Anda di halaman 1dari 12

Definisi

Sekiranya dirujuk dan diperhatikan di dalam media


massa dan saluran yang lain, istilah lain yang hampir
sama dengan Islamofobia juga digunakan bagi merujuk
kepada fenomena kebimbangan atau fobia kepada
Islam.
Istilah seperti Muslim radicalization, anti-Muslim hate
crime, anti-Islamic phenomena, xenophobia dan
religiously based hate crimes juga sering kali
digunakan.
Namun, Islamofobia masih menjadi istilah yang lebih
popular dan ianya kini diterimapakai secara meluas di
akhbar, majalah, media elektronik dan lain-lain saluran.

Mahu tidak mahu, sememangnya tidak dapat dinafikan


peristiwa keruntuhan menara Pusat Perdagangan Dunia di
New York pada 11 September 2001 telah menjadi pencetus
utama kepada fenomena Islamofobia.
Kejadian pembunuhan yang melibatkan lebih 120 orang
mati di Paris baru-baru ini memburukkan lagi keadaan
Islamofobia masyarakat antarabangsa kepada Islam.
Peristiwa ini telah memberikan kesempatan yang meluas
kepada ramai pihak terutamanya musuh Islam untuk terus
memberikan gambaran buruk terhadap Islam.
Bahkan telah terdapat gerakan secara teratur dan dibiayai
sepenuhnya oleh pihak tertentu untuk mempromosi dan
menyebarkan propaganda mengenai Islamofobia kepada
masyarakat dunia.

Berdasarkan sorotan literatur, istilah Islamofobia ini telah


mula digunakan di Perancis oleh Etienne Dinet dan Slima Ben
Ibrahim pada 1925 di dalam bukunya Acces De Delire
Islamophobe.
Istilah Islamofobia ini walaubagaimanapun tidak popular dan
ianya juga sama sekali tidak menjadi isu pada waktu itu.
Di Amerika, Islamofobia ini sebenarnya telah mula digunakan
pada 1991 melalui satu artikel di dalam majalah Insight,
namun masyarakat tidak ambil kisah dan tidak memberikan
apa-apa reaksi terhadap fenomena Islamofobia ini.
Akhirnya istilah Islamofobia ini semakin popular dan
mencapai kemuncak penggunaannya selepas 11 September
2001 diikuti dengan pengeboman di Madrid pada 11 Mac
2004 dan pengeboman di London pada 7 Julai 2005.

Ironinya, walaupun terdapat banyak lagi gerakan yang


mempelopori keganasan seperti Liberation Tigers of
Tamil Elam di Sri Lanka, gerakan Khalistani di India,
Pemberontak Ireland Utara, Basque separatists di
Sepanyol, Zionis Israel dan Ku Klux Clan di Amerika,
kumpulan-kumpulan ini tidak pula dianggap sebagai
mewakili agama mereka dan tiada istilah Kristianofobia
atau Hindufobia atau Judaismofobia dikaitkan dengan
mereka.
Ini membuktikan bahawa fenomena Islamofobia yang
berlaku di dunia ini bukanlah sangat disebabkan oleh
jenayah keganasan umat Islam sahaja tetapi ianya juga
berkaitan dengan faktor-faktor lain yang perlu diberikan
perhatian secara serius oleh umat Islam.

Seiring dengan perkembangan Islamofobia ini, penulis


merasakan bahawa kefahaman dan kesedaran yang
secukupnya perlu diberikan kepada masyarakat umum
mengenai isu ini.
Maklumat dan informasi yang betul berdasarkan fakta
dan bukti-bukti sahih mengenai Islamofobia akan dapat
memberikan kefahaman yang sebaiknya dan
seterusnya sedikit sebanyak akan membetulkan salah
tanggapan ramai terhadap Islam.
Sehubungan dengan itu, artikel ini akan secara khusus
membicarakan tajuk Islamofobia dengan
membincangkan isu-isu berkaitan, konsep, manifestasi,
implikasi, bentuk, faktor-faktor Islamofobia termasuk
menggariskan beberapa strategi yang boleh diusahakan

Berdasarkan kepada manifestasi dan implikasi


Islamofobia kepada kehidupan, mental, fizikal dan sosio
ekonomi umat Islam, usaha-usaha ke arah menangani isu
ini perlu digembleng secara berhikmah dan berterusan.
Inisiatif bersepadu melalui kerjasama di setiap peringkat
menerusi jaringan kerja yang mantap akan dapat
memastikan usaha mengatasi Islamofobia dapat dicapai.
Segala gerakan, usaha, inisiatif dan program ini
merupakan salah satu cabang jihad demi menegakkan
Islam di muka bumi ini.
Bagi memastikan setiap usaha dakwah ini mencapai
matlamatnya, istiqamah, iltizam dan itqan merupakan
konsep yang sewajarnya dijadikan teras utama.

Kesan Perkembangan
Kontemporari Kepada
Masyarakat Dan Negara

Masalah terbesar yang dihadapi oleh Malaysia ataupun


mana-mana negara lain di dunia ini akibat proses
globalisasi adalah perkembangan kontemporari yang
secara langsung dan tidak langsung memasukkan nilainilai masyarakat Barat ke dalam sistem nilai
masyarakat tempatan.

Kita perlu faham bahawa tidak semua nilai maasyarakat


Barat elok untuk kita, dikhuatiri adalah kemasukan
sebahagian daripada nilai masyarakat Barat yang
mungkin tidak sesuai untuk masyarakat tempatan.

Semua nilai yang terdapat di dalam sesuatu


kebudayaan itu merupakan satu sistem yang
memberitahu manusia bagaimana untuk
berinteraksi di dunia ini.
Nilai-nilai ini boleh berubah-ubah mengikut
peralihan zaman.
Setiap kumpulan ( dan kebudayaannya) yang
wujud pada hari ini adalah hasil daripada
penurunan (atau warisan) sistem nilai daripada
generasi yang sebelumnya kepada generasi yang
seterusnya dan telah mengalami proses perubahan
sedikit demi sedikit untuk terus mengekalkan
kesesuaiannya dalam kehidupan kita pada hari ini.

Proses globalisasi yang berlaku pada hari ini mendedahkan


kita kepada bermacam-macam nilai dalam masa yang begitu
singkat.
Ini adalah kerana maklumat dan idea-idea baru bergerak
hamper tanpa halangan dari satu tempat ke satu tempat
yang lain yang membolehkan kita berhadapan dengan
maklumat dan idea baru yang tidak ditapis ataupun
diubahsuai dengan nilai-nilai kebudayaan tempatan.
Keadaan globalisasi pada hari ini memaksa kita melakukan
perubahan dengan cepat untuk mengekalkan kesesuaian
(relevancy) sistem nilai (kebudayaan) kita dengan dunia luar.
Perkara ini membuatkan kita menyerap nilai-nilai yang
berkemungkinan tidak sesuai dan bertentangan dengan
sistem nilai yang sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai