Anda di halaman 1dari 8

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PERGAM

BIL 1/2018

Tarikh : 27 Dec 2018


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Sungai Pergam

KEHADIRAN

1. En. Mohd shafii bin A. Bakar - Guru Besar


2. En. Khairil Izat bin Harazaman - PKP
3. En. Zakaria bin Mat Nawi - PK Hem
4. En. Mohd Suhardi bin Mamat - GP Ko
5. En. Abu Bakar bin Mahamed
6. En. Ahmad Sabri bin Mustafa
7. En. Mohd Zabarudin bin Mat Yadi
8. Pn. Rozita binti Ahmad
9. Pn. Siti Nur Raidah bt Md Yusuf
10. Cik. Radiah bt Ismail
11. Pn. Azhieeda binti Ahmad
12. Pn. Wan Robaha binti Wan Ngah
13. En. Rahimi bin Mat Din - PT

TIDAK HADIR
- Tiada

1.1. Ucapan Pengerusi (Guru Besar SKSP)

1.2. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.

1.3. En. Mohd Shafii telah Mengucapkan ribuan ucapan terima kasih kepada semua
guru kerana hadir pada mesyuarat hari ini. Jutaan ucapan terima kasih juga
diucapkan kepada Ustaz Sabri dan semua guru yang terlibat atas kejayaan
FROG-VLE yang telah dicapai pada tahun 2017 sehingga berjaya ke peringkat

1
Kementerian. SK Sungai Pergam telah berjaya mendapat tempat ke-4 dalam
kategori Amalan Terbaik.

1.4. Seorang murid dari SK Sungai Pergam telah dipilih oleh pihak Astro Jurnal yang
akan ditayangkan di siaran pendidikan Astro. Pn Robaha telah memilih Norfazila
bt Gerinang dari Tahun 6 untuk menjayakan rancangan tersebut.

1.5. Dua orang murid dari Tahun 6 (2017) telah ditawarkan ke Pusat Pengajian
Intelek Orang Asli Kuala Rompin (PIPOA) untuk sesi persekolah 2018 dan mereka
telah bersetuju untuk mengikuti pengajian di sana dengan kerjasama sekolah dan
juga pihak JAKOA.

1.6. Pada musim cuti sekolah yang lalu, telah berlaku kebakaran kecil yang melibatkan
pejabat sekolah dan ianya sempat diselamatkan dengan bantuan En. Rahimi yang
sedang bertugas di sekolah pada waktu itu.

1.7. Audit
 Sekolah telah diberi skala baik berteguran.
 Terdapat kesilapan kecil yang telah dilakukan tetapi ianya telah dapat
diselesaikan dengan baik.

1.8. E-RPH
 SK Sungai Pergam telah tersenarai dalam pelaksanaan e-rph tetapi atas
masalah yang tidak dapat dielakkan sekolah masih menggunakan buku rekod
sebagai rekod pengajaran pada tahun 2018.
 Pendedahan awal akan diberikan kepada sekolah-sekolah yang terlibat
secara berperingkat.
 Guru-guru masih menggunakan buku rph pada peringkat awal dan Pn. Robaha
diminta dapat mengambil maklum tentang penggunaan e-rph.
 Guru-guru juga perlu mengambil tahu tentang pelaksanaan e-rph yang akan
dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2019.

1.9. Kehadiran
 KPI kementerian pada tahun 2018 adalah 100%.
 Sekolah akan berusaha mencapai KPI yang ditetapkan termasuklah
bekerjasama dengan pihak polis dan juga PIBG.

2
1.10. E-operasi
 Guru-guru diminta untuk mengemaskini data e-eporasi terutamanya alamat
dan sejarah pendidikan untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa
akan datang.

1.11. Pembentangan Buku Pengurusan Sekolah


 Rujuk buku pengurusan sekolah.

2.0. Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah, En. Nazarimi bin Mansor.

2.1. Ucapan tahniah kepada semua guru dan kakitangan SK Sungai Pergam atas
kejayaan yang telah diraih pada tahun 2017. Diharap guru-guru dapat
meningkatkan lagi pencapaian dan prestasi pada masa akan datang.

2.2. Sekolah diharap dapat membuat persediaan rapi bagi menghadapi sekolah yang
akan dibuka pada minggu hadapan selaras dengan harapan Tuan Pengarah
Pendidikan Negeri. Antaranya ialah peralatan kelas dan murid disediakan serta
sistem-sistem yang tertentu seperti sistem APDM telah dikemaskini supaya
tidak berlaku sebarang masalah pada masa akan datang.

2.3. Pengurusan pendaftaran murid juga diharap tidak berlaku sebarang masalah.
Contohnya yuran-yuran yang perlu dipatuhi dan juga kain rentang “Selamat
Datang” telah disediakan sebelum sekolah dibuka.

2.4. Ucapan tahniah terutamanya kepada Ustaz Shafii yang telah berjaya
membentangkan Anugerah Amalan Terbaik di Peringkat Kementerian baru-baru
ini. Beliau juga melahirkan perasaan bangga kerana sebuah sekolah asli yang
dahulunya tidak dipandang oleh sesiapa, tetapi kini telah berjaya mencapai
kejayaan sehebat ini.

3
3.0. Kurikulum

3.1. En. Khairil Izat mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama
yang telah diberikan pada tahun 2017.
3.2. Makluman: buku rekod masih digunakan.
3.3. Peralatan murid dan guru akan disediakan seperti tahun-tahun sebelumnya.
3.4. Senarai nama murid akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
3.5. Guru-guru akan diperuntukkan sebanyak RM100 untuk setiap kelas bagi
tujuan keceriaan. Duit boleh dituntut daripada En. Zakaria.

3.6. Tahun 1
 Program transisi akan diadakan selama 2 minggu.
 Ustaz Zabarudin diminta untuk menyediakan jadual transisi bagi tahun 1.
 Murid Tahun 1 bagi tahun 2018 yang telah berdaftar adalah seramai 9
orang.

3.7. UPSR telah ditukar kepada PPSR untuk tahun 2018.

3.8. Buku teks baru telah diterima baru-baru ini dan akan dibahagikan kepada
murid pada hari pertama persekolahan.

3.9. Jadual waktu guru dan kelas akan dikeluarkan tidak lama lagi.

3.10. KEDAP
 Kelas akan bermula pada bulan April 2018
 Penyelaras KEDAP masih dikekalkan iaitu En. Suhardi bin Mamat.
 Guru yang akan mengajar kelas KEDAP akan ditentukan kemudian.

3.11. PPSR
 Pn. Rozita diminta untuk menyiapkan takwim PPSR secepat mungkin.
 Kelas tambahan akan bermula pada bulan Februari.
 Diharap guru yang terlibat dapat memberikan kerjasama dengan baik.

4.0. Hal Ehwal Murid

4.1. En. Zakaria mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat
meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kali ini.

4
4.1. KWAMP

 Segala yang berkaitan dengan KWAMP 2017 telah diselesaikan dengan sempurna.
 Terdapat sedikit masalah bagi Tahun 2 kerana berlaku sedikit masalah berkaitan
bilangan murid. Hanya seramai 9 orang murid yang tersenarai sebagai penerima
KWAMP berbanding 12 orang. Walaubagaimanapun, masalah ini telah dapat
diselesaikan.

4.2. Makluman: Nordiana dari Tahun 1 telah bertukar

4.3. PPD akan edarkan semula jadual agihan susu.

4.4. Tahun 2 akan menerima buku Teks baru selaras dengan silibus baru yang telah
dikeluarkan oleh pihak Kementerian.

4.5. Buku Rekod Kedatangan Murid

 Guru kelas bertanggungjawab untuk menjaga buku rekod ini.


 Guru-guru perlu memastikan semua peraturan dan larangan tertentu dipatuhi.

4.6. e-kehadiran

 Ucapan terima kasih kepada Ustaz Sabri kerana telah menguruskan segala
berkaitan e-kehadiran 2017.
 E-kehadiran masih diteruskan pada tahun 2018 dan Ustaz Sabri masih
menguruskan hal berkaitan.

4.7. Murid ke sekolah menengah

 Dua orang murid SK Sungai Pergam iaitu Hafizi Jalil dan Nazira bt Yu telah
terpilih ke PIPOA dan telah dimaklumkan kepada penjaga masing-masing.
 Ibu bapa dan murid telah bersetuju untuk meneruskan pelajaran di sana.
 Pihak JAKOA akan datang untuk memantau dan memastikan urusan murid
tersebuat berjalan dengan lancar.

4.8. Kaunseling

 Segala hal berkaitan Amalan Guru Penyanyang dan Psikometrik masih berjalan
dan tiada sebarang masalah.

5
4.9. RMT

 RMT akan dilaksakan seawal hari pertama persekolahan.


 Terdapat sedikit perbezaaan berkaitan hal RMT antara tahun 2016 dan 2017.
 Pembayaran telah dibuat mengikut peruntukan yang disediakan.
 Lebihan sebanyak RM28 akan dibawa ke tahun 2018.

4.10. Kesihatan

 Mulai tahun 2018, buku rekod kesihatan murid Tahun 2 tidak lagi digunakan .
 Satu sistem online iaitu e-rkm akan digunakan bagi menggantikan buku rekod
kesihatan.

4.11. Tahun 1

 Seramai 9 orang murid telah didaftarkan dalam Tahun 1.

4.12. Anak Yatim

 Pada tahun 2017, telah berlaku sedikit masalah tetapi bukan dari pihak
sekolah tetapi berlaku dari pihak pengurusan PERKAYA. Walaubagaimanapun
masalah tersebut telah dapat diselesaikan dengan baik.

4.13. JK Penyiasatan Murid Cicir

 Mesyuarat akan dilaksanakan dengan lebih kerap.


 En. Zakaria telah mendapatkan maklumat dari beberapa buah sekolah lain
tentang SOP berkaitan PMC.
 Tahun 2018 adalah tahun ke-2 SK Sungai Pergam melaksanakan PMC dengan
kerjasama En. Abu Bakar, En. Zakaria, En. Zabarudin dan semua guru.
 Tuan Guru Besar telah mencadangkan supaya sekolah bekerjasama dengan
semua pihak termasuk PPD, JAKOA, pihak polis dan PIBG untuk
memperkemaskan lagi JK PMC ini.

4.14. Lawatan sekolah

 Tiada masalah setakat ini.


 Guru yang berkaitan perlu mempercepatkan proses kertas kerja dan pastikan

6
semua guru terlibat.

4.15. AEDES

 Tuan guru besar meminta supaya buku laporan yang dikemaskini dapat
dihantar
ke PPD mengikut jadual yang telah ditetapkan.

6.0. Ko-Kurikulum

6.1. Aktiviti Ko-Kurikulum

 Jadual telah diedarkan. Guru boleh menyemak nama dan tugasan masing-
masing.
 Jadual yang lebih lengkap akan diedarkan semula.
 GB meminta PK Ko menyediakan kertas kerja bagi program sukaneka

7.0. Hal-hal lain

7.1 Buku Rekod Kedatangan Murid

 Guru-guru perlu lebih peka terhadap segala yang berkaitan dengan buku rekod
kedatangan murid. Kedatangan murid perlu diisi setiap hari.
 Guru perlu mematuhi peraturan dan larangan yang berkaitan. Ini kerana Buku rekod
ini akan diaudit pada akhir tahun.
 Guru-guru perlu merujuk kepada rekod Ustaz Sabri terlebih dahulu sebelum
merekod.

7.2 Kad Perakam Waktu

 Guru perlu memastikan masa tiba dan pulang dirakam pada kad perakam waktu.

7.3 Laporan Guru Bertugas Mingguan

 Guru-guru boleh mencadangkan idea yang lebih baik jika dirasakan perlu.
 Guru perlu merekod dengan lengkap termasuk insiden-insiden yang berlaku atau
aktiviti yang dijalankan di sekolah sepanjang minggu bertugas.

7
7.4 Pengkelasan Kelas bagi Tahap 1

 Pengkelasan kelas bagi Tahun 1, 2 dan 3 mengikut tahap pembelajaran murid akan
dikakukan bagi memudahkan proses PdP.
 Satu senarai nama murid mengikut tahap pembelajaran akan dikeluarkan dalam dalam
minggu ini. Kelas baru akan bermula selepas minggu transisi berakhir.

8.0. Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi dan diakhiri dengan bacaan Tasbih Kafarah
dan Surah Al-‘Asr.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

_______________ _________________
(SITI NUR RAIDAH BINTI MD YUSUF) (MOHD. SHAFII B. A. BAKAR)
Setiausaha, Guru Besar,
Mesyuarat Pengurusan, SK Sungai Pergam,
SK Sungai Pergam, 24060 Kemaman, Terengganu
24060 Kemaman, Terengganu

Anda mungkin juga menyukai