Anda di halaman 1dari 48

Sastera Melayu Klasik - awalnya menerima pengaruh Hindu dan Buddha - kurang membantu dalam dalam perkembangan kesusateraan

melayu klasik. - berkembang pada abad ke-14 abad ke-16 dengan kedatangan Islam wujud tulisan Jawi - pusat perkembangan istana - disampaikan melalui bahasa secara lisan atau tulisan

Sastera Rakyat (Lisan)


Sastera hasil-hasil kreatif yang termasuk dalamnya daya ciptaan imaginatif pencipta yang mengandungi nilai-nilai world view masyarakat. Masyarakat kumpulan manusia yang hidup secara berkelompok dan agak primitif. Rakyat orang biasa atau masyarakat desa yang hidup secara kolektif dalam satu bentuk kekeluargaan yang besar. Sastera rakyat hasil-hasil sastera yang diinspirasikan melalui bentuk lisan. - diperturunkan satu generasi ke generasi lain

Ciri-ciri sastera Rakyat


8. Penulisannya bersifat sederhana 7. Mempunyai funsi tertentu 6. Mempunyai bentuk merumus 5. Menjadi hak milik bersama masyarakat 1. Penyebaran dan diwariskan secara lisan 2. Bersifat tradisional dan lama 3. Wujud dalam variasi yang berbeza-beza 4. Bersifat anonimi, guna nama samaran

Jenis Sastera Rakyat


Sastera Rakyat (Lisan) Naratif Bukan Naratif Lagenda Cerita Rakyat Puisi Rakyat

Mitos

Mitos
- Cerita yang dianggap benar-benar terjadi dan dianggap suci oleh orang empunya cerita dan masyarakat yang mendukungnya - Menceritakan kisah berada di luar jangkauan akal manusia. - Ciri-ciri : dianggap benar-benar terjadi : peristiwa aneh tetapi penting : dianggap keramat dan beri kesan : latar belakang pada zaman lampau

Jenis-jenis (a) Mitos asal usul Cerita yang berlaku pada zaman lampau yang (b) Mitos institusi sosial/budaya Cerita yang mengisahkan asal usul sesebuah institusi sosial dalam masyarakat Melayu (c) Mitos politik Cerita yang berkaitan struktur pemerintahan dan perajaan

Lagenda- Cerita yang benar-benar berlaku,


tetapi tidak dianggap suci Ciri-ciri
Sejenis komunikasi lisan bercorak cerita Lagenda dianggap sebagai sejarah kolektif

Terdapat kesan atau tanda

Tokoh atau tempat mempunyai sifat luar biasa

Ada kaitan dengan zaman sekarang

Jenis-jenis (a) Lagenda keagamaan - Cerita mengenai alam orang alim dan penyebar agama. (b) Lagenda alam ghaib/memorat kisah yang dianggap benar-benar (c) Lagenda perseorangan cerita mengenai tokoh-tokoh tertentu (d) Lagenda tempat cerita yang berhubung dengan sesuatu tempat

Adalah berbentuk prosa dan tidak benar-benar terjadi Diceritakan sebagai hiburan serta mengandungi moral atau sindiran Terbahagi kepada 4 jenis cerita iaitu binatang, lipur lara, jenaka dan teladan

Bersifat menghibur dan mendidik Cirinya ialah: -ditokohi oleh binatang -mempunyai sifat dan tingkah laku seperti manusia -binatang yang dijadikan tokoh biasanya kecil tetapi lawannya besar dan kurang cerdik

Cerita yang dituturkan oleh penglipur lara spt Awang Batil dan Tok Selampit Ciri-cirinya ialah: -dituturkan dan diturunkan secara turun temurun -berlaku tokok tambah -milik bersama masyarakat -berperanan sebagai hiburan dan pendidikan

-menggambarkan sistem masyarakat Melayu iaitu golongan feudal dan berlatarbelakangkan istana -ada ciri-ciri tempatan walaupun terdapat pengaruh luar -mengandungi puisi -tema kebiasaanya peperangan, percintaan dan pengembaraan

-terdapat panduan atau amanat -mengandungi plot kronologi -watak utama sempurna fizikal dan tingkah laku sebaliknya lawannya tidak -ada unsur magis dan kesaktian -latar tempatnya di istana, dunia, kayangan atau alam ghaib

Juga disebut anekdot Cerita ini disampaikan dalam keadaan santai dengan menggunakan bahasa pertuturan seharian Ciri-cirinya ialah: -ada unsur kebetulan -ada permainan kata-kata yang melucukan -Sifat-sifat watak ialah pintar bodoh, bodoh sial dan pintar

Mempunyai unsur deduktif serta unsur moral Ditujukan kepada kanak-kanak supaya mendapat pengajaran dari sudut sosial, budaya dan agama Dianggap benar terjadi dan ditokohi oleh manusia yang mengalami suka duka Ciri-cirinya ialah: -tokohnya manusia biasa

-tokoh mempunyai tingkah laku yang sangat baik -selalunya anak bongsu atau tunggal -mendapat pertolongan daripada kuasa sakti spt pari-pari -tokoh dapat keluar daripada kesengsaraannya Contoh cerita ialah Bawang Putih Bawang Merah

Muncul pada zaman manusia belum mengenal tulisan Menggambarkan masyarakat Melayu yang terikat dengan peraturan yang mesti dipatuhi Mempunyai bahasa indah, berirama dan mempunyai bentuk tertentu Merupakan ekspresi pengalaman imaginatif manusia dalambentuk kata

Penggunaan bahasa dalam puisi mempunyai makna yang mendalam dan berkesan Puisi dihasilkan mengikut perasaan, diksi, rima dan suku kata Jenis dan bentuk puisi rakyat ada 9 iaitu pantun, syair, gurindam, seloka, teka-teki berpuisi, peribahasa berangkap, teromba, talibun, terasul

Merupakan karangan berangkap dalam jumlah baris yang genap Bilangan suku kata setiap baris antara 8-12 Tiap-tiap serangkap ada pembayang dan juga maksud serta rima akhirnya a-b-a-b Antara jenis pantun berdasarkan tema termasuklah nasihat, adat, kanak-kanak, agama, sindiran, jenaka, teka-teki, cinta dan kasih sayang, budi

Antara jenis pantun berdasrkan bentuk pula ialah dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, sepuluh kerat, dua belas kerat dan juga berkait

Terdiri daripada empat baris serangkap Dicipta untuk dilagukan dan mempunyai rima akhir sama (a-a-a-a) Tema syair bentuk naratif : -romantis -sejarah -keagamaan -kiasan/sindiran

Tema syair yang bukan naratif : -nasihat -agama

Terdiri daripada 2 baris serangkap, 3-6 perkataan sebaris, rima akhir sama Isi gurindam berfokus kepada pengajaran atau panduan hidup yang sempurna Gurindam digubah dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan untuk tujuan hiburan

Sejenis puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak Isi seloka mengandungi unsur mengejek Merupakan ungkapan yang sejajar dan sebahagiannya dipetik daripada peribahasa Bertujuan untuk mengejek atau menyindir anggota masyarakat yang berperangai spt Pak Kaduk dan Lebai Malang

Merupakan pernyataan dan jawapan yang bersifat tradisional Kadang-kadang lahir dalam bentuk syair atau pantun Berfungsi sebagai hiburan dan meningkatkan daya kreativiti seseorang Mempunyai bebagai tema tetapi lebih kepada persekitaran masyarakat

Terdiri daripada ungkapan peribahasa sekurang-kurangnya dua kerat yang sejajar Mempunyai perimbangan rima dan sekurangkurangnya sama dari segi rentaknya Peribahasa berima menjadi pegangan dan panduan kepada masyarakat

Merupakan ungkapan adat dalam majlis tertentu spt perkahwinan Digolongkan dalam jenis puisi bebas dan berbeza daripada puisi-puisi yang lain kerana mengungkapkan perbilangan adat

Sejenis puisi bebas yang berperanan dalam cerita lipur lara Talibun berbeza dengan prosa lirik yang menggambarkan keseluruhan cerita itu Tidak tentu berangkap atau tidak, tidak tetap jumlah kata serta kadang-kadang ada rima Merupakan penceritaan tentang sesuatu secara terperinci

Sama dengan talibun tetapi terasul khusus mengenai adat, menyatakan salasilah dan digunakan pada masa memasang adat kebesaran dan menjamu tetamu

Karya sastera selepas tahun 1800 masihi digolongkan sebagai sastera moden. Cara sesuatu masyarakat itu berfikir menjadi pemisah sastera Melayu moden dan klasik. Hasil karya kesusasteraan Melayu moden tidak terikat peraturannya seperti kesusasteraan Melayu klasik.

JENIS & BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN

CERPEN

NOVEL

SAJAK

CERP EN
Cerpen merupakan cerita dan pendek. Menjadi alat yang mencerminkan sikap, perasaan, pandangan, dan fikiran pengarang Melayu. Turut memberikan gambaran tentang sesuatu zaman. Biasanya mengemukan satu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama. Jalan penceritaan pula dikembangkan dalan jarak masa yang terhad.

Kadang-kadang terdapat cerita lain yang diselitkan, namun tetap mengutamakan peristiwa penting. Cerpen membawa satu tema dan satu atau dua persoalan bagi memberikan mendalam kepada pembaca. Cerpen juga memusatkan watak kepada beberapa orang tertentu sahaja. Terdapat satu plot sahaja dalam cerpen dan plot ini dikembangkan dengan rapi.

NOVE L
Novel ialah prosa rekaan yang panjang dan di dalamnya termuat daripada sebahagian sebuah kehidupan. Terbina dalam bentuk sastera cereka, (Pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan imaginasi) Ada pendapat mengatakan bahawa novel menceritakan kejadian yang luar biasa daripada kehidupan manusia.(karya fiksyen yang merupakan imaginasi pengarangnya).

Pada 1940-an, perkembangan novel dipengaruhi oleh faktor sosial, politik, dan kemasyarakatan. Pada 1960, novel Melayu dikatakan mengalami zaman kegemilangan(ketika kemerdekaan) Seterusnya hasil karya meningkat dari segi kuantiti dan kualiti.

SAJAK
Sajak muncul pada zaman Angkatan 45 (meluahkan perasaan ingin bebas daripada penjajah) Sajak ialah puisi moden yang bebas dan tiada ukuran tertentu dalam menghasilkannya. (tidak terikat seperti puisi Melayu tradisional). Oleh itu, penyair dapat bersajak secara bebas dan dinamis. Kesannya, perasaan dan rasa hati penyair dapat dilahirkan dengan yakin dan puas. Segala yang diucapkan terasa lancar, segar, indah, dan bebas.

Sifat sajak:I. Balada- Cerita yang mengandungi perasaan sedih atau kisah Balada yang pernah dialami pengarangnya. II. RomanRoman Tentang cinta atau curahan kasih sayang yang digambarkan dalam bentuk sajak.

III. Oda- Berisi sanjungan atau pujian terhadap seseorang. Oda IV. Epigram Diciptakan khusus untuk memberikan nasihat dan Epigrampengajaran. V. Himne- Mengandungi pujian dan pujaan yang ditujukan Himne khusus kepada Tuhan.

vi. Elergi Menggambarkan keluhan jiwa dan rintihan Elergipengarang kerana duka yang melanda jiwa. vii. Satria Berbentuk sindiran atau kecaman kerana Satriapengarang biasanya tidak bersetuju melihat sesuatu yang tidak benar.

Perkembangan Kesusasteraan Melayu. Melayu.

Pada awalnya muncul pelbagai bentuk sastera rakyat, sejarah, lagenda dan peninggalan kerajaan Melayu. y Contohnya adalah, Hikayat Raja-raja Pasai, Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.
y

Bermula selepas tahun 1600 Masihi kesedaran untuk membukukan hasil-hasil sastera lama. y Pada ketika itu semua pengarang sastera bersifat kekitaan yang mana mereka bertanggapan bahawa hasil sastera adalah untuk semua.
y

y y y y

y y

Pada awalnya mementingkan kesejahteraan. Lebih berkonsepkan hiburan dan ajaran. Cerita disampaikan secara lisan dan berkaitan dengan alam semulajadi dan haiwan. Semuanya adalah alegori masyarakat Melayu bagi mewujudkan kesejahteraan, keamanan dan keadilaan. Diceritakan dengan cukup menarik dan menghiburkan. Diselitkan mesej dan ajaran penting untuk kehidupan.

Sastera Melayu lama merupakan lambang peribadi masyarakat Melayu. y Turut mempunyai persamaan dengan cerita-cerita yang terdapat dalam masyarakat lain. y Contohnya, cerita Pak Belalang, Pak Pandir, dan Si Luncai mempunayi persamaan dengan cerita dari kitab tua Hindu, Katha Sarit Saghara, Hipodesa dan Panchatantran.
y

Sastera Melayu bertukar konsep mengikut peralihan zaman. y Setelah wujudnya sistem tulisan, sastera Melayu lebih tertumpu kepada istana. y Konsep sastera telah bertukar kepada pengabadian dan kegagahan kerajaan Melayu serta jurai keturunan raja-raja Melayu.
y

Sastera Melayu mempunyai unsur percampuran antara Hindu dan Islam pada zaman peralihan Hindu dengan Islam. y Kesan daripada kesedaran dan keyakinan terhadap Islam, terhasillah karya saduran Hindu berlatarkan Islam. y Sastera berunsurkan Hindu akhirnya menerima perubahan.
y

y y y

y y

Kemudian, Abdullah Munsyi telah mengubah kesusasteraan Melayu lama kepada baharu. Ramai yang berpendapat bahawa beliau telah keluar dari kebiasaan lama. Mengalihkan pandangan dan penulisannya kepada kisah ghaib dan unsur khayalan ke dunia nyata. Hasil karya beliau lebih bersifat realiti dan kenyataannya berpijak di bumi nyata. Kehadiran Abdullah Munsyi telah membawa pandangan yang negatif.

y y y

y y

Sastera berkonsepkan Seni Untuk Rakyat pada zaman menuntut kemerdekaan. Sastera menjadi wadah utama untuk menyebarkan semangat kebangsaan. ASAS 50 memainkan peranan penting dalam melahirkan sastera yang bermutu disamping menyedarkan rakyat pentingnya nilai kemerdekaan. Sastera pada masa ini lebih bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat. Turut bertujuan untuk melahirkan sasterawan yang sedar tentang kedaulatan negara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai