Anda di halaman 1dari 2

SIFAT DAN SIKAP SESEORANG itu memainkan peranan yang penting dalam menentukan jaya gagalnya seseorang itu

dalam kehidupan. Bagi mereka yang mempunyai sifat dan sikap yang positif biasanya Berjaya dalam kehidupan. Begitulah sebaliknya, bagi mereka yang mempunyai sikap yang negatif akan kecundang dan dan gagal dalam mencapai cita citanya. Salah satu sifat yang menjadi penghalang besar kepada kejayaan seseorang itu adalah sifat suka bertangguh. Bertangguh bermaksud suka berlengah lengah atau melambat lambatkan sesuatu pekerjaan. Sifat suka bertangguh ini merugikan kerana akan menyebabkan masa disia siakan dan terbuang begitu sahaja. Masa yang berdetik tidak boleh diundur atau dihalang halang malahan masa akan terus berlalu tanpa menunggu sesiapa. Bagi seseorang pelajar sifat bertangguh ini merosakkan masa depan mereka. Apabila pelajar banyak bertangguh akan menyebabkan pembelajaran menjadi tergendala. Hal ini kerana jika pelajar bertangguh membuat sesuatu kerja yang berkaitan dengan pelajaran. Contohnya, jika kerja rumah atau tugasan yang diberikan oleh guru pada hari ini ditangguhkan. Maka pada keesokan harinya kerja atau tugasan lain pula akan mendatang. Apabila kerja yang hendak dibuat sudah bertimbun keadaan akan menjadi gawat dan tidak akan dapat dilakukan. Kalaupun dapat dibuat tentunya tidak akan menghasilkan kualiti yang tinggi. Hal ini kerana kerja yang dibuat dalam keadaan tergesa gesa

tentunya penyemakan dan penilaian semula tidak dibuat maka akan terhasillah kerja yang tidak memuaskan. Dalam menyiapkan tugasan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru, pelajar yang mempunyai sikap negatif suka bertangguh ini juga biasa sangat pada saat akhir penghantaran kerja mengambil jalan mudah seperti meniru kerja kawan atau mencedok bulat
bulat daripada buku. Sekiranya pelajar mengamalkan sikap bertangguh, maka sepanjang masa pelajar akan berada dalam lingkungan keserabutan yang bukan sahaja mempengaruhi pembelajaran tetapi juga emosi para pelajar sendiri, tidak

yakin, tidak merasa tenang, cemas dan gelisah. Segala kerja yang dibuatnya sentiasa akan dihantui oleh kerja yang ditangguhkan tadi. Seorang pelajar yang suka bertangguh akan menyebabkan menjadi seorang pemalas. Sifat pemalas ini terjadi akibat daripada sikap diri yang mendidik diri sendiri supaya tidak segera melakukan sesuatu kerja. Biasa sangat kita mendengar kata kata seperti tunggu dulu, nantilah, biarlah dulu...., esok ada lagi dan seumpamanya lagi kata kata negatif yang menyebabkan seseorang itu bertangguh untuk membuat kerja yang akhirnya menjadi liat seterusnya menjadi seorang pemalas. Seseorang yang mempunyai sedemikian juga suka mempengaruhi orang lain supaya bersikap sepertinya. Kata kata yang sering digunakan untuk mempengaruhi rakan mereka seperti relaxlah, lambat lagi, enjoy lah dulu selalu terkeluar daripada mulutnya. Di samping itu suka bertangguh akan menyebabkan pelajar tidak dapat memaksimumkan masa yang ada untuk menelaah pelajaran. Hal ini kerana pelajar jenis ini tidak efisyen dalam pengurusan masa. Mereka hanya akan membuat kerja tidak bersungguh sungguh dan berlengah lengah yang menyebabkan kerja lain yang sepatutnya dapat disiapkan pada hari tersebut juga terbengkalai. Selain daripada itu juga, pelajar yang mempunyai sikap suka bertangguh akan menghadapi masalah besar menjelang peperiksaan iaitu berasa cemas dan menggelabah. Seseorang yang pintar sekalipun akan menghadapi masalah yang sama jika mempunyai masalah yang sama jika mempunyai sikap bertangguh. Apabila tiba hari peperiksaan fikiran akan terganggu dan berkecamuk yang akhirnya membawa kepada kegagalan. Selain dari apa yang diperkatakan terdapat banyak lagi kesan kesan buruk lain akibat daripada sikap suka bertangguh. Antaranya seperti akan menyebabkan seseorang itu akan menjadi malas berusaha. Dalam dirinya penuh dengan unsur- unsur negatif seperti suka menunggu tanpa mencuba dengan pelbagai alas an digunakan untuk merasionalkan tindakanya itu. Tidak mempunyai keyakinan diri juga merupakan kesan daripada sikap suka bertangguh. Mereka menjadi tidak yakin dengan kebolehan sendiri dan akan sentiasa mengharapkan pertolongan atau bantuan seseorang untuk menyelesaikan sesuatu pekerjaan walaupun kerja itu mudah. Dengan perkataan lain mereka menghadapi krisis keyakinan yang akan memundurkan diri sendiri dalam segala aspek kehidupan. Lebih teruk lagi mereka akan menjadi manusia yang tidak berupaya untuk menghadapi sesuatu cabaran dalam kehidupan. Mereka akan cepat mengalah tanpa mencuba terlebih dahulu. Lalu mereka hanya mengutamakan kerja kerja yang mudah atau senang, dan orang seperti ini tentunya tidak akan mencapai kejayaan yang tinggi dalam hidupnya.

Anda mungkin juga menyukai