Anda di halaman 1dari 3

Alam Sastera

Dunia sastera merupakan separuh nadi daripada khazanah kebudayaan dan

keintelektualan yang dapat membangkitkan semangat sesebuah kaum untuk

mempertahankan jati diri, harga diri dan juga hak peribumi mereka. Dengan hadirnya

sasterawan, maka terciptalah sastera. Salah satu sastera yang amat popular dan

relevan hingga dewasa kini ialah sastera bergenre nasionalisme. Sastera genre ini

merupakan wadah kreatif yang dapat mencelikkan minda masyarakat agar tidak mudah

terpedaya dengan janji-janji manis serta leka dengan pujukan palsu daripada sumber

yang hidup mahupun khayalan dunia.

Sementara, sebuah sastera yang berlandaskan manusiawi harus mencakup tiga

aspek utama. Pertama, kesejagatan - integritas yang teguh dan keyakinan pada nilai-

nilai kemanusiaan dan keagamaan universal; nilai-nilai ini hanya memiliki makna bila

ditempatkan dalam konteks lokal atau khusus. Kedua, keberpijakan - keterlibatan

sastera yang responsif dan tidak memandang sebelah mata terhadap isu-isu setempat;

dengan merendahkan diri, sastera ini mempertimbangkan dan menganalisis

permasalahan kehidupan yang terjadi. Ketiga, keberpihakan - kesetiaan yang

tercermin dalam jiwa dan nilai-nilai para penulis, juga dalam kritik sastera itu sendiri.

Pilihan yang tidak hati-hati sering kali berakhir dengan mendukung kejahatan dan

penindasan. Sastera memiliki panggilan untuk menyadarkan masyarakat dan

mengekspresikan kekuatan kolektif. Terbukti bahwa sastera dapat menyumbang pada

tujuan tersebut.
Singapura Selepas Perpisahan

Menurut Hadijah Rahmat (2002), dampak pemisahan dan kemerdekaan

terhadap masyarakat dan sastera Melayu di Singapura sangat signifikan. Secara tidak

disangka, masyarakat Melayu di pulau ini menjadi golongan minoriti dalam tanah hak

milik mereka. Masyarakat Melayu merasa terputus dari akar budaya Melayu dan

sejarah rantau yang selama ini melindungi identiti mereka. Ikatan keamanan dan

kesejahteraan dalam keluarga besar (Malaya) terhura, menimbulkan keraguan akan

kehidupan di negara merdeka baru. Dengan perpindahan pusat pentadbiran dan

kebudayaan Melayu ke Kuala Lumpur, yang sudah dimulai sejak 1957, semakin terasa

setelah Singapura merdeka dan berpisah dari Malaysia pada 1965. Perubahan status

politik memaksa Singapura untuk merenungkan dan menyusun kembali strategi

penataannya, termasuk kebijakan bahasa dan sastera Melayu.

Puisi dan Singapura

Dalam suasana baru dan sejarah baru itulah sastera singapura membina drinya.

Puisi menjadi genre yang penting dan popular di sini. Sastera Singapura lebih dikenali

melalui puisinya, inilah kesan yang dapat ditanggap apabila membicarakan sastera

Singapura. Kemungkinan ia telah dibentuk oleh sejarah, justeru Singapapura dikenal

dengan Asas 50. Wajah sejarah in yang terbina sebagai wajah tahap cermin, meminjam

istilah Lacan, terus dipegang di peringkat susunan simbolismenya dan begitulah masuk

ke tataan sosialnya, sastera Singapura adalah sastera puisi.


Semenjak Asas 50 dan berdiri sendiri sebagai sebuah negara merdeka, Singapura

mempunyai jalur penyajaknya. Kedua-dua fakta tersebut telah mempengaruhi latar atau

profil penulis Melayu, yang juga mempengaruhi pemikiran dan penulisan penulis

tersebut.

Dalam era baru dan sejarah yang berkembang, sastera Singapura mengukir identitinya.

Puisi menjadi genre yang penting dan terkenal di sini, menandai citra sastera

Singapura. Sejarah, khususnya Asas 50, membentuk landasan sastera ini, menciptakan

wajahnya sebagai cerminan sosial yang terus dipelihara dalam simbolismenya.

Singapura terkenal dengan warisan Asas 50 yang memengaruhi struktur sosial dan

menjadi pijakan sastera puisi. Sejak kemerdekaannya, Singapura memperoleh tradisi

penyairnya sendiri, dan kedua fakta ini memainkan peran penting dalam membentuk

latar belakang dan profil penulis Melayu serta memengaruhi pemikiran dan karya

mereka.

Yatiman Yusof

Kewartawanan

Kepimpinan Masyarakat

Arena Politik

Anda mungkin juga menyukai