Anda di halaman 1dari 78

KESUSASTERAAN MELAYU

1. KONSEP
2. FUNGSI
3. CIRI-CIRI
4. JENIS ATAU BENTUK
5. SEJARAH KESUSASTERAAN
KESUSASTERAAN MELAYU

• Merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang


terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu.
• Sastera bersatu dan berintegrasi dalam kehidupan
seharian masyarakat Melayu.
Contoh :
- seorang ibu yang mendodoikan bayinya.
- seorang dukun yang membacakan mantera untuk
menyembuhkan orang sakit.
• Dalam masyarakat moden pada hari ini, sastera menjadi
satu bidang kegiatan yang khusus dan tersendiri.
Contoh :
- ibu yang bekerja tidak sempat untuk mendodoikan bayinya
- upacara perkahwinan dilakukan di hotel dan dewan.
• Banyak pekerjaan dilakukan oleh mesin dan jentera
industri.
• Sastera menjadi hasil ciptaan seorang sasterawan yang
diiktiraf oleh masyarakat melalui hasil-hasil karyanya yang
dianggap bermutu.
• Pembentukan istilah kesusasteraan
dalam bahasa Melayu :

- Berasal daripada bahasa Sanskrit


• Perkataan kesusasteraan iaitu sastra.
terbentuk daripada sas- bermaksud mengarahkan,
perkataanSanskrit. mengajar / memberikan petunjuk.
Susastera -tra yang merujuk kepada alat.
– huruf atau buku indah sastra bermaksud alat untuk
mengajar.

- Kesusasteraan :
Awalan su- bermaksud baik /indah.
Imbuhan ke- dan –an bermaksud
segala yang tertulis, yang bernilai
seni dan estetik. Juga bererti
memberikan panduan, petunjuk dan
pengajaran.
Kepelbagaian makna sastera

Ungkapan spontan daripada perasaan


yang mendalam.

Ekspresi fikiran melalui


medium bahasa.
4 unsur dalam sastera

Isi kandungan :
Fikiran, perasaan, pengalaman, idea,
semangat, keyakinan, kepercayaan dll.

Bentuk :
Sastera dapat diungkapkan dalam pelbagai bentuk.
Contoh : bentuk suara yang disertai bunyi-bunyian.

Ekspresi:
Keupayaan mengeluarkan sesuatu dari
dalam diri manusia.

Bahasa :
Bahan utama bagi mewujudkan ungkapan
peribadi dalam suatu bentuk sastera yang indah.
• Secara umumnya, sastera dapat
dianggap sebagai ungkapan
peribadi manusia yang berupa
pengalaman, pemikiran, perasaan,
idea, semangat dan keyakinan
dalam suatu bentuk gambaran
konkrit yang membangkitkan
keperibadian melalui pengantara
bahasa.
FUNGSI KESUSASTERAAN
CIRI-CIRI KESUSASTERAAN

a) Keindahan
• Melalui gaya dan lenggok
bahasa yang digunakan
dalam karya sastera.
• Hasil karya dikatakan
indah jika memenuhi 4
syarat iaitu keutuhan,
keselarasan,
keseimbangan dan fokus
kepada sesuatu unsur.
b) Mencerminkan
pengalaman
• Pengalaman di sini merujuk
kepada tindak balas yang
utuh dari jiwa manusia
yang digambarkan secara
realiti.
• Dalam karya sastera,
pengalaman diungkapkan
melalui bahasa.
c) Pengalaman seni
• Melalui peristiwa sastera, pembaca
dapat memahami dan merasai
fikiran dan perasaan pengkarya.
• Pengkarya juga mendapat kepuasan
sekiranya dia tahu hasil karyanya
dapat diterima dengan baik oleh
pembaca.
• Nilai karya sastera terletak pada
perkara yang disampaikan, cara dan
bentuk penyampaian.
• Hasil karya sastera dapat
memberikan pengalaman dan nilai-
nilai seni kepada pembacanya.
Sastera sebagai karya seni mempunyai
4 ciri iaitu :
d) Karya seni
• Keutuhan – setiap bahagian dalam
• Terdapat tiga pekara yang
karya sastera menunjang kepada
mermbezakan karya sastera
usaha mengungkapkan isi hati
dengan karya bukan sastera iaitu
sifat fiksyen, nilai-nilai estetik pengkarya.
dan gaya bahasa yang khusus. • Keseimbangan – unsur-unsur karya
• Fiksyen bermaksud karya sastera sastera, baik dari segi ukuran atau
itu dihasilkan melalui imaginasi pemberatannya harus seimbang
pengkarya berdasarkan dengan fungsinya.
pengalaman atau tindak • Keselarasan – unsur dalam karya
balasnya terhadap alam realiti. menjadi asas bagi mengukuhkan
• Nilai-nilai estetik membolehkan unsur yang lain dan bukan
pengkarya mengungkapkan isi mengganggu atau mengaburkannya.
hati dengan jelas dan mendalam.
• Penekanan – unsur yang penting
harus mendapat penekanan yang
lebih berbanding unsur yang kurang
penting.
- Terdapat beberapa ciri sastera
sebagai satu kegiatan seni yang
berhubung ekspresi dan
penciptaan iaitu :
• Sastera ialah seni dan bukan
ilmu semata-mata.
• Sastera ialah satu komunikasi.
• Sastera mempunyai
keteraturan.
• Sastera ialah alat hiburan.
• Sastera ialah karya yang
berintegrasi.
• Sastera ialah ekspresi
pengkarya.
JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAAN

Jenis Kesusasteraan
Melayu tradisional
kesusasteraan
berbeza-beza
mengikut Kesusasteraan Melayu
klasik
bentuk dan
tujuan
sesuatu karya Kesusasteraan
tersebut. Melayu moden
Kesusasteraan Melayu Klasik (Tradisional)

• Klasik secara umumnya • Sastera Melayu klasik


bermaksud serius dan abadi mempunyai ciri-ciri yang
nilainya, tertinggi mutunya tetap dan tidak berubah.
dan menjadi standard • Istilah ‘klasik’ lebih sesuai
kepada yang lain, digunakan daripada istilah
mempunyai gaya yang ‘lama’ atau ‘tradisional’
sederhana, mempunyai ciri- kerana istilah ‘klasik’ dapat
ciri yang lazim dan tidak merangkumi makna lama,
berubah mengikut masa. tradisional dan klasik itu
sendiri.
Perkembangan Sastera Melayu Klasik :

• Masyarakat Melayu menerima


kepercayaan Buddha. Buktinya,
Sebelum kesan pada tapak kuil dan batu
Abad bersurat .
Ke-7 • Selepas itu, muncul kerajaan
Srivijaya yang menjadi pusat
pentadbiran agama Buddha.
Karya-karya pada zaman itu
adalah dalam bahasa Sanskrit
seperti puisi Jakatamala.
• Cerita yang dipaparkan masih dalam
pengaruh Hindu-Buddha.
Contohnya, cerita-cerita epik dan
tokoh agama tersebut.
Abad • Sastera pada zaman ini kurang
ke-13 membantu dalam perkembangan
sastera Melayu klasik kerana
hingga
menggunakan bahasa yang sukar
ke-14 difahami, iaitu bahasa Sanskrit dan
Melayu kuno.
• Cerita dewa-dewa yang
digambarkan pula jauh daripada
kehidupan seharian masyarakat
Melayu.
• Kesusasteraan Melayu klasik
berkembang pesat dengan
kedatangan agama Islam.
Abad
• Kemunculan tulisan Jawi.
Ke-14
• Agama Islam mula bertapak di
Hingga
istana-istana dan mengambil
Ke-16 alih peranan agama Hindu dan
Buddha.
• Sastera Melayu klasik / tradisional dapat dibahagikan kepada 2
genre iaitu sastera lisan / sastera rakyat dan sastera tulisan /
sastera istana.
• Sastera Rakyat (Lisan)
- Sastera bermaksud hasil-hasil kreatif yang termasuk dalamnya daya
ciptaan imaginatif pencipta yang mengandungi nilai-nilai world
view masyarakat itu sendiri.
- Masyarakat sastera rakyat agak tertutup dan kurang berhubung
dengan masyarakat luar.
- Masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup secara
berkelompok dan agak primitif.
- Rakyat merujuk kepada orang biasa / masyarakat desa yang hidup
secara kolektif dalam satu bentuk kekeluargaan yang besar.
- Konsep tersebut menjelaskan bahawa sastera rakyat merupakan
hasil-hasil sastera yang dilahirkan oleh masyarakat / rakyat yang
diaspirasikan melalui bentuk lisan.
Ciri- ciri Sastera Rakyat :

• Penyebaran dan diwariskan secara lisan.


• Bersifat tradisional dan lama.
• Wujud dalam variasi yang berbeza-beza.
• Bersifat anonimi, iaitu menggunakan nama samaran / langsung tiada
nama pencipta
• Menjadi hak milik bersama masyarakat yang menghasilkannya.
• Mempunyai bentuk berumus / berpola dengan plot yang lebih kurang
sama.
• Mempunyai fungsi tertentu. Misalnya, memberikan pengajaran.
• Penulisan yang bersifat sederhana, spontan dan kadangkala agak kasar.
Jenis sastera rakyat (sastera lisan)

Sastera rakyat
(sastera lisan)

Naratif Bukan naratif

Mitos Cerita Puisi


rakyat rakyat

Lagenda
Sastera Rakyat Jenis Naratif :

Ciri-ciri mitos :
- Dianggap benar-benar terjadi.
Mitos ialah - Peristiwa yang berlaku aneh,
cerita yang tetapi penting.
dianggap
benar -benar - Dianggap keramat dan
terjadi dan memberikan kesan kepada
suci serta di
luar masyarakat.
jangkauan - Latar belakang berlaku pada
akal
manusia. zaman lampau.
- Tokoh yang terlibat ialah
Tuhan atau dewa-dewa.
Jenis-jenis mitos :

Asal-usul : Institusi sosial / budaya :


- cerita yang mengemukakan - Cerita yang mengisahkan asal
corak pemikiran yang mistik usul sesebuah institusi sosial
dan bersangkut-paut dengan dalam masyarakat Melayu.
sesuatu rahsia dan magis. - Contoh :
- Contoh : Kisah Tasik Chini. Mitos kedatangan Islam, adat
berandam.

Politik :
- Cerita yang berkaitan struktur pemerintahan dan kerajaan.
- Contoh : Mitos keturunan raja-raja Melayu.
Ciri-ciri lagenda :
• Komunikasi lisan bercorak cerita
berasaskan kisah-kisah.
Lagenda ialah • Latar masa tidak semestinya
cerita yang masa lampau, tetapi masih
dipercayai berkaitan dengan masa silam.
benar-benar • Terdapat kesan atau tanda seperti
berlaku, tetapi kubur, binaan, bentuk bumi.
tidak dianggap • Ada kaitannya dengan zaman
suci. sekarang kerana kepercayaan
terhadap keramatnya seperti
perigi Hang Tuah.
• Tokoh atau tempat mempunyai
sifat luar biasa.
• Dianggap sebagai sejarah kolektif.
• Universal, iaitu boleh berlaku di
tempat lain seperti cerita Si
Tanggang.
• Dipercayai benar-benar berlaku.
Jenis-jenis lagenda :

Keagamaan
Perseorangan

Alam ghaib
Tempat
Cerita rakyat adalah
dalam bentuk prosa
dan tidak dianggap
benar-benar
terjadi.
Sebagai sumber
hiburan
dan mempamerkan
kebenaran serta
mengandungi moral
atau
sindiran.
Cerita binatang ialah cerita yang bersifat menghibur
dan mendidik.

Ciri-ciri : Contoh :
• Ditokohi oleh binatang • Sang Kancil menipu gergasi
• Binatang mempunyai sifat dan • Sang Buaya kena hukum
bertingkah laku seperti manusia. • Sang Kancil dengan siput
• Ada persamaan struktur cerita • Ular sawa kehilangan bisa
binatang antara satu masyarakat
dengan masyarakat yang lain.
• Binatang yang dijadikan tokoh
biasanya bersaiz kecil dan cerdik.
• Binatang yang besar biasanya
kurang akal dan dianggap bodoh.
Cerita lipur lara ialah cerita yang dituturkan oleh para
penglipur lara.
Ciri-ciri :
• Ditutur dan diturunkan secara lisan daripada satu generasi kepada generasi yang
lain.
• Berlaku tokok tambah.
• Milik bersama masyarakat.
• Sebagai hiburan dan pendidikan.
• Menggambarkan sistem masyarakat Melayu.
• Mengandungi ciri-ciri tempatan walaupun terdapat pengaruh luar.
• Mengandungi puisi.
• Tema biasanya tentang peperangan, percintaan dan pengembaraan.
• Terdapat amanat atau panduan.
• Mengandungi plot kronologi.
• Watak utama.
• Ada kuasa sakti / unsur magis
• Latar tempat di istana, dunia, kayangan / alam ghaib.
Contoh cerita lipur lara :
- Hikayat Malim Dewa
- Hikayat Malim Deman
- Hikayat Awang Sulung Merah Muda
- Hikayat Anggun Cik Tunggal
Cerita jenaka ialah cerita yang menimbulkan rasa geli hati dan
ketawa kepada orang yang mendengarnya.

• Disampaikan secara santai Contoh cerita jenaka :


dengan menggunakan • Pak Pandir
bahasa pertuturan seharian. • Lebai Malang
Ciri-ciri : • Pak Kaduk
• Unsur kebetulan. • Pak Belalang
• Kelucuan yang ditimbulkan • Si Luncai
adalah daripada jalan cerita
itu sendiri.
• Ada permainan kata-kata
yang melucukan.
• Sifat-sifat pintar bodoh,
bodoh sial dan pintar.
Cerita teladan ialah cerita yang mempunyai unsur
deduktif / pengajaran.

Ciri-ciri : Contoh :
• Tokohnya manusia biasa • Bawang Merah Bawang Putih
• Tokoh bertingkah laku baik, mulia • Batu belah Batu Bertangkup.
dan jujur.
• Selalunya anak bongsu / anak
tunggal.
• Mendapat pertolongan daripada
kuasa sakti
• Tokoh dapat keluar daripada
kesengsaraan, pada akhir cerita
Sastera Rakyat Jenis Bukan Naratif.

• Puisi rakyat ialah karangan berangkap yang


mempunyai kalimat yang tidak bebas.
• Puisi mempunyai bahasa yang indah, berirama dan
mempunyai bentuk tertentu.
• Puisi ialah ekspresi daripada pengalaman imaginatif
manusia yang terjelma dan tersusun dalam kata dan
bahasa.
• Pantun
• Syair
• Gurindam
• Seloka
Jenis dan bentuk • Teka-teki
puisi rakyat berpuisi
• Peribahasa
berangkap
• Teromba
• Talibun
• Terasul
Pantun ialah karangan berangkap yang tidak bebas dari segi
bentuk dan perkataan.

Ciri-ciri pantun :
• Jumlah baris yang genap (2-
16 baris serangkap)
• Bilangan suku kata pada
setiap baris ada 8-12.
• Setiap rangkap mempunyai
pembayang dan maksud
• Rima akhir a-b-a-b
Syair ialah puisi rakyat yang dilagukan apabila
diperdengarkan.
Gurindam ialah sejenis puisi yang tidak
tentu bentuknya.
Seloka ialah puisi yang bebas dari segi rangkap,
baris dan rima.
Teka-teki berpuisi ialah ungkapan tradisional
yang memerlukan jawapan.

• Ialah ungkapan lisan tradisional yang mengandungi 1 atau


lebih unsur pelukisan dan jawapannya harus dapat diteka.
• Kadang-kadang dalam bentuk syair atau pantun.
• Berfungsi sebagai bahan hiburan dan pengisi masa lapang
bagi menguji ketajaman akal / merendah-rendahkan
kecerdikan seseorang.
• Juga dapat meningkatkan daya kreativiti seseorang.
• Ada pelbagai tema tetapi lebih tertumpu kepada benda-
benda yang hampir dengan persekitaran masyarakat.
Talibun ialah ikatan puisi bebas yang hampir sama
bentuk dengan prosa lirik atau prosa berirama.
Terasul menyamai prosa lirik tetapi berkaitan adat.

Khusus mengenai adat ,


menyatakan salasilah dan
digunakan pada masa
memasang adat
kebesaran, kenduri atau
menjamu tetamu.
Sastera Istana (Tulisan)
Jenis dan Bentuk Sastera Istana
Sastera hikayat

Sastera undang-undang

Sastera epik

Sastera panji

Sastera agama/kitab

Sastera ketatanegaraan
Sastera Hikayat
Sastera Undang-undang
- Kuasa raja dan pembesar,
pembahagian tugas dan
kaitan dengan sistem
pentadbiran negara.
- Undang-undang dalam
bentuk kesalahan dan
hukuman.
- Undang-undang awam yang
berkaitan dengan
pembahagian harta dan
perkahwinan.
- Adat istiadat yang
diamalkan oleh raja dan
golongan bangsawan dalam
upacara-upacara istana.
Sastera Epik/Pahlawan

• Terbahagi kepada 2 :
• Epik kebangsaan
- Hikayat Hang Tuah.
• Epik berunsur Islam
- Hikayat Muhammad Hanafiah
* Sastera Romawi, Yunani, Jerman
dan Inggeris mempamerkan
konsep kepahlawanan yang sama
dalam hasil karya epiknya seperti
Archilles, Hercules dan Theseus.
Sastera Panji

• Menceritakan kisah pengembaraan, percintaan dan


peperangan.
• Watak utama menggunakan gelaran Panji.
• Merupakan cerita Jawa-Melayu yang semuanya berpusatkan
Sang Panji, Putera Kuripan yang ada sifat mitologi.
• Mengisahkan Panji yang berkelana untuk mencari kekasihnya.
Selepas mengalami bermacam-macam peristiwa, akhirnya
Panji berjaya menemui kekasihnya.
Sastera Agama/Kitab

• Berfokus pada cerita-cerita Nabi Muhammad SAW.


• Menceritakan keagungan dan kehebatan baginda dalam
menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat manusia di
dunia.
• Misalnya, Hikayat Bulan Berbelah yang bertujuan untuk
memperlihatkan kelebihan dan keistimewaan Nabi
Muhammad SAW yang dapat melakukan sesuatu mukjizat
yang luar biasa dan menakjubkan daripada mukjizat yang
pernah diturunkan kepada nabi-nabi yang terdahulu.
Sastera Ketatanegaraan

• Kitab Nasihat Segala Raja-raja.


- Disadur daripada versi Arab oleh seorang ulama dari
Terengganu iaitu Syeikh Abdul Kadir pada tahun
1300 H.
- Digunakan oleh al-Sultan Zainal Abidin III
(1881-1918) sebagai panduan dalam pemerintahan
baginda.
Kesusasteraan Melayu Moden
• Karya sastera selepas tahun 1800M digolongkan
sebagai sastera moden.
• Faktor pemisah sastera Melayu moden dengan
sastera Melayu klasik ialah pembahagian masa dan
cara sesuatu masyarakat itu berfikir.
• Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dianggap orang
yang membawa pembaharuan dalam sejarah
kesusasteraan Melayu moden.
Jenis dan Bentuk
Kesusasteraan
Melayu Moden
• Cerita + Pendek = Cerpen
• Pada zaman awal berkembang melalui persuratkhabaran.
• Merangkumi pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan
imaginasi.
• Mencerminkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran
pengarang Melayu.
• Memberikan gambaran tentang sesuatu zaman berhubung
masalah sosial, politik, ekonomi dan sebagainya.
• Cerpen tidak membawa tema yang berat, bilangan watak
terhad dan jumlah perkataan antara 500-5000 pp.
• Cerpen lazimnya mengemukakan satu peristiwa yang menjadi
fokus utama penceritaan.
• Cerpen hanya membawa 1 tema dan 1 atau 2 persoalan bagi
menghasilkan kesan tertentu dan mendalam kepada
pembaca.
• Terdapat watak protagonis dan watak antagonis.
• Terdapat 1 plot yang dikembangkan dengan rapi, teliti dan
tidak rumit.
• Berasal daripada bahasa Itali, novella yang bermaksud satu
benda kecil yang baharu.
• Ialah prosa yang panjang, berkisar pada 1 tema dan beberapa
persoalan.
• Ada pendapat yang menyatakan bahawa novel menceritakan
kejadian yang luar biasa daripada kehidupan manusia.
• Isi novel menggambarkan perjuangan dalam kehidupan,
pertentangan antara keadilan dengan penindasan, konflik
antara manusia, alam, ketuhanan dan perasaan masyarakat
yang bercampur baur dengan imaginasi dan sebagainya.
Perkembangan novel sekitar tahun 1940-an

• Karya Harun Aminurrashid


- Cinta Gadis Rimba (1947)
- Darah Kedayan (1947)
- Minah Joget Moden (1949)
• Karya Ahmad Lufti
- 1374 Hari Berjuang (1948)
- Balik Dari Medan Perjuangan
(1948)
- Sisa Neraka Dunia (1949)
- Bangkai Bernyawa (1949)

• Karya Ahmad Murad


Nasaruddin
- Nyawa Di Hujung Pedang
(1948)
- Zain Zawiyah (1948)
Zaman Kegemilangan Novel Melayu Tahun 1960-an.
Novel Tahun 1970-an
• Ialah puisi moden yang bebas dan tiada ukuran
tertentu dalam menghasilkannya.
• Muncul pada zaman Angkatan 45.
• Tidak dikongkong oleh apa-apa peraturan seperti
bentuk-bentuk terikat puisi Melayu tradisional.
Bentuk- • Balada
bentuk • Roman
Sajak • Oda
• Epigram
• Himne
• Elergi
• Satira
SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU
• Sastera zaman awal tidak bernama kerana bersifat
kolektif dan pengarang tidak mementingkan
nama.
• Tradisi sastera Melayu bermula dengan kewujudan
suku bangsa Melayu.
• Pada abad ke-17 / selepas tahun 1600M timbul
kesedaran untuk membukukan hasil-hasil sastera
lama.
• Sastera zaman awal berunsur hiburan, sejarah,
lagenda dan mitos.
• Cerita-cerita disampaikan secara lisan dan berkaitan
kehidupan masyarakat Melayu yang sejahtera dan
dikelilingi alam semula jadi yang menghijau.
• Cerita-cerita ini disampaikan dengan gaya yang cukup
menghiburkan, terutamanya kepada golongan kanak-
kanak.
• Turut diselitkan dengan mesej dan ajaran yang
menjadi panduan dalam kehidupan seharian.
• Sastera tulisan bermula apabila wujud sistem
tulisan.
• Sastera lebih berkonsepkan pengabdian kegagahan
kerajaan Melayu serta jurai keturunan raja-raja
Melayu.
• Sastera Melayu mempunyai unsur percampuran
Hindu dan Islam semasa zaman peralihan antara
Hindu dengan Islam.
• Hasil kesedaran dan keyakinan kepada ajaran Islam,
hasil sastera saduran Hindu dengan latar Islam
terhasil.
• Berlaku perubahan dalam sastera yang berunsur
Hindu. Misalnya,perubahan dari segi tajuk karya,
nama-nama watak yang terlibat dan penggunaan
kata-kata daripada al-Qur’an.
• Abdullah Munsyi dikatakan mengubah sastera klasik
kepada sastera moden.
• Karya beliau lebih bersifat realiti berbanding karya-
karya terdahulu yang menceritakan kisah-kisah
ghaib.
• Pembaharuan tersebut telah menimbulkan
pandangan yang negatif malah, beliau dikatakan
sebagai tali barut Barat oleh para pengkritik hasil
karya sasteranya.
• Pada abad ke-19, banyak hasil sastera dicipta dengan
menggunakan batu cetak.
• Kebanyakan hasil sastera merupakan sastera saduran
dan terjemahan daripada hasil-hasil sastera luar.
• Pada penghujung abad tersebut, wujudnya hasil-hasil
sastera terkenal seperti Syair Siti Zubaidah, Syair
Dandan Setia dan Syair Surat al-Kiamat.
• Sastera berkonsepkan Seni Untuk Masyarakat wujud semasa
Tanah Melayu menuntut kemerdekaan.
• Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) berperanan penting
dalam melahirkan sastera yang bermutu dan menyedarkan
masyarakat tentang kepentingan nilai kemerdekaan kepada
semua bangsa.
• Selepas merdeka, sastera lebih bertujuan untuk
menyatupadukan masyarakat, meningkatkan hasil karya dan
sasterawan yang semakin sedar tentang kedaulatan negara
Malaysia.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai