Anda di halaman 1dari 12

ISLAMOPHOBIA

Disediakan Oleh :
• AMMAR HARITH TAUFEQ
Definisi:

• Islamofobia ialah suatu istilah kontroversi yang merujuk


kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim.
Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai
"rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada
takut dan tidak suka kepada orang Islam,“.
• Umat Islam diasingkan dari kegiatan ekonomi, sosial dan
kehidupan masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi
bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan
budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai
ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu
agama
Islamophobia ??
• Istilah lain juga digunakan seperti :
• Muslim radicalization
• Anti-Muslim hate crime
• Anti-Islamic Phenomena
• Xenophobia
• Religously based hate crimes
Punca berlakunya Islamofobia
1. SALAH FAHAM

- Persepsi negatif terhadap agama Islam ini disumbangkan dengan amat berkesan oleh laporan
media massa . Pelbagai laporan akhbar di mana agama ISLAM dan penganutnya
sering dikaitkan dengan unsur keganasan dan ketidaktamadunan .

2. ORANG ISLAM SENDIRI

-Akhlak buruk dalam kalangan umat Islam. Contohnya, , perbalahan politik dalam kalangan
orang ISLAM dan pertelingkahan antara sesama golongan agamawan yang berlaku sekarang.

3. FATWA DARIPADA BUKAN PAKAR

-Prof. Dr Izzat Atiyah (Ketua Jabatan Hadith, Universiti Al-Azhar , Mesir) mengeluarkan fatwa
harus seorang lelaki dewasa untuk menyusu dengan rakan sekerja wanitanya bagi
mendapatkan title anak susuan . Dengan title tersebut dijangkakan boleh memudahkan
pergaulan antara rakan sekerja lelaki dan wanita , hatta jika mereka berdua duaan sekalipun ,
kerana status mereka sudah menjadi ibu dan anak susuan yang haram berkahwin . Fatwa pelik
ini menimbulkan kehebohan di Mesir dan mendapat kutukan keras dari ulama' seluruh mesir.
• 4. PENGETAHUAN YANG KURANG JELAS DIKALANGAN NON-
MUSLIM TENTANG ISLAM.
• -Islam Agama Yang Ganas. Hal ini disebabkan berlakunya
kejadian 11/9 iaitu kemusnahan World Trade Center . Sejak
dari itu , apa sahaja kejadian ganas yang berlaku akan
dikaitkan dengan agama Islam.
• -Islam negara yang mundur. Mereka melihat negara-negara
Islam semuanya mundur , tiada kemajuan .
• - Sikap prejudis segelintir manusia yang sering
mempertikaikan perintah ALLAH di dalam Al-Quran dan
sekaligus mengatakan ISLAM adalah agama yang
menyusahkan , tidak adil , kejam dan sebagainya .
Perkara yang dilakukan oleh gerakan Islamofobia

• Penerbitan kartun yang menghina Nabi


Muhammad s.a.w
• Peristiwa membakar Al-Quran sepanjang 9
bulan dari September 2010 hingga April 2011
di Amerika
• Perancangan untuk membakar Quran
• Protes jalanan dan demonstrasi
Bentuk Islamophobia
• Instituitional Islamophobia : Organisasi yang
mendiskriminasikan berdasarkan identiti agama.
• Islamophobia of State : Polisi negara dan amalan
sistematik yang mendeskriminasikan berdasarkan
agama.
• Non-Instituitional Islamophobia : individu dan
kumpulan tertentu.
• Dominan Islamophobia : Di negara majoriti Islam
• Non-Dominan Islamophobia : Di negara minoriti
Islam.
Langkah mengatasi Islamofobia
• Semangat cintakan perdamaian, saling bertolak ansur sesama
manusia dan saling kasih mengasihani mestilah dipupuk
dalam jiwa masyarakat Islam. Agama Islam ialah agama yang
sangat menitikberatkan kedamaian, keamanan dan toleransi.
Islam itu ialah deen al-tasamuh yang bererti agama toleransi.
• Penjelasan yang mendalam tentang tafsir ayat-ayat tersebut
mestilah ditekankan kepada masyarakat Islam. Sekali-sekala
dialog dan pembetulan fahaman terhadap apa yang
terkandung dalam ajaran Islam patut diadakan.
• Penyelesaian isu ini perlu dilakukan secara diplomasi. Orang
Islam perlu keluar ke hadapan, memperkenalkan kepada
masyarakat umum tentang agama Islam. Islamophobia lahir
kerana kebencian dan kejahilan barat kepada Islam.
• Penjelasan dan penerangan yang jelas tentang agama Islam
perlu dilakukan supaya pihak yang menyebarkan dakyah
islamophobia ini membuka mata bahawa Islam itu tidaklah
seperti apa yang disangkakan
• Masalah ekstremisme agama perlu dikawal dan diselesaikan
oleh orang Islam sendiri. Hal ini juga tidak boleh dibiarkan
begitu sahaja. Ia perlulah dilakukan dengan membasmi salah
faham terhadap maksud dari ayat-ayat al-Quran yang
berkenaan dengan perang dan jihad.
Kesimpulan:

• Kesimpulannya , adalah penting bagi umat Islam


mengambil cakna dan memahami isu-isu yang
menyumbang kepada ISLAMOPHOBIA dan juga
cara untuk menanganinya . Dalam hal ini , kita
tidak sepatutnya menuding jari siapa yang
bersalah atau siapa yang benar , kerana hal ini
tidak akan selesai tanpa sebarang tindakan
. Marilah kita sama-sama menyelesaikan
masalah ini dengan memberi kenyataan yang
benar kepada non-muslim tentang salah faham
mereka terhadap agama Islam .

Anda mungkin juga menyukai