Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Profesion perguruan merupakan satu bidang yang mulia namun tahap kemuliaannya
bergantung kepada sejauh mana seseorang guru itu dapat meletakkan diri mereka
di peringkat yang tinggi dan terhormat. Menjadi guru bukan semata-mata memegang
sesuatu jawatan semata-mata tetapi tanggungjawab yang diamanahkan adalah
merupakan suatu amat berat yang perlu ditanggung oleh seorang guru. Sebagai
seorang guru, pelbagai faktor yang perlu ditikberatkan dalam menjalankan tugas. Ini
kerana peranannya bukan hanya kepada mendidik para pelajar malah mereka juga
berurusan dengan para ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka diberi
pendidikan yang sebaik mungkin.

Tugas guru yang dikaitkan dengan “pendidik” bukan hanya berlaku di bilik
darjah malah juga di luar bilik darjah dan seterusnya di luar sekolah. Mendidik
bukanlah suatu kerja yang mudah kerana ia merupakan satu tugas atau peranan
yang wajib dilaksanakan dengan sempurna. Selain menyampaikan ilmu
pengetahuan, seorang guru juga bertanggungjawab dalam membentuk budi pekerti
dan akhlak pelajar yang dianggap sebagai satu ibadah yang tersirat (Aliran
Pemikiran Pendidik, 2010).

Proses pembinaan profesionalisme merupakan satu proses yang berterusan


dan berlaku sepanjang hayat. Justeru, sebagai seorang guru, mereka mestilah
sentiasa melengkapkan diri mereka dengan perkembangan baru untuk
meningkatkan profesionalime keguruan. Seperi membaca buku-buku ilmiah dan juga
peningkatan pengetahuan dari segi ICT seiring dengan perkembangan semasa.

1
Antara salah satu isu yang menjejaskan martabat pfofesion keguruan ialah
dari segi etika profesional keguruan itu sendiri. Etika profesional merujuk kepada
tugas dan tanggungjawab sesuatu pekerjaan yang dilakukan berasaskan latihan
ikhtisas, kelayakan dan kelulusan, latihan profesional yang diperakui oleh satu
badan profesional yang mengesahkan seseorang diberikan kelayakan untuk
menjalankan sesuatu tugas khusus dan mempunyai asas-asas profesionalisme
(Abd. Rahim Abd. Rashid, 2005). Etika adalah merupakan asas bagi membina
kekuatan dan kredibiliti profesional keguruan.

‘Moral’ profesionalisme keguruan yang rendah disebabkan status sosialnya


yang rendah berbanding dengan profesional yang lain. Perkara ini merujuk pada
kecenderungan untuk memilih profesion ini dari golongan yang mempunyai
kelulusan yang terbaik adalah sangat kurang berbanding profesion yang lebih baik
dan menarik seperti doktor, jurutera dan peguam. Masyarakat juga sering
membanding-bandingkan profesion keguruan dengan profesion lain yang
menyebabkan generasi muda memandang rendah terhadap profesion ini. Keadaan
ini sedikit sebanyak telah menjejaskan profesion perguruan yang sebenarnya adalah
sangat mulia.

Selain itu, pemilihan bakal-bakal guru yang tidak sesuai dan masalah-
masalah yang ditimbulkan oleh guru-guru juga telah memburukkan lagi ‘morale’
profesion ini di mata masyarakat. Pelbagai tingkah laku dan tindakan negatif dari
kalangan guru seperti tidak beradab, sombong, angkuh, kasar, tidak berwibawa dan
tidak profesional dalam menjalankan tugas telah menjejaskan martabat profesion
keguruan.

Guru merupakan seorang yang sangat dipercayai oleh masyarakat


terutamanya para ibu bapa yang telah mengamanahkan anak jagaan mereka diberi
didikan sebaiknya.. Sebagai contoh, terdapat beberapa kes yang melibatkan guru
memukul sehingga mencederakan murid serta mengakibatkan kecacatan dan
kematian. Berdasarkan kes ini, dapat dilihat bahawa terdapat golongan pendidik
yang tidak berjiwa pendidik dengan tidak mempunyai nilai-nilai murni yang
sepatutnya ada dalam jiwa seorang guru. Guru pada asasnya adalah seorang yang
sangat dipercayai terutamanya ibu bapa dalam mendidika anak-anak mereka.
2
Segala tindak tanduk yang dilakukan akan diperinci oleh ibu bapa dan pelajar
itu sendiri Oleh itu, sebagai seorang guru yang baik, mereka mestilah mempunyai
nilai moral yang tinggi yang boleh digunakan sebagai “role model” oleh para pelajar.
Ini adalah sangat penting bagi memastikan proses mendidik dan mengajar anak
bangsa berkesan dan tiada lagi pandangan serong terhadap guru di mata
masyarakat.

3
Bibliografi

Aliran Pemikiran Pendidik: Profesion perguruan tugas murni. (2010). Dicapai pada
23 april 2011 di http://www.mypendidik.net.

Anda mungkin juga menyukai