Anda di halaman 1dari 50

Timur tengah

• Era pendemokrasian‟ yang sedang berjalan sekarang


ini juga sedang menjadi „test case‟ ke atas
kebanyakan negara-negara umat Islam terutamanya
di Timur Tengah
• sama ada mereka terus menerus dilindungi oleh
Barat tanpa sebarang usaha ke arah
pendemokrasian yang lebih baik dan mereka terus
kekal sebagai negara yang bersifat autokratik
ataupun ruang „demokrasi‟ akan dibuka untuk
mereka.
• Kemenangan demokrasi Barat ke atas ideologi
Komunis sering digembar-gemburkan sebagai
kemenangan „prinsip keadilan dan persamaan‟
sejagat ke atas sistem kuku besi yang menindas.

• Barat sering mencanangkan agar dunia Islam


kembali melakukan perubahan ke arah
wujudnya sistem bernegara yang lebih
demokratik dengan memberikan kebebasan
kepada rakyat untuk membuat pilihan.
• Namun, Barat juga menyedari bahawa „kepentingan
mereka‟ akan terancam dengan „democratic
reform‟ yang sedang berlaku di dunia Islam kerana
ia akan memberikan ruang yang luas kepada
perkembangan „Muslim rule‟.

• Walaupun di kebanyakan negara-negara umat Islam


terdapat percampuran pelbagai ideologi, namun
gerakan Islam yang berjuang sama ada melalui
proses demokrasi atau sebaliknya dilihat sebagai
saingan terpenting golongan elit yang memerintah
dalam proses mendapatkan kuasa.
• Sejarah awal serta kepentingan sosial dan politik
arus kebangkitan Islam yang sedang berlaku
sekarang ini juga telah dikelirukan dengan label
golongan „fundamentalis Islam‟ atau „militan
Islam‟ yang begitu rakus mahukan kuasa politik.
• Perkembangan ini menjadi suatu fenomena yang
paling disalah faham oleh Barat sendiri.
• Begitu juga dengan „salah faham‟ Barat terhadap
kebangkitan Islam yang mengenepikan langsung
akar-umbi dan dan pemahaman terhadap gerakan
Islam.
• Revolusi Iran yang berlaku pada tahun 1979
adalah merupakan satu kejutan yang amat
besar bukan saja kepada Barat tetapi juga
kepada golongan cendekiawan yang mengkaji
mengenai politik sejak tiga abad yang lalu.

• Mereka sendiri tidak langsung menjangkakan


bahawa kerajaan Shah akan jatuh ke tangan
golongan ulama yang diangggap
sebagaigolongan fundamentalis.
Faktor
• Kejatuhan Kuasa Besar Soviet Union serta tamatnya
era „Cold War ‟ kini telah merubah „International
System‟ yang wujud sejak dari Perang Dunia Kedua
lagi.
• Dunia yang dahulunya berbentuk „bipolar‟ di mana
Kuasa Besar Soviet sentiasa bersaing dengan Amerika
Syarikat dalam segenap bidang kini sudah hancur.
• Hal ini menjadikan Amerika Syarikat di anggap sebagai
satu-satu Kuasa Besar, kini tidak lagi menghadapi
saingan yang hebat dari kuasa-kuasa besar lain.
• Hal inilah yang sedang dilakukan oleh kuasa
besar Amerika dalam menentukan
penguasaan mereka terhadap kebanyakan
negara di dunia ini Terutamanya negara-
negara umat Islam.
• Banyak pemimpin dunia yang telah „diganti‟
atas desakan Amerika yag lebih berbentuk
„covert action, sabotage and threats’.
• Sebagai contohnya penguasaan Washington di
Timur Tengah yang dianggap begitu penting bagi
keutuhan politik serta ekonomi mereka.
• Sehingga kini mereka terus menerus
mengekalkan „hegemony‟ mereka kerana terlalu
banyak kepentingan yang ada di rantau ini.
• Usaha untuk mengekalkan regim berbentuk
• „puppet leadership‟ dilakukan untuk menjamin
• penguasaan Amerika.
• Mereka tidak lagi menjajah secara „fizikal‟
tetapi menguasai hampir keseluruhan sektor
pentadbiran yang ada di sesebuah negara.
• Hal ini ditegaskan sendiri oleh Wills yang
• menyatakan bahawa; “It did not want to
annex the countries but to use them - call it
‘security imperialism”.
• Malahan menurut Robert Blackwil seorang pakar
mengenai keselamatan di Timur Tengah, beliau
• menyatakan bahawa Amerika Syarikat
mempunyai 3 kepentingan utama di Timur
Tengah;
• a) Mempastikan perjalanan „energy‟ seperti
minyak dan gas berjalan secara baik.
• b) Menyekat sebarang kemasukan senjata yang
• boleh memusnahkan.
• c) Mempertahankan keselamatan negara Israel.
ISU PENENTU UTAMA DI ALAF BARU

2. Perlumbaan penguasaan ‘natural resources’


dunia terutamanya minyak dan gas.
• Abad mendatang ini juga menjangkakan akan
berlakunya suatu bentuk „perebutan‟
penguasaan pengunaan kuasa „energy‟ dunia
yang lebih sengit.
• Jelas bahawa pengunaan minyak dan gas akan
• tetap merupakan bahan „natural resource‟
terpenting di abad akan datang ini.
• Negara yang maju seperti Amerika Syarikat,
Perancis, Jerman, Jepun serta Britain akan
terus bergantung kepada sumber asli ini untuk
• menggerakkan ekonomi serta pembangunan
industri mereka meskipun telah ada
peningkatan penggunaan kuasa nuklear
sebagai sumber tenaga yang penting.
ISU PENENTU UTAMA DI ALAF BARU

3. Sikap ‘double standard’ Barat khususnya


Amerika Syarikat terhadap kebangkitan Islam
• Syarikat terhadap negara umat Islam adalah
amat jelas.
• Sekiranya kita perhatikan persoalan „hak asasi
manusia dan demokrasi‟ yang dicanangkan
oleh mereka di kebanyakan negara di dunia
ini,
• namun ianya tidak berlaku di kebanyakan
negara-negara Islam terutamanya di Timur
Tengah.
• Sikap „double standard’ berterusan Amerika ini
terhadap keganasan rampasan kuasa tentera
Algeria pada tahun 1992 lebih menjelaskan lagi
„pekung‟ Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.

• Sehingga kini konflik peperangan di Algeria telah


memakan korban lebih dari 100,000 nyawa
penduduk tempatan dan tidak ada tanda-tanda
penyelesaian yang konkrit yang sedang diusahakan
oleh mana-mana badan antarabangsa sehingga
sekarang.
ISU PENENTU UTAMA DI ALAF BARU

4. Konsep ‘dual containment’ Amerika Syarikat


• Amerika Syarikat serta sekutunya juga turut
melaksanakan konsep „dual containment‟ ini
apabila berhadapan dengan konflik.

• Menurut Gary Sick polisi Amerika dengan


meletakkan Iran sebagai „principal target’ di
negara Teluk bermula pada awal 1990an.
• Hal ini adalah akibat dari „penemuan‟ Israel
bahawa „Iran adalah ancaman terbesar yang
sedia ada dan yang berpotensi untuk keamanan
dunia dan kestabilan serantau
ISU PENENTU UTAMA DI ALAF BARU

• 5. Pengunaan Information Technology (IT)


sebagai senjata ‘peperangan’
• Perkembangan yang sedang berlaku dalam
teknologi IT adalah amat penting bagi gerakan
Islam memanfaatkannya.

• Hal ini adalah kerana senjata „internet‟ sekarang


sedang menjadi satu-satu senjata berbentuk
„publicity / propaganda‟ yang begitu efektif.

• Ianya murah dan mampu sampai kepada sasaran


yang lebih luas dari bahan bercetak.
GERAKAN ISLAM DAN
‘ERA PENDEMOKRASIAN
• Persoalan sekarang adalah apakah benar
telahan awal Barat serta sekutunya bahawa
Islam dan gerakan Islam adalah tidak sesuai
dengan proses demokrasi?
• Malahan tuduhan bahawa gerakan Islam yang
seringkali digembar-gemburkan sebagai anti-
demokrasi kembali menjadi persoalan pokok.
GERAKAN ISLAM DAN
‘ERA PENDEMOKRASIAN’

• Ruang bernafas yang diberikan kepada


gerakan Islam di kebanyakan dunia Islam
untuk turut terlibat dalam proses demokrasi
sejak awal tahun
• 1980‟an kini kembali dinafikan seperti mana
yang sedang berlaku di Mesir, Algeria, Tunisia,
Turki dan Jordan.
GERAKAN ISLAM DAN
‘ERA PENDEMOKRASIAN
• Sebagai contoh, kedudukan beberapa gerakan
Islam dalam proses percaturan politik di dunia
Islam, jelas menunjukkan bahawa di
kebanyakan negara-negara
• umat Islam tidak wujud sebarang bentuk
perjalanan demokrasi dalam erti kata yang
boleh diterima oleh Barat ataupun
pertubuhan hak asasi manusia.
• GERAKAN ISLAM DAN ‘ERA
PENDEMOKRASIAN’
• Tetapi kebanyakan kerajaan ini terus menerus
dipertahankan‟ oleh Barat kerana kepentingan
geografi yang strategik bagi menjamin masa
depan Israel serta ekonomi minyak dan gas
yang menjadi sumber terpenting bagi
perkembangan industri dunia.
• GERAKAN ISLAM DAN ‘ERA PENDEMOKRASIAN’
• Garis pemisah telah ditetapkan kepada gerakan
Islam di dalam kerangka demokrasi itu sendiri.
• Apa yang berlaku di Turki dan Algeria adalah
contoh terbaik di mana penglibatan gerakan
Islam dalam proses demokrasi telah dianggap
sebagai „ancaman‟ kerana telah dianggap
melampaui garis pemisah yang telah ditentukan
oleh golongan establishment.
• Apabila dirasakan kepentingan mereka tergugat
maka dengan mudah dilemparkan tuduhan
bahawa jika gerakan Islam dibenarkan terlibat
dalam proses
• demokrasi mereka sendiri akan
menghancurkan demokrasi itu
• Banyak contoh yang membuktikan bahawa
gerakan Islam sanggup bergerak di bawah
bidang kuasa dan undang-undang yang ada,
tetapi mereka telah dinafikan segala hak yang
ada di dalam sistem demokrasi itu sendiri
seperti yang berlaku di Tunisia, Moroko,
Algeria dan baru-baru ini di Turki.
• Walau bagaimanapun, di tempat-tempat di
mana gerakan Islam hampir-hampir dapat
mengambil alih kuasa politik melalui proses
pilihan raya, prinsip demokrasi pula telah
dicabuli oleh golongan elit yang berkuasa.
• Hal ini menampakkan seolah-olah ada
perancangan rapi supaya gerakan Islam hilang
kepercayaan mereka terhadap sistem
demokrasi dan mengambil sikap konfrantasi
dan keras terhadap pemerintah, Mesir dan
Turki.
• Cabaran yang ada pada masa depan gerakan
Islam adalah amat besar.
• Persoalan sama ada mereka akan diberikan
peluang untuk „menyesuaikan diri‟ dengan
perubahan ini adalah suatu persoalan yang amat
penting.
• Lebih-lebih lagi „era pendemokrasian‟ yang ada
sekarang menjadi penentu bagi „survival‟ dalam
penglibatan mereka di alaf mendatang ini.
TIMUR TENGAH
• Wilayah yg secara politik dan budaya merupakan
bahagian dari benua Asia.
• Mencakupi beberapa kelompok suku dan budaya
termasuk suku Iran, Arab & Turki.
• Kebanyakan sastera mendefinisikan ‘Timur Tengah’ sbg
negara di Asia Barat Daya, dari Iran (Parsi) ke Mesir.
• Sejak pertengahan abad ke20, menjadi pusat
terjadinya peristiwa2 dunia, menjadi wilayah yg sangat
sensitif baik dari segi kestrategisan lokasi, politik,
ekonomi, budaya & agama.
Negara-negara Timur Tengah
 Emiriah arab Bersatu
 Bahrain
 Syria
 Lubnan
 Palestin
 Israel
 Mesir
 Yaman
 Oman
 Qatar
 Iraq
 Kuwait
 Jordan
DEMOKRASI
• Satu bentuk kerajaan di mana kuasa
menggubal undang2 & struktur kerajaan
ditentukan oleh rakyat.
• Undang2 digubal sama ada oleh rakyat / wakil
yg dipilih oleh rakyat.
• Negara yg amalkan demokrasi – Demokratik
• Demokrasi ekstrem boleh dilihat dalam
kerajaan anarkisme & komunisme
Cabaran Pendemokrasian di Negara Timur Tengah

• Kebangkitan rakyat
• Campur tangan kuasa asing
• Ketidakstabilan politik
Persaingan kuasa
Kebangkitan rakyat
• masyarakat antarabangsa telah dikejutkan dgn peristiwa
bantahan dan tunjuk perasaan terbuka rakyat di Tunisa
& Mesir terhadap pemerintah dan kerajaan mereka.
• Ia merupakan satu bentuk gambaran tentang
kekecewaan rakyat terhadap tata kelola kerajaan.
• Kezaliman dan tekanan yang di lakukan oleh pemerintah
ke atas rakyat sesebuah negara akhirnya mencetuskan
kebangkitan rakyat untuk menyuarakan kebebasan dari
sistem zalim yang mencengkam hidup mereka sehingga
ada yang mencecah hampir setengah abad
• Kemelut ini merupakan akibat pemerintahan yg bercorak
menindas masyarakat.
• Kajian menunjukkan rakyat telah mengalami proses
tekanan terhadap kebebasan & hak asasi mereka dlm
tempoh yg lama oleh pemerintahan yg bersifat diktator /
autokratik.
• Corak pemerintahan menyebabkan rakyat dlm ketakutan
& pemerintah bebas menentukan dasar pemerintahan.
• Demokrasi yg dijalankan hanya sekadar satu bentuk
permainan kpd dunia & tidak menepati amalan yg adil &
saksama.
• Rakyat yg seharusnya menjadi rakan
pembangunan negara telah menjadi musuh
negara.
• Buktinya,bermula dengan kebangkitan rakyat di
Tunisia mencetus revolusi untuk menjatuhkan
pemerintahnya, lalu merebak ke Mesir
kemudian Libya ,dan berlarutan hingga ke
negara-negara arab yang lain.
• Kebanyakannya mempunyai satu tujuan yang
serupa, iaitu menuntut kepada sebuah
pimpinan yang adil dan saksama.
Campur tangan kuasa asing
• Kebanyakan negara-negara barat menginginkan satu
perubahan yang mesti dilakukan di timur tengah.
• Perancangan mereka ialah dapat mempromosikan
agenda atau ideologi mereka sama ada dari segi
budaya, pemikiran, corak hidup di timur tengah.
• Iaitu melalui kemudahan-kemudahan yang sedia ada
di mana pada pengakhirannya ialah ideologi barat
seperti sekularisme, libralisme, dan sebagainya dapat
di serap oleh kesemua penduduk di negara timur
tengah yang majoritinya terdiri daripada umat islam.
cara untuk membentuk perubahan
• Memanfaatkan para politikus boneka mereka.
• Memberi bantuan ekonomi [ hutang ]
• Melakukan campur tangan ketenteraan
• Mempropagandakan Islam moderat
• Mengendalikan media massa bagi
mempengaruhi pandangan umum [ public
opinion ]
• Barat kerap memanfaatkan ahli-ahli politik lokal
untuk melayani kepentingannya.
• Hal ini dapat dilihat dengan jelas dari pelbagai
campur tangan politik negara-negara Barat di
kebanyakan negara di Timur Tengah.
• Campur tangan politik ini tidak akan berjalan
kecuali kerana adanya peranan aktif para politikus
lokal ini yang menjadi tangan Barat.
• Contoh : - TUNISIA: Arah perubahan dikendalikan
oleh Eropah (Britain dan Perancis), jauh dari
pengaruh Amerika, kerana Tunisia sejak sekian
lama memang berada di bawah pengaruh Eropah
MESIR
• Amerika yg memegang kendali perubahan
melalui militer Mesir, kerana tiada pengaruh
Eropah yang efektif di sana.
• LIBYA & YEMEN: Kekuatan Amerika dan
Eropah hadir secara bersama meskipun
kekuatan Eropah lebih nyata berbanding
Amerika.
Persaingan kuasa
• Kes yang jelas ialah protes di Bahrain yang melibatkan
warga majoriti Syiah menentang rejim pimpinan Raja
Hamad bin Isa al-Khalifah beraliran Sunni.
• Kedua-dua pihak memberikan laporan & analisis yang
jelas bertentangan, dgn masing-masing menegaskan
perspektif berbeza - media Saudi mempertahankan
kerajaan Bahrain & menegatifkan warga Syiah.
• Manakala media Iran menyokong penuh aspirasi
rakyat Bahrain dan menolak kekerasan kerajaan &
campur tangan asing (Saudi dan sekutu) di negara itu.
• Persaingan naratif ini juga dapat menjelaskan
politik di Timur Tengah melibatkan kuasa-
kuasa terbabit.
• Saudi membawa naratif konflik persaingan
manakala Iran membawa garisan perjuangan
rakyat tertindas, dgn kerajaan dibantu kuasa
asing.
• Persaingan ini juga dapat diperhatikan di
Lubnan, medan persaingan paling sengit Iran
dan Syria dengan Saudi & sekutunya
Ketidakstabilan politik
• Berakhirnya 6 bulan pertama 2013 menyaksikan
politik dunia penuh dgn percaturan, perbalahan,
perdebatan & persaingan kuasa atas nama demokrasi.
• Agenda kerajaan bertembung dengan agenda rakyat,
lantas membangkitkan rasa tidak puas hati yang
menyebabkan bantahan jalanan.
• Secara umumnya, bantahan jalanan mampu
menumbangkan rejim politik secara revolusi, namun
dilihat sebagai tidak stabil dan menjejaskan keadaan
politik dan sosioekonomi negara.
MESIR
• Presiden yg digulingkan, Mohamed Morsi daripada
golongan Islamis Ikhwanul Muslimin.
• Pihak anti- Morsi secara agresif melancarkan
demonstrasi besar- besaran yg membawa kepada
rampasan kuasa tentera.
• Ia mengulangi kejadian 2011 yg membawa kepada
kejatuhan Presiden Hosni Mubarak.
• Walaupun rejim Mubarak sudah tumbang, elemen
rejim lama itu masih lagi menguasai polis, tentera,
kehakiman dan media.
• Keadaan sistem politik dan ekonomi
Mesir yang tidak stabil menyebabkan
kedudukan Morsi tergugat dan
dituduh cuba membawa agenda
Islamisasi serta gagal membawa
kemakmuran ekonomi Mesir.
TURKI
• Turki juga pada Mei dan Jun 2013 menyaksikan bantahan
besar-besaran di Dataran Taksim sebagai menentang
kerajaan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan
Perdana Menteri, Recip Tayyip Erdogan.
• Bantahan bermula apabila Taman Gezi di Istanbul ingin
dibangunkan sebuah monumen peringatan Kesultanan
Uthmaniyah dan sebuah masjid
• Golongan sekularis dan liberal menentang perancangan itu
kerana dilihat sebagai usaha mengislamisasikan Turki dan
menafikan agenda sekularisme yang menjadi jati diri
penduduk Turki sejak pemerintahan Mustafa Kemal
Ataturk.
• Pihak media antarabangsa melihat kejadian itu
sebagai cubaan rakyat menggulingkan
kerajaan Erdogan.
• Namun, keadaan kini semakin reda dengan
tindakan kerajaan membawa permasalahan
tersebut ke mahkamah dan tindakan Erdogan
bertemu pemimpin penunjuk perasaan.

Anda mungkin juga menyukai