Anda di halaman 1dari 12

5.

KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

5.1 KESUSASTERAAN MELAYU

 Pengertian dan konsep Kesusasteraan Melayu


 Jenis / Genre
 Struktur karya sastera
 Unsur-unsur bahasa dalam sastera

5.1.1 Definisi kesusasteraan

“Karya sastera yang membincangkan apa yang berlaku dalam sesebuah masyarakat di samping padangan
pengarangnya.”
(Baharuddin Zainal, 1975)

“Karya sastera sebagai hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berkeupayaan membentuk tamadun bangsa.”
(Hashim Awang, 1985)

5.1.1.1 Konsep Kesusasteraan Melayu

5.1.1.1.1 Genre kesusasteraan Melayu


• Kesusasteraan Tradisional:
- sastera rakyat
- sastera istana
- sastera bentuk puisi
• Kesusasteraan Moden:
- novel
- cerpen
- drama
- sastera bentuk puisi - sajak

5.1.1.1.2 Ciri-ciri genre kesusasteraan Melayu Prosa Tradisional :


 Bersifat kolektif
 Bersifat feudal
 Tidak terbatas oleh zaman, tarikh dan waktu.
 Banyak versi kerana tokok tambah.
 Gaya bahasa berbeza
 Ciri budaya tradisional
 Unsur metos dan legenda
 Unsur kecindan

Puisi Tradisional:
 Karangan berangkap
 Setiap baris mempunyai jumlah kata yang tetap.
 Mempunyai rima tertentu.

Ciri-ciri genre (sambungan)


Prosa moden :
Cerpen
 Jumlah perkataan antara 500-2000pp
 Latar terbatas
 Satu tema
 Watak yang terbatas
 Satu konflik

Novel
 Ceritanya panjang dan lebih kompleks
 Melebihi 10,000pp
 Latar tempat luas & latar masa panjang
 Satu tema dan banyak persoalan
 Watak ramai & perwatakan pelbagai

Drama
 Cerminan masyarakat yang dilakonkan
 Berbentuk skrip & persembahan bentuk dialog & aksi
 Tiada sudut pandangan kerana ditututkan oleh watak

Puisi Moden

Sajak
 Jumlah baris dan suku kata tak terbatas
 Rima bebas
 Bahasa indah
 Kemukakan satu gambaran
 Merupakan catatan jiwa

5.1.1.1.2 Struktur Karya Sastera


 Karya yang bermutu terhasil melalui jalinan unsur yang kemas.

Tema:
“Gagasan, fikiran atau persoalan utama / pokok yang mendasari sesebuah karya sastera dan ia terungkap
secara langsung dan tidak langsung”

Persoalan:

“Perkara-perkara atau masalah-masalah yang diketengahkan dalam sesuatu karya yang berhubung kait
dengan tema”

Watak & Perwatakan:


“Watak – tokoh yang menggerakkan cerita dalam sesebuah karya”
“Perwatakan – pengisian tentang aspek dalaman dan luaran watak (kejiwaan & fizikal)

Plot :
“Susunan dan gabungan peristiwa yang menggerakkan cerita berdasarkan sebab dan akibat”

Gaya Bahasa :
Cara pengarang memanipulasikan bahasa dalam sesebuah karya ciptaannya”

Latar :
“Berkenaan dengan persekitaran cerita yang terdapat dalam sesebuah karya sastera”.
“Latar mengandungi pelukisan masa, tempat dan keadaan masyarakat yang melingkungi cerita”

Nilai :
Suatu perbuatan atau tingkah laku yang di-gemari atau dibenci yang diterima atau menjadi pegangan sesuatu
masyarakat.

KPM senaraikan 16 nilai murni yang patut diamalkan.

5.1.1.1.3 Unsur-unsur bahasa

Diksi :
Pemilihan, penyusunan dan penggunaan kata-kata yang tepat oleh pengarang dalam karyanya. Diksi yang
sesuai dapat menjelaskan tema, persoalan, peristiwa, watak dan perwatakan dalam karya.

Konotasi :
Penggunaan kata yang memberikan kepelbagaian makna lain. Contoh: diksi ‘bunga’ boleh merujuk kepada
bunga atau gadis.

Simile :
Membandingkan dua benda yang berbeza tetapi mengandungi unsur tertentu yang ada persamaan.
Menggunakan kata-kata bandingan. Contoh: ‘berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi.’
Personifikasi
Memberikan sifat manusia pada benda atau perkara.
contoh: ‘damai melambai-lambai senja.’

Hiperbola
Pernyataan yang agak melampau tentang sesuatu / gaya bahasa perbandingan yang melampau. Contoh:
‘lautan api sanggupku renangi.

Anafora
Epifora
Simbol

Aliterasi

Asonansi

5.1.2 FUNGSI KESUSASTERAAN

 Memberi Pelajaran dan Pengetahuan


Karya sastera mengandungi nilai fikir dan nilai rasa pengarang. Pemaparan pengalaman pengarang atau kutipan
pengarang. Menurut Hashim Awang, terdapat empat faedah yang diperoleh daripada fungsi ini ;
1. Memberi pengetahuan dan pengalaman
2. Mentafsirkan perkara-perkara yang sudah sedia diketahui oleh umum tetapi tidakbegitu benar-benar
difahami oleh pembaca.
3. Menghidupkan daya imaginasi pembaca.
4. Menghidupkan semangat pembaca atau insprasi moral
 Memberi Hiburan
 Memberi kesenangan atau kerehatan
 Memberi kepuasan intelektual melalui daya fikiran dalam bentuk fantasi atau cerita.
 Mengusik Perasaan
 Sesuai dengan ciri bahan sastera yang mengandungi unsur emosi
 Pemaparan kisah dan peristiwa yang bercorak realistik.
 Menjadi Pengantara antara bahan sastera dengan pembaca
- Pengalaman hidup, idea, pandangannya
disampaikan kepada khalayak
- Pengarang juga menerapkan keindahan atau nilai-nilai estetika kepada khalayak
- Khalayak akan terkesan dengan acaan bahan sastera seperti berasa seronok, sedih hampa dan sebagainya.

 Mahukan kepuasan dan keseronokan


 Untuk memperbaiki atau meninggikan daya fikirannya
 Untuk membuat kebaikan dan kebajikan
 Sebagai sumber pendapatan

5.2 KEBUDAYAAN MELAYU

 Pengenalan
 Konsep kebudayaan Melayu
 Kandungan kebudayaan Melayu
 Ciri-ciri kebudayaan Melayu
 Kebudayaan Melayu sebagai kebudayaan kebangsaan
 Institusi sosial
 Adat resam dan kepercayaan
 Nilai dan falsafah
 Kesenian
 Pengaruh luar dalam masyarakat Melayu

5.2.1 Pengenalan

 Budaya adalah perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolik.


 Bersifat dinamik.
 Berlaku banyak perubahan akibat akultrasi dan asimilasi.
 Kedatangan barat merubah masyarakat Melayu daripada masyarakat tradisional kepada masyarakat moden.

5.2.1.1 Takrif budaya


 Budaya ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan
berkelakuan).
 Merangkumi segala hasil daripada akal dan fikiran yang asli.
 Kata budaya beradal dari kata ‘budi’ dan ‘daya’. ‘Bu’ bermakna asli, pertama, sejati, sempurna, menyenangkan,
manakala ‘daya’ bermakna akal fikiran, ciptaan yang sempurna.

5.2.1.2 Takrif Melayu

 Werndly – Melayu berasal dari kata ‘Melaju’ yang bermakna cepat, deras dan tangkas.
 Van der Tuuk – Melayu bermaksud ‘penyeberang’ (dari segi tempat dan agama)
 Harun Aminurrashid – Melayu berasal dari kata sanskrit iaitu ‘Malaya’.
 I-Tsing – Melayu berasal dari kata ‘Mo-lo-you’.

 Dari aspek undang-undang, kata Melayu meliputi penduduk Malaysia, sepertimana yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia, fasal 160, iaitu :

“… seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya berbahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan…

(a) lahir sebelum hari merdeka di Persekutuan atau di Singapura, atau bapanya lahir di Persekutuan
atau di Singapura
(b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

5.2.1.3 Pengertian bangsa Melayu

 Ada beberapa pengertian:


 Melayu mengikut Perlembagaan (dalam ceraian 160) ialah orang yang lazim berbahasa Melayu, kebudayaan
Melayu dan beragama Islam serta warganegara Malaysia.
 Dari aspek suku bangsa, mereka mestilah daripada keturunan suku Melayu, bertutur bahasa / dialek Melayu
dan berbudaya Melayu dan tidak semestinya beragama Islam.
 Dari aspek suku bangsa juga mereka mesti beragama Islam tetapi tidak semestinya berketurunan Melayu.
 Pengertian oleh UNESCO, bangsa Melayu merujuk kepada bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa
yang sama, bentuk fizikal yang hampir sama, berkulit sawo matang, berambut lurus, tinggi sederhana dan
penduduk asli dari Madagaskar hingga ke Easter Islands di Lautan Pasifik dan dari kepulauan Hawaii dan
Taiwan di utara hingga ke pulau New Zealand di selatan.

5.2.1.4 Takrif peribumi

 Bermaksud penduduk asli atau bumiputera.


 Penghijrahan Melayu Proto dari Tanah Besar Asia kira-kira 3000 tahun sebelum masehi, tinggal di gua-gua
seperti Gua Cha di Kelantan dan Gua Niah di Sarawak.
 Penghijrahan kedua oleh Melayu Deutro kira-kira 1500 tahun sebelum masihi dan tinggal di kawasan pesisir
pantai.

ii. Konsep budaya Melayu

 Cara hidup orang Melayu.


 Merangkumi aspek bahasa, adat-istiadat, kepercayaan, politik, agama, kesenian, undang-undang, dan lain-lain.
 Penentu corak keperibadian kebangsaan dan identiti masyarakat Melayu khususnya dan Malaysia amnya.
 Dalam konteks masyarakat Melayu, budaya yang ditonjolkan menentukan corak keperibadian dan
memperlihatkan identiti pendokongnya.

iii. Kandungan budaya Melayu

Merangkumi perkara-perkara berkaitan dengan institusi sosial orang Melayu:


 Bahasa
 Adat resam dan kepercayaan
 Nilai dan falsafah
 Politik
 Agama
 Kesenian
 Undang-undang, perubatan, dsb.

iv. Ciri-ciri kebudayaan Melayu:


Kebudayaan Melayu merupakan:
 Satu kesinambungan
 Berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan
 Dinamis kerana terbuka kepada perubahan apabila berlaku pertembungan dengan budaya lain

v. Kebudayaan Melayu sebagai Kebudayaan Kebangsaan


 Kedudukan Kebudayaan Melayu mengatasi kebudayaan kaum-kaum lain.
 Kandungan dan ciri budaya Melayu mampu menjadi identiti dan dapat menimbulkan emosi dan rasa kepunyaan
bersama kepada warganegaranya.

vi. Konsep Kebudayaan Kebangsaan


 Merupakan kebudayaan negara yang menjadi lambang kebesaran dan dapat menimbulkan emosi dan rasa
kepunyaan bersama.
 Bertujuan merapatkan jurang antara kaum agar bersatu dan ada identiti sendiri.
a. Prinsip kebudayaan kebangsaan
 Kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini;
 Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan;
dan
 Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
 Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini.
‘Rantau ini’ adalah alam Melayu / dunia Melayu merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia dan Farmosa
Selatan. Mengamalkan tamadun ‘Melayu-Polinesia’.
 Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima.
Kebudayaan bersifat dinamik – sentiasa berubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian.
‘Sesuai’ merujuk kepada unsur-unsur asing yang sesuai dengan norma hidup rakyat asal dan tidak bercanggah
dengan Islam.
 Islam menjadi unsur penting.
 Kebudayaan meliputi keseluruhan kehidupan manusia. Agama memberi panduan kepada manusia.
 Pemilihan Islam adalah berdasarkan fakta sejarah dan sesuai dengan statusnya sebagai agama rasmi negara.
 Sistem nilai Islam menekankan kesejahteraan dan kebajikan dunia dan akhirat.
Institusi Sosial

 Institusi sosial merupakan suatu organisasi yang merangkumi sistem kekeluargaan, pentadbiran dan
pemerintahan.
 Pembentukannya penting bagi menjamin keamaan dan keharmonian negara.
 Bermula daripada pembentukan institusi keluarga hinggalah kepada pentadbiran negara, perlu diurus dengan
sempurna bagi mewujudkan negara yang maju dan makmur.

ADAT RESAM DAN KEPERCAYAAN


KEPERCAYAAN & PANTANG LARANG

Maksud kepercayaan
 Sesuatu yang diyakini dan dipercayai benar
 Merupakan komponen penting untuk mencorakkan kebudayaan sesuatu masyarakat
 Dalam kepercayaan itu, terdapat pula pantang larang dan ramalan atau petanda
Pantang larang & adat semasa:
1. Memasuki hutan
2. Berburu binatang
3. Melahirkan anak.
4. Naik Buai

1. Memasuki Hutan

 Masyarakat Melayu zaman dahulu merupakan peneroka hutan yang gigih


 Merupakan satu tradisi yang tidak dapat dielakkan kerana mempunyai hubungan rapat dengan kepentingan
manusia
 Kepercayaan terhadap semangat hutan begitu kuat dan tebal
 Menganggap hutan mempunyai semangat yang keras.
 Selain didiami oleh binatang, juga turut didiami oleh jembalang, pari-pari dan mambang
 Ia boleh menyebabkan bencana kepada manusia. Lantaran itu perlu dilakukan upacara khas
 Adat ini menjadi semacam kemestian yang patut dilaksanakan demi menjamin keselamatan seseorang semasa
berada di hutan

Pantang larang ketika memasuki hutan

 Jika di tengah hutan tidak boleh melaung kuat nanti disahut hantu dipercayai jeritan itu akan disambut oleh
hantu dan mungkin akan menyesatkan orang itu
 Dilarang pegang pokok merah pokok yang berbisa yang boleh menyebabkan badan menjadi gatal-gatal
 Pantang bersiul dalam hutan akan disambar langsuir.motif utama ialah menyuruh seseorang senyap kerana
dikhuatiri diketahui oleh binatang ganas dan ini mengancam keselamatan diri
 Pantang tidur atas pokok jika sesat nanti dilapah hantu. Ini bermaksud dikhuatiri jatuh
 Jika sesat dihutan jangan tidur di tepi sungai takut dimakan hantu. Larangan ini bermaksud dikuatiri terancam
oleh binatang buas yang turun minum air pada malam hari
 Jika terdengar sahutan jangan dijawab dikatakan telah menyahut suara hantu. Ia bermaksud menegah
perbuatan itu kerana dikuatiri jejak seseorang akan dikesan oleh musuh
 Dilarang bercakap besar jika ke hutan apa yang disebutkan itu akan ditemui dihutan
Contoh:
Kalau bertemu harimau akan dipatah-patahkan tengkuknya, maka dipercayai seseorang itu pasti bertemu
dengan binatang itu.

2. Pantang larang ketika memburu

 Hendaklah jangan berpecah daripada kumpulan. Sekiranya berpecah maka akan terjadi sesuatu yang tidak
baik
- Contohnya tertembak rakan sendiri. Mengikut kepercayaan bahawa jembalang akan menyerupai wajah
rakan atau menyerupai binatang yang hendak diburu

3. Pantang larang semasa bersalin atau beranak

 Bagi adat resam yang dijalankan dahulu itu ada 5 peringkat iaitu:
i) Lenggang atau kirim perut
ii) Hari beranak
iii) Mencukur kepala & memberi nama anak
iv) Ibu berpantang
v) Ibu mandi bersintuk limau

i) Lenggang atau kirim perut

 Adat yang dijalankan ke atas seseorang isteri yang genap 7 bulan mengandung
 Maka dipanggil bidan utk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul tidak genap 7 bulan hamilnya
 Bila didapati betul maka mulalah tuk bidan ditempah
 Kelengkapan yang mustahak disediakan seperti:
- 7 helai kain(yg berlainan warna)
- segantang beras
- sebiji kelapa
- beberapa urat benang mentah
- ebatang damar
- sedikit lilin
- 1 tempat sireh @ tepak
- pengkeras wang sebanyak lima suku($1.25) di dlm tepek itu

ii) Hari cukur kepala & memberi nama anak Hari bersalin atau beranak

 Ada sejenis hantu atau syaitan yg suka datang pda masa waktu perempuan bersalin kerana hendak memakan
darah perempuan itu
 Secekak mengkuang yg berduri digantung betul-betul di bwh tmpt ibu bersalin. Kononnya dapat menegah
hantu drpd datang menhampiri tempat itu.
 Tempat orang beranak itu dicalitkan pangkah dgn kapur yg disertai jampi serapah
 Ditengah-tengah dahi anak kecil itu dipangkah dgn minyak yg telah dicampur dgn serbuk arang kayu dan
dijampi bagi menjauhkan anak itu drpd dirasuk oleh syaitan

iii. Hari cukur kepala & memberi nama anak Berpantang 44 hari

 Ibu ditegah drpd makan sebarang kehendaknya atau berbuat sebarang kerja berat
 Slps 7 hari, baru boleh dibenarkan dia berjalan sedikit di dalam rumah itu sahaja
 Paling penting – sekalipun ibu itu berasa dia sudah boleh membuat kerja, sama sekali ditegah berjalan @
berkereta keluar dari rumahnya
 Ubat yg diberikan bidan selalu diamalkan oleh ibu ini.
 Amalan tugku perut sehari sekali turut diamalkan
 Zaman sekarang, amalan ini kurang diamalkan oleh kerana sudah banyak orang suka memakai ubat doktor.
 Mereka juga lebih gemar bersalin di hospital dan tidak berpegang dgn adat berpantang 44 hari itu lagi.

iv. Mandi selepas pantang

 Ibu dimandikan dengan air sintuk limau serta dilagirkan sebagai isyarat melepaskan pantang.
 Ibu bebas menjalankan sebarang pekerjaan, berjalan ke mana-mana dan tidakperlu takut terkena ‘bentan’.

Soalan
1. Terangkan secara terperinci pantang larang ketika memasuki hutan
2. Terdapat 5 peringkat bagi menjalankan upacara adat bersalin. Bagaimana cara atau adat bagi ibu berpantang

4. NAIK BUAI

 masih diamalkan dan mendapat sambutan dalam masyarakat Melayu hari ini dengan suasana penuh
meriah terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu sulung

Tanggal Pusat/Cuci Lantai


 bayi yang baru lahir akan tanggal pusat dalam tempoh seminggu
 adat cuci lantai akan diadakan
 juga dipanggil adat naik buai
 hal ini kerana kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur
disamping ibunya
 dilakukan pada hari Isnin atau Khamis

Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai


 Nasi kunyit dan lauk-lauk
 Seekor ayam hidup
 Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang
 Hadiah untuk bidan sepersalinan pakaian

Cara-cara adat dijalankan


 Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat
 Bidan akan memulakan jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan kaki
ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin
 Seterusnya lantai itu akan dibersihkan
 Mak bidan akan menjalankan keseluruhan upacara ini
 Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan dimandikan, diurut dan dibedak
 Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta sedikit wang akan dihadiahkan kepada
bidan

Upacara Naik Buai


 Bayi akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah
dengan bunga-bungaan
 Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung
 Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita
 Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini.
 Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat
cukur rambut

SOALAN

 Mengapakah Adat Cuci Lantai Juga Dikenali Sebagai Adat Naik Buai?

 Apakah Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Adat Cuci Lantai?

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN ORANG MELAYU

 Meninjau
 Merasi
 Melamar
 Pertunangan
 Persiapan menjelang hari perkahwinan
 Persiapan Sebelum Bersanding
 Bersanding

MENINJAU

 Seorang wakil diperlukan – perempuan yang amanah, telah berumur & dipercayai.
 Tujuan
 Untuk mengetahui sudah berpunya @ tidak.
 Akhlak, tingkah laku, tabiat, termasuk kesopanan dengan orang tua.
 Mengetahui tentang didikan agama, telah khatam al-Quran atau belum.
 Latarbelakang kedua-dua ibubapa dan keluarga juga diperkirakan.

MERASI

 Untuk mengetahui adakah pasangan tersebut sesuai atau tidak.


 Biasanya dilakukan oleh pawang, bomoh atau bidan.
 Ada yang mudah dan yang susah yang disokong oleh petua-petua tertentu.
 Antaranya menghitung nilai nama pasangan.

MELAMAR

 Upacara dilakukan oleh pihak lelaki kepada perempuan - tidak diberitahu ketika itu juga.
 Pihak lekaki akan memberi masa kepada pihak perempuan bertanya kepada empunya badan.
 Memberi masa kepada pihak perempuan menyelidik latarbelakang pihak lelaki.

BERTUNANG

 Adat bertunang akan menyusul selepas adat merasi setelah tarikh dipersetujui.
 Adat bertunang ialah upacara memberi tanda atau mengikat pertalian antara pasangan sebelum ke
perkahwinan.
 Pihak lelaki akan membawa barang hantaran dan tepak sirih.
 Antara barangan yang perlu semasa hantaran meminang ialah :
 Sirih junjung dan sebentuk cincin.
 Satu set bahan persolekan.
 Bunga rampai.
 Kuih-muih tradisional.
 Buah-buahan.
 Sesetengah tempat mengadakan barangan yang berlainan.
 Barangan hantaran dikepalai oleh Pahar atau tepak sirih disebut sebagai sirih junjung.
 Setiap hantaran diletakkan di dalam sebuah pahar.
 Barangan hantaran biasanya berangka ganjil seperti 5,7,9 atau lebih.
 Semasa majlis bertunang, pihak lelaki akan menyatakan hajat kedatangan.
 Setelah pinangan diterima, seterusnya kedua-dua pihak akan berbincang tentang tempoh pertunangan,
bilangan hantaran, belanja perkahwinan dan tarikh perkahwinan.
 Wang kahwin biasanya ditentukan oleh pihak perempuan.
 Setelah pinangan diterima, istiadat menyarung cincin dijalankan.
 Kebiasaannya, cincin tersebut disarung oleh kakak atau ibu pengantin lelaki.
 Setelah semua selesai, hidangan akan diangkat.
 Setelah pihak lelaki menikmati jamuan, pihak perempuan akan membuat balasan hantaran.
 Kebiasaannya kurang 2 dulang dari pihak lelaki.

Persiapan Menjelang Hari Perkahwinan.

 Persiapan akan dibuat sebelum hari perkahwinan.


 Biasanya waris dan saudara-mara akan datang menbantu.
 Antara persiapan yang dilakukan ialah :
 Bangsal Penaggah dan Bangsal Tamu.
 Memasang Gantung-gantung
 Bunga Telur
 Pulut Kunyit
 Jamuan

Bangsal Penanggah & Tamu

 Bangsal penanggah akan dibina terlebih dahulu beberapa hari sebelum majlis.
 Untuk keperluan tempat memasak.
 Dibina oleh tuan rumah dengan bantuan jiran sekampung.
 Bangsal Tamu pula didirikan sehari sebelum majlis untuk tempat menjamu para jemputan.
Memasang Gantung-gantung

 Manalaka orang perempuan akan menghias pelamin serta bilik pengantin.


 Katil dihias dan dipasang dengan kelambu gantung yang cantik.
 Sebahagian hantaran pengantin digunakan untuk menghias bilik dan sebahagian pula untuk jamuan jemputan.

Bunga Telur

 Sebahagian perempuan pula akan menyediakan bunga telur.


 Telur merupakan keperluan dalam adat istiadat orang melayu.
 Telur yang telah direbus akan dimasukkan ke dalam bekas yang cantik.
 Pada masa dahulu, bunga telur dibuat daripada bunga kertas yang diganggangkan buluh.
 Buluh dicucuk pada telur rebus dan didikelongsongkan pulut kuning yang dibungkus dengan daun pisang.
 Buga telur juga disediakan untuk guru al-Quran yang mengajar pengantin perempuan.

Pulut Kunyit

 Pulut kunyit atau pulut kuning merupakan keperluan dalam istiadat perkahwinan melayu.
 Warna kuning melambangkan kebesaran dan kemegahan raja-raja.
 Kewujudan pulut kuning bersempena gelaran raja sehari bagi pengantin.
 Pulut Kuning diletakkan di dalam dulang dan dicucuk bunga telur diatasnya.
 Biasanya, orang dahulu akan menghantar pulut kuning beserta lauk dan bunga telur kepada guru mengaji
setelah anak lelaki mereka khatam al-Quran.
 Manakala bagi perempuan, pulut kuning akan diberi semasa mereka akan berkahwin kepada guru mengaji.

Jamuan

 Jamuan akan dibuat sempena perkahwinan.


 Jamuan biasanya mempunyai 5 hidangan iaitu gulai kawah, dalca, nasi, acar dan sambal.
 Untuk menyediakan hidangan, saudara mara dan jiran sekampung akan membantu.
 Mereka bergotong royong memasak secara kawah.

PERSIAPAN SEBELUM BERSANDING

BERINAI KECIL

 Berinai kecil atau berinai curi dilakukan hanya dihadiri oleh beberapa orang tertentu sahaja iaitu mak andam
dan beberapa teman pengantin perempuan.
 Inai tersebut akan diletakkan pada hujung jari tangan dan kaki dan di sekeliling tapak kaki.
 Diakukan beberapa hari sebelum berlangsung perkahwinan.
 Bahagian yang diinai adalah kedua tapak tangan, 10 jari tangan, kuku kaki dan sekeliling tapak kaki.
 Dijadikan satu tanda bahawa orang tersebut baru melangsugkan perkahwinan.

PERNIKAHAN

 Terdapat 2 jenis pernikahan iaitu :


 Nikah gantung – pernikahan dilakukan tanpa majlis perkahwinan. Hanya diiringi dengan kenduri kecil.
Dilakukan 6 bulan atau setahun sebelum majlis persandingan.
 Nikah Biasa – pernikahan yang dilakukan dituruti majlis perkahwinan.
 Barangan hantaran
 Wang hantaran perkahwinan
 Mas kahwin atau mahar
 Sebentuk cincin
 Persalinan bagi pengantin perempuan
 Alat-alat solek
 Kasut, selendang dan sebagainya.
 Buah-buahan
 Akad nikah akan dibuat pada malam sebelum hari persandingan ataupun disebelah pagi.
 Pada umumnya pernikahan dilakukan di rumah pengantin perempuan.
 Cara mengiringi pengantin untuk pernikahan sama seperti majlis pertunangan.
 Setelah akad nikah dilangsungkan, pengantin lelaki dipersilakan masuk ke bilik pengantin.
 Pengantin lelaki diiringi pengapit akan menemui pengantin perempuan.
 Pengantin lelaki akan menyarungkan cincin dan pengantin perempuan akan bersalaman serta mengucup
tangan pengantin klelaki.
 Adakalanya, pengantin lelaki akan mengucup dahi pengantin perempuan.
BERINAI BESAR

 Majlis berinai dilakukan ke atas kedua-dua pihak pengantin.


 Kebiasaannya dilakukan selepas waktu isyak.
 Kedua-dua pengantin akan duduk di pelamin.
 Inai diletakkan di dalam mangkuk dan dicampur sedikit air. Selain itu, bertih, beras kunyit, beberapa tangkai
daun beribu yang diikat dan semangkuk air teopung tawar disediakan.
 Sebelum menginai, orang yang berkenaan tundukkan sedikit kepala dan dibalas oleh pengantin sebagai tanda
hormat.
 Dengan pertolongan mak andam, pengantin akan menadah tangan di atas paha.
 Kemudian, orang menginai akan menabur beras kunyit dan bertih di hadapan pengantin.
 Daun seribu yang diikat dicelup tepung tawar dan dicecah pada tapak tangan pengantin.
 Kemudian, mengambil secubit inai dan diletakkan pada tapak tangan pengantin.
 Kemudian, pengantin akan mengangkat sembah sebagai tanda hormat.
 Jumlah orang yang dipanggil untuk menepung tawar ini selalunya ganjil.
 Diakhiri dengan Majlis bacaan doa selamat oleh imam.

PERMAINAN TRADISIONAL
 GALAH PANJANG
 CONGKAK
 GASING
 BATU SEREMBAN

GALAH PANJANG

 Permainan tradisional yang dimainkan di luar rumah atau kawasan lapang


 Pemain dibahagikan kepada dua bahagian
 Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang,
iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang
 Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.
 Pihak menyerang akan cuba melepasi garisan-garisan yang dijaga oleh pihak bertahan
 Pihak menyerang dikira menang jika seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali
ke garisan permulaan
 Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula
 Pihak bertahan akan menjadi pihak menyerang apabila pihak bertahan berjaya mencuit atau menyentuh pihak
menyerang
 Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.

CONGKAK

 Permainan congkak memerlukan dua orang pemain. Papan congkak diperbuat dari kayu yang berukuran 80cm
panjang dan 18 cm lebar.
 Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut
“kampung”.Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".  
 Pada pusingan pertama kedua-dua pemain memulakan permainan serentak dengan memasukkan sebiji buah
ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya ke dalam "rumah“ dan kemudiannya dimasukkan ke dalam
"kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
 Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
 Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak
mengambil buah lawannya itu.
 Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka
dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang
kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah. 
 Pada pusingan kedua kedua-dua pemain mengisikan buah semula ke dalam kampungnya.
 Jika didapati seorang itu kekurangan buah, kampung yang kurang itu dianggap "terbakar".

GASING

 Gasing yang besar amat popular di Kelantan dan Terengganu. Biasanya diperbuat daripada timah dan
dimainkan selepas musim menuai.   
 Di pantai Barat Semenanjung gasing yang dimainkan adalah dari jenis yang kecil yang mempunyai banyak
bentuk dan diperbuat daripada kayu.
 Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar,
gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.
 Adat permainan ini dapat dibahagikan kepada tiga:
 Permainan untuk bersukaria, biasanya dilakukan oleh kanak-kanak yang menggunakan gasing pinang
atau gasing kayu
 Pertandingan gasing antara satu kampung dengan kampung yang lain untuk tujuan persahabatan atau
untuk menguji kepandaian
 Permainan untuk pertunjukan atau sempena perayaan tertentu di kampung-kampung.
 Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing uri dipertandingkan
untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya
mengetuk gasing lawan.
 Gasing pangkah dimainkan dengan dua pasukan yang dianggotai oleh empat orang bagi setiap kumpulan.
Pasukan ini terdiri daripada pasukan pemusing dan pasukan pemangkah
 Pemusing akan memusingkan empat buah gasing dalam bulatan yang dipanggil bong.
 Pasukan pemangkah pula akan cuba memangkah dan mematikan gasing lawannya. Pasukan itu akan terus
memangkah sekiranya tidak melanggar undang-undang permainan.
 Markah sebanyak dua mata akan diberikan kepada setiap pemangkah yang berjaya memangkah. Pasukan
yang memperolehi mata yang terbanyak dalam masa 40 minit akan menjuarai pertandingan itu.

BATU SEREMBAN

 Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut, Serembat atau Simbang
 Permainan ini memerlukan lima biji batu kecil
 Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi
mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu.
 Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara,
kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu
adalah dikira sebagai mata.
 Buah Satu
 Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai. Ibu hendaklah dilambungkan
keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip.
Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah
digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi.
 Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

 Buah Dua
 Serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua
kali lambungan buah ibu dilakukan.

 Buah Tiga
 Pada lambungan pertama pemain mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah
mengutip tiga biji buah serentak.

 Buah Empat
 Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut
buah ibu yang telah dilambungkan

 Buah Lima
 Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah,
sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta
menyambut buah ibu sahaja.

 Buah Enam
 Dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke
udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai,
sehingga selesai.
 Buah Tujuh
 Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam
tangan hendaklah dilambungkan serentak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah
disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang
terakhir dilambungkan hendaklah juga disambut.

 Menimbang
 Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain,
mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu
disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat
disambutnya.

 Mati Permainan
 Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang
lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat
walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain
seterusnya.

SOALAN
 Apakah tugas ketua kumpulan di dalam permainan galah panjang?
 Bagaimanakah cara untuk menentukan kampung yang dianggap terbakar dalam permainan congkak?
 Bagaimanakah cara untuk menentukan pemenang dalam permainan gasing uri?
 Nyatakan kaedah-kaedah menimbang dalam permainan batu seremban.

Anda mungkin juga menyukai