Melayu biasanya terdapat ukiran khat pada ambang pintu rumah,
tingkap, bingkai cermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Semua ini
meunjukkan seni keislaman. Selain itu, masjid atau surau juga sering diukir pada kayu
dengan ayat-ayat Al Quran kemudian diletakkan di dinding. Selain itu ukiran motif pelbagai
diukir pada mimbar masjid atau surau.

Berikut adalah ukiran yang menunjukkan bagaimana idea motif itu dijelmakan dan
ditafsirkan, seterusnya apakah pengaruh yang memberi makna kepada hasil ukiran tersebut.
Ukiran 1 :

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 13

Rajah 5 : Ukiran tebukan timbul


(Sumber : http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea )
Ukiran di atas dikenali dengan ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari motif
arabes kemudian menggabungkan unsur flora dan geometri. Terdapat pada ukiran akan ciriciri kosmos yang berbentuk bintang. Corak ukiran disusun dengan indah, teratur dan ada
keseragaman. Ini menunjukkan pengukir cuba melihat dunia ciptaan Allah (s.w.t.) yang luas
ini dan menterjemahkannya melalui motif tersebut. Pengukir juga amat menghayati
kebesaran Ilahi dan amat mengagungkan kehebatan Allah (s.w.t.) termasuk mengagumi
setiap ciptaan Allah (s.w.t.) dan mengakui bahawa setiap yang diciptakan-Nya mempunyai
fungsi masing-masing. Ini menunjukkan kepada kita bahawa suatu konsep yang bercirikan
Islam itu penting dalam penghasilan seni ukiran kerana ia mewujudkan perasaan tenang,
aman dan damai di hati dan merendah diri pada Tuhan yang Esa. Menurut Norashikin Mohd
Bani (2002), pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar bagi seni ukiran Islam..
Justeru, pengukir tidak dibenarkan menyalahi tuntutan syariat agama

Islam seperti

menghasilkan ukiran berbentuk haiwan dan manusia atau makhluk bernyawa kerana ia
diharamkan dalam Islam. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi
seperti unsur-unsur penyembahan, pemujaan dan mengagung-agungkan benda buatan
manusia. Ukiran pada tembaga dan gangsa juga perlulah bergabung dengan motif-motif
kaligrafi dan arabes supaya tidak timbul ciri-ciri motif yang melampau dan dilarang dalam
Islam. Selain itu, seni ukiran tradisional Melayu yang bercirikan Islam seharusnya dipelajari
kerana mengandungi nilai-nilai estetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi
sesuatu kaum (Norashikin Mhd Bani,2002).

Ukiran 2 :

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 14

Rajah 6 : Ukiran jenis tebuk tembus


(Sumber : http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang-terbiar-oldand.html )
Ukiran jenis tebuk tembus yang didapati di sebuah surau lama di Perak di atas adalah
bermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seni khat adalah keitimewaan seni ukiran yang sering
menghiasi bangunan-bangunan Islam, masjid, surau, sekolah agama, dan segelintir rumah
orang Melayu Islam. Seni khat ini berasal dari Negara-negara Timur Tengah.Ukiran tersebut
mampu mendekatkan diri manusia kepada Penciptanya apabila menyedari bahawa Allah
(s.w.t) itu menyukai sesuatu yang indah, bersih dan suci. Dengan itu, ukiran-ukiran dari
pelbagai motif itu terjalin dengan keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata
hikmat yang mampu menambat hati dan perasaan manusia (Abdul Ghani Samsudin et. al.,
2001). Adat resam dan budaya masyarakat Melayu turut mengajar anak-anak supaya
mencintai ayat-ayat Allah dan sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan seharian serta
menerapkan keimanan dalam jiwa melalui penghayatan kepada agama Islam.
RUMUSAN

Setelah menyiapkan tugasan ini, dapatlah dibuat beberapa rumusan penting antaranya
kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita masa
dahulu. Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
kepercayaannya iaitu Islam, namun tidak boleh dinafikan bahawa terdapat banyak pengaruh
kepercayaan lama orang Melayu iaitu pengaruh Aninisme dan Hindu. Tujuan mempelajari
kraf tradisional adalah untuk menanamkan sikap, menyedarkan pelajar agar ia tidak akan
lupus, menyedari bahawa ia mempunyai nilai estetik dan seterusnya merasa bangga dengan
warisan negara. Kepentingan mengenali kraf tradisional adalah untuk mempelajari teknik,
memahami bahan-bahan semulajadi yang digunakan dan juga mengetahui nama pada corak
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 15

ragam hias kraf tradisional. Selain itu, falsafah seni dan budaya dalam Islam adalah
bertitik tolak daripada akidah tauhid. Al-Quran yang merupakan sumber kepada
pembentukan seni dan budaya dalam Islam menjelaskan bahawa Allah (s.w.t.)

bersifat

dengan segala kesempurnaan, Maha Suci lagi Maha Indah. Seterusnya, wujud pelbagai
motif untuk menghasilkan ukiran antaranya motif flora, motif fauna, Arabes, motif
angkasa atau kosmos, motif eometrid dan motif seni khat atau kaligrafi yang
menggunakan huruf Arab. Proses penjelmaan idea adalah berunsurkan objek disekeliling
mereka seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang
terdiri daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga
serta tulisan ayat Al Quran.

RUJUKAN
Abd. Aziz Deraman, (1977). Islam dan Kebudayaan Melayu, Kuala .Lumpur : Dewan
Bahasa & Pustaka.

Ismail R.Al Faruqi & Loui Lamya Al Faruqi (1992). Atlas budaya Islam, Ed Terjemahan BM,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Mana Sikana (1966). Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa &

Pustaka.
Mustafa Haji Daud (1991) Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications and

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 16

Distributors.
Othman Yatim (1989) Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan

Pustaka.

Zulkifli Hanafi, (2000). Pola-pola hiasan di dalam Bangunan Tradisi melayu, Kuala
Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 17

Anda mungkin juga menyukai