Anda di halaman 1dari 25

EDU 3108

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

Tajuk : Bincangkan isu-isu etika guru. Berikan isu-isu dan contoh-contoh semasa
yang sesuai.
1.0 Pengenalan
Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia, dihormati dan
disanjungi. Guru adalah seseorang yang dikenang jasanya oleh anak didiknya
hingga ke akhirnya. Ia adalah suatu profesion yang mempunyai etikanya yang
tersendiri di mana guru dianggap segala-galanya. Dalam profesion keguruan,
guru perlu berkomunikasi dan hidup bermasyarakat antara satu sama lain sama
ada dalam institusi atau komuniti. Maka, suatu sistem perlu diatur sebagai
panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati dan
mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta kebolehan
menguruskan kehidupan yang baik. Hal ini akan mewujudkan etika guru yang
merupakan peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan dan
penegasan tentang mana yang benar dan mana yang buruk dalam masyarakat
kita.
Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika
profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan
awam (Abd. Rahim, 2007). Namun begitu, terdapat juga beberapa isu etika guru
yang wujud disebabkan faktor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang guru
itu melakukan perbuatan yang tidak beretika serta bercanggah dengan prinsipprinsip etika yang diamalkan sebagai seorang pegawai penjawat awam.

2.0 Konsep dan maksud etika


Apabila kita membicarakan etika, satu perkataan yang sinonim
dengannya ialah moral, yang sangat berkait rapat malah seringkali diberi
pengertian yang sama. Etika berasal daripada perkataan ethos dalam bahasa
Greek yang bermaksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu
golongan. Mengikut Kamus Dwibahasa Dewan (2002), ethos bermaksud nilai
1

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

moral, sistem kepercayaan, budaya atau keperibadian sesuatu bangsa. Kamus


Oxford (1994), mentakrifkan etika adalah prinsip moral atau set prinsip moral.
Manakala menurut Dewan Bahasa & Pustaka (1995) pula, etika boleh ditakrifkan
secara mudah sebagai satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau
kesusilaan. Secara amalinya, etika merujuk kepada tanggungjawab dan akibat
tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Dalam profesion keguruan, Kementerian Pelajaran juga telah
menyediakan Tatasusila Profesion Perguruan yang berbentuk ikrar sebagai
garis panduan kepada para guru. Hal ini mewujudkan etika guru yang
merupakan satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu
bapa, masayarakat dan negara, rakan sejawat dan profesion perguruan. Ini
adalah penting untuk menjaga kepentingan masing-masing dan terjamin agar
perbuatan yang dijalankan sesuai serta tidak bertentangan dengan hak-hak
asasi umumnya.
Setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika tingkah
laku, etika pengajaran dan etika perkhidmatan awam demi menjaga imej
profesion. Hal ini sangat penting supaya segala tindakan guru dilihat telah
menjaga kepentingan masyarakat dan memastikan tingkah laku guru sesuai
dengan adat kebiasaan yang berlaku dan tidak bertentangan dengan hak asasi
umum. Walau bagaimanapun begitu, terdapat juga beberapa isu etika guru yang
wujud disebabkan seseorang guru telah melakukan perbuatan yang bercanggah
dengan prinsip-prinsip etika yang diamalkan sebagai seorang penjawat awam.
Isu etika guru merujuk kepada suatu perkara mengenai perilaku guru yang
difikirkan dan dibincangkan secara terbuka dan boleh menjadi suatu masalah
atau perkara biasa.

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

3.0 Isu-isu etika guru


Antara isu-isu etika guru yang akan dibincangkan adalah kesantunan
guru, kepedulian guru, penampilan guru, berniaga di sekolah, pengurusan
kewangan, pengurusan masa dan kerjaya sambilan guru.

Kesantunan
guru

Pengurusan
masa

Pengurusan
kewangan

Isu-isu
etika guru

Kepedulian
guru

Penampilan
guru

Kerjaya
sambilan

Berniaga di
sekolah

3.1 Isu Kesantunan Guru


Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau perlakuan yang mampu
menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain yang menjadikan sesuatu
pergaulan itu berada dalam keadaan harmoni dan mesra. Menurut Noriati
(2004), kesantunan bermula dari hati yang ikhlas dan jujur akan menzahirkan
perlakuan

sama

ada

perlakuan

berbahasa

atau

bukan

bahasa

yang

menyenangkan semua pihak. Ini bermaksud kesantunan dapat dilihat dari


pelbagai segi dalam pergaulan seharian. Kesantunan memperlihatkan sikap
yang mengandungi nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan harian.
Kesantunan melibatkan perlakuan verbal dan perlakuan nonverbal.

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

Kesantunan

Perlakuan Verbal

Perlakuan Nonverbal
Berpakaian

Berbahasa

Tingkah laku

Perlakuan verbal merupakan kesantunan berbahasa yang berkaitan


dengan tatacara berkomunikasi secara lisan. Fokus kesantunan berbahasa ialah
perlakuan dalam percakapan dan tatacara berkomunikasi. Dalam perlakuan
percakapan kawalan suara, puji secara langsung atau tidak dan memonopoli
perbualan adalah antara aspek yang diambil kira. Menurut Zaba, dalam perlakuan
percakapan pengawalan suara adalah sangat penting. Kita sama sekali tidak boleh
menjerit dan meninggikan suara seolah-olah sedang marah atau sedang bercakap
dengan orang pekak.
Ketika berkomunikasi, guru harus mengikut norma-norma budaya dan
bukan sekadar mengikut tatacara kita sahaja. Tatacara berbahasa harus sesuai
dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat. Ini membantu
memudahkan pelaksanaan tugas harian dan dihormati masyarakat setempat.
Tambahan pula, ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar
penyampaian sempurna.
Sehubungan itu, kesantunan adalah bersifat bipolar iaitu memiliki
hubungan dua hala, contohnya di sekolah berlaku hubungan antara guru dengan
murid, guru dengan guru, Guru Besar dengan guru dan guru dengan masyarakat.

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

Bipolar

Guru dengan
murid

Guru besar
dengan guru

Guru dengan
masyarakat

Guru dengan
guru

Tatacara bertindak dan berbahasa yang harus dilakukan oleh guru mestilah
mengikut norma-norma masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat. Dengan
memahami budaya setempat, guru akan dihormati oleh masyarakat setempat dan
hal ini memudahkan pelaksanaan tugas hariannya dengan berkesan. Terdapat enam
kesantunan berbahasa yang perlu dipatuhi oleh setiap guru adalah seperti berikut:
i)
ii)

Kata-katanya mengandungi maksud ujaran yang jujur, ikhlas dan benar.


Menggunakan intonasi suara yang sesuai dengan maksud ujarannya dan
menjauhi intonasi yang meninggi yang menggambarkan kesombongan

iii)

dan marah yang tidak mampu dikawal.


Memilih penggunaan kata ganti nama diri dan sistem panggilan serta
sapaan yang tepat yang menghormati pihak yang mendengar (pihak yang

iv)

diajak bercakap).
Tidak membolot perbualan, tidak mencelah percakapan orang lain dan

v)

mementingkan diri dan pandangan sendiri sahaja.


Menggunakan strategi yang sesuai dalam menyatakan maksud bagi
mengelakkan

vi)

pihak

yang

mendengar

tersinggung,

contohnya

menggunakan kata-kata yang bersirat.


Mematuhi peraturan berbahasa yang menepati masyarakat di mana guru
itu berada.

Tidak membolot
Guna intonasi suara Pilih penggunaan
perbualan, tidak
Guna strategi sesuai
Mematuhi
peraturan
yang sesuai dan
6 aspek
kesantunan
mencelah
kata ganti
nama
diri
5
dalam menyatakan
berbahasa
yang
jauhi intonasi yang dan system
berbahasa
percakapan dan
Kata-kata
maksud bagi
menepati
masyarakat mementingkan
meninggi (marah danpanggilan
diri
atau
mengandungi
mengelakkan pihak
di
mana
berada
kesombongan)
serta pandangan diri
maksud ujaran jujur, sapaan yang tepat
mendengar

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

Bersyukur dan
berterima kasih atas
nikmat dan kebaikan
yang diperoleh

Berani, tegas dan


mampu membetulkan
perkara-perkara keji
daripada berlaku

MAH POH POH


680114-13-5416

Ikhlas, jujur, baik hati,


penyayang dan
sanggup berkorban
Menghargai dan
menghormati pihak
lain walaupun
kalangan yang cacat,
muda, miskin dan
kurang cerdas

Ciri-ciri Kesantunan
Guru

Menggunakan katakata baik dan bukan


untuk menyakiti

Peramah, pemurah
dan bersedia
membaiki kelemahan
diri

3.1.1 Isu dan contoh-contoh semasa


Berikutan dengan isu kesantunan guru, beberapa kes berkenaan telah
didapati berlaku. Antara contoh-contoh yang telah didapati adalah bertajuk
Dendam punca dua guru wanita bergaduh seperti dalam Berita Harian pada 21
Februari 2005. Berdasarkan berita tersebut, pergaduhan membabitkan dua
orang guru wanita yang dipercayai berpunca daripada dendam lama.
Pergaduhan berlaku di hadapan kira-kira 800 orang pelajar dalam satu
perhimpunan mingguan sekolah berkenaan. Mereka dikatakan bertumbuk dan
saling bertarik rambut, sebelum dileraikan oleh ibu bapa murid yang kebetulan
turut berada di situ selepas menghantar anak mereka ke sekolah.
Selain itu, My Metro juga memaparkan 2 guru bergusti pada 29
Januari 2010. Pergaduhan ini berlaku di kantin sekolah, berpunca daripada
dendam dan disaksikan oleh pelajar dan guru-guru lain.
3.1.2 Cadangan untuk mengatasi
6

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

Kedua kejadian ini menunjukkan kedua-dua orang guru berkenaan


gagal mematuhi dan mempamerkan ciri-ciri kesantunan yang sepatutnya ada
pada seorang guru. Guru perlu bijak mencari jalan penyelesaian termasuk tidak
membawa masalah peribadi ke tempat kerja sehingga gagal untuk mengawal
emosi dan tingkah laku ketika bertugas, khususnya di hadapan pelajar. Guru
seharusnya menjadi role model dan wajib mempamerkan perlakuan yang santun
menerusi kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan peraturan berbahasa
dan mengawal tingkah lakunya.
Menerusi contoh kes pergaduhan di atas, anjuran ceramah etika
perguruan dari semasa ke semasa kepada guru penting dan perlu diadakan
sebagai langkah untuk mengatasi kejadian ini berlaku. Di samping itu, ceramah
berkaitan dengan pengurusan tekanan juga perlu diadakan agar mampu untuk
membantu mengelakkan perkara seperti ini terjadi.
3.2 Isu Kepedulian Guru
Mengikut Hall, George dan Rutherford (1977), kepedulian didefinisikan
sebagai perwakilan komposit perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi
terhadap sesuatu isu atau tugas. Manakala Van den Berg dan Ros (1999)
mengkonsepsikan kepedulian sebagai persoalan-persoalan, keraguan dan
kemungkinan tentangan pihak guru apabila menghadapi situasi baharu atau
tuntutan yang kian mencabar. Maka, dapat disimpulkan bahawa kepedulian guru
merujuk kepada gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh
guru terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.
Fuller, Parsons dan Watkins (1974) telah mengelompokkan kepedulian
guru kepada kategori spesifik berdasarkan tiga peringkat, iaitu penyempurnaan
diri, tugas-tugas pengajaran dan impak pengajaran.

1. Peringkat
penyempurnaan diri

2. Peringkat tugastugas pengajaran

Tiga peringkat kepedulian guru


7

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

3. Peringkat impak
pengajaran
Peringkat pertama ialah penyempurnaan diri yang lebih biasa dirujuk
kepada kepedulian kelangsungan hidup dimana sering dihadapi oleh guru
permulaan. Antara aspek yang terangkum dalam kepedulian guru adalah
persetujuan penyelia, sokongan pentadbiran, hubungan dengan guru-guru lain,
kandungan subjek dan

masalah disiplin. Kepedulian ini mempunyai pengaruh

terhadap kebolehan guru mengajar dan keberkesanan mereka di dalam bilik darjah.
Seterusnya, kepedulian guru pada peringkat tugas-tugas pengajaran pula
ialah guru mengambil peduli tentang bahan pengajaran, kaedah efektif dan beban
tugas spesifik. Guru tidak lagi bimbang tentang kelangsungan hidup di dalam bilik
darjah. Sebaliknya, guru bimbang tentang perasaan pelajar terhadap mereka dan
mengambil berat tentang penilaian pembelajaran pelajar.
Kepedulian mengenai impak pengajaran pula beralih tumpuan kepada
pelajar secara menyeluruh. Pada peringkat ini, guru lebih berkeyakinan terhadap
kebolehan mengajar mereka, persekitaran bilik darjah dan hubungan dengan
sekolah dan pelajar. Guru akan lebih fokus kepada keperluan pelajar dan
penambahbaikan pendidikan. Sehubungan itu, guru juga ambil peduli tentang
peningkatan profesional diri dan isu-isu etika dalam sistem pendidikan yang boleh
memberikan kesan kepada pelajar.
Hall et al. (1977) telah mengemukakan Model Concerns-Based Adoption
yang menggariskan tujuh peringkat kepedulian yang memberikan pertunjuk terhadap
cara untuk memahami dan menangani kepedulian yang dihadapi. Tujuh peringkat
tersebut adalah kesedaran, informational, personal, pengurusan, akibat, kolaboratif
dan fokus semula.

Peringkat kesedaran

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

Peringkat informational

Model

Peringkat personal

ConcernsBased
Adoption

Peringkat pengurusan

Peringkat akibat

Peringkat kolaboratif

Peringkat fokus semula


Peringkat kesedaran membolehkan sesiapa yang terlibat dalam inovasi itu
dapat memberikan bantuan kepada guru berkenaan mengikut kesesuaian. Peringkat
seterusnya ialah informational yang merujuk kepada guru yang sudah mula berminat
dalam sebahagian daripada maklumat mengenai perubahan. Lanjutan daripada itu,
guru mungkin ingin mengetahui impak perubahan terhadap dirinya. Peringkat
pengurusan pula, guru akan mengambil peduli tentang cara perubahan itu dan dapat
diuruskan semasa melaksanakannya. Hasilnya, guru terlibat dalam perubahan
inovasi berminat mengenai impak inovasi terhadap pelajar atau sekolah. Dalam
peringkat kolaboratif, setelah menyedari tentang impaknya guru akan bekerjasama
dengan rakan sejawat untuk memastikan keberkesanan perubahan. Peringkat
terakhir pula merupakan peringkat memurnikan inovasi untuk menambahbaikan
keputusan pembelajaran pelajar.
Kesimpulannya, isu kepedulian guru merupakan suatu aspek yang sering
dialami oleh guru apabila menjejakkan kaki ke alam pengajaran. Setiap guru akan
melalui peringkat-peringkat kepedulian dan aspek seperti tugas-tugas pengajaran,
pengurusan bilik darjah dan kandungan subjek selain masalah disiplin yang sering
9

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

menjadi perkara yang diambil peduli oleh guru di bilik darjah.


3.2.1 Isu dan contoh-contoh semasa
Mengikut Sinar Harian pada 7 Mac 2012, 7 pelajar lelaki tingkatan 3 di
sebuah sekolah menengah di Ipoh telah dipukul oleh sekumpulan pelajar senior di
kawasan sekolah akibat selisih faham. Manakala, mengikut Berita Harian pada 7
Mac 2011, terdapat seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun parah dibelasah oleh
sekumpulan pelajar lain yang bertindak ala samseng. Mereka telah membawa
mangsa keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar. Kejadian masalah ini berkait
rapat dengan isu kepedulian guru. Guru berkenaan langsung tidak menanyakan
keadaan mangsa apabila dipapah masuk kelas semula oleh pelajar lain. Guru di
sekolah turut gagal memberi rawatan kecemasan kepada mangsa setelah kejadian
berlaku.
3.2.2 Cadangan untuk mengatasi
Kejadian-kejadian di atas menunjukkan tahap kepedulian guru berkenaan
terutamanya terhadap pelajarnya adalah rendah. Guru sepatutnya sentiasa
memastikan kepentingan keselamatan pelajar dan mengambil berat terhadap
perkembangan pelajar. Guru juga seharusnya sedar akan tahap kecederaan yang
berlaku ke atas pelajarnya serta mementingkan keselamatan pelajar di sekolah.
Lanjutan daripada kesedaran yang dihadapi, guru perlu mengambil tindakan dengan
menghantar pelajar tersebut ke hospital dengan segera.
3.3 Penampilan guru
Penampilan guru dirujuk kepada ciri-ciri peribadi yang dimiliki oleh guru
termasuklah sikap, kepercayaan, minat, apresiasi dan nilai-nilai. Steward (2005)
mendefinisikan penampilan sebagai tret-tret perwatakan dan personaliti yang
dianggap perlu untuk kerjaya sebagai guru. Tret-tret termasuklah aspekaspek
tanggungjawab, kebergantungan, kreativiti, empati dan profesionalisme.

Howard

(2007) telah menghuraikan empat ciri utama yang merangkumi penampilan guru
serta sahsiah yang secara signifikannya dapat menghasilkan hasil pembelajaran
10

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

yang lebih baik. Keempat-empat ciri tersebut terdiri daripada penampilan untuk
perbezaan, dialog, disilusi dan demokras

Perbezaan

Berdialog

Penampilan guru

Disilusi

Demokrasi
Ciri penampilan untuk perbezaan menunjukkan bahawa guru perlu
mempunyai tahap ketrampilan berasaskan budaya, iaitu satu kebolehan untuk
mengenal pasti dan mengiktiraf pelbagai realiti yang diwujudkan di dalam bilik
darjah yang mempunyai pelbagai budaya. Guru perlu dapat tampil dalam situasi
budaya yang berbeza merupakan elemen utama untuk menjadi guru efektif dan
merupakan pengaruh positif terhadap kehidupan pelajar.
Ciri penampilan untuk berdialog ialah guru mempunyai minat dan
keinginan tahu terhadap orang lain dan hal ini merujuk kepada kerelaan untuk
meneroka persamaan dan perbezaan yang berada antara individu. Menurut
Howard (2007), terdapat dua jenis dialog iaitu dialog profesional antara guru
11

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

dengan rakan sejawat dan dialog di dalam bilik darjah

MAH POH POH


680114-13-5416

antara guru dengan

pelajar. Dialog berkala antara dengan rakan sejawat merupakan cara di mana
dapat menangani sikap guru, kepercayaan dan amalan rakan sejawat. Dialog
antara guru dengan pelajar pula memberi peluang kepada pelajar untuk
berkomunikasi dan menerapkan pengalaman hidup pelbagai dalam kalangan
pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna.
Disilusi pula merupakan guru yang menunjukkan keterbukaan melihat
luar daripada budaya sendiri dan kebolehan untuk meneliti kepercayaan serta
pandangan luar. Mengikut Howard (2007) guru yang dapat mengetepikan
khayalan adalah lebih responsif dari budaya dalam persekitaran pelbagai. Ciri
demokrasi pula ialah guru yang dapat mengenal pasti kepentingan demokrasi
dengan bersikap terbuka. Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk
terlibat dalam semua proses pengajaran dan pembelajaran.
Secara keseluruhannya, pelajar yang dididik dalam persekitaran
pelbagai budaya akan berkembang cemerlang jika guru mempunyai penampilan
untuk perbezaan, dialog, disilusi dan demokrasi. Pelajar sedemikian akan
berjaya dan lebih bersedia untuk masyarakat yang kian berubah ke arah yang
lebih demokratik yakni sentiasa berdialog dalam komuniti amat penting.
3.3.1 Isu dan contoh-contoh semasa
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, memang tidak dapat dinafikan
didapati segelintir guru mengajar dengan berpusatkan guru. Guru bersifat
diktator dan langsung tidak akan memberi peluang kepada pelajar untuk
menyuarakan pendapat dan menghadkan kebebasan pelajar untuk membuat
keputusan sendiri sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
3.3.2 Cadangan untuk mengatasi
Dalam situasi seperti ini, guru seharusnya bersifat terbuka dan
mengambil kira keperluan pelajar. Sifat terbuka perlu dimiliki oleh guru dan
bersifat demokratik. Ini adalah penting kerana sekirana pelajar dididik dalam
persekitaran yang bebas dan berpeluang untuk membuat keputusan sendiri
12

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

mampu untuk merangsang pemikiran kritis dan kreatif serta bersikap berdikari.
Pelajar sedemikian akan berjaya dan lebih bersedia untuk masyarakat yang kian
berubah.
Personaliti guru penyayang dapat diterjemahkan sebagai seorang guru
yang

memiliki

sifat

kepedulian

terhadap

muridnya.

Guru

hendaklah

mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi


bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar selagi mereka
bergelar guru. Sikap penyayang sememangnya begitu signifikan dalam
menjayakan aspek kemenjadian murid secara holistik dan barulah potensi diri
murid dapat digilap dan dipertingkatkan sepenuhnya dan berkembang secara
positif.

3.4 Berniaga di sekolah


Berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat, berniaga bermaksud
menjual barang sebagai pekerjaan, berjual beli dan berdagang. Perniagaan
bermaksud perihal urusan jual beli yang melibatkan barangan dan bertujuan
untuk mencari keuntungan. Ia juga melibatkan produk ataupun perkhidmatan
kepada pelanggan. Bidang perniagaan sememangnya mempunyai ruang di
mana-mana sahaja baik di tempat kerja atau di bilik guru. Bilik guru ialah
kawasan perniagaan yang lazim diperhatikan.
Walaupun tugas utama pekerjaan guru adalah mengajar, tetapi ada juga
guru yang berniaga di sekolah. Terdapat juga antara guru yang ghairah berniaga
sampai lupa dan mengabaikan tanggungjawab mereka. Tindakan guru
sedemikian menjejaskan imej profesion yang begitu mulia. Guru sepatutnya
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pendidik di dalam bilik darjah dan
bukannya menjalankan perniagaan di sekolah.
3.4.1 Isu dan contoh-contoh semasa
Berdasarkan pemerhatian dan bacaan daripada akhbar, pelbagai jenis
perniagaan sememangnya telah dijalankan di sekolah. Ramai juga guru yang
13

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

terlibat dalam peringkat di sekolah sama ada secara terus atau sistem MLM
(Multi level marketing) iaitu menjual produk kesihatan, kuih-muih, minuman
berkhasiat, mengambil tempahan pakaian dan kasut, menjual barangan
perhiasan, wangian dan sebagainya. Guru-guru berkenaan akan menggunakan
masa sebelum mengajar dan juga masa rehat untuk mempromosikan produk
yang mereka jual seperti Cosway, Tupperware, Avon, Cael Deon, Satinni, Amway
dan sebagainya.
Seterusnya, perniagaan jenis kedua adalah pihak luar yang datang
berniaga di sekolah seperti menjual buku dan peralatan tulis, insurans, peralatan
dapur dan sebagainya. Terdapat juga pihak bank seperti Bank Simpanan
Nasional melancarkan promosi pembukaan akaun untuk murid di sekolah. Selain
itu, pihak bank turut mempromosikan kad kredit di bilik guru. Mereka akan
berurus dengan setiap guru dan tindakan ini amat mengganggu kerana semua
guru sibuk dengan penyemakan kertas soalan dan key-in markah.
3.4.2 Implikasi Berniaga Di Sekolah
Pelbagai implikasi akan terjadi dengan isu berniaga di sekolah.
Implikasi pertama adalah ia boleh menjejaskan imej profesion keguruan. Hal ini
kerana guru sepatutnya melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik dalam
bilik darjah dan bukannya berniaga di sekolah. Guru yang berniaga turut tidak
menyempurnakan tanggungjawab mereka kepada rakan sejawat dan profesion
perguruan. Hal ini kerana mereka terlibat dengan kegiatan seperti berniaga yang
menjejaskan kecekapan sebagai guru.
Implikasi kedua adalah mengabaikan tanggungjawab pendidik, guru
yang sibuk berniaga akan menganggap bahawa hadir ke sekolah sebagai
memenuhi syarat perkhidmatan dan mengajar demi memenuhi masa yang
diperuntukkan sahaja. Jiwa dan raga mereka tidak lagi komited dengan kerjaya
keguruan kerana ada agenda lain yang lebih menguntungkan sedang menanti
mereka.
Implikasi ketiga adalah ia boleh membangkitkan ketidakpercayaan
antara ibu bapa dan anak murid terhadap guru berkenaan. Hal ini kerana guru
14

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

yang berniaga tidak menjalani kewajipan pendidik dengan sempurna dan


tindakan ini juga menjatuhkan imej profesion keguruan. Selain itu, jika seringnya
syarikat luar yang datang berniaga juga turut akan menjejaskan budaya sekolah.
Ibu bapa akan mempunyai tanggapan salah terhadap pengurus sekolah yang
menjadikan alam sekolah sebagai pasaran urusniaga.
3.4.3 Cadangan untuk mengatasi masalah
Untuk mengatasi masalah ini, pihak pengurus sekolah harus
mengambil tindakan. Guru terikat dengan Perintah Am yang mengawal tingkah
laku dan etika pekerja dalam perkhidmatan awam. Oleh itu, pihak pentadbir
harus memainkan peranan dengan memberikan teguran dan mengambil
tindakan yang sewajarnya terhadap guru-guru sedemikian yang menjejaskan
imej profesion keguruan. Jika didapati keadaan berleluasa dan telahpun
menganggu tugas mengajar, maka Guru Besar harus memberi amaran dengan
tegas. Jika guru berkenaan masih degil dan tidak menerima nasihat, maka Guru
Besar harus melaporkan keadaan ini kepada Bahagian Pendidikan Guru agar
hukuman tatatertib seperti gantung perkhidmatan dan perlucutan jawatan dapat
dilaksanakan.

3.5 Kerjaya Sambilan


Umumnya, kerjaya sambilan memberikan manfaat kepada golongan
yang terlibat. Namun ia bukan sesuatu yang boleh diterima oleh semua pihak
terutamanya apabila golongan yang melakukan kerjaya sambilan ini mempunyai
komitmen terhadap tugas, profesion dan organisasi tempat bekerja. Bagi guruguru di sekolah, komitmen mereka dilihat pada skop yang lebih luas selain
mempunyai komitmen sebagai guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Parham & Gordon (2011) menyatakan, kerjaya sambilan dapat memberi pelbagai
kesan kepada guru. Antara kesan-kesan yang boleh dilihat daripada kerjaya
sambilan yang dilakukan oleh guru adalah kesan terhadap pengajaran dan
pembelajaran, kesan terhadap organisasi dan kesan terhadap profesion.
15

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

Guru yang melakukan kerjaya sambilan memberi kesan utama


terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mereka ini tidak
mempunyai masa yang mencukupi bagi merancang dan bersedia untuk proses
pengajaran dan pembelajaran kerana terpaksa menguruskan hal-hal berkaitan
kerjaya sambilan mereka. Selain itu, ia juga boleh menjejaskan hubungan
kerjasama dengan rakan-rakan sejawat dalam melaksanakan tugas-tugas di
sekolah yang memerlukan kerjasama di antara pentadbir dengan guru, guru
dengan guru dan sebagainya.
Guru tergolong sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dan
merupakan sebahagian daripada pegawai kerajaan. Sebagai pegawai kerajaan,
guru tertakluk kepada Perintah Am Kerajaan dan tatalaku. Berpandukan
peraturan-peraturan pegawai awam dalam bahagian tatakelakuan dan tatatertib
1993 (pindaan 2002), telah dinyatakan dengan jelas bahawa kakitangan awam
yang ingin bekerja di luar waktu dikehendaki memohon kebenaran daripada
Ketua Jabatan masing-masing. Kelulusan hanya akan diberi jika kerja sambilan
itu tidak dilakukan dalam waktu kerja serta tidak menjejaskan tugas mereka.
3.5.1 Isu dan contoh-contoh semasa
Sejak kebelakangan ini, isu guru melakukan kerjaya sambilan dijadikan
tumpuan ramai kerana ramai guru telah terlalu mengutamakan kerja sambilan
sehingga mengabaikan tugas mengajar. Antara kerja-kerja sambilan guru yang
dilaporkan termasuklah mengadakan kelas tuisyen di rumah, mengajar di pusat
tuisyen, memandu teksi, berniaga di pasar malam, menjadi penceramah dalam
sebarang kursus, menjual dadah dan sebagainya.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan, ramai guru bekerja
sambilan dengan menjual kepakaran mereka. Mereka mengadakan kelas tuisyen
di rumah sebanyak dua sesi setiap hari iaitu sesi petang dan sesi malam. Apabila
terdapat pihak sekolah yang mengadakan mesyuarat atau aktiviti pada waktu
petang ataupun pada hari Sabtu, mereka ini akan merungut sebab telah
mengganggu jadual kelas tuisyen mereka. Ada juga guru yang mengadu terlalu
letih dan tidak bermaya untuk mengajar kerana terlalu sibuk dengan kelas
16

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

tuisyen mereka.
Selain itu, satu berita yang bertajuk Guru SMK Bum Bum Mengajar
atau Berniaga? turut dipaparkan di laman Sabah kini pada 21 Mac 2010. Dua
orang guru dari Pekan Lepa-lepa Semporna telah dilaporkan membuka warung
secara haram di Simpang Jalan Taman Sempaul pada waktu malam sehingga
pukul tiga pagi. Akibatnya, murid-murid mereka sering mengulangi dialog dalam
filem P. Ramlee iaitu Hari-hari Cikgu Tidur disebabkan guru-guru berkenaan
letih berjaya hampir tiga suku malam. Jelaslah bahawa dua orang guru tersebut
telah melanggar tatatertib pegawai kerajaan kerana kerja sambilan mereka telah
menjejaskan

kerja

mengajar

dan

kebajikan

murid

yang

telah

dipertanggungjawabkan kepada mereka.


3.5.2 Cadangan untuk mengatasi masalah
Untuk mengatasi masalah ini, pihak pengurusan haruslah mengambil
tindakan untuk membendung isu semasa ini. Menerusi surat pekeliling
perkhidmatan Bil.1 tahun 1999 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia, Ketua Jabatan diberi kuasa untuk membuat pemantauan terhadap
yang berkenaan dengan kerja sambilan. Ketua Jabatan harus sentiasa
memantau guru-guru yang mempunyai kerja sambilan untuk memastikan mereka
dapat melaksanakan kerja dengan baik dan kerja sambilan mereka ini tidak
menjejaskan tugas mereka di sekolah. Justeru itu, Guru Besar juga harus masuk
kelas untuk memantau prestasi guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah untuk memastikan guru membuat persediaan dengan rapi dan
melaksanakan kewajipannya dengan serius. Selain itu, pihak sekolah juga harus
meningkatkan kekerapan pemantauan untuk memastikan guru-guru yang
melakukan kerja sambilan dengan mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu tidak
mengajar kelas tuisyen melebihi enam jam seminggu.
Guru dibenarkan melakukan kerja sambilan tetapi pertimbangan yang
sewajarnya diberi agar kerja sambilan tidak menjejaskan tugas hakiki guru di
sekolah. Hal ini kerana kerjaya perguruan memerlukan komitmen yang tinggi
memandangkan guru merupakan pembina bangsa, tugas utama guru adalah
17

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

mendidik anak murid dan bukannya mengaut keuntungan serta guru merupakan
agen yang membawa perubahan bagi sesebuah negara melalui sistem
pendidikan yang bersifat dinamik.

3.6 Pengurusan Masa


Pengurusan masa merupakan proses peribadi dan mesti bersesuaian
dengan gaya dan keadaan diri sendiri. Pengurusan masa merupakan satu
disiplin diri bagi seseorang guru. Good (1973) telah mentakrifkan pengurusan
masa sebagai perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian,
mingguan atau jangka masa panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti
kuliah, belajar, riadah, tanggungjawab peribadi dan rehat.
Pengurusan masa melibatkan dua dimensi iaitu pengurusan masa
untuk diri guru sendiri dan menanamkan aspek kepentingan mengurus masa
dalam sanubari pelajarnya. Guru yang berkualiti merupakan guru yang bersedia
dengan perancangan waktu yang bersistem dan akan melaksanakan tugas
mengikut jadual masa yang ditetapkan.
Di Malaysia, waktu bagi suatu sesi persekolahan yang umum adalah
dari pukul 7.10 pagi sehingga pukul 1.00 petang, iaitu lebih kurang enam jam
tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini,
guru dan murid-murid terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Walaupun bukan enam jam guru mengajar, tetapi mereka juga
harus memanfaatkan masa dengan tugasan yang berkaitan dengan sekolah dan
pendidikan. Namun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di
kalangan guru di sekolah. Walaupun begitu, isu pengurusan masa ini jarang
disiarkan di media massa kerana ini lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman
sekolah sahaja. Tetapi, jika masalah ini berleluasa, maka akan menjejaskan
sistem pendidikan. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita membendung isu ini
sebelum ia terus menular.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru
berkaitan

pematuhan

waktu

dan

masa.
18

Semua

guru

dikehendaki

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan


mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan tandatangan. Begitu juga jika
terdapat hal yang memerlukan guru meninggalkan bilik darjah, kegiatan dan
upacara rasmi sekolah dan aktiviti kokurikulum, guru perlu mendapat kebenaran
dari Guru Besar. Pada masa senggang iaitu ketika guru tidak menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu melaksanakan
beberapa perkara seperti memeriksa buku latihan dan kerja rumah murid dengan
teliti, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alatan dan bahan bantu
mengajar, menguruskan hal ehwal kelas, menguruskan hal-hal kokurikulum dan
sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru pada waktu ini mestilah
aktiviti yang memberikan faedah kepada murid-murid. Selain itu, guru juga diberi
tanggungjawab untuk menggantikan guru lain yang tidak dapat hadir

untuk

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.


3.6.1 Isu dan contoh-contoh semasa
Isu pengurusan masa sering disentuh oleh Guru Besar semasa
mesyuarat atau taklimat di sekolah. Isu pengurusan masa terjadi akibat daripada
berlakunya pencurian masa. Pencurian masa bermaksud sesuatu yang menjadi
penghalang kepada kita untuk melakukan sesuatu yang terpenting dan bernilai.
Pencurian masa boleh dibahagikan kepada dua, iaitu luaran dan dalaman.
Contoh pencurian masa luaran adalah seperti gangguan telefon, gangguan
pelawat dan sebagainya. Manakala pencurian dalaman adalah guru sendiri tidak
berdisiplin dan tidak pasti apa yang hendak dilakukan. Pernyataan ini telah jelas
menunjukkan bahawa pengurusan masa yang berkesan memerlukan disiplin diri
yang tinggi dan amat bergantung kepada diri seseorang itu.
Antara contoh-contoh isu pengurusan masa yang sering berlaku di
kalangan guru di sekolah adalah guru lewat masuk kelas tanpa sebab yang
munasabah terutamanya pada waktu pertama, waktu pertukaran kelas dan
waktu selepas rehat. Kejadian ini sering ditegur dan diberi amaran oleh Guru
Besar semasa mesyuarat sekolah. Selain itu, terdapat juga segelintir guru yang
gemar menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak
19

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, berchatting,


bergosip dengan rakan sejawat, melepak di kantin sekolah dan sebagainya.
Semua perbuatan ini bukan sahaja membazirkan sumber kerajaan, malah
menjejaskan juga produktiviti kerja mereka.
3.6.2 Punca Berlakunya Isu Pengurusan Masa
Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan di atas, terdapat dua
punca utama kepada kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu diri individu guru itu
sendiri dan juga pihak pentadbir sekolah. Pertama, guru sendiri bersikap tidak
bertanggungjawab, malas, kurang komitmen dalam kerja dan etika kerja yang
lemah. Sikap-sikap ini telah menyebabkan guru tidak melaksanakan tugas yang
diamanahkan dengan serius sehingga tidak bersungguh-sungguh mendidik anak
bangsa. Apa yang mereka pentingkan adalah gaji yang bakal diterima pada
setiap bulan.
Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan
yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong
kepada berlakunya masalah pengurusan masa di kalangan guru-guru di sekolah.
Guru-guru menjadi berani untuk menyalahgunakan masa kerana tidak perlu risau
akan diambil tindakan.

3.6.3 Kesan Isu Pengurusan Masa


Isu pengurusan masa ini jika tidak dibendung akan mendatangkan
kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai
ahli profesional dan murid-murid. Antara kesan yang boleh dilihat adalah
merosotnya prestasi guru dan pencapaian murid-murid di sekolah. Sebagai
contoh, jika seseorang guru lewat masuk kelas, pelbagai kesan negatif akan
terjadi. Antaranya adalah guru akan kekurangan masa untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajarannya dan dengan ini sukatan pelajaran tidak dapat
dihabiskan seperti yang dirancangkan. Guru tersebut juga akan mengajar secara
tergopoh-gopah serta mengambil masa guru yang akan mengajar seterusnya
20

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

dan ini membawa kesulitan kepada rakan sejawat.


Isu guru lewat masuk kelas juga turut menyebabkan masalah disiplin
murid berlaku. Murid-murid akan membuat bising dan berborak kosong apabila
tiada guru di dalam kelas dan ini akan membuat kelas menjadi huru-hara, murid
akan keluar masuk kelas sesuka hati. Banyak perkara yang tidak diingini
mungkin akan berlaku dalam keadaan ini seperti pergaduhan dan kecederaan.
Ini akan membahayakan keselamatan murid. Selain itu, ini juga boleh
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas lain.
Seseorang guru yang selalu lewat masuk kelas juga akan
menyebabkan murid tidak hormat kepada guru. Hal ini kerana guru gagal
menunjuk teladan dan menjadi role model kepada murid dan ini juga akan
mencemarkan

profesional

keguruan.

Malahan,

masyarakat

juga

akan

memandang sinis akan profesion keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan
guru untuk mendidik anak-anak murid.
3.6.4 Cadangan untuk mengatasi masalah
Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika isu pengurusan masa
tidak dibendung, maka semua pihak mahupun pihak pentadbir, rakan sejawat
dan guru sendiri harus bekerjasama dan mengambil peranan dalam hal ini. Guru
Besar haruslah menjadi teladan yang baik kepada semua guru dan kakitangan
sekolah. Pihak pentadbir juga harus sentiasa membuat pemantauan untuk
memastikan guru tidak menyalahgunakan masa dan masuk kelas dengan
menepati masa. Pihak pentadbir juga harus mengenal pasti dan bersedia
memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah, mengambil
tindakan tegas dengan memberi amaran dan mengenakan tindakan tatatertib
kepada guru terlibat jika masalah dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan
cara ini, guru-guru akan sedar kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.
Selain itu, pihak sekolah turut boleh mengadakan seminar atau kursus
yang berkaitan dengan pengurusan masa kepada guru-guru sekolah supaya
dapat belajar teknik-teknik untuk mengurus masa dengan berkesan.
Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam menangani
21

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

masalah ini. Rakan sejawat perlu menjadi teladan dan memberi nasihat dan
dorongan supaya guru bermasalah ini dapat menguruskan masa dengan
berkesan. Justeru itu, guru itu sendiri harus berusaha untuk berubah menjadi
baik. Guru boleh menyediakan log aktiviti ataupun senarai semak supaya tugas
dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa berlaku.
Pemilihan kawan turut adalah sangat penting. Guru perlu bijak memilih rakan
yang mampu untuk menjadi teladan agar diri dapat mencontohi sifat-sifat ideal
sebagai seorang guru. Pada kesempatan yang ada inilah, guru seharusnya
menggunakan peluang ini untuk mengajar bersungguh-sungguh dan mengelak
isu pengurusan masa.

3.7 Pengurusan Kewangan


Pengurusan kewangan adalah proses yang melibatkan jentera
pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana dana untuk membiayai perbelanjaan
awam diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan. Pengurusan kewangan adalah
salah satu aspek pengurusan sekolah yang penting memandangkan peruntukan
belanjawan kerajaan yang begitu banyak diberi kepada sektor pendidikan pada
setiap tahun.
3.7.1 Isu dan contoh-contoh semasa
Antara isu pengurusan kewangan yang wujud adalah tentang kutipan
wang Sumber Wang Awam (SUWA) pada awal tahun. Wang SUWA merupakan
kutipan awam dan punca kewangan yang boleh diambil kira termasuk yuran
pelajar, derma, sumbangan orang ramai, sewa harta sekolah seperti kantin, bas
dan pelbagai hasil jualan daripada projek-projek sekolah. Hal ini kerana guru
menghadapi masalah pengeluaran resit yang berasingan bagi setiap item yuran
tersebut. Guru juga mengambil masa yang lama untuk menguruskan kewangan
murid kerana ada murid yang lewat membayar yuran menyebabkan guru harus
menyimpan wang itu dahulu dan lewat menyerahkan wang tersebut ke pejabat.
Sejak kebelakangan ini, semakin banyak isu mengenai
22

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

penyalahgunaan kewangan di kalangan guru disiarkan dalam media massa.


Contohnya guru rasuah akibat mengeluarkan invois palsu. Berdasarkan Berita
Harian pada Ogos 2008, seorang guru yang berusia 43 tahun telah ditahan oleh
Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kuching atas dakwaan mengemukakan invois
dan pesanan kerajaan yang mengandungi butiran palsu.
Antara contoh penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah
seperti memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan demi mendapatkan
komisyen daripada pengedar, mengemukakan tuntutan perjalanan yang
mengandungi butiran yang palsu, tidak mengemukakan resit terhadap setiap
pembayaran yang dilakukan oleh murid, melakukan pembelian tanpa mengikut
tatacara pembelian dan sebagainya.
3.7.2 Punca Berlakunya Isu Pengurusan Kewangan
Punca pertama adalah berpunca dari individu yang menguruskan wang
itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai
sikap tamak dan ingin hidup mewah. Dengan itu, guru menjadi gelap mata dan
bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan kepadanya. Ini berkait
rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Seterusnya
adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang
menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa semasa mengurus wang yang
dikutip dan diperuntukkan kerana kurangnya sikap bertanggungjawab dengan
tugasan yang diamanahkan.
Punca kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak
pentadbir. Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya
pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentabir terhadap pengurusan wang di
sekolah. Apabila keadaan ini berlaku, guru-guru menjadi berani untuk
menggelapkan wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada
tindakan yang diambil. Tidak kurang juga, pihak pentadbir yang kurang jelas
mengenai prosedur perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru-guru
mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir-butir perbelanjaan untuk
kepentingan diri.
23

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

3.7.3 Cadangan untuk mengatasi masalah


Masalah ini jika dibiarkan berleluasa akan menyebabkan kesan yang
amat buruk. Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai perlu diambil
untuk mengatasi masalah ini. Pertama, pihak pentadbir sekolah perlu
mempertingkatkan lagi sistem pemantauan dan susulan supaya pengurusan
kewangan lebih berkesan dan cekap. Pihak pentadbir seharusnya sentiasa
memeriksa buku tunai dan buku resit bagi mengelakkan daripada berlakunya
penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya, Guru Besar
hendaklah mengambil tindakan segera terhadap kelemahan yang dibangkitkan,
membuat pemantauan rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi
memastikan mereka memahami undang-udang dan pekeliling kewangan. Guru
juga harus menerapkan nilai-nilai positif seperti akauntabiliti, telus, amanah dan
tanggungjawab dalam diri mereka. Guru Besar juga hendaklah peka terhadap
teguran dan nasihat Audit agar dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan
kewangan di sekolah.
Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung
masalah ini dengan cara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan
wang supaya sedar akan kesalahan yang telah dilakukan dan melaporkan
kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan
serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang.
Akhir sekali, adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk
berubah. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa
bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guru perlu
bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi
nasihat agar dapat terus membaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan
tekad menolak rasuah dengan tegas. Guru harus mengamalkan sifat kemuliaan,
kesederhanaan, berhemat serta bijak dalam pengurusan kewangan diri dan
keluarga. Selain itu, sentiasa berwaspada ketika berbelanja dan hanya membeli
mengikut keperluan dan sesuai dengan kemampuan diri.

24

EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

MAH POH POH


680114-13-5416

4.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang
teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu-isu perlanggaran kod etika
keguruan perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa
kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan
masa depan anak bangsa. Adalah amat diharapkan agar guru-guru tidak akan
melanggar etika perguruan kerana ia merupakan landasan yang menuju kepada
tingkahlaku yang akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Selain daripada itu,
pematuhan etika perguruan akan meningkatkan martabat guru-guru Malaysia.

25

Anda mungkin juga menyukai