Anda di halaman 1dari 3

Terapi Main KONSEP BERMAIN Permainan ialah suatu gerak kerja yang mengembangkan fizikal dan mental mengikut

peraturanperaturan tertentu. Kanak-kanak lebih tertarik dan sangat berminat membuat sesuatu aktiviti atau penyelesaian masalah dengan cara bermain. Permainan selalunya dikaitkan dengan kanakkanak yang dianggap oleh orang dewasa sebagai satu perbuatan yang membuang masa dan tidak produktif. Sebaliknya jika kita kaji, permainan adalah satu aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan sahsiah pertumbuhan fizikal dan ia adalah keperluan khas kanak-kanak. Mengikut Kamus Dewan bermain adalah suatu yang dilakukan oleh seseorang untuk bersenang lenang dan bersuka-suka dengan menggunakan alatan ataupun tidak.Permainan selalunya digunakan sebagai alat hiburan dan keseronokan semasa mempelajari sesuatu kemahiran.Semasa bermain mereka menggunakan pancaindera dan minda, yang tidak secara langsungmenuju ke arah pembelajaran menyelesaikan masalah. Bermain men ampakkan suatu prosesyang mendatangkan kesukaan. Dengan kata lain kanakkanak itu akan membuat sesuatukerana ia suka berbuat demikian dan berhenti apabila dia tela h bosan, maka aktiviti-aktivititersebut boleh dikatakan bermain. Caplan and Caplan (1973), mentakrifkan bermain sebagai penentu penting bagi perkembangansahsi ah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek. Aktivitiaktivitibermain dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan. Apabila konsep main dicantumkan dengan belajar, maka ia menjadi belajarmelalui bermain. Sebag ai contoh apabila kanakkanak itu bermain sesuatupermainan sahibba, mereka dapat membina dan menambah perbend aharaankata dan aktiviti matematik iaitu menjumlah setiap markah yang di perolehi.Sahsiah ya ng baik juga terbentuk melalui kerjasama, toleransi, saling hormatmenghormati dan bersedia m enerima kekalahan. KONSEP TERAPI PERMAINAN Terapi permainan adalah suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan kesempatan untukbelajar k eterampilan sosialemosional dan meningkatkan ketahanan emosional. Sementarakebanyakan anak belajar ketera mpilan sosial dari mengamati orang lain atau melaluiinstruksi yang eksplisit, yang lain belum belajar dan memerlukan pengajaran tambahan,latihan dan pembinaan. CADANGAN MEMULAKAN TERAPI PERMAINAN 1. Pilih tempat /persekitaran yang kondusif:

Mulakan dengan dekorasi yang kondusif, seperti meletakkan tikar getah sebagai penanda itu kawasan bermain, meminimakan gangguan bunyi dan visual seperti TV dan radio. Berikan mereka rasa selesa untuk bermain. 2. Pilih masa yang sesuai untuk bermain.: Pilih masa yang sesuai bukan masa mereka keletihan atau tidur makan mereka sebaliknya pilihlahma sa selepas tidur atau masa segar mereka. Semasa bermain, apabila kanakkanak inikelihatan bosan dan letih, usah paksa mereka untuk meneruskannya. Ambil masa selan g 5minit misalnya dan menambah tempoh tersebut. Cara ini bukan sahaja menimbulkan minatbermain mereka namun juga memanjangkan tumpua n mereka menyiapkan aktiviti bermainitu.. 3. Gantikan alat permainan baru. Mulakan dengan alat permainan mudah dan yang menarik minat mereka dan secara beransur-ansur tambahkan alat permainan tersebut sesuai denngan perkembangan kognitif mereka. 4. Fleksibel Aktiviti bermain bukan sahaja pada masa dan tempat tertentu atau yang telah ditetapkan sahaja.Akt iviti bermain boleh dilaksanakan ketika shopping, memandu, membuat kek, ketikamembasuh ru mah atau menyidai kain dll. 5. Lepaskan mereka. Setelah kita memberikan sokongan dan peranan ketika bermain bersama, beri mereka peluang bebas untuk melakukan aktiviti yang mereka mahu lakukan sehinggahlah mereka mahu keterlibatan kita(ibu bapa@guru). Terapi Bermain Bagi Rawatan Kanak-kanak Penting KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Terapi secara bermain bagi kanakkanak adalah pentingsupaya mereka tidak mengalami trauma semasa dirawat di hospital, kata Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain. Beliau berkata oleh itu pihak penjagaan kesihatan profesional awam dan swasta perlumen yediakan pusat rawatan yang mesra keluarga kepada kanakkanak yang menjalanirawatan. "Profesional dalam penjagaan kesihatan perlu mengetahui keperluan dalam penjagaankes ihatan di kalangan kanakkanak kerana semasa dirawat di hospital, mereka boleh merasatekanan dan trauma keran a tidak lagi berada di persekitaran rumah sendiri," katanyasemasa melancarkan bengkel te

rapi bermain untuk penjagaan kesihatan kanak-kanak, di sinihari Jumaat. Dr Zaininah berkata kanak-kanak tidak akan merasa takut dan bimbang apabila bermain. "Semasa terapi, mereka boleh bermain dengan permainan alat perubatan, anak patung,pa tung binatang dan membaca buku mengenai pengalaman penjagaan kesihatan," katanya. Beliau berkata bengkel tersebut merupakan inisiatif Persatuan Kebangsaan PenjagaanKesi hatan Kanak-kanak bagi menggalakkan persekitaran mesra kanak-kanak di pusatpusatpenjagaan kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai